Followers

Monday 31 December 2012

Pengalaman Bersalin Anak Kedua, Muhammad Afiq Danial


Anak dah 2 bulan lebih baru nak bercerita. Tapi tak menjadi masalah pada aku sebab aku masih ingat lagi peristiwa itu. Mmg nak coretkan di sini tak kira dah lama ke apa sebab akan datang bila anak aku dah besar boleh mereka baca dan tahu jerit perih seorang ibu melahirkan anak.

Nak mula dari mana ye..

Baby boy aku lahir pada 13/10/2012. Sebelum tu aku dah ambik cuti awal dah. Awalnya mmg taknak cuti dulu tapi sebab aku dah admit wad pada 24/9/2012, suami aku dah tak bagi pergi kerja lagi dah. Katanya takut something bad happen. So aku sebagai isteri, ikut je kata suami. Aku ambik cuti tanpa gaji. Admit wad pun bukan ada apa masalah, tapi sebab false labour @ kontraksi palsu. Tapi tak mahu lah cerita pasal tu sebab nothing yang nak dicerita. Entry ini untuk cerita tentang kelahiran my baby boy.

Subuh 13/10/2012 tu aku dah start rase sakit sikit2. Sakit mcm nak senggugut tu. Dalam hati masih tak pasti samaada kontraksi betul atau palsu. Aku tak bagitahu suami dulu sebab suami aku tu tak boleh kalau cakap sakit, mesti cepat2 nak bawak pergi hospital. Aku nak tunggu sampai sakit kuat baru pergi hospital sebab karang mcm hari tu masuk wad sebab kontraksi palsu.

Pagi tu aku masih boleh lagi basuh baju, kemas rumah semua. Kebetulan suami aku tak kerja pagi tu, cuti. Tapi dia dah boleh tahu aku dah rasa sakit sebab muka aku pucat katanya. Tapi aku cakap masih belum rasa sakit sampai ke belakang pinggang. Aku mintak tunggu dulu sampai sakit kuat. Tak suka kalau pergi hospital tapi tak bersalin lagi, tak suka duduk dalam wad lama2. Lagi pulak nanti kesian dekat Dhia.

Tengahari tu sempat lagi makan ABC & cendol. Sakit masih tak terasa sangat. Setengah jam sekali sakit datang. Oh ye, pagi tu lebih kurang pukul 10, adik aku datang rumah ambik Dhia. Mak aku dah rindu dekat Dhia, pesan adik aku datang ambik. Aku pun dah pesan adik aku, kalau aku dah sakit kuat & dah pergi hospital, aku tak ambik Dhia lah. Jadinya aku kat rumah dengan suami berdua je. Tonton tv, tidur, makan.

Lebih kurang pukul 4 petang, aku pergi pulak ke majlis hari jadi dekat rumah jiran aku. Dapatlah makan pari masak lemak cili api, kek, cupcakes, marshmallow, dan mcm2 lagi makanan. Time makan dah start rasa sakit kuat. Lepak kat rumah jiran aku ni lebih kurang setengah jam. Lepas dah rasa sakit kuat ke belakang pinggang, aku terus balik rumah. Tiba kat rumah masih duduk lagi tengok tv sekejap. Dalam lebih kurang 15 minit lepas tu mmg dah kerap sakit dan dah konsisten, 10 minit sekali. Terus bersiap & berkemas pergi hospital.

Bertolak dari rumah lebih kurang jam 5.30 petang, tiba hospital jam 6.10 petang. Terus daftar ke dewan bersalin. Masuk dalam bilik rawatan dulu sebab doktor nak check jalan dah bukak atau belum. Nerves masa tu Tuhan je yang tahu. Walau dah punya pengalaman, tapi hati masih rasa takut dan berdebar.

Masuk bilik tu tukar kain dulu semua then nurse check heartbeat baby dulu. Tak lama doktor masuk. Doktor perempuan. Dalam hati mcm2 yang aku baca. Doktor check bukaan, mujur tak sakit. Dah bukak 2 cm masa tu. Aku pandang jam, dah pukul 7 malam waktu tu. Doktor pesan aku masuk wad dulu.

Dah masuk wad yang sedih. Hospital govertment kan, waktu malam bukan waktu melawat. Suami hantar sampai ke wad je lepas tu dia turun makan. Tak lama dia naik semula belikan aku nasi tapi aku dah takde selera. Dia paksa aku makan, jadi aku makan dalam 4-5 suap. Suami dapat teman sekejap je kat wad. Lepas tu dia tunggu dekat dalam kereta je. Sedih sangat sebab masa nak bersalinkan Dhia dulu, dia ada teman dekat wad sebab kebetulan masa rasa sakit tu mmg waktu melawat.

Sakit kuat mula terasa lebih kurang pukul 9 malam. Time tu 10 minit sekali. Tak lama 5 minit sekali. Aku cuma genggam bantal n gigit towel kecik. Kalau ada suami, bolehlah aku genggam tangan dia. Sedih sangat mampu genggam bantal. Tapi aku kuatkan semangat. Sakit datang je aku gigit tuala n buat teknik pernafasan yang dah nurse ajarkan. Sakit datang je aku tarik nafas dalam2 n hembuskan perlahan2. Posisi pun aku kerap tukar. Sekejap mengiring ke kanan sekejap ke kiri, sekejap aku duduk. Tapi aku tak tertahan duduk, aku banyak mengiring je.

Pukul 10.30 malam doktor pakar datang check. Time tu mmg dah sakit sangat2. Doktor check, kepala baby dah masuk laluan keluar. Doktor anggar lebih kurang pukul 2-3 pagi aku bersalin. Tak lama tu nurse datang nak check tekanan darah pulak, masa tu dah tak tahan, aku cakap nak suruh doktor check bukaan. Sangat mengejutkan sebab jalan dah bukak 6 cm! Kelam kabut nurse ambik wheelchair semua. Aku terus call suami suruh naik atas. Sebelum tu aku sediakan baju, towel, selimut & lampin baby untuk dibawak masuk ke dalam labour room.

Masuk labour room je jam dah menunjukkan pukul 10.55 malam. Masa aku ditolak masuk ke dalam labour room, tanda baru turun. Keluar darah. Tak lama aku baring atas katil, doktor masuk untuk pecahkan air ketuban dan keluarkan air kencing. Ya Allah pedih sangat2 masa dia cucuk tu. Masa bersalinkan Dhia dulu tak pulak rasa pedih. Bila dah pecah air ketuban, barulah rasa sakit yang amat. Suami aku dipanggil masuk. Masa tu baru aku rasa bersemangat & berani sikit bila suami dah ada di sisi.

Sekejap je aku dah rasa nak meneran. Doktor nurse semua dah bersedia. Aku pun kangkang lah kan (sebab dah ada pengalaman, tak payah tunggu doktor & nurse suruh). Mase tu mmg aku dah tak tunggu doktor n nurse cakap, terus aku teran sekuat hati. Sebelum tu kan, aku ada menjerit taw. Malu betullah kenapa aku boleh menjerit. Automatik je mulut aku menjerit. Kuat pulak tu sampai nurse tegur "jangan jerit dik.. jangan jerit". 

Alhamdulillah lepas meneran dalam 3 kali, lahirlah Muhammad Afiq Danial. Tepat jam 11.47 malam dengan berat 3.05 kg. Besar jugak kali ni, Dhia dulu 2.9 kg je. Yang untung, kali ni bersalin tak koyak pun, jahit 2 jarum je kat bibir faraj tu. Doktor pun hairan jugak tak koyak sebab tulang pinggul aku kecik & baby pulak besar, tapi tak koyak. Syukurlah semua dah selamat. 

Baby keluar je terus doktor letak atas dada aku, tak sampai 5 minit baby terus kencingkan aku. Sabo je la.. Bukan sekali dia kencingkan, tapi 2 kali. Tengok muka baby, mcm tak percaya dah jadi ibu kepada 2 orang anak. Alhamdulillah kali ni bersalin pun mudah. Nurse pun cakap aku senang n sekejap je bersalin. Syukur alhamdulillah bahagian aku senang. 

Lepas baby diambik untuk dibersihkan, aku diberi milo n susu panas untuk diminum. Tapi aku minum milo je, susu aku tak lalu nak telan. Dah siap jahit n baby dah bersih, dalam pukul 12.45 aku dirsorong masuk dalam wad semula. Sampai wad je aku terus mandi n suami jaga baby. Kakak ipar aku pun datang jugak masa tu. Lebih kurang pukul 1.15 suami aku n kakak ipar aku balik. 

Malam tu alhamdulillah baby tak meragam tak menangis, elok je dia tidur. Menyusu pun sekejap je. Maybe dia lebih suka tidur. Subuh je baru dia merengek sikit, tapi sumbat tetek tidur balik. Dapatlah aku tidur sekejap walaupun tak nyenyak.

Esoknya tengahari aku dah boleh balik rumah. Dhia teruja ke tidak dapat adik baru? Entry seterusnya akan aku ceritakan reaksi Dhia bila aku bawak baby balik. :)

P/S : Lama tak menaip entry, ayat pun dah berterabur + dah tak reti nak bercerita. InshaAllah akan aktif kembali lepas ni. 

Wednesday 12 September 2012

Wednesday 5 September 2012

Wordless Wednesday 5/9/2012

Duit raye Dhia


Syoknye jadi budak tecik. 

Friday 17 August 2012

Salam Aidilfitri

Lamanya blog tak berupdate, tapi selalu jugak jenguk. Cuma tak ada kerajinan nak menaip entry. Lagipun tak ada cerita sangat nak diceritakan di sini. 

Jumaat sudah hari ni.. Lusa inshaAllah kita akan berhari raya. Hari ni aku masih lagi bekerja. Last day hari ni sebelum bercuti seminggu. 

Tak sabar rasa hati nak menunggu waktu balik pukul 5 petang nanti. Masih ada lagi keperluan yang belum dibeli. Kerepek n asam dah done, tinggal nak tambahkan biskut raya je.. 1 jenis biskut raya pun tak beli lagi. Buat sendiri? Tak ada masa + tak cukup barang keperluan nak membaking bagai. Kita beli yang tunjuk2 je sudah. 

Baju raya Dhia pun dah 100% done. 2 pasang baju kurung + 8 pasang baju persalinan. Banyak? Aku rasa pun tu tak cukup sebab budak ni kan kerap tukar2 baju. Makan2 kotor dah kena berganti. Untuk aku pulak cukuplah 4 pasang baju. Tu pun jubah n dress labuh je. Tak ada nak berfesyen2 ni. Perut pun dah membesar. Hujung bulan ni masuk 8 bulan dah. Sekejap je kan. 

Ok tak nak melalut banyak. Sempena raya yang bakal menjelma, ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin buat semua. Maaf andai ada salah silap terkasar bahasa sepanjang aku berblogging ni. Ewahh blogging kata ko.. Ada kad raya untuk uolls taw. 


Salam aidilfitri dari kami sekeluarga : Lan, Yan, Dhia n baby dalam tummy :p

Thursday 12 July 2012

Practice Make Perfect

Dhia skrg dah makin panjang akal. Macam2 yang dia nak buat. Apa yang dia nampak org buat, dia nak try buat jugak. Yang tak elok tu mmg akanku larang n marah. Contoh, dia selalu nampak ayah dia merokok, so 1 hari ni dia nampak puntung rokok kat luar rumah, dia kutip n letak kat mulut. Hoi teruslah ku menjerit. So warning pada ayah sudah diberi, no more smoking depan Dhia. Dia sedang meniru apa saja perbuatan org di sekelilingnya. 

Budak baya2 Dhia ni kan mmg sedang meneroka, apa yang dia nampak org buat, dia nak buat jugak kan. Dia bukan tahu wether benda tu baik atau tak. Ibu bapa kena alert sentiasa. 

Berbalik pada tajuk, nak tunjukkan Dhia yang berangan pakaikan pempes kat baby stitch dia. Sekarang ni kalau dia dah tak ada benda lain nak buat, dia akan ambik baby stitch dia n pempes dia + bedak, lepas tu sibuk berangan nak pakaikan pempes kat anak patung dia tu. Hey jangan kata anak patung, kadang2 ibu ayah dia pun terpaksa merelakan diri dipakaikan pempes oleh anak sendiri.. Haha



Follow sama mcm ibu n tok mak selalu buat kat dia. Sebelum pakai pempes, pakaikan bedak dulu. Bedak tu aku bukak sikit je lubangnya, kalau tak abes lah 1 botol bedak tu dikerjakan dia. Tak boleh olok2kan dia lagi sekarang ni, dia tahu dah sekarang kalau kita tipu2 dia. Aku saje lah konon2 bukak lubang tu tapi tak bukak sebenarnya, dia tuang2 takde bedak keluar. Pandai dia bagi balik kat aku "kak.. kak..", dia suruh aku bukak. Mmg dah tak dapat nak menipu. 


Nampak ibu snap gambar dia, terus pis. Alooo siap sepetkan mata. Dia mmg begitu, kita suruh senyum, dia sepetkan mata sekali. Tak paham aku dibuatnya. 

Bila dia tengah pakaikan baby stitch tu pempes, aku saja tanya "Kenapa pakaikan dia pempes?", nanti dia jawab "ye cing.. cukk" (baca = dia kencing, busuk). Hoho. Yelah tu sayang oi. Tengah learn ye. Practice make perfect kan. Ye lah, kan dah nak jadi kakak lebih kurang 3 bulan lagi.. Love u so much sayang... 

Saturday 30 June 2012

Tentang Kandungan Kedua

Baru mula nak merajinkan diri menaip entry tanpa gambar.


Kali ni nak bercerita tentang kandungan keduaku ini. Berbeza betul dengan masa aku mengandungkan si kecil Dhia tu. Pregnant kali ni sangat senang. Tak mabuk, tak mengidam pelik2, tak mual, tak muntah, tak ada apa2 masalah.


Dulu masa mengandungkan Dhia, aku suka bermekap, suka wangi2, suka melawa, suka bergambar. Pregnant kali ni pulak, muka pucat, tak suka bermekap, tak suka bergambar, tak suka pakai perfume tapi terpaksa pakai jugak kalau pergi kerja n berjalan. Lagi 1, kalau tidur aku tak suka menghadap muka suami. Suami nak peluk pun aku tak suka. Rase rimas sangat. Walhal dulu mengandungkan Dhia n tak mengandung aku tak begitu. Lagi aku suka bila kena peluk2. :p


Lepas tu kalau pemakanan pulak suka yang pedas, suka yang manis, tak suka yang masam. Addict sangat dengan teh ais. Ketagih lain macam. Walhal aku bukan seorang penggemar teh ais. Dulu masa mengandungkan Dhia, aku addict soya. Mesti nak minum soya, sampai beli soya kotak tu berkotak2 letak dalam peti ais. Tapi aku nasihatkan jangan amalkan selalu minum soya mase mengandung ni. Setiap kebaikan akan menjadi keburukan kalau diambil dalam kuantiti yang banyak n kerap. Contoh macam Dhia tu, akibat aku yang addict minum soya masa mengandungkan dia, sekarang ni kulit dia sangat sensitif. :(


Ok berbalik kepada tajuk asal, kandungan kedua aku ni mmg berlainan dengan kandungan pertama aku dulu. Uolls rase2 lah, aku mengandungkan baby boy ke baby girl? Belum scan lagi ni.. Nak jugak scan tengok gender baby. Senang nak prepare barang dia nanti. Tapi tak banyaklah aku beli. Sebab baju2 baby Dhia dulu banyak. Dulu pun aku beli warna putih n bercorak je banyak, kiranya unisex boleh pakai. :p


Cuma nak kena beli set tilam dia je, set tilam Dhia masa baby, dia masih lagi pakai sampai sekarang. Mmg dia tidur sama 1 tilam dengan ibu ayah dia, tapi aku bentangkan jugak tilam dia masa baby dulu untuk dia. Dah terbiasa.. 


Pejam celik dah masuk usia 6 bulan dah kandungan aku ni. Berat badan totally baru naik 5kg since pregnant. Yang pasti, bahagian punggung sangat naik sekarang ni. Tak sabar rasanya nak shopping barang baby. Kali ni mesti lebih seronok sebab ada Dhia sekali tolong shopping same2.. Lepas raya bolehlah kot shopping. Buat masa sekarang ni kena prepare untuk raya dulu. :p

Wednesday 27 June 2012

Wordless Wednesday ~ Peace Yo!



Lame tak berupdate, buat WW je.. Aci lah jugak kan.. Rindu nak berblogging tapi punyalah malas nak menaip.. Hehe.. Sajikan dulu dengan wajah Dhia yang suka buat peace bila bergambar.. 

Saturday 12 May 2012

Berebut Mainan Je Kejenya

Anak dara aku tu kan, kalau bab makanan, dia tak kedekut. Kalau bab mainan ke harta benda dia ke, dia punyalah kedekut tak bagi orang lain pegang atau pinjam. Memang sangat menjaga harta benda dia terutama semua permainan dia. 


Ok tu takpe lagi lah sebab dia tahu rasa sayang pada harta benda dia. Yang buat ibu geram, bila nampak mainan org lain pun dia buat mcm harta dia jugak. Tak bagi tuan punya permainan tu main sekali. Kalau permainan tu fun n best, dia lagi suka. Kalau permainan tu tak fun, dia pun tak nak. Eksen woooo..


Kejadian ni dah lama, aku pun dah lupa bila. Dia bergaduh dengan kakak sepupu dia berebut mainan pancing2 ikan tu. Walhal kat rumah pun ada. Atau mungkin dia fikir itu permainan dia n dia tak bagi orang lain main? Konpius ibu taw.. 


Mula2 kakak sepupu dia main permainan tu. Fun kan sebab ikan tu pusing2 siap muzik. Padahal dekat rumah pun Dhia ada tapi tak main sangat, cepat bosan dia tu. Nampak org lain main, dia pulak yang sibuk.


Rampas! Siap bagi renungan tajam kat kakak sepupu dia tu. 


Bila kakak sepupu dia ambik semula, tengok Dhia menjeling. Geram lettew.


Ok Dhia rampas semula! Kesian atuk buyut jadi penyelamat keadaan bila 2 org cicit bergaduh berebut mainan. 

Siap jerit2 2 org sepupu ni. Neng ale ibu la tiap kali main mesti nak gaduh berebut2. Tapi bila dah baik, amboi siap peluk2, kiss2. Kanak2 kan.. Mmg begitu pun. Sekejap gaduh sekejap baik. Tapi kakak sepupu Dhia lagi ganas, siap main tarik2 rambut tuuuu. Dhia dah kalah, menangis je lah yang dia mampu.. Funny lah uolls ni.. 


Wednesday 9 May 2012

Gila Tempe

Sila jangan salah faham dengan tajuk entry di atas. 


Anak dara aku tu ha.. Suka benar dengan tempe. Lagi2 lah tok mak dia mmg pengusaha tempe, ape lagi dapat makan tempe free, suka dia. Tapi tidaklah selalu. Bila mana dia nak je dia akan mintak n makan.





Tempe yang belum dimasak atau belum digoreng lagi dia suka makan. Makan begitu sahaja. Jangan risau, tidak akan sakit perut. Kacang tempe tadi sebelum dibungkus sudah pun direbus sampai masak. So tiada istilah risau anak sakit perut. 


Aku pun tak pasti sejak bila Dhia suka makan tempe ni. 


Ada 1 hari tu nak ajak dia balik, asek lah bising "Pepee.. Pepeee" (baca = tempe). Mula2 mmg tak paham ape benda yang dia cakapkan. Tanya mak aku, mak aku kata "Oh dia nak tempe la tu". Mak aku ambikkan sekeping, terus dia makan. Siap cakap "Dappp dappp".




Anak n cucu jawa lah katakan. Mmg lidah pun suka makanan berunsurkan jawa ni. Aku pulak lagi suka tempe goreng. Kalau buat masak lain aku tak berapa suka. Suka yang digoreng n dicicah pulak dengan sambal kicap. Mmg terangkat! 


Ok balik nanti boleh lah angkut tempe beberapa keping n bawak balik digoreng. Lama dah tak makan tempe goreng. :)

Monday 30 April 2012

Dhia Rajin Menolong Ibu Di Dapur

Biasalah kan, nama pun anak dara, mestilah rajin menolong ibu kat dapur. 


Sebelum ni sangat susah nak suruh anak aku ni duduk diam2 bila aku tengah masak. Asyiklah nak berdukung aje. Letih mak taw! Mujur lah skrg lepas ada beli tong kecik untuk isi air bersih bila mana kecemasan air paip tak keluar, so bila aku masak, aku dirikan dia dekat situ, nanti dia mainlah senduk sudu mangkuk aku semua. Janji diam sudah. Kena pandai2 bagi dia diam bila kita tengah masak. 


Kalau dah kita nak masak dia nak berdukung je, kan susah. Lagi 1 bahaya percik2 minyak panas ke apa ke kan. Not good not good. 


Gaulkan resepi
  
Lainlah kalau ayah dia ada kat rumah atau dah balik kerja, kita bagi je ayah dia layankan sekejap bila si ibu memasak. Kerja memasak pun jadi mudah n pantas. 


Tapi bila anak dara tu berdiri atas tong tu n nampak apa yang ibu dia buat, dia nak jugak. Ibu kupas bawang, dia nak jugak. Ibu potong bawang, pun nak jugak. Sudahnya, bawang yang sudah dikupas aku bagi dia, kalau tak dengarlah dia terjerit2 mintak "Nak nak nak!!". Boleh jadi pekak kalau dibiarkan dia menjerit begitu. 


Bu pisss buuuu.. Amboi sejak pandai buat peace, aseklah peace..
Oleh itu supaya telinga tak pekak + kerja memasak cepat siap, maka "Nah lah sayang, ambik bawang ni tapi jangan buang2 taw". Bila dia dah angguk, ok kita bagi.


Aku kena bagi bawang yang dikupas kerana hari tu mak aku cerita, dia nampak mak aku kupas bawang, dia nak jugak, mak aku bagi bawang yang belum dikupas, sekali dia sedap mengupas sampai habis botak bawang tu. Dari besar jadi kecik! Membazir.... Kalau bagi bawang yang dah dikupas, dia cuma main2 masuk dalam mangkuk gaul2 je takde kupas2 sampai jadi kecik bawang tu. Haha


Ok, berbalik kepada tajuk utama, ada 1 hari tu dia nak aiskrim, asyiklah berdondang kat telinga aku "Ais ais ais".. Dia panggil aiskrim tu ais. So aku bagilah dia. Mujur ada stok lagi sikit dalam peti ais tu. Dalam masa yang sama dia nak main bawang pulak. Oleh kerana aku malas nak melayan n perut dah lapar nak cepat siap masak n makan, aku bagilah jugak bawang tu. 


Leka punya leka memasak, bila aku toleh , eh anak dara aku tengah 'masak' resepi istimewa yang tak pernah lagi dibuat orang. 




Bawang bersalut aiskrim coklat. Terliur melihatnya bukan? :p


Disebabkan aiskrim tu pun tinggal sikit n bawang yang dimasukkan ke dalam mangkuk berisi aisrkim tu pun tak banyak mana, maka aku cuma ckp "Dhia masak apa ni?".. Boleh dia jawab "Dap cak" yang bermakna "sedap masak".. Oh, nak kata masakan dia sedap lettew.... 


Bila bapaknya balik..... "Ya Allah apa yang adik buat ni? Ibu ni bukan nak tengok anak buat apa".. Reaksi aku? *menjeling saje*


Sape suruh balik lambat. Walhal habis kerja dah lama, dia duduk kat kedai kopi borak dengan kawan2 dia lettew. Mencik! 


Oleh itu, ayah kena denda mengemas apa yang anak dara dia dah sepahkan. Hehe


Lauk yang aku masak hari itu.. Ikan belukang masak asam pedas. Walaupun comot sane sini, rasenye sangat ohsem!

Entry ini tiada penutup. :p

Ubatan Dhia

Seperti yang sedia maklum bagi yang membaca blog aku ni, aku ada mention yang anak dara aku tu seorang yang alergik + kulit sensitif kan.. Dia mewarisi jenis kulit aku yang alergik dan sensitif.


Mcm2 dah ubat n losyen yang aku beli untuk Dhia. But masa last dia kena alergik kulit merah2 gatal2, aku pergi klinik n doktor suggestkan aku pakaikan barangan sebamed untuk Dhia. So now aku mmg pakai gel mandian n losyen sebamed. 


Ubat minum aku bagi bila ruam merah dia muncul..


Alhamdulillah seminggu pakai dah mula nampak da perubahan. Dia dah kurang menggaru lagi pergelangan tangan dia. Ok, mmg stress sangat tengok tangan dia berbekas akibat digaru. Mungkin Dhia mcm aku, alergik pada habuk + cuaca sejuk n tak menentu. Aku takpe lagi sebab dah besar panjang, kesian kat anak dara aku tu. Mmg dia tak menangis cuma kesian sangat tengok dia tergaru2 gatal. 


Doktor pun ada bekalkan krim sapu kalau timbul gatal2 n ruam2 merah. Bila nampak dia sedap menggaru, aku akan cuci tangan dia n sapukan krim yang doktor bagi tu. Bila dah tak gatal, malam2 bila dia tidur aku sapukan bio-oil pulak. Ye, kulit anak dara aku kering bila dah gatal2. Sama mcm aku jugak tu, kulit kering. :(


Amat berharap supaya kulit Dhia kembali sihat mcm dulu dia baby. Cantik je kulit dia. Sekarang ni tengok bekas garuan dia kat tangan tu mmg aku stress tapi aku sapu bio-oil hari2. Bio-oil ni terbukti berkesan menghilangkan bekas parut kan? Mmg nampak perubahannya. Skrg dah mula nak menghilang dah bekas2 tu semua. Baru seronok hati si ibu ni tengok kulit dia dah sedikit pulih. Lepas ni mmg akan setia memakai sebamed + bio-oil. Laburkan duit sikit untuk anak, mmg aku tak kisah. Asalkan anak aku sihat2 selalu. Amin.

Saturday 21 April 2012

Bersawang

Lamanya dah tak menaip kat sini. Rindu mmg rindu tapi apakan daya, kemalasan menguasai diri lebih dari segalanya.. 


Ada bukak jugak blog ni tapi bila nak menaip je, otak kosong, takde idea nak tulis apa walaupun banyak cerita yang nak diceritakan.


Kesian, bersawang dah blog ni. Aku akan cuba untuk menaip entry selepas ini. Buat masa skrg, mmg tak tahu yang mana 1 patut aku ceritakan dulu. Blank!

Wednesday 28 March 2012

Wordless Wednesday 28/3/2012

Same2 gedik taw 2 beranak ni.. Tengok anak dara tu, bukan main lagi posing kan..



* Maapkan si ayah sedikit seksi *

Friday 23 March 2012

Kira Macam Intro Jugak Lah

Sebab aku malas sangat nak menaip.. Entry ni kira intro aku dalam merajin2kan diri nak aktif berblog kembali walaupun bukan ada orang heran pun aku update ke tak.. 


Tapi tak kira, sebab dulu agak rajin jugak nak update blog. Ni mmg dah betul2 malas ni. Bila dah begitu, alasan mengandung jugak yang terbaik diberikan. Hehehe


Eh tapi mmg tak tipu, sejak mengandung ni aku mmg malas. Kadang2 pun malas masak, sebab tu lah gas jimat, beras jimat, bawang jimat. Haha.. Yang ini mmg tak boleh aku sangkal, kadang balik keje dah penat layan kerenah anak ape semua, lepas tu otak penat nak pikir masak apa, untuk memudahkan cerita, moh le kita makan luar. 


Makan untuk 3 beranak je bukan banyak mana pun. Kadang2 makan tak sampai RM10 pun ok. Silalah percaya sebab aku kan duduk kat kampung. Inilah untungnya duduk kat kampung, segala2nya murah. Syukur alhamdulillah. Lagi best tak perlu berjauhan dengan mak ayah mahupun mertua. Semuanya pun dekat2 jugak. Untungnya bertemu jodoh dekat2 ni. :)


Eh aku dah jauh menyimpang sebenarnya ni. Dan tak sangka dah banyak huruf aku taipkan ni.. Unbelievable. :p


Lepas ni mungkin esok atau lusa atau 3-4 hari aku menaip lagi entry baru.. Banyak ni cerita tertangguh. Cerita kakak aku kahwin pun tak update lagi. Kenalah update di sini, blog ni dah mcm diari aku dah. 


Sebelum tu, nah aku sajikan gambar sorang amoi yang nak berkungfu ke bersilat ke pon aku tak tahu.. 




Till then, bye!

Wednesday 14 March 2012

Wordless Wednesday ~ Belum Rajin

Lamenya tak update.. Padahal banyak cerita tertangguh ni.. Gambar pun banyak je terperap dalam folder.. Bila nak aku update pon tak tahulah bila..

Buat masa skrg mood nak berblog belum ada lagi.. Penangan ibu mengandung beginilah.. Serba serbi rase malas.. Lebih2 lagi di awal trimester ni kan, rasa nak baring nak tidur je.. 

Cerita kakak aku kahwin tu semua akan aku publishkan bila aku punya waktu yang RAJIN untuk menaip.. Hihi!! 


Friday 2 March 2012

Sssyyyhhh Ada Budak Sedang Menelaah

Semua diminta tidak membuat bising. Sssyyyhhhh....!


Kusyuknya anak ibu

Menelaah sambil hisap puting


Tu ada budak tengah sibuk menelaah buku. Sedang cuba belajar 123 dan juga ABC. 


Lama dah mencari buku begini yang sesuai untuk baby mcm Dhia. Tengok dekat online punya, mak aii mahal bebenor.. Ni masa pergi jalan2 summit, saje masuk 1 kedai permainan, sekali tu ada banyak buku dalam tu. Untuk permulaan belikan 2 buah buku dulu untuk Dhia. Mari belajar abjad dan juga 123. 


Ok finish baca 123


Skrg nak baca ABC pulak


Alhamdulillah Dhia sangat suka dengan buku2 ini. Tiap hari dia akan belek. Kalau kat rumah tok mak, tok mak n adik2 aku akan ajar dia. Kalau kat rumah pulak, aku lah yang kena ajr dia. Tapi dekat rumah dia malas sikit. Kalau dekat rumah tok mak bukan main lagi dia rajin ikut apa yang tok mak ajar. Saje je lah tu kan.... Mentang2 lah tok mak manjakan dia.. 


Ibu, Dhia dah penat menelaah, nak tido :p


Lepas ni bolehlah belikan dia buku macam ni lagi. Semoga menjadi anak yang bijak ye sayang. :)

Tuesday 28 February 2012

Sampai Bila?


Entah sampai bila aku harus melayan perasaan ini.. Perasaan seorang wanita mengandung melalui trimester pertamanya.. Rasa tak selesa, malas, rimas, pening, panas, baran, emo.. 


Waktu bekerja pulak dah tak rasa mood datang. Badan di opis, jiwa n fikiran melayang entah ke mana. Tambahan pulak tekak aku ni tengah meloya, makanan pulak tak semua aku dapat terima. 4 hari sudah hanya makan mi hun sup sebab tekak tak boleh terima nasi. Semalam tekak dah tak mahu terima mi hun sup lagi.


Malam tadi pulak langsung tak makan, melayan kepala yang pening + tekak yang loya. Bau makanan pun dah buat aku nak muntah. Dan sudah 5 hari jugak aku tak masak. Mcm mana nak masak kalau bau tumis2 pun aku tak boleh nak hidu.


Rasanya masa mengandungkan Dhia dulu tak pulak mcm ni. Kandungan dah masuk minggu ke 10 baru aku mabuk2. Tapi masa mengandungkan Dhia dulu seminggu aku tak boleh bangun, angkat kepala je berpusing2 dunia aku rasa. Kena berbaring je, makan tak boleh, minum susu je. Kali ni pulak baru usia 7 minggu kandungan aku dah start loya n pening kepala. Makan pulak nak yang pedas2 je, manis2 aku tak tertelan. Milo pun aku dah tak boleh nak minum. Geli rasanya bila lalu kat tekak ni. 


Tapi skrg, makanan pedas ke manis ke aku dah tak tertelan pulak. Yang berkuah pun dah tak mampu nak telan. 


Ok dah takde idea nak membebel apa. Nak melayan badan n kepala. Letih + pening. 

Friday 24 February 2012

Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tak Ke Nasi

Anak dara aku tu banyak betul ikut gen aku. Bukan gen apa, gen suka bergambar. Pandai pulak dia berposing mcm2 gaya. Eh kalah ibu mcm ni. Walhal ibu dia takde ajar pun gaya2 mcm tu. 

Senyumanmu mencairkan hati ibu

Ewah tak menahan bergaya sambil pegang jagung!

Bile perasan ibu ambik gambar, terus berikan reaksi

Sampai begini sekali bila nak ambik gambar dia


Amboi gaye gadis melayu :p

Gaye baring

Dah mcm nk bersilat dah ni ha

Alololo muke tu control!

Sejuk nengoknye

Show me your teeth 

Sepet2kan mate



Ewah bukan main posingnya
Skrg ni bila kita suruh senyum je, laju je dia buat mcm2 gaya. Ibu suruh senyum je, tapi dapat mcm2 gaya dari dia. Geram kadang tengoknya. 

Lepas dah ambik gambar dia, dia pulak sibuk mintak hp kita sebab dia nak ambik gambar sendiri. Terbalikkan hp tu n mulalah mulut dia "Nyum.. Nyum.." suruh diri sendiri senyum. Tapi tak pernah capture sendiri pun sebab dia belum tahu mcm mana nak on camera kat hp tu. 

Dah besar dah anak ibu ni.. Setahun 5 bulan dah.. Dah nak jadi kakak dah pun tak lama lagi.. Semoga menjadi kakak yang penyayang, bertanggungjawab dan bertolak ansur.. Amin.

Thursday 23 February 2012

Pembawakan

Mmg beginilah wanita mengandung, serba serbi jadi malas. Sebenarnya istilah yang tepat bukan malas tapi letih, penat, lemah. Macam tu lah yang aku rasekan sekarang ni.. Sejak dua menjak ni aku rase perubahan hormon dah mula terase. 


Pagi sampai ke waktu lunch aku rase loya, nk muntah tapi tak muntah, tekak pahit. Makanan pulak yang tertentu je aku boleh makan. Baru 7 minggu dah mcm ni.. Semoga aku tak seteruk mase first time pregnant dulu. Sampaikan ambik mc seminggu sebab langsung tak boleh angkat kepala, kena baring je. Bila bangun je berpusing2 dunia ni aku rasekan.


Ape yang aku start rase skrg ni, aku tak boleh nak dekat dengan suami, aku rase rimas sangat bila dekat dengan dia. Kalau dia nak peluk aku ke mesti aku rase rimas. Ada jugak pembawakkan budak mcm tu kan? Lagi satu, aku tak boleh telan makanan yang manis2. Mesti nak makanan yang pedas2. Aku makan roti jem coklat pun boleh loya nak muntah. Skrg ni beli roti sambal bilis je, baru tekak boleh terima. 


Dhia pulak skrg ni sangat amat lah super duper manjanya. Betul kata org, bila ibu mengandung, anak pun akan berperangai. Dhia skrg ni kalau aku nak masak ke basuh baju ke g toilet ke, dia mesti nangis, mesti nak berdukung. Tak boleh diletak. Ikut dengan ayahnya pun tak nak. Susah jugak nanti kalau perut dah membesar. Semoga Dhia memahami ibu nanti ye sayang. 


Bila kat opis pulak aku jadi malas. Malas nak buat kerja. Bangun pagi nak bersiap pergi kerja pun aku rasa malas sangat sampaikan ada cakap kat suami yang aku nak berhenti. Tapi aku kuatkan semangat, ini semua hanya pembawakan. Dulu masa mengandungkan Dhia tak pulak aku rasa sampai nak berhenti kerja. Mmg lain aku rase mengandung kali ni. 


Harapnya mase kakak aku kahwin minggu depan aku takdelah nak mabuk. Kalau tak susah. Rugi pun 1 hal. Tak dapat makan makanan sedap pulak nanti. Semoga aku diberikan kesihatan yang baik hingga saat melahirkan nanti. 


* Dah kena start minum susu anmum ni *

Wednesday 22 February 2012

Wordless Wednesday 22/2/2012


Ibu no photo please! Amboi.. Tangan kotor dok main kuis2 lantai. Ish2.

Saturday 18 February 2012

Sama Ke?

Ye lah, bila pergi mana2 semua orang cakap muka Dhia ni banyak ikut muka ayah dia. Betul ke? 


Pandai Dhia senyum eh. Oppsss ayah sedikit seksi :p


Same ke? Iras tang mana? Mata? Hidung? Mulut? 


Yang aku nampak sorang putih, sorang malap. Ekekeke.. Sowie ye ayahnya, gurau kasar di petang hari. Tapi bila tengok gambar ni pun tengok mcm seiras kan. 


Ye lah, dah mmg anak si ayah kan, kalau ikut muka orang lain kang haru jadinya. Tak kisahlah ikut muka sape pun kan, yang penting Dhia anak ayah dan ibu. Rindunya kat Dhia. Mcm ni lah bila bekerja di hari sabtu. Sangat membosankan!

Friday 17 February 2012

Dhia Suka Donat

Donat big apple dia suka, kalau donat yang sira gula tu tak pulak dia suka. Kan ibu dah hairan. Kenapa big apple pulak yang awak suka? 


Tapi lepas diperhati baru tahu jawapannya. Dhia suka coklat + kacang! Kalau donat sira gula tu ada gula je, Dhia tak suka. Kalau bagi big apple ni yang perisa coklat atau kacang, 1 biji tu pun dia boleh habiskan taw. 


Dah habis separuh dah

Ngap!!

Dah comot2 dia pegang pulak kusyen tu. Dah comot sekali.


Makan sampai comot. Bukan comot di muka dan tangan sahaja, malah di baju, di lantai dan di kusyen. Biarlah comot janji dia suka. Maklum lah, dia ni dah lah punya susah nak bagi makan. Kalau makan pun punyalah sikit kuantiti yang masuk ke dalam mulut dia. Bila dia nak makan makanan yang mcm ni pun dah kira beruntung. Kalau bagi nasi mmg bercinta. Kecuali kalau bagi dia makan n suap sendiri, masuk jugaklah nasi tu dalam mulut dia. Kalau kita nak suap dia geleng2 kepala siap katup mulut tu. Geram!


Lagi 1 dia paling suka aiskrim. Makan air batu pon kegemaran dia. Ikut tabiat ibu dia lah ni. Benda2 yang mcm tu yang disukai. Aiskrim tu kalau bagi dia 1 cawan, dia mampu habiskan. Tapi ni dah lama dah dia tak makan aiskrim. Sebab stok aiskrim dah habis kat rumah tu. Kalau keluar makan pulak dia suke ambik air batu kat air kita dia dok kunyah2, kemam2. Naik ngilu ayah dia bila tengok. Hehe


Bulan depan ni ada appointment untuk inject n timbang berat Dhia. Bab timbang tu aku risau jugaklah kalau berat dia masih di dalam garisan kuning. Takut kena pergi jumpa doktor pakar nutrisi pulak. Dah sememangnya anak aku begini. Adeh. Bab inject plak aku risau sangat ni sebab dia dah lama tak kena inject + nurse cakap kemungkinan anak demam bila ambik injection ni. Lagi sekali, adehhhh. 


Harap2 Dhia ok2 je. Mcm nk pesan suami hantarkan lah, boleh buat buku merah sekali. :)

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers