Followers

Saturday 23 September 2017

Majlis Persandingan 11 Mac 2017

Majlis persandingan kat rumah pengantin perempuan berlangsung pada hari selepas nikah iaitu hari Sabtu 11 Mac 2017. Kitorang rombongan pengantin lelaki rilek rilek je kat rumah sementara nak tunggu waktu zohor. Sebab sandingnya selepas zohor kan. Jarak perjalanan pun tak jauh lebih kurang 30 minit je.

Gerak ke sana dalam pukul 1 jugak. Tumpang solat kat rumah jiran pengantin perempuan yang mmg dah di khaskan untuk rombongan tunggu kat situ.

Aku dah tak tahu nak cerita cmne sebab semua pun biasa biasa je kan. So tengok gambar je lah ye.



Pengantin naik kete ni sampai ke depan rumah pengantin perempuan

Nampak tak anak dara aku yang over sangat gayanya tu?



Pengapit tu adik aku jugak hahaha





Time ni aku dok bawah bumbung biru tu haha panas woih



Laki aku yang tak tahu nak berpantun, hentam sajalah labu hahaha
Ramai peminat bang? 

Duit tol atas pelamin pulak ye jangan ngelat.. Mak andam yang berbaju hijau itu

Ok silalah duduk

Bagai pinang dibelah dua

Ok dah lapar, jom kita bersantap

Semuanya mmg serba merah

Kek yang sedap sangattt
Sebelum balik meh tangkap gambar beramai ramai 1 kali.. Tak dapat cukupkan semua adik beradik sebab tak muat lensa kamera nanti hihi 

Aduhai spoil betul tak ready lagi dak klik klik plak.. Bukan senang nak tengok Danial duduk elok mcm tu bila nak ambik gambar.. 
Hahaha lame gile baru dapat siapkan entry ini. Dah lama dah masukkan gambar cuma belum nak edit edit lagi. Makanya elok la entry ni bertapa dekat dalam draft. Konon konon masa raya hari tu nak aktif pon nan hadoooo.. Tapi mcm nak masukkan jugak la gambar raya.. This is my life journal kan.. Hehehe

Wednesday 31 May 2017

Majlis Pernikahan 10 Mac 2017

Sebenarnya adik aku kahwin bulan 3 yang lepas. Mula mula mmg awal awal nak masukkan dalam blog tapi sebab busy dengan kerja hakiki, mmg tak sempat nak jengah blog. Nak blogwalking pun tak sempat. Ni pun curi masa sikit masuk sini. Kalau tak sampai ke tahun depan pun langsung tak masuk blog.

Bukan apa, bagusnya blog ni sebab di masa akan dtg kita boleh baca semula. Hari tu aku tengok entry 5 tahun lepas, baru dapat ingat ooo aku ada ke sini, ooo anak aku dulu perangai mcm ni. Haaa gitu.. Sebab bukan semua moment kita boleh ingat dalam kepala ye tak?

Adik aku ni umur betul betul bawah aku setahun. Tapi badan dia lagi besar dari aku. Sejak kecik mmg dia lagi besar, kalau pegi mana mana semua cakap dia abang aku adik. Padahal......

Majlis pernikahan berlangsung di rumah pengantin perempuan pada 10 Mac 2017 lepas sembahyang Jumaat. Rombongan kami sebanyak 8 kereta. Tengok gambar jelah ye..

Rombongan baru tiba

Barang hantaran hasil sentuhan kakak aku

Pengantin dah dupdapdupdap

Kaum wanita duduk dalam. Aku bertudung hijau tua itu

Sign borang nikah

Menunggu tok kadi

Mas kahwin dengan rantai tangan untuk batal air sembahyang

Sign jangan tak sign

Menunggu saat ijal qabul

Pejamkan mataaaa

Pejam jugak



Dah halal
Berbelit belit pulak gelang itu


Mak ayah pengantin lelaki aka mak ayah aku 

Mak ayah pengantin perempuan

Lepas nikah wajib lah salam tangan suami kan 

Yang ni pun same hihi 

Lepas nikah biasalah ada jamuan makan untuk rombongan pengantin. Lauk kampung, sedap sangat. Aku makan banyak kot boleh habis. Langsung takde hati nak ambik gambar ke ape. Sebab tu lah takde gambar adik beradik dengan pengantin masa nikah ni hahahaha

Bila dah kenyang terus beransur pulang. Lagipun dah petang dah lepas asar dah pun time tu. Balik rehat sebab esoknya pulak majlis bersanding.

Eh tu je ek ceritanya? Hahahahaha maklum lah dah 2 bulan berlalu, ada yang aku da lupa dah pun. Ok next entry majlis bersanding.

Thursday 19 January 2017

Dinosaur Park Muar

Lama dah kejadian ni, bulan lepas 18 hb hahaha

Haish hangat hangat tahi ayam betul nak mengupdate blog. Sebelum entry yang lepas, last update 27 Ogos 2016 HAHAHAHA

Padahal ada je gambar dalam hp ni tapi ntah la malas nak menaip. Bukan kena berfikir pun nak tulis blog ni. Tulis jela apape pun bukan ada sangat orang baca, paling paling aku je lah yang banyak baca hahaha tapi seyes best ada blog ni sebab boleh baca balik kisah kisah lepas yang tak mungkin kita akan ingat dalam kepala kita. Minggu lepas aku baca balik entry entry lama aku masa Dhia N Danial baby, alahai seronok sangat. So tu lah bestnya bila ada blog ni sbnrnye. Bukan untuk expose sangat kehidupan kita tapi lebih pada diari kehidupan kita. Gittewwww

Ok malas nak cakap banyak, nak tepek je gambar gambar masa pergi dinosaur park ni. Lama dah kot taman ni wujud tapi yang duduk dekat pun malas nak pergi. Sedangkan kalau hantar Danial pergi terapi kat Melaka tu mmg lalu depan taman ni. Yang duduk jauh jauh pulak dah jejak kaki. So hari tu kakak aku yang duduk JB tu balik, dia ajak lah ke sini. Anak dia pencinta dinosaur. Nama je gigirl tapi minat superman, ultraman, spiderman, permainan budak boy lah dia minat. Tu pasal dinosaur pun dia minat. Haishh wafia wafia..








Sebenarnya ada banyak lagi gambar tapi aku dah terdelete pulak. Takpe nanti aku ambik lagi kat iphone lakiku. Sebab semua gambar ni ambik pakai iphone lakiku n send kat group famili. Edit semula dengan menambah beberapa keping gambar lagi yang hari tu dah terdelete tu (ambik kat iphone laki)































Ok la taman dinosaur ni sesuai nak bawa anak anak datang. Masa aku pergi tu baru lepas hujan n masih renyai renyai. Tapi bahagian dalam ada bumbung. So far i bagi 3 bintang.

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers