Followers

Tuesday 31 January 2012

Saspen Je Taw

Hari ni aku rasa tak sihat.. Perut memulas + tekak loya dan terasa nak muntah.. Dada pulak terasa mcm ni hempap benda berat.

Bila lepas lunch, perut tak dapat terima makanan yang ditelan, cepat aku berlari ke toilet. Muntah! Keluar segala yang aku makan masa lunch. Tekak masih loya, aku muntahkan lagi segala saki baki isi perut. Kosong perutku kini. Baru rasa lega. 

Dari rase loya tu aku dah pikir pregnant ke aku? Saspen jugaklah sebab aku sebenarnya belum bersedia lagi. Ye lah, aku ada pengalaman yang mana jahitan aku terbukak dan dijahit semula tanpa bius. Mahu aku tak fobia? Sebab tu aku katakan aku masih belum bersedia. Mmg nak tambah anak tapi nanti dulu. Umur pun baru nak masuk 24, ada mase lagi kot nak buat anak ramai2... :p

Balik ni nak makan bubur nasi lah, perut dah melapar dah ni sebab  apa yang aku makan lunch tadi semua dah keluarkan balik. Nampak bubur nasi ni pun dah buat aku lapar dah ni. 

Monday 30 January 2012

Penggemar Aiskrim

Anak dara aku tu kalau bagi aiskrim kat dia, dia dah tak hiraukan lagi ibu dia ada kat sebelah ke tak sebab leka makan aiskrim. Tapi kalau dia perasan ibu takde, dia akan cari jugaklah tapi cuma cari pergi dapur, nampak ibu ada, sambung makan aiskrim. Cuba kalau dia tengah main n aku tinggal ke dapur, terus nangis cari ibu n mintak dukung taknak diletak dah. Geram.

Tidaklah aku amalkan bagi dia makan aiskrim ni. Aku ni dah lah suka makan aiskrim, kat dalam peti ais tu mmg ada stok aiskrim, so bila Dhia nampak aku makan, dia pun nak jugak. Bila aku bagi dia try rasa, dia suka n nak lagi sambil sebut "Nak3" lepas tu kepala angguk2, terpaksalah aku bagi. Kepala angguk2 tu maknanya sedap. Kalau makan something n dia angguk2kan kepala tu maknanya makanan tu sedaplah tu.

Tapi ayah Dhia selaku suami aku tu tak suka anak dara dia ni makan aiskrim atau benda2 sejuk. Dia mmg menjaga sangat pemakanan anak dia. Dia kata yang sejuk2 ni tak baik untuk paru2. Ye mmg tak elok tapi bukannya aku bagi selalu, sesekali je. Aku cakap nk ajar dia jugak makan makanan yang kita makan supaya nanti taklah dia terkejut kalau tiba2 dia makan bila besar sikit nanti. Lagipun ikut umur Dhia, ok dah kot nak bagi dia rasa makan aiskrim. 







Sampai comot2 muka anak ibu ni makan aiskrim. Tak pandang ibu dah bila aiskrim di tangan. Bila ibu mintak sikit, dia bagi punye lah sikit. 

Hari tu belikan kon aiskrim ni n letak aiskrim bagi dia pegang, dia suka gigit bawah kon tu. Dah meleleh2 aiskrim jatuh ke bawah. Sebab tu bagi dalam cawan je. Mudah dan tidak mencomotkan. Eh comot jugak tapi tukang makan yang comot, lantai tak berapa nak comot sangat dibandingkan bila makan dengan kon. 

Dah makan macam2 dah anak aku ni. Dah besar kan. Gigi pulak dah banyak, bagi makanan yang ala2 makanan baby dah tak mahu dah. Memilih. Konon dah besar sangat lah tu ye sayang? 

Saturday 28 January 2012

Petik Cendawan

Amoi yang sibuk memetik cendawan di rumah tok mak. Cendawan tu tak boleh dimakan kot, sebab tumbuh di dahan pokok yang telah patah. 




Lepas petik, cuci tangan sebab kotor. 

* Lame tak update, gila takde idea nak menaip *

Thursday 19 January 2012

Makin Besar Makin Manja

Di pagi hari

Beginilah anak dara aku setiap pagi dan petang tika hantar dan ambil dia balik dari rumah mak. Manja sangat ok. Tak boleh dah duduk dekat seat sebelah. Nak berpangku jugak.

Kalau duduk kat sebelah kena rasuah dia mcm2 seperti aiskrim, mainan, jajan, buah atau apa saja yang boleh buat dia leka. Kalau tak, merasalah telinga tu panas dengar dia menjerit2. Dah la tu pandai pulak lepaskan diri dari seat belt. So aku takde pilihan, pangku saje dia sambil drive. Ye, mmg bahaya, jangan contohi!

Mujur lah bila duduk atas ribaan aku tu dia duduk diam je takde nak ganggu stereng ke apa ke kan. Kalau tak? Haaa dia pulak yang sakit telinga dengar ibu dia bebel marah2 nanti. 

Mmg tiap kali dia duduk ribaan aku, aku akan ingatkan dia, ibu tengah drive, duduk diam2, kalau taknak duduk diam2, ibu letak kat seat sebelah. 

Macam mana cara nak bagi dia supaya boleh duduk sendiri dekat kerusi sendiri? Takkan nak rasuah aiskrim n jajan je.. Dia cepat membosan. Mmg super duper manja punya anak. Anak sapelah kan... 

Wednesday 18 January 2012

Wordless Wednesday : Pengganti Yuna?





Elok sangat dah tu.. Bertudung + bergitar. Boleh lah gamaknya ni menggantikan Yuna. Hehe.

Tapi Yuna tak hisap putinglah sayangkuuuuu. 


Tuesday 17 January 2012

16 Bulan Dah

Hari ni 17/1/2012 genap usia Dhia 1 tahun 4 bulan. Alhamdulillah. Kejap je dah besar, dah makin becok skrg ni walaupun aku tak faham apa yang dia bebelkan. Sebab dia membebel dalam bahasa baby. Masih belum petah berkata-kata. Tak kisahlah lambat janji dia dah pandai jugak sebut sesetengah perkataan yang diajar. 


Sekarang ni mcm2 peel dia. Kalau kita pergi kedai atau pasaraya ke, tak kira lah mana2, janji masa kita nak membeli, tiba kat kaunter bayaran nak membayar, dia akan mintak duit yang kita pegang dan dia akn bayar sendiri kat budak cashier sendiri. Geram ok. Bila nak bayar siap cakap "Nah nah nah" pastu hulur duit kat budak cashier tu.



Lepas tu kalau kita belikan dia nutrigen ke air kotak ke atau apa2 lah barang untuk dia, kita letak kat kaunter bayaran tu pun dia marah sebab dia fikir org kat cashier nak ambik barang dia. Aiyooo.....

Paling best sekarang ni bila kita sebut nama penuh dia, dia akan senyum2 manja. Best sangat tengok mimik muka dia tu. Kalau kita tanya dia "Nama awak Dhia Fitriah ye?", dia akan angguk2 kepala sambil senyum2 manja. Dan aku pulak suka tanya soalan itu tiap hari semata-mata nak tengok aksi dia angguk2 kepala n senyum2 manja tu. 



Dah pandai dah berlakon nangis. Kalau dia nak something n dia tak dapat atau kita pura2 marah dia, dia akan buat2 nangis, tapi lepas tu dia akan ketawa. Geram sangat mcm nk gigit2 je. Ahad lepas lagi best. Sepupu dia naik motor dengan ibunya, anak dara aku kat anjung rumah main kereta mainan dia tu, sepupu dia lambai2 lah kat dia say bye2, anak aku terus masuk dalam rumah n pura2 nangis. Nak mintak simpati ibu dia. Bila aku tanya, dia pergi keluar n tunjuk motor ayah dia. Ok, dah paham maknanya dia nak naik motor jugak. Pandai sangat acting. Boleh menang anugerah pelakon kanak2 terbaik. :p

Makan macam sebelum ni, ikut mood dia. Kalau dia rasa nak makan dia akan makan, kalau dia rasa takde mood nak makan, bolayan ok. Ko main kejar2 dia pun tetap tutup mulut kalau dah mmg mood dia tak nak makan. Tapi aku kalau boleh mmg nak bagi dia makan. Susah hati tengok anak tak makan. Nanti aku terfikir2 tak lapar ke anak aku, tu jadi lagi kecewa. Tapi dah anak tak nak makan, nak paksa mcm mana pulak kan. Tak kuat makan, yang penting kuat menyusu. Walaupun susu formula, tetap susu jugak. 



Masih bagi minum appeton n scotts. Tapi appeton tu tak selalu aku bagi sebab aku bagi sama je takde selera makan, appeton yang aku beli pulak mmg appeton lysine, untuk menambah selera makan anak. So scotts mmg hari2 ku beri. Walaupun dia menangis refuse minum, tapi kupaksakan jugak. Kau dipaksa, aku terpaksa wahai anak. 

Last week pergi klinik timbang berat n guess what, berat badan dia dah naik menjadi 8 kg! Sangat tak sangka ok sebab selalunya dalam masa 2 bulan nak naik 500 gram mmg agak payah. Ni dalam masa sebulan mampu naik 500 gram, sangat menggembirakan hati seorang ibu. Bulan Mac nanti baru pergi klinik lagi untuk timbang dan jugak injection untuk 18 bulan. Lama tak inject ni, seram pulak aku. Aku yang seram ok. *over*



Gigi dah banyak. Atas ada 4 batang dan bakal menjadi 5 batang, bawah sudah 3 batang dan sedang menuju menjadi 4 batang, gigi geraham atas dua2 kiri kanan dah tumbuh juga. Banyaknya gigi! Sebab tu kena berus gigi selalu. Nasib baik dia suka je kalau gosok gigi. Good girl sayang!

Lain2 perkembangan sama seperti bulan2 sebelumnya. Kalau ada yang tertinggal akan diupdate kemudian. Aku letak mana yang aku ingat je. 

Semoga Dhia membesar menjadi anak yang solehah dan menjadi anak yang berguna. Amin...

Info Kekeluargaan

Info kekeluargaan yang aku dapat dari google. 


Sangat bersyukur menjadi wanita. Alhamdulillah. :)

Monday 16 January 2012

Penawar Bibir Keringku

Aku ni mmg seorang yang berkulit kering, bibir pun kering, hati pun hati kering. Ehh? Hehe

Oleh sebab kekeringan bibir aku ni sangat tragik sampai boleh merekah2 berdarah, cuma ada 1 je ubat yang boleh aku calitkan.. 

Sumber image : Google

Inilah dia ubat untuk bibir keringku. Dari dulu mmg setia pada vaseline. Losyen dia aku ada pakai jugak. Dah nama pun kulit aku jenis kulit kering kan. 

Vaseline ni bagus kalau sapu kat siku kering jugak. Untuk baby pun sesuai. Ianya 100% petroleum jelly. Bila pakai rasa best je. Pada aku lah best, tak tahu pada org lain mcm mana. Yang pasti, aku amat serasi memakai vaseline ni untuk bibir kering aku. Sampai bila2 pun akan tetap setia pada vaseline.

Kalau nak keluar pun aku calit vaseline dulu baru calit lipstik. Kalau terus calit lipstik, menangislah aku sebab bibir menjadi bertambah kering siap dengan merekah-rekah. Lepas tu bila dah mcm tu, tangan aku jadi tak reti diam dok kopek2 bibir yang kering tu, makin menjadilah dia merekah berdarah bagai. 

Brand lain aku tak serasi, dah pakai lip ice pun sama jugak tak serasi, makin panas bibir aku dibuatnya. Vaseline ni ko beli yang botol kecik 50 gram tu pun boleh tahan berbulan-bulan. Tapi kalau aku yang pakai, tak sampai 2 bulan pun sebab kalau kat office aku mmg setiap jam calit. Duduk dalam office beraircond, lagi cepat kering bibir aku. Sebab tu kena rajin sapu vaseline ni. 

Yang aku punya skrg ni botol sederhana besar yang 150 gram punya, sejak Dhia umur berapa bulan sampai skrg tak habis2, tapi dah tinggal sikit. Beli tak sampai RM15 pun. Tahannya berbulan-bulan. Jangan risau, masih belum expired n takde tulis expired date pun sebab ni kan 100% petroleum jelly & ingredients dia pun cuma petrolatum, so mmg takde expired date kot. 

Bagi sesiapa yang mengalami bibir kering mcm aku ni, silalah cuba pakai vaseline. Dijamin berkesan. :)

Saturday 14 January 2012

Dhia Dan Abang Aqif

Ramai betul abang Dhia kan. Hari tu dengan abang Adam, ni dengan abang Aqif pulak. Kalau abang Adam sepupu sebelah ibu, abang Aqif pulak sepupu sebelah ayah.

Abang Aqif baru 10 bulan, tapi pangkat tetap abang sebab Aqif ni anak kepada abang ipar aku. Eh jangan disangka, walaupun 10 bulan, badan dia lagi besar dari Dhia. Dia lahir pun dah 3.6 kg kan. Skrg ni berat Aqif 8.3 kg tak salah aku. Tapi beza 300 gram je dengan Dhia. Berat Dhia dah naik, dah jadi 8 kg dah. Alhamdulillah. :)

Kalau korang perhatikan betul2 muka 2 sepupu ni, ada iras2 sama. Hehe. Dah nama pun sepupu, mesti ada iras2 punya kan. Tapi iras antara 2 sepupu ni mmg ketara. 


Amacam? ada iras tak? Tapi tang mana? Mata ke? Hidung? Mulut? Mane? Mane?

Wednesday 11 January 2012

Wordless Wednesday #13


Kalau dia membosan dalam kereta mmg akan mcm ni gayanya. Kalau pakaikan tali pinggang keledar, terus buat2 senget badan lepas tu jerit2 mintak dilepaskan. Geram sungguh sama ini budak. 

Tuesday 10 January 2012

Tengok Ayah Bertanding Memancing

Gambar nan hado lah ye, sekeping je pun yang ade. Jadilah kan. Waktu tu gerimis n hujan lah pulak, maka gambar pun tidak ada. Koser aku nak ambik gambar di waktu gerimis + hujan begitu. 

Ayah Dhia ni mmg kaki pancing, suka sangat memancing. Dah jadi hobi dia dah tu. Kadang2 malam2 pun boleh keluar memancing. Tapi sesekali takpe, kalau selalu, mahu isterinya merajuk seminggu. Hahaha


Tengok Dhia, dalam tu dah pakai topi dia, lepas tu letak tuala lepas tu topi ayah dia pulak sebab gerimis. Lepas tu berteduh bawah payung. 

Pertandingan memancing ni diadakan di tepi pantai, ramai betul orang yang datang. Nasib baik aku datang masa dah nak tamat, jadinya tunggu sekejap je lah. Memamncing dari pukul 8 pagi sampai aku datang tu dah pukul 11 pagi masih belum dapat apa2 ikan. Kasihan... Hehehehe

Walaupun sebelum suamiku pergi tu dah salam cium semua bagi semangat n doakan dia tapi kalau dah takde rezeki tu, mmg takde lah kan. Lagipun dia kata untuk suka2 je, kalau menang alhamdulillah, kalau tak menang pun takpe. 

Lokasi pertandingan pulak tak jauh mana, kalau jauh, aku rasa aku pun tak nak bagi dia masuk. Haha. Ye lah, ingat bertanding memancing ni mcm bertanding lari 100 meter ke, sekejap je habis.. Makan masa berjam-jam lamanya. Kalau sesekali tu takpe ye, kalau dah biasa sangat pergi mana2 pertandingan, mmg aku rasa aku merajuk.

Bukan nak menyekat hobi dia tu, tapi masa dengan anak bini nanti dah takde, hari lain dah sibuk bekerja, mana nak masa bersama anak bini. Waktu hujung minggu lah waktu terbaik. Mujur suami aku ni bukan jenis yang tiap minggu nak memancing. Eh dulu tiap minggu, tapi lepas aku merajuk, dia dah takde nak memancing tiap minggu, paling tak pun, sebulan sekali atau 2 kali. Kadang2 dia memancing waktu malam, aku tak kisah sangat sebab malam aku n Dhia tidur. Hehehehe

Eh dah lama tak update, rasa janggal pulak nak mengarang. Aku main hentam je ni menaip, lantak lah ayat lintang pukang ke ape. Janji hadooo.. Aci tak aci tak? :p

Thursday 5 January 2012

Dhia Dan Abang Adam

Muhammad Adam Putra, usianya baru 6 bulan, beza 10 bulan dengan Dhia, tapi tetap kena panggil abang sebab Adam ni anak kepada abang aku. Tak kiralah Dhia lahir dulu, tetap pangkatnya abang. :)

Budak Adam ni dah lah bambam, bulu mata lentik, geram ok. Tengok muka dia mcm gigirl, muka Dhia pulak mcm boboy. Haha. 

Aksi2 mereka ini telah dirakam pada cuti tahun baru yang lepas. Adam balik kampung, Dhia pun balik jugak, maka ibu mengambil peluang keemasan ini dengan mengambil gambar mereka berdua bersama-sama. 

Tak susah nak ambik gambar mereka sebab si Adam belum pandai nak berjalan atau merangkak lagi, budak kecik Dhia pulak kalau nampak baby sebelah baring, dia ok je dibaringkan sama2. Senang keje ibu nak ambik gambar awak berdua.

Dhia ajak abg Adam main angry bird

 Bulu mate Adam. Kalah bulu mate adik Dhia

Budak yg bolat + botak

Dua2 comey!

Dhia nk ambik peluang nk kiss abg Adam
Sudah besar dua budak ini. Kejap je mase berlalu. Adam pun makin membesar bagaikan juara. Kalau agah sikit je ketawanya bukan main lagi. Aku kalau cium da, suka cium tang mulut je sebab masih berbau baby. Kalau Dhia punya mulut dah hilang bau baby, sebab dah makan macam2. 

Dhia suka kiss abg Adam sebab aku dapat lihat Dhia ni seorang kanak2 yang penyayang. Sepupu2 dia yang lahir selepas dia pun dia suka kiss2. Baguslah kalau penyayang, boleh jadi kakak yang menyayangi adik2nya. 

Pppsssstttt, cuba bayangkan bila Dhia ada adik, bergambar beginikah? :p

Wednesday 4 January 2012

Tuesday 3 January 2012

Pergi Kenduri Kahwin

Majlis kahwin ni pada akhir tahun 2011, 31.12.2011. Majlis ni kat rumah jiran mak aku, harus aku menghadirkan diri kerana aku suka makan lauk kenduri. Hahaha

Malam sebelum majlis tu aku ada datang jugak konon berangan nak tolong apa2 yang patut. Kalau tak dapat tolong pun, aku dapat membusykan body pun sudah cukup. :p Tapi oleh kerana itu anak dara aku bawak sekali, maka tugasku hanya duduk n main kejar2 dengan si kecik itu. Tak reti diam okey. Pulak tu rumah tu pulak ada anak tangga 3 mata. Walau hanya 3 mata tapi kalau jatuh tu boleh benjol kepala. 

Ye, Dhia pantang nampak tangga, suka main naik turun tangga. Mujur rumah kami tak ada tangga, kalau tak makin kurus n slim lah aku. Eh tapi rumah tok mak dia ada tangga, kena selalu perhatikan dia, kalau leka sikit nak naik turun tangga jugak. Tangga kat rumah tok mak lagi tinggi, lebih kurang 6-7 mata tangga. Fuuuhhhhh!

Entry ni bukan nak bercerita tentang tangga, tapi tentang majlis kahwin yang pertama kali oleh jiran mak aku ni. Meriah gile okeysssss. Lauk pauk semua sedap! Ade ulam, sambal belacan, ikan kering bulu ayam, sayur nangka masak lemak, ayam percik, pajeri nenas, ayam goreng. Ada lauk lain yang aku lupa ape ke benda namenya. Kenyang betul aku hari tu. Pagi pulak sarapan roti canai n roti telur dicicah dengan kari daging. Terangkat!!

Gambar makanan tidak ada sebab aku koser nak ambik gambar dikala perut sudah kelaparan + kerenah Dhia yang tak reti duduk diam. Selesai makan, bergambaran kejap dengan kakak n adik aku + Dhia. 


Ibu dan Dhia

Kami 3 beradik perempuan dalam keluarga

Dari kiri : kakak aku, Dhia, aku dan adik aku

Hohoho muke funny!

Dhia dah bosan ibu asek ambik gambar

Ini muka mintak kena cium

Lepas dah puas menjamu mata lihat tetamu yang hadir, kami ke bilik pengantin untuk bertemu pengantin sebelum dia bersanding. Kalau dah sanding, mmg tak sempat ko nak ketemu dia ucap tahniah ape semua. Aku dah punya pengalaman, jadi aku tahu bagaimana bz nye seseorang raja sehari itu. 

Bergambar dengan pengantin di bilik pengantin :p

Dhia muke mengantuk

Tema adalah pepel. Eh skrg musim pepel ke? Same sini majlis kahwin aku tengok pepel je banyak. Aku dulu pon pepel jugak. Tapi pepel itu mmg cantik pun. Aku sukeeee. Oleh itu aku pun memakai baju yang mengikut tema. Tu pun mujur baju raya tahun lepas mmg kaler pepel. Kalau tak, aku rase aku pakai baju kaler lari tema. 

Bersanding sangat awal ok, Belum pukul 2.30 pm dah bersanding dah. Aku dulu lambat, dalam 3.30 baru bersanding, mekap pun dah cair. Mencikkkkk. 

Pasangan pengantin

Ha mase pengantin berarak tu ada pertunjukkan Barongan. Dhia boleh tak takut, aku nak duduk depan pelamin, dia boleh buat badan mcm ulat tak bagi duduk n jari tunjuk ke arah barongan itu. Maka aku berdiri semula tak jadi duduk sampai persembahan barongan tu habis. Leka dia tengok barongan tu sampai dia boleh tertidur sambil bersandar kat badan aku! Lagipun dia mmg dah mengantuk sangat dah pun. 

Barongan Pt Bugis

Mase bersanding pengantin ada baling gula2 n duit syiling lepas tu semua yang menyaksikan persandingan berebut lah kutip gula2 n syiling tu. Punyelah best sebab duduk depan pelamin, maka dapatlah kami menutip syiling sebanyak RM4.85 n gula2 4-5 biji. Gula2 sikit sebab tak kuasa nak rebut gula2, baik aku rebut syiling. :p Tak tahu lah tempat lain ada buat mcm ni tak? 

Sampai pengantin siap bersanding n makan beradab baru si kecik tu bangun. Tidur di atas pangkuan aku saje ok. Hinggakan kaki aku kebas memangku dia. Lame kot aku pangku dia. Tu pun tak berapa nak selesa, maklumlah ibu dia ni tulang je banyak takde isi! :p

Bangun2 je dia dengar kugiran terus nari2. Kelakar ok. Lepas tu terus nak sibuk2 main atas pelamin. Ibu memantau saje takut dia dok tarik bunga telur yang ada atas pelamin tu. 

Budak kecik yang tak boleh nampak pelamin cantik

Duduk2 kejap sampai pukul 4 pm, perut rase lapo, makan lagi. Tapi ulam2 n sambal belacan tu semua dah habis, makan ayam goreng je lah. Tu pun dah super sedap mcm kfc rase dia. Lauk pauk tu semua hasil rewangan orang kampung takde guna katering, begitu sedap sekali orang kampung masak. Syabas! Eh tapi ayam percik tu beli dengan orang lain, dia bakar dekat situ jugak. 

Lepas makan, balik rumah. Rumah mak aku depan rumah orang yang kenduri kahwin ni, maka jalan kaki je. Eleh jalan kaki pun 1 minit dah sampai halaman rumah mak aku dah pun. Malamnya ada kuda kepang tapi aku tak tengok, tak berapa nak minat. Aku tengok cerita Aduh Sayang je kat TV3 lakonan RITZ (Remy Ishak + Tiz Zaqyah). 

Monday 2 January 2012

Kalau Dah Kepenatan


Ini akibat daripada lewat tidur dan juga akibat daripada kepenatan bermain dengan sepupu sepapatnye. Dengan ibu2 sekali rase nk join sekali bila tengok anak tidur begini. Enak sekali.

Eh dah mcm wordless wednesday plak. Pendek sungguh entry daku. Janji hado. Hehehe

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers