Followers

Saturday 15 November 2014

Random Pictures #6


Mulut anak daraku yang lebam sebab terhantuk dengan adik dia. Budak berdua ni kalau dah main mmg suka lompat lompat lah, tarik tarik lah.. Ni sekali terhentam, menangis lah dua dua. Adik dia dah lah jenis menangis keras tak bersuara tak bernafas tu.


 
Ni masa bila entah, pergi jalan jalan mall nampak mainan pay n ride ni. Apa lagi laju lah anak anak aku nak naik. Tapi nak tukar token mesin token rosak, duduk je lah atas ni ye, tak bergerak pun menatang ni.



Holoh budak ni mmg suka buat mimik muka mcm mcm kalau aku nak snap gambar dia. Ni baru lepas solat magrib, feeling ayu dan buat buat terkejut ke camne ntah.


Ole ole dari Vietnam. Kawan aku pergi ke sana so dapat lah ole ole ni. Aku ambik warna biru sebab aku mmg suka biru. Dalam beg comel ni ada keychain jugak. Pink n hijau untuk birasku Kak Lin n Sal.



Si kecik ni kalau tengok kartun dekat HP mcm ni lah gaya dia. Hihi so comel lah adik..


Lan belikan ubat ni untuk abah mertuaku yang ada sakit gout. Mana tahu kot kot berkesan ke kan. Kita tak cuba tak tahu.


Belikan pasta bentuk bentuk hello kitty ni untuk Dhia Danial. Belum masak lagi, masih nak mencari resepi yang boleh dimakan bebudak dua tu. Anak anak aku tu payah sikit bab makan ni. Mana tahu kot kot belikan pasta ada bentuk bentuk cam gini diorang suka kan..

Friday 7 November 2014

Air Tanganku

Ceh mcm hebat je bunyi tajuk di atas.

Aku ni takde la jenis hari hari masak. Ye lah aku kan keje, kadang kadang tak sempat pun rasa nak masak. Biasanya aku akan selang selikan dengan kerja rumah lain. Contoh kalau hari isnin aku dah masak, selasa aku basuh kain baju, rabu masak lagi. Begitulah seterusnya tapi kadang kadang 3 hari ke 4 hari berturut turut jugak masak sambil basuh kain baju. Aku mmg tak basuh baju hari hari pun, kumpul stok 2-3 hari terus senang basuh sekali arung tak membazir air. Hehehe

Ni masakan sepanjang minggu lepas.


Biasanya mmg akan masak sayur untuk budak budak makan. Buat kuah lebih sikit, suka la diorang makan. Yang kat atas ni letak sikit isi ayam. Aku biasanya masak sayur, aku bubuh serbuk pati ikan bilis tu. Sedap terangkat rupanya. Korang cubalah try letak sikit masa masak sayur. Aku masak sayur biasanya cuma hiris bawang putih n merah je, pastu tumis sampai naik bau, aku bubuh serbuk pati ikan bilis tu, masukkan air n garam sikit n bubuh sayur. Siap!


Ayam masak sambal. Ni aku try masak pakai cili boh siap kisar tu. Tak kena lah dengan tekak aku. Tak sedap pada aku lah. Sebab aku dah biasa kisar cili sendiri kot. Ni saje je try beli yang kecik tu kot kot sedap, dah tak payah aku nak kisar cili sendiri. Tapi rupanya tak sedap, warna pun tak cantik. Lebih baik aku kisar sendiri cili lagi puas hati.



Ni aku masak masa hari ahad tak silap. Sebab kan tak keje, waktu panjang sikit aku nak masak yang renyah renyah. Mcm nak masak asam pedas ni nak kisar cili dulu bagai, siang ikan. Kalau masak di waktu keje tu maknanya dah ada cili kisar n ikan dah siap siang. Hihi


Masakkan sayur kailan tumis air. Cara masak sama je mcm sayur atas. Gitu je lah cara aku masak sayur. Kalau nak best sikit aku bubuh ikan bilis sekali. Ni buat berkuah sebab anak anak aku nak makan nasi tak berkuah kang tercekik camne. Takkan nak bagi kuah asam pedas kan? Haha


Makan asam pedas mmg sedap digabungkan dengan telur dadar.


Lepas tu pulak ada petai. Perghhh terangkat mabeles gila makan dengan nasi panas panas n oren juice.


Yang ni sambal bilis petai. Ada petai lagi yang sebelum layu baik aku masak je. Senang je ni, kisarkan cili padi ikut tahap kepedasan masing masing, 3 batang lada merah, bawang merah 4-5 ulas n bawang putih 2-3 ulas. Lepas tu tumis je la bahan kisar tu sampai cili betul betul masak. Masukkan ikan bilis yang dah digoreng garing, masukkan garam, gula n ajinomoto sikit n last sekali masukkan petai.


Ayam masak kicap. Kalau ada lebihan ayam goreng, aku akan masak kicap atau masak lemak cili padi. Tapi yang ni ayam goreng baru. Bukan lebihan semalam punya. Dah takde idea nak masak apa, masak kicap je lah senang n mudah. Hihi

Dah tu je yang ada dalam phone ni. Dulu rajin gila kot aku ambik gambar masakan aku. Skrg ni malas dah. Kalau ada ni pun sebab kebetulan je hp ada kat meja dapur sekali. Hahaha

Ok dah upload dalam blog, boleh padam dah gambar gambar ni dekat hp tu. Banyak noo gambar berat jadinya memori.

Thursday 6 November 2014

Gambar Throwback Gila Gila

Gambar gambar ni masa aku pergi check mata aku. Lama dah, bulan 9 hari tu hahaha. Boleh ek aku kena sakit mata seminggu. MC seminggu. Nanti tu aku buat entry lain. Seumur hidup, tak pernah aku kena ok. First time aku kena, sakit rupanya.. Pedih, bila bangun tidur je tahi mata banyak n keras. 

Lepas tu ada kejadian tak diingini telah berlaku masa pergi check mata aku ni. Aku pergi dengan adik aku Ira n Ucu dan Dhia Danial la sebab Lan keje. Masa ni hari Sabtu, pergi hospital sebab nak ambik mc, mintak sambung mc je sebab mata belum baik lagi. Lepas tu aku tak tahu lah aku ni ingat apa, aku tertinggal kunci dekat dalam kereta! Kunci tak ambik lagi! Hahahaha 

Mula mula tak perasan pun. Bila dah tengah ambik ubat aku nak keluarkan kunci dari beg baru teringat eh aku tadi mcm tak cabut kunci tapi pintu dah terkunci. OMG OMG terus gabra menggelabah gila ok. Try bukak pakai kunci lain pun mmg tak boleh lah kan. Hahaha last last menyerah, call je lah Lan walaupun tahu akibatnya.. Mesti dia membebel punya lah apa cuai sangat bini aku ni dia kata. Hahaha

Tawakal je aku masa call sebab dia ada kunci pendua. Mmg best aku kena bebel sebab lalai n cuai. Dia kesiankan anak anak je. Nasib baik ada adik adik aku teman. Setengah jam jugak tunggu. Nasib baik lah ada pokok n tempat permainan ni, redup sikit n bagi anak anak aku leka. Dan nasib baik sangatttt aku dah buatkan susu Danial siap siap sebelum turun kereta. Kalau tak kesian dia nanti haus nak minum :(















Lepas tu terus balik singgah kedai makan n singgah kedai RM2 je belikan jajan jajan n mainan bebudak ni. Kesian berpanas setengah jam. Hahahaha
Plan asal nak ke mall terpaksa dibatalkan sebab badan dah berlengas tak selesa dah lekit lekit. Danial pulak dah bergaru sana sini sebab gatal berpeluh peluh tu. Dia kan ada ekzema, peluh peluh je mulalah gatal gatal kulit dia.

Nanti aku kasi up gambar mata aku diserang sakit mata tu atau nama sains nya conjuntivitis.

Friday 31 October 2014

Gambar Hari Raya Haji

Hihi tak perasan pulak ada gambar budak budak sepupu sepapat ni masa hari raya haji hari tu. Sebab nak clearkan memori, lebih baik aku tepek kat sini. :)



Dia ni mana tahu takut. Nampak lembu pun sibuk nak kejar lembu tu.


Amboi Aqif bukan main lagi peluk Dhia.



3 orang sepupu = Dhia, Aqif, Auni.





Nah ramai ramai duduk belakang lori ni. Dok dendiam tengok lembu sembelih.


Kusyuknya Aqif tengok apa tu? Sampai ternganga mulut.





Abah mertua buat ibadah kurban ni. Untuk 2 orang anak dan 5 orang cucu termasuk Dhia :)

Raya haji kami camni lah dekat sini, takde yang happening sangat pun. Tak berbaju raya pun. Hihi lain tempat lain cara menyambutnya ye tak? Yang penting pengertian ibadah kurban tu..

Thursday 30 October 2014

Random Pictures #5


Lan dengan sepupunya. Rapat sangat 2 orang sepupu ni. Ni masa pergi konvoi dekat Pengkalan Balak Melaka. Kalau berkonvoi mesti 2 orang ni ada. Konvoi tu konvoi jugak, anak bini jangan dilupa dekat rumah.


Budak bosan. Dia mmg mcm ni kalau pagi pagi baru bangun tidur baru mandi. Lambat nak panas enjin. Dia akan malas malas mcm ni dulu baru lah dia aktif. Tapi kalo dia dah aktif, mmg penat lah sebab dia suka menyepahkan barang n mainan. Tapi takpe lah nak, asalkan kamu bahagia buat begitu. Kang kalau tak, tak berpeluh jugak ketiak mak kau ni. Asek duduk je mak kau ni nanti, kang badan dah mengembang berat dah naik, menyalak pulak kat ayah kau. Hahaha


Kakak dia ni pulak? Mcm tu lah.. Kuat berangan. Tu baju dia request nak pakai sebab nak main pusing pusing. Pastu baju ni kan lace n tutu, dia cakap cantik mcm baju pengantin. Tu jumpa pulak kasut yang orang bagi dekat dalam bilik aku simpan. Besar lagi, so aku simpanlah. Mana dia korek ntah terus berangan pakai sambil pusing pusing. Same jugak ucapan ibumu, suka hati kamu lah nak asalkan gembira.


Mee sup terpaling sedap aku pernah makan. Murah je penuh pinggan ni cuma RM3. Mana nak dapat harga mcm ni lagi? Isi boleh tahan banyak pulak tu. Dhia Danial pun suka sangat makan mee sup ni. Boleh habis sepinggan kongsi berdua.


Alolololo acah acah baca komik upin ipin ye dik?


Dah mcm lelaki pulak pakaikan dia mcm ni. Takpe kak, ni namanya stylo. Hahaha


Pantang nampak mainan pay n ride ni taw. Mesti cepat cepat dia kejar nak naik.


Budak kuat berangan mcm ni lah. Ni mintak pakaikan inai. Aku lukis je asal boleh. Janji dia happy, tak payah nak beria sangat lukis. Tu pun dia ulang ulang cakap cantiknya ibu buat cantiknya ibu buat. Hihihi

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers