Followers

Thursday 21 February 2013

Wanita Harus Bersyukur

Suka baca artikel yang di copy dari facebook ni. Bersyukurlah wahai kamu wanita2 sekalian yang mempunyai rahim. Rahim yang menjadi kilang manusia. 


RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......
Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.

Monday 18 February 2013

Header Baru

Mesti uolls bukak blog aku kaget2 bila tengok header blog aku ni. 

Edit sendiri uolls. Main belasah aje. Gambar tak banyak dalam folder. Aku bubuh je gambar yang ada.


Ye, mmg tak lawa. Aku masih belum mahir mengedit. 

Jangan dikutuk jangan dicacimaki. 

Kakak Dan Adik

Masa baby, muka mereka sama, sebijik sejibon.

Tak ada beza pun antara Dhia n Danial masa baby, same je muka. Tembam2nya, bulat2nya, comel2nya. Geram sangat dekat pipi mereka. Aku gelar pipi telur sebab bentuknya mcm telur.. Haha

Dhia dan Danial sebaik saja dilahirkan. Sama kan? Kan kan kan?

Dhia dan Danial umur 3 bulan. Pun sebijik kan?

Kalau tunjuk gambar Dhia dekat dia, mesti dia cakap tu Danial. Bila kita cakap tu Dhia lah, dia taknak percaya n asek sebut nama adik dia je. Adik beradik kan, mestilah muka sebijik masa baby ni. Besok dah besar sikit mesti muka Danial ada berubah.

Tak kisahlah tu, yang penting ibu sayang sangat pada anak2 ibu.. Muahhh!!

Saturday 16 February 2013

Doa Anak Bijak, Cerdik & Mendengar Kata

Sumber dari fb.. 



Buat ibu2 bapa2 di luar sana, bolehlah amalkan doa ini.. 

InsyaAllah.. 

Selamat Bertunang Nazima

Ahad lepas 10 Febuari 2013, aku pergi ke rumah seorang kawan sekolah. Dia bertunang. Kawan sejak tadika. Lama bukan?

Nazima namanya. Tapi gelaran kawan2 panggil Memek. Orangnya comel, segituuu je lah aku tengok ketinggian dia sejak zaman sekolah menengah dulu. Kenapa kau tak meninggi jugak Memek?


Berbalik pada tajuk, 2 minggu sebelum dia bertunang dia ada pm aku dekat fb. Ada nyatakan dia nak tunang masa raya cina tu. Dan sangat tak sangka cinta zaman sekolah dia berkekalan hingga ke tali pertunangan. Bertahan pulak ko ye Hafiz dengan kerenah dan ragam Memek tu.. Haha kidding.

Very gojessss

Bersama family
Ape pun Mek, ko sangat gojes kebabom ok hari tu. Muka orang tak pernah bersolek, bila disolek mmg naik serinya. Tu baru tunang tu belum kahwin lagi. Esok naik pelamin lagi berseri2 agaknya muka ko. Eeeee suka ok solekan ko. 

Danial yang tak duduk diam.. Kakak Dhia entah ke mana.. Kiri sekali Sue, sebelah aku tu pulak Sal
Tak sabar nak makan nasi minyak dia ni taw. Couple lama gile kot since form 5. Mase tu tahun 2005, amboi mengalahkan aku oi korang bercouple. Aku dengan suami aku sempat couple 6 bulan je lepas tu terus tunang, setahun lepas tu kahwin. Now dah masuk tahun ke 4 berkahwin, alhamdulillah. Uolls bercouple je dah masuk 8 tahun. Hoii kalah i taw. 

Pasangan yang ditunangkan
Aku doakan semoga hubungan korang akan berkekalan ke jinjang pelamin dan seterusnya ke alam syurga. Amin. 

Friday 15 February 2013

Dah Tukar Baru

Ingat lagi entry ini?

Aku dah pun tukar kepada yang baru. Mula2 ingat nak buat balik daun yang hilang tu tapi kedai emas tu tak boleh buat. So sebagai penyelesaian, marilah kita tukar je yang baru. 

Ambik yang biasa je kali ni tak payah ada daun2 bagai sebab takut hilang lagi.


Baru cantik bila dah tukar yang baru ni. Takdelah cacat anting2 tu bila sebelah ada daun sebelah lagi tak ada. Now baru berseri2 telinga anakanda beta. Hihi


Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers