Followers

Thursday 19 January 2017

Dinosaur Park Muar

Lama dah kejadian ni, bulan lepas 18 hb hahaha

Haish hangat hangat tahi ayam betul nak mengupdate blog. Sebelum entry yang lepas, last update 27 Ogos 2016 HAHAHAHA

Padahal ada je gambar dalam hp ni tapi ntah la malas nak menaip. Bukan kena berfikir pun nak tulis blog ni. Tulis jela apape pun bukan ada sangat orang baca, paling paling aku je lah yang banyak baca hahaha tapi seyes best ada blog ni sebab boleh baca balik kisah kisah lepas yang tak mungkin kita akan ingat dalam kepala kita. Minggu lepas aku baca balik entry entry lama aku masa Dhia N Danial baby, alahai seronok sangat. So tu lah bestnya bila ada blog ni sbnrnye. Bukan untuk expose sangat kehidupan kita tapi lebih pada diari kehidupan kita. Gittewwww

Ok malas nak cakap banyak, nak tepek je gambar gambar masa pergi dinosaur park ni. Lama dah kot taman ni wujud tapi yang duduk dekat pun malas nak pergi. Sedangkan kalau hantar Danial pergi terapi kat Melaka tu mmg lalu depan taman ni. Yang duduk jauh jauh pulak dah jejak kaki. So hari tu kakak aku yang duduk JB tu balik, dia ajak lah ke sini. Anak dia pencinta dinosaur. Nama je gigirl tapi minat superman, ultraman, spiderman, permainan budak boy lah dia minat. Tu pasal dinosaur pun dia minat. Haishh wafia wafia..








Sebenarnya ada banyak lagi gambar tapi aku dah terdelete pulak. Takpe nanti aku ambik lagi kat iphone lakiku. Sebab semua gambar ni ambik pakai iphone lakiku n send kat group famili. Edit semula dengan menambah beberapa keping gambar lagi yang hari tu dah terdelete tu (ambik kat iphone laki)































Ok la taman dinosaur ni sesuai nak bawa anak anak datang. Masa aku pergi tu baru lepas hujan n masih renyai renyai. Tapi bahagian dalam ada bumbung. So far i bagi 3 bintang.

Saturday 14 January 2017

Danial : Mild Autisme

Apa yang aku copy ni adalah confession yang aku sendiri tulis dekat page iiumc

So here aku kepilkan dalam blog aku sendiri supaya akan datang aku boleh baca semula. 

Assalamualaikum semua..
Suka sangat baca confession kat sini. Ada yang memberi pengajaran tak kurang jugak sebaliknya. Tapi kita just baca je lah ye pengalaman orang lain, tak payah kecam sangat hihihi
Tujuan aku menulis dekat sini saje nak kongsikan pengalaman aku membesarkan anak autisme. Aku kahwin masa umur aku 21, muda lagi time tu. Tapi elok kahwin muda ni untuk mengelakkan maksiat selain daripada seronoknyaaaa hidup berumahtangga ni woih. Dah 7 tahun dah aku kahwin (dah boleh agak umur aku skrg?) dan aku dikurniakan 2 orang anak. Yang sulung perempuan umur 6 tahun, yang kedua lelaki umur 4 tahun. Yang ada autisme tu anak lelaki aku.
Dulu sejak dia lahir, perkembangan ok je normal mcm kakak dia. Cuma jalan je lambat sikit sebab kakak dia umur 9 bulan dah berjalan. Dia dapat jalan masa umur 1 tahun 3 bulan. Tapi still normal umur umur mcm tu baru dapat berjalan. Aku cuma perasan bila dia dah 2 tahun pun belum ada 1 word yang dia boleh sebut. Ibu ayah pun dia tak boleh sebut. Selain tu dia suka flapping hands, suka pusing pusingkan badan, suka putarkan roda basikal or lori mainan dan dia tak bermain secara olok olok. Contoh kalau bagi dia phone mainan, dia takkan letakkan ganggang ke telinga dia tapi dia cuma ketuk ketuk phone tu. Dia suka main sorang sorang, jarang nak main sama sama dengan kakak dia or sepupu sepupu dia. Lagi 1, dia jarang menoleh bila nama dipanggil.
Tapi mula mula tu aku cuma anggap yang flapping hands, putar roda n pusing badan tu semua adalah sebab dia kanak kanak, dia tengah happy atau dia tengah bermain dengan cara dia sendiri. Aku rasa dia ok dia normal je cuma mungkin cara dia lain sikit. My bad. Tapi rupanya silap ye. Masa umur dia 2 tahun 3 bulan aku ada rujuk ke doktor untuk tengok perkembangan dia ok ke tak. Doktor bagi surat rujuk ke hospital bahagian ENT untuk hearing test takut anak aku pekak sebab dia tak nak ikut apa yang kita sebut dan dia tak menoleh bila nama dipanggil tu. So bila dah buat hearing test ternyata anak aku tak pekak. So doktor cuma sahkan anak aku speech delay. Kena rujuk untuk speech therapy.
Pung pang pung pang dipendekkan cerita, aku ikut je appointment speech therapy tu. Nahhh masa speech therapy ni lah therapist anak aku ni cakap “Saya tengok mcm ada something wrong dengan anak puan, saya takut kalau autisme je”. Ni bukan first time aku dengar perkataan autisme tu tapi aku tak tahu secara details tentang autisme. Bila aku dengar therapist tu cakap mahu tak tersentap jantung aku ni? So bila selesai therapy aku balik aku google about autisme. Satu satu aku baca dan aku baru perasan ada ciri ciri autisme yang ditulis tu pada anak aku. Panik, risau, sedih, membayangkan masa depan anak aku bagaimana. Tapi aku punya perasaan berkecamuk tu tak lama, aku kumpul kekuatan aku, aku berdoa supaya anak aku terpelihara. Aku google pulak apa yang perlu aku buat untuk anak autisme ni supaya hidup mereka boleh sama mcm anak normal. Tak banyak yang kita kena buat selain rajin hantar terapi.
Tapi masa tu aku belum banyak knowledge tentang autisme ni. So aku rajin google tentang autisme, aku study sorang sorang dan lama kelamaan aku semakin faham tentang gejala autisme ni. Oh anak aku ni mmg banyak betul dugaan dia kena hadapi ye. Umur 5 bulan dah ada ekzema, kena refer pakar kulit. Umur setahun mcm tu dia tak boleh terjatuh, terhantuk, tersepit atau apa apa yang boleh menyakitkan dia sebab dia akan menangis sampai muka biru pucat tak bernafas. Yang ni kena rujuk pakar kanak kanak. Then ada autisme pulak, kena rujuk speech therapy & occupational therapy. Awal 2015 dia ada tonsillitis pulak, kena refer ENT. Setiap bulan mmg aku akan ke hospital, dah mcm rumah kedua dah. Dah hafal dah selok belok hospital tu hihi!
Masa ni anak aku takde buat apa apa diagnosis lagi yang mengesahkan dia autisme. Tapi tak payah diagnose pun mmg ciri ciri autisme tu ada pada anak aku. Cuma tak tahu lah anak aku ni kategori mild ke severe. Dijadikan cerita, umur dia 2 tahun 10 bulan dia masuk hospital sebab masalah tonsil dia tu, bengkak dan bernanah sampai tak nak minum tak nak makan, kena warded. Biasalah dekat hospital ni akan ada masa doktor pakar datang check dari katil ke katil. So bila turn anak aku, doktor tanya ada tak anak aku cakap sakit lagi ke apa ke, aku cakap anak aku speech delay belum boleh cakap. Doktor tanya siapa yang diagnose dia? Aku cakap takde. So doktor ni mula lah panggil panggil anak aku, no respon. Tanya sakit lagi tak sakit kat mana, no respon. Doktor pun cakap nanti dia akan panggil sorang doktor pakar kanak kanak untuk tengok apa masalah sebenar anak aku.
Tak lama doktor cina lelaki datang, sopan lembut je percakapannya. Layanan pada anak aku pun sangat A+ lah. Lama jugak dia luang masa dengan anak aku. Tirai kiri kanan mmg tutup je, tak nak patient sebelah or orang lain tengok. So bila dah hampir 1 jam dia tengok anak aku bermain, panggil anak aku takde respon, dia tengok anak aku suka termenung lepas tu ketawa sendiri, so tanpa dia perlu panjangkan cerita, dia mintak aku sabar dan bertenang dengan apa yang dia nak cakap. Tapi mmg aku dah boleh agak dah apa yang dia nak bagitahu aku tu. Dia kata anak aku mmg ada nampak ciri ciri autismenya tu tapi jangan risau sebab hanya mild sahaja. Aku pun tanya apa beza mild n severe. Bila doktor dah terangkan tu baru aku faham. Terus dia keluarkan surat rujuk occupational therapy. So bermulalah perjalanan aku sebagai seorang ibu anak autisme.
Penat, kos yang tinggi hantar terapi tu semua mmg tak dinafikan. Tapi untuk anak aku, aku nak yang terbaik. Alhamdulillah anak sulung aku takde merajuk ke apa sbb aku mmg banyak beri perhatian kat adik dia. Dia pun sayang sangat adik dia, kalau kita acah acah cakap nak bagi adik kat nenek dia pun dia dah nangis. Aku bukan hantar terapi dekat hospital je ye. Aku ada hantar terapi ke private, jauh jugak sebab lain negeri. Aku di Muar, hantar anak terapi ke Melaka. Perjalanan 1 jam setengah mcm tu. Aku dapat tahu pusat terapi ni pun dari parents kawan taska anak aku jugak. Anak dia tu speech delay je. Cepat cepat lah aku survey pusat terapi tu dan tanpa berlengah aku terus pergi ke sana.
Aku ibu yang bekerja, sebelum ni dua dua anak aku mmg mak aku yang jaga, dari baby lagi. Mak aku sukarela je nak jaga sebab dia pun kalau siang kat rumah sorang sorang, bila jaga anak anak aku takde lah bosan sangat. Tapi sejak speech therapist anak aku cakap dia ada something wrong & aku tengok mmg ada ciri ciri autisme pada anak aku, so aku pun cepat cepat masukkan taska jugak. Nak bagi dia mix around dan boleh bersosial dengan kawan kawan sebaya.
Hujung tahun lepas aku masukkan anak aku buat hydro therapy jugak. Hydro therapy ni terapi dalam air, swimming. So far dah setahun jugak aku ulang alik hantar dia terapi private tu. Alhamdulillah banyak perkembangan dia kalau aku nak sebutkan. Tapi antaranya :
1) Dah ada 6 packs sejak hydro therapy
– Ticer taska dia yang perasan ni, bila aku tengok eh betul lah anak aku dah ada 6 packs dah. Gara gara swimming lah ni hihi
2) Selera makan dah bertambah
– Dulu anak aku seorang yang picky eater. Dia cuma makan sup, bubur, nasi pun nasib nasib je kalau dia nak makan. Biasanya mmg susah lah nak suapkan nasi. Paling suka sup lah. Laju kalau makan sup. Skrg ni alhamdulillah walau masih ada memilih makan, tapi banyak jugak menu yang dia dah boleh makan skrg.
3) Dah kenal huruf A-Z, 1-10, alif-ya
– Yang ni mmg dia tahu sangat. Boleh sebut ye dengan betul walau ada pelatnya lagi. Kalau taburkan flash kad pun dia boleh ambik kad yang betul ikut apa yang kita sebutkan. Contoh kita sebut T, betul dia akan ambik T dan begitulah huruf huruf lain. So mmg dia kenal huruf tu semua bukan hafal ikut turutan je.
4) Dah boleh ajak berborak
– Walaupun belum banyak words dia boleh sebut, tapi sekurang kurangnya skrg aku dah tahu kalau dia nakkan sesuatu. Kalau nak susu dia akan ambik botol dan tunjuk bakul susu. Then aku akan ulang ulang cakap “susu”, dia follow tapi sebutannya “shh shh” hahaha dia susah sebut huruf S.
5) Dah sangat kurang menangis
– Before ni kejenya asek nak nangis je. Lepas tu kita tak faham ape yang dia nak. Skrg ni takde dah nak nangis nangis sangat. Kalau nak tidur pun skrg dia akan baring ambik bantal dia tutup muka or peluk bantal dia tu lama lama dia akan tidur sendiri. Sebelum ni mmg susah ye sebab dia ska gelak gelak tanpa sebab. Skrg dah takde dah gelak tiba tiba tu.
6) Dah boleh fokus & ikut arahan
– Skrg ni dia boleh duduk tertib menconteng kertas lebih dari 10 minit. Sebelum ni nak tengok dia duduk 2 minit pun susah. Arahan pun banyak dah dia faham.
7) Kurang sensitif dah
– Dah boleh main kinetic sand, dah boleh pijak pasir pantai. Sebelum ni sikit pun dia tak boleh sentuh ye dengan pasir, sangat sensitif.
8) Eye contact makin cantik
– Kalau kita cakap dengan dia, dah boleh pandang mata kita. Dulu dia akan elak dari bertentangan mata dengan orang.
9) Free diapers waktu siang
– Yang ni mmg akan hantar ke toilet sejam sekali or depends pada dia punya kuantiti minum. Kalau banyak dia minum, kena setengah jam sekali hantar ke toilet. So far dia dah tahu dah kalau kita bukak seluar dia, terus dia pergi toilet n cangkung, nanti kencing lah dia. Tapi kalau berak mmg payah, masih belum berjaya lagi.
Berkat kesabaran kami suami isteri dan berkat dari doa ahli keluarga. Alhamdulillah anak aku dikelilingi dengan orang orang yang sayangkan dia. Walaupun kadang kadang ada mata yang tengok pelik tapi aku buat tak tahu je. Yang ni aku akui, semua parents yang ada anak autisme kot akan hadapi? Orang tak mengalami takkan faham keadaan dan situasi kita. Lagi lagi dia tengok anak kita normal je cuma tingkah laku yang agak aktif. Budak autisme ni dia bukan peduli pun dengan orang sekeliling dia.
Aku pernah menangis sebab ada sedara yang cakap pasal anak aku. Dah besar belum cakap, dah besar pakai pempes lagi, tak duduk diam aktif semacam & mcm mcm lagi lah. Sampai ada yang tergamak kaitkan tentang masa aku mengandung aku ada buat benda benda tak baik. Haish aku pun tak faham mentaliti masyarakat kita ni. Aku dulu sebelum ada anak pun aku tengok budak hyper ke apa takde pulak aku nak cakap bukan bukan. Budak kan? Biasalah tu. Lagi lagi pulak yang ada masalah mcm anak aku. Bila aku dah kata anak aku autisme, jawapan mereka “Tengok normal je.. Tulah ko banyak bagi gadjet ni”. Entah lah, skrg aku dah malas dah nak keluar rumah sangat. Aku ni duduk kampung mmg ramai sedara mara, kenduri kendara mmg selalu ada tapi sebab aku tak nak dengar orang bercakap tentang anak aku, aku dah takde dah nak pergi rumah sedara kenduri. Kalau ada pun aku datang sekejap je, aku faham anak aku mmg tak duduk diam, aku pun tak boleh nak tolong apa apa kat dapur, banyak follow mana anak aku pergi je.
So sesiapa yang punya anak seperti aku, kita ni kena kuat sebenarnya. Kalau kita tak kuat, mcm mana anak kita nak hadapi sorang sorang? Kita jangan paksa dia masuk ke dunia kita, tapi sebaliknya kita cuba selami dan masuk ke dalam dunia dia. Sesungguhnya kita sangat bertuah kerana terpilih untuk membesarkan anak anak ini. InshaAllah anak anak kita adalah anak anak syurga. Sayangilah mereka, capai tangan mereka. Sama sama kita harungi cabaran membesarkan mereka. Fikir positif, persetankan apa yang orang cakap tentang anak kita. Hadapi dengan senyuman, inshaAllah Allah ada melindungi dan menjaga anak anak kita. Jangan takut jangan khuatir, anda tidak berseorangan.
– Ibu Anak Autisme

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers