Followers

Tuesday 31 May 2011

Demam Lagi

Dhia demam lagi smlm.. Baru minggu lepas dia demam.. Entry dia demam minggu lepas pun tak publish lagi, ni dah demam lagi.. Tak tahu lah kenapa.. Risau punya pasal sampai bawak check kat hospital malam tadi.. Risau oke sebulan 2 kali demam.. 

Doc check paru2 semua ok.. Tak ada pulak amek darah sebab dia baru demam n suhu tak tinggi sgt = 37.8.. Doc cuma nasihatkan kalau demam lagi, bawak g hospital lagi.. Sebab baby ni otak masih belum matang.. Dapat jugak ubat titis hidung.. Aku baru perasan, tiap kali aku pergi hospital, mesti Dhia dapat ubat selsema titis hidung n tak pernah dapat ubat minum.. Rupanya, baby ni tak digalakkan minum ubat selsema atau batuk.. Sebab paru2 n hati semua belum matang lagi.. Tapi banyak dah aku pergi klinik swasta dapat ubat minum untuk selsema n batuk.. Oooo sadis sungguh bila dah tahu ni.. 

Selain tu, dah 3 hari mulut Dhia dipenuhi putih2.. Kalau kita kan ulser mulut kan yang pedih tu.. Tapi Dhia punya ni just putih2.. Minum susu n makan pon masih ok.. Dah bawak g klinik ahad lepas n dapat ubat titis mulut.. Masih lagi belum baik, malam tadi tunjuk kat doc hospital n doc bagi ubat bonjela.. Manis ubatnya.. Doc ckp ubat tu kalau letak kat tmpt putih2 tu akan kebas.. Sebab doc pun tak pasti putih2 dalam mumut Dhia tu menyebabkan pedih atau tak.. Ye lah, dah dia minum susu n makan pun ok je kan.. So rasenya tak pedih lah kot.. =)

Bila doc ckp Dhia ok tak ada apa2, baru lega hati aku.. Balik rumah terus bagi minum ubat n beberapa jam lepas tu aku rasa badan dia dah kebah.. Dah normal mcm biasa.. Terus ckp dekat ayahnya. beli perakam suhu lah sbb Dhia ni skrg rajin demam.. Cuaca pun tak menentu kan.. 

Subuh tadi aku bangun buatkan susu dia, badan dia dah sejuk dah.. Malam tadi pun aku tuamkan tuala basah kat kepala n badan dia.. Stokin pun aku tak pakaikan, bagi panas tu keluar.. Selain tu, pakaikan coolfever.. Kipas mmg aku halakan ke arah dia je.. Kalau kat hospital pun mcm tu, mmg digalakkan kipaskan anak demam, bagi suhu turun.. Alhamdulillah, pagi tadi pun Dhia dah tak demam.. Tapi aku ckp kat mak, tetap bagi ubat.. Takut demam dtg lagi.. Kenalah berjaga-jaga.. 

Semalam demam2 pun dia masih nak main, nak masuk walker.. Kira demam2 pun dia masih aktif lagi.. Takdelah terbaring lesu je kan.. Makan pun ok lagi.. Minum susu pun banyak sampaikan 1 malam je tukar diapers dia 3 kali.. =)

Beginilah kan ada anak kecik.. Now baru aku rase betapa susahnya menjadi seorang ibu.. Baru aku tahu betapa susahnya mak aku nak menjaga n membesarkan aku dlu.. Tiba2 rasa sayu hati ni.. 

Friday 27 May 2011

Bersawang Dah Ke

Lama dah tak update.. Isnin Dhia tak sihat.. Tu nanti aku nk story gak.. Esoknya, Selasa, aku pulak yang tak sihat.. Demam.. Musim kan skrg.. Skrg ni pun batuk2 lagi.. Tekak sakit.. Semalam pulak aku on leave.. Minggu ni banyak kali tak masuk opis.. 

Nanti later2 aku update yek.. >.<

Friday 20 May 2011

Belon Pooh

Minggu lepas pergi pasar malam, ayah Dhia belikan belon gas gambar pooh untuk Dhia.. Pandai kata ibu gedik, dia pun sama jugak.. Mcm lah anak dara dia tu dah besar dah pandai nak main belon gas tu..


Bila aku ckp Dhia kan kecik lagi belum pandai nak main.. Asben aku jawab Dhia suka pooh, so belikan pooh.. Boleh gitu? Balik rumah, belon ni jadi bahan gaduh.. Anak2 sedare asben aku semua nak jugak.. Bila sorang pegang, yg sorang lagi dtg n bagi penampar.. Jgn tak tahu, ganas2 anak sedara asben aku.. Fuhhh.. Tak ada amaran apa, tangan main jalan je.. Sedar2 dgr PANGGGG diikuti tangisan.. Budak2..

 Budak happy main belon pooh

Dhia sgt suka dgn belon ni.. Kan belon ni terbang2 kat udara kan, mengekek2 dia ketawa tengok.. Siap naik walker laju2 nak kejar.. Tapi dia tak boleh capai pun belon ni.. Fed-up je dia bila tak dapat amek.. Dia nak amek belon tu sbb dia suka masuk dalam mulut pastu dia akan picit2 belon tu sambil aku terjerit2.. =p

Sikit hari lagi lah, bila dah pandai bercakap, dah pandai nak meminta itu ini, habis lah kopak rabak poket ibu ayah ni..

Alololo Ayunya Dia


Kalau ada anak girl, mmg best! Sebab boleh melaramkan dia cantik2.. Anak boy pun boleh gak tapi tak lah sehebat mcm baby girl kan.. Siap boleh pakai gown bagai.. Baby girl pun boleh pakai jeans n t-shirt.. Tapi baby boy tak boleh wear gown or skirt..

Ingat lg dulu aku selalu pinjam anak jiran melaramkan dia baju cantik2, buat tocang la, pakaikan headband la.. Best sgt3.. Sekarang ni, anak sendiri yang jadi mangsa.. Sanggup berhabis duit beli baju Dhia every month.. Ye, every month aku beli baju dia... Walaupun kadang2 1 month = sehelai baju.. Dah banyak dah baju dia sekarang.. Sampaikan kalau nak keluar jalan tu pening kepala nak pilih..

Kebanyakkannye mmg baju yang gigirl lah.. Habis lah esok kalau Dhia dapat adik lelaki, mesti aku nak kena beli baju lagi..

Dulu belum ada anak, aku tak suka warna pink.. Tak tahu lah kenapa.. Sampaikan tak ada 1 baju pun yang warna pink.. Bila dapat anak girl je, terus jatuh cinta dgn warne pink.. Dan kebanyakkan baju Dhia adalah warne pink.. Aku pun suka sgt tengok Dhia pakai baju warne pink.. =p

Ke laut dah aku ni.. Haha!! Pic Dhia wear shawl ni aku ambik ahad yang lepas.. Mase tu kebosanan kat rumah dgn si kecik ni.. Tengah lipat kain, ada shawl ni, so try pakaikan.. Pernah pakaikan sekali masa dia umur berapa bulan ye.. Lupe!!


Tapi skrg sgt susah nak try letak apa2 benda atas kepala dia.. Headband ke, topi ke, semua dia tarik.. Ish tak tantek lah syg botak je.. Ibu nak ikat tocang nk buat toncet, rambut awak tak memanjang2 pun.. Ibu nak bagi awak cantik pakai headband atau topi, awak tak suka pulak.. Cepat merimas anak dara aku tu..


Sayang, membesar jadi anak yang solehah ye.. Ibu n ayah akan cuba didik Dhia sebaik mungkin.. Amin!!

Thursday 19 May 2011

Suka Dekat Lantai

Walaupun kita letak dia atas tilam ke atas toto ke, tapi lantai jugak yang dia suka.. Mungkin sebab sejuk kot.. After dia pandai maju ke depan ni, dia dah tak nak main atas tilam.. Memang lantai la yang dia tuju.. Mungkin sebab senang nak maju ke depan kalau atas lantai.. Kalau kat atas tilam kan susah sikit dia nak bergerak..


Tapi bila dia kat atas lantai, ibu dia ni lah yang penat nak menyental baju dia.. Ape ko ingat dia maju ke depan tu baju dia tak kotor? Ye lah, aku ni seminggu sekali mop lantai.. Pemalas katanya.. Haha.. Tak ada masa lah.. Aku sampai rumah dah pukul 6.30 pm, mana nak masak, nak cuci baju.. Eh aku cuci baju seminggu 3 kali.. Hehe

Nak buat mcm mana, gini lah gaya ibu yang bekerjaya.. Kalau surirumah tu lain lah kan, duduk kat rumah je.. Bila agaknya aku nak jadi surirumah sepenuh masa?

Tuesday 17 May 2011

8 Bulan Usianya

Alhamdulillah hari ni 17/05/2011 genaplah usia Dhia 8 bulan.. Sekejap je mase berlalu.. Rasa mcm baru bulan lepas melahirkan dia.. Pejam celik pejam celik dah pun 8 bulan.. Tak terase pun masa berlalu pantas.. Bila umur dah 8 bulan ni, mcm2 gelagat n peel yang dia tunjuk..

  • Kalau nampak ayah atau ibu atau sape2 yang dia kenal, dia akan panggil "AHH".. Kalau kita tak layan, dia akan panggil "AHHHHHHH"
  • Suka di bawak naik motor.. Demand pulak tu tak nak duduk kat belakang dengan ibu, nak duduk kat depan.. Geram!
  • Pandai ikut apa org buat.. Kalau kita tanya "Mulut mana?", dia akan buat mulut bunyi.. Somel ok!
  • Dah tahu kalau kita nak pergi jalan.. Kalau pakai cantik2, dia terlebih dulu nangis.. Pandai sungguh..
  • 100% susu botol.. 1 malam boleh bangun minta susu 3-4 kali..
  • Makan bubur nasi 2 kali sehari.. Tengahari n petang @ malam.. Pagi makan biskut farleys..
  • Dah start makan kurma, kismis n madu..
  • Sgt suka pada kucing.. Nampak kucing je dia akan jerit2..
  • Mulut dah mula tak diam.. Asyik nak bebel..
  • Tido siang dah kurang, malam tido sgt nyenyak.. Pukul 8.30 atau 9 malam mesti dah tido..
  • Pandai nak lari bila dlm walker kalau kita pura2 nak kejar dia.. Dia akan laju2 kayuh kaki.. Suke!!
  • Paling suka main air.. Kalau mandi, mesti nak main air dulu.. Kalau kita tengah basuh pinggan, dia akan dtg kat kaki kita kalau dia kat dalam walker..
  • Suka pada kertas.. Selalu surat khabar ayah dia jadi mangsa..

Apa lagi ye? Itu je lah kot.. Mungkin ade jugak perkembangan dia dari bulan lepas.. Bulan ni tak pergi timbang, so ta tahu berat dia berapa.. Bulan depan baru pergi timbang.. Harap2 berat dia naik stabil n normal.. =)

Monday 16 May 2011

Belum Boleh Duduk Tapi Ibu Yang Over

Aku mmg selalu over.. Biase lah, anak baru sorang katenye.. Kena lah over sentiasa kan.. Anak belum pandai diri, dah sibuk ajar berdiri, belum pandai jalan, dah sibuk ajar berjalan, belum pandai duduk pun dah sibuk ajar duduk.. =)


Aku ni jenis gedik, tak boleh tengok anak org lain dah pandai merangkak ke duduk ke.. Terus rasa nak tengok anak sendiri punya version pulak.. Mmg gedik.. <----- ayah Dhia pun ckp aku gedik + over.. Tapi ade aku kisah? =p

So hari tu berdua kat rumah dengan Dhia, aku pun meng'ujikaji' anak aku pandai duduk tak.. <---- walhal mmg dah terang lagi bersuluh yg Dhia belum pandai duduk!


Kejap je lah dia boleh stabil lepas tu dah sibuk nak meniarap.. Cpt2 ok amek gambar dia sbb takut dia jatuh.. Sebab aku meng'ujikaji' kat atas sofa.. Tp hari tu aku dudukkan kt sofa kt beranda rumah aku tu, dia duduk lame.. Sebab sofa kat luar tu lembut sikit kot dia punya tempat duduk..


Tak sabar nak tengok dia pandai duduk sendiri, merangkak, berjalan.. Sekarang ni dah pandai maju ke depan.. Laju sgt.. Hari2 dia tolong ibu dia 'mop' lantai rumah.. Haha.. Lepas tu aku yang terhegeh2 sental baju dia..

Takpe lah, lambat ke cpt ke, yang penting anak aku belajar 1 by 1.. Sekarang ni tengah gigih bagi dia makan kismis, madu n kurma.. Bagus untuk otak.. Harap2 Dhia membesar normal seperti kanak2 lain.. Sekarang pun dia dah pandai nak explore.. Keep it up sayang!

Thursday 12 May 2011

Tarik Stokin

Sekarang ni waktu siang Dhia tak pakai stokin, panas lagi pun kan.. Malaysia mmg panas.. Kalau nak sejuk, sila duduk di New Zealand.. Hihi!!


Waktu malam mmg aku akan pakaikan dia stokin.. Sebab sejuk kot.. =p

Kalau dia naik walker, aku tanggalkan.. Biasanya aku pakaikan dia stokin waktu dia nak tido.. Sebab anak dara aku ni tak mahu tido berselimut.. Kalau aku selimutkan dia, automatik dia akan resah n tak tentu arah walaupun dlm tido! Budak zaman skrg ok.. Demand.. Sepupu dia pun sama jugak tak nak pakai selimut..


Mungkin sebab dah biasa siang tak pakai stokin, dia jadi merimas bila aku pakaikan stokin.. Jadinya dia akan tarik2 stokin dia tu.. Kebanyakkannya tak berjaya tanggal dari kaki.. Hehe..


Tapi yang bestnya, dia nak hisap jari kaki dia taw.. Kalau stokin tak berjaya tanggal, dengan stokin2 sekali masok dalam mulut..


So cute lah u sayang buat mcm tu.. Buat ibu nak cium banyak2.. Geram!

Wednesday 11 May 2011

Bila Tak Nak Tidur...

Dhia kena buli dengan Auntie Ngah dia.. Tu la syg.. Sape pesan tak mahu tido.. Kan dah kena bedung..


Anak dara aku skrg tidur dah tak berbedung.. Sebelum ni kalau tido dlm buai mmg berbedung.. Supaya dia tak terkejut2 bila tido tu.. Tapi since umur dia 6 bulan lebih dah tak berbedung dah.. Kalau malam mmg tak pernah berbedung sebab dia tido dgn aku..

Bila kena bedung ni, terus dia tido.. Manja anak dara aku ni.. Sebab semua org sayang dia.. Seluruh kuarge aku sayangkan dia, manja lah dia jadinya.. Bahaya ni kalau manja bawak ke besar.. Hehe..

Tuesday 10 May 2011

Muka Bangun Tido


Anak dara aku muka kalau baru bangun tido mmg begini.. Ketat lepas tu tak berseri.. Haha!! Masa dia baru bangun ni lah sedap dicium.. Bau masam2 dia tu sedap! Aku paling suka cium dia waktu dia baru bangun pagi.. =p

Monday 9 May 2011

Gaya Tidurnya

Bila Dhia tidur, aku suka tenung muka dia.. Sejuk je rasenya.. Mase ni lah boleh cium dia sepuas2nya.. Tapi cium secara sopan dan lemah lembut sebab kalau ganas2, dia terjaga pulak dari tidur.. Kalau masa dia celik, nak cium lama2, mmg susah.. Dia merimas org cium dia..


Bila tengok muka dia masa tidur, tenang je rasa hati.. Lepas tu mulalah melayang fikiran.. Terkenang2 masa melahirkan dia.. Masa dia masih baby lg.. Indah sgt masa tu.. Lepas tu terbayang2 dulu kecik je tak tahu apa2, cuma tahu menyusu, tidur, berak.. Tapi skrg, dah besar, tidur waktu siang pun dah sekejap2..


Nasib baik waktu malamnya tidur sgt nyenyak langsung tak terganggu.. Kadang2 je kalau dia lapar nak menyusu dia akan kejut kita dgn buat suara merengek2 manja.. Bila kita bancuhkan susu, pandai pulak dia dah nganga mulut.. Clever girl..


Alhamdulillah sepanjang 8 bulan ni, cuma masa umur dia 3-5 bulan je waktu tidur malam dia terganggu.. Tapi tidaklah hari2.. Kalau hari2, aku rasa aku dah jadi mayat hidup dah tak cukup tidur.. Haha.. Sekarang ni dia mmg sgt nyenyak tidur malam.. Kecuali kalau badan dia tak sihat.. Kalau selsema ke.. Hidung tersumbat kan.. Tu je.. Biasanya mmg tidur dia lena sampai ke pagi.. =)

Bila Hujan Turun, Dia Orang Paling Happy


Anak dara aku ni paling suka kalau cuaca hujan.. Sebab? Dia jakun ok dgn hujan yang merintik2 turun dari bumbung.. Kalau hujan, bukak pintu n grill, cepat2 dia nak keluar.. Laju2 die nk keluar ke beranda.. Bila dah bawak ke luar beranda, wahhhhhhhh suka bkn main lagi ko ek.. Sikit2 nak menuju ke air rintik2 tu.. Mak ko ni lah yang jadi jagoan kejar2 supaya tak kena air hujan tu..




Tapi si kecik ni mmg sgt suka air.. Kalau mandi, kena bagi dia puas dlu main air, tapi tak boleh terlalu lama berendam, nanti sejuk.. Tak baik untuk paru2.. Bila angkat dia dari air, kena cepat2 buang air dalam besen tu.. Kalau tak mmg lah terjerit2 dia nak masuk dalam besen tu lagi.. Maknya ikut sekali jadi tarzan, jerit2 panggil ayahnya suruh buang air mandiannya laju2..




Teringat lagi masa dia berusia 2-3 bulan.. Masuk air je nangis.. Takut air woo dulu dia ni.. Sekarang ni pulak, pantang nampak air..


Cer korang tengok aksi dia bila kita tak bagi rapat dgn air, dia buat muka seposen.. Dah la tu tangan dok menggenggam sambil ketap mulut.. Dia kalau geram kat sesuatu mmg mcm tu.. Makin besar, makin bijak, makin banyak akalnya.. Minggu depan genap lah dia 8 bulan.. Sekejap je mase berlalu.. =)

Thursday 5 May 2011

Budak Yang Dah Cerdik Akal

Dhia skrg ni dah cerdik sgt.. Garang pun ye jugak.. Kalau kita marah dia, dia marah kita balik.. Kata org, tengah nak buat akal.. Dia tengah nak belajar mcm2 benda yang dia belum tahu.. Sekarang dia cuba nak meneroka..

Kalau kat depan tv, dia kusyuk tengok tv.. Lebih2 lagi kalau dengar iklan TV3 yang lagu Nanananana TV tigaaaaa.. Dia suka sgt iklan tu.. Aku pun tak tahu nape.. Anak sedara aku pun same suka iklan tu.. Mungkin budak2 suka iklan tu kot.. Bila dgr je iklan lagu tu kuar kat tv, ni aksinye :


Kan? Terus mata kalih ke tv.. Ralit tengok iklan tu sampai habis..

Wednesday 4 May 2011

Nur Farisya Maisarah


Ini budak merupakan anak saudara aku.. Anak kepada abang aku.. Merangkap cucu sulung dalam keluarga aku.. Budak ni nama dia mmg best.. Mak pak dia lah yang pilih nama tu.. Kalau tak dulu mmg aku berkenan dgn nama Farisya tu..


Ok, balik pada cerita asal.. Sarah ni tembam ok.. 2 kali ganda dengan badan Dhia.. Walaupun beza umur cuma 2 bulan.. Mungkin ikut baka jugak.. Aku ngan suami kan mmg dah kurus.. Kalau mak pak si Sarah ni badan mmg semangat.. Tapi tak tahu lah kalau sebab pemakanan.. Sarah ni dah campur susu dah.. Masih lagi menyusu badan n juga minum susu formula..


Skrg ni berat badan dia nak menginjak 9kg rasenya.. Atau dah pun mencapai 9kg.. Idoklah aku bertanya pula pada mak pak dia..

Kalau dukung dia, sekejapan je dah rase lenguh tangan.. Dulu Sarah ni lahir lebih kecik dari Dhia.. Tapi skrg ni, wah2 mendadak2 naik badannya..


Mulut dia skrg sikit2 nak menjerit, sikit2 nak mengomel.. Geram wooo.. Dah sama lebih kurang dgn Dhia dah mulut tu asek nak mengomel membebel.. Esok besar ni jangan sikit2 gaduh merajuk2 sudah.. Mcm anak sedare belah suami aku.. Main sama2, lepas tu kalau tak puas hati, main merajuk2 n tak nak kawan pulak.. Budak2 zaman skrg ni demand2 kan.. Zaman anak aku esok lagi demand.. Tak payah esok2, skrg pun dah demand.. Sabo je lah ibunya ni..

Entry ni sbb dah kekeringan idea sgt nk update =p

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers