Followers

Tuesday, 15 November 2011

Sekali Harung Sambut Besday

Ni cerita dah basi. Tapi nak taram jugak kat sini. Basi pun basilah kan. Jumaat n Sabtu lepas aku on leave, sebab tu blog tak berupdate. Semalam pulak rase malas sangat nak update. Taip je delete, taip je delete sebab mcm kosong je dalam kepala aku ni nak bina ayat. 

Tapi sekarang dah tak kosong kot, dah boleh mengaranglah jugak. Ni baru 3-4 hari tinggalkan blog, cuba kalau 3-4 bulan? Terus tak aktif kot blog aku ni. Agagaga :p

Kami ondaway nak pergi

Ibu je yg overrrr

Buat yang selalu follow up blog ni, mungkin dah tahu 1/11/11 yang lepas merupakan ulangtahun kelahiran suamiku yang ke 24 tahun. Kebetulan masa hari Sabtu 5/11/11 ulangtahun kelahiran adik bongsu aku yang ke 8 tahun, abang aku yang ketiga  n adik aku yang kelima (dua2 keje tentera) tu pun balik sebab nak raya haji kat kampung. Mmg agak susah nak berjumpa kedua2 mereka terutama adik aku tu sebab dia keje kat Lumut, Perak nun. Kalau jumpa pun setahun berapa kali je. Jadinya bincang punya bincang, setuju nak keluar malam tu celebrate sama2. Tapi abang aku yang ketiga tu yang belanja. Oh ye, kebetulan jugak 25/11/11 nanti besday dia, buat je sekali harung besday 3 orang sekaligus.

Mase menanti ketibaan ahli keluarga yg lain, meh bergambar

Pakai henpon je, kualiti mmg nan hado

Dhia paling rimas bila aku cium dia mcm ni. Tengok tu dia dah jeling

Macam biasa, yang menjadi pilihan tentunya di Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Malangnya gerai yang selalu kami makan tu tutup pulak, mungkin malam raya haji kot? Waktu tu aku n suami saja yang sampai dulu sebab kami pergi dulu nak cari kek + basuh kereta yang dah serupa kereta masuk kebun je dah. Kami pun pilih gerai bersebelahan dengan gerai yang selalu kami makan tu. 

Kek yang disponsor kami suami isteri

Aku pilih ikan siakap 2 ekor masak stim, 2 ekor ikan merah masak sweet sour, kangkung goreng belacan, sotong goreng tepung, kerang rebus. Air pulak aku order sirap limai 2 jag. 

Dhia nk minum sirap limau jugak

Yang menyedihkan, servis punyalah lembapppppppppp. Dari aku order sampai famili aku dah sampai 30 minit kemudian, cuma air je yang dah sampai. Nasi pun tak sampai2 lagi. Mmg gile lembap betul lah. Bila dah sampai semua, ikan siakap yang aku order 2 ekor dah jadi sekor, sekor lagi ntah ke mana. Nasi aku mintak 12 pinggan, dia bagi 9 pinggan. Yang buat kami hangin, dah 4-5 kali kami  mintak 3 pinggan nasi lagi tapi nan hadoooo. Sampai aku dah siap makan baru dapat pun nasi tu. So mereka yang belum makan tu lambatlah makan. Ada 1 meja depan kami marah betul dekat budak yang ambik order kat situ. Diorang dah siap makan baru sotong sampai, mana tak marah kan orang tu. Siap menengking budak tu n cakap "Dah bungkus je, dah siap makan baru datang, lambat betul!". Nak kata pelanggan ramai sangat, takde mana pun. Mungkin mereka ambik budak2 sebagai pekerja, tu yang jadi kelam kabut. 

Dhia menggeram dengan kipas abang Adam

Mak saye! Gambar golapppp pakai henpon cikai je
Cukup semua 9 orang adik beradik aku berkumpul malam tu, happening!

Bila servis dah lembap, malas nak ambik gambar makanan. Hilang terus mood. 

Makanan ok lah kena dengan tekak aku, tapi masih tak dapat tandingi gerai yang kami selalu makan tu, situ mmg terbaik dari ladang. Servis pun mantoppp. Takpelah, dah takde rezeki kami nak makan kat gerai tu, dapat pulak gerai yang servisnya menyakitkan hati. Sabau je lah.

Potong kek! Yang tak celebrate besday pun same2 sibuk :p

Ucu terus tenggelam kat tengah2

Ha baru nampak muke ucu 

Bila dah siap makan baru potong kek. Adik aku tu dah sibuk nak potong kek, dia pun dah ngantuk nak tidur. Lepas potong kek terus berangkat pulang. Sampai rumah pukul 11 malam. Dhia dah tidur dalam kereta dah. Lepas mandi n bersihkan muka, aku pun terbongkang sama dengan Dhia. 

Eh tak habis lagi celebrate besday suami aku taw. Esoknya kami 3 beranak celebrate lagi. Itu next entry yo. :)

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers