Followers

Wednesday 29 January 2014

Wordless Wednesday 29 Januari 2014

Hasil seni Dhia.. Dia kata dia lukis ibu.. Ok, permulaan yang baik jugak.. :)




Friday 24 January 2014

Cahaya Raqilla Wafia

Nama anak akak aku. Geram sangat dengan dia ni. Kalau dia balik kampung je mmg habis aku kerjakan. Tengok gambar dia dekat fb yang akak aku post pun dah cukup buat aku geram. Inikan pula ada kat depan mata. Mmg habis lunyai aku kerjakan dia. Selagi dia tak menjerit mmg aku akan kiss kiss dia sampai dia naik rimas dan menjerit marah. Aku rasa puas bila buat mcm tu. Tapi kalau orang lain buat anak aku, aku rasa geram. Hahahaha

Budak ni kan mulut dah la tak diam. Membebel bahasa dia tapi betapa comelnya. Mata dah la sepet. Ikut mata mak dia la ni. Badan bam bam, sedap digomol gomol tapi dia ni tengah nak belajar bertatih, tak suka dipegang sangat. Dah mcm Danial la. Eksen tak nak dipegang sangat. Geram!

Cuba kira dah ada berapa perkataan geram? :p








Ko tengok la, gedik kan depan kamera? Mcm mana la aku tak geram dengan dia ni.

Minggu lepas baru balik kampung budak kecik ni. Kalau berdua dengan Danial, elok je main sama sama. Bukak video upin ipin pun sama tengok sama sama duduk sebelah menyebelah. Oh so suwitttttt!

Wafia ni suka sangat dengan Dhia. Dhia agah cakkkk je pun dia dah ketawa mengekek ngekek. Ada sense of humor ke ape Dhia ni. Sebab adik dia pun akan gelak mengekek ngekek kalau kakak dia do something. Kakak dia bersin pun adik boleh ketawa. Kompius jugak tu mana yang lawak. Aku bersin dia tak gelak pulak.

Ni ntah bila dapat jumpa lagi. Akak aku kata bulan Febuari jadual dia sangat padat hujung minggu. Bulan 3 lah baru dapat jumpa. So Wafia, bersiap sedialah nak berhadapan dengan ibu lagi. Hehehehe

Thursday 23 January 2014

Macam Kembar.. Kan?

Aku ni suka kalau tengok anak orang lain yang sama jantina tapi berlainan umur dipakaikan baju yang sama design sama warna. Bila tengok, alahai kenapa comel sangat ni... So aku pun nak la jugakkk..

Anak tak sama jantina takpe. Kita cari design dan warna yang unisex. Lelaki boleh sarung, perempuan pun boleh sarung.. 





Hehehe tengok gambar ni adik lagi besar dari kakak kan? Kakak tu ntah kenapa lah halus benar. Susah betul disuruh makan. Kalau hari ni dia dah makan, esok makan sikit je 2-3 suap pastu dah kata kenyang. Mak aku kata dah sama la mcm aku ni. Ingat lagi dulu mase aku kecik kecik arwah nenek aku ade lagi, orang tua kan makan tak banyak. Macam arwah nenek aku makan nasi 1 senduk je. Kadang kadang makan biskut je tak makan nasi. Bila mak aku suruh aku makan, jawapan aku merujuk kepada arwah nenek aku "abes atuk tu tak makan hidup je?". Aku mmg panggil arwah nenek aku dengan panggilan "atuk". Ko tengok la betapa pandai menjawab. Skrg padan muke aku susah nak suruh anak aku pulak makan. T____T

Holoh tengok balik gambar ni rasa rindu pulak dekat diorang ni. 

Wednesday 22 January 2014

Wordless Wednesday 22 Januari 2014

Dhia nyanyi lagu "Bangau Oh Bangau"

Kayu oh kayu nape kau ashah (basah)
Cam ane tak ashah, hujan timpa kakak, hujan timpa kakak. 

"Eh kenapa pulak hujan timpa kakak? Bukan ke hujan timpa aku?" 

"Ibu ni ane oleh (mana boleh) cakap aku, tak aik (baik) laaa"




Tuesday 14 January 2014

Salam Maulidur Rasul


Salam maulidur rasul buat semua umat islam..

Sama sama kita perbanyakkan pahala dengan berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Monday 13 January 2014

Selamat Bertunang Ziela

Lamenye aku peram cerita ni. Lame tak lame mane, 2 minggu jugak aku dah peram dah ni.. Tersimpan je dalam draft. Hehehe

Ziela ni kawan sebaya aku, pernah 1 kelas dulu masa form 2. Form 4 dia terus pindah sekolah. Skrg ni duduk 1 kampung sebab Ziela ni sekampung dengan husband aku. Dia bertunang pada 28 Dis 2013. Nasib baik time tu aku mmg halfday. Dapat la pergi ke majlis tunang dia. Sebelum tu pergi ke rumah kakak ipar aku dulu ada kenduri baru pergi ke rumah Ziela. Kelam kabut jugak la. Mmg tak amek anak anak dulu sebab nanti susah nak handle. So aku berlenggang kangkung je hari tu. Hihi

Sampai rumah Ziela pun dah agak lewat dah tapi nasib baik belum sarung cincin. Laju laju lalu pintu dapur terus ke bilik dia. Fara n Elis dah ade, Murni pun dah ada. Yang lain aku tak kenal la pulak. 3 orang tu je yang aku kenal. Fara tu kawan masa form 6 merangkap jiran suami aku, jiran aku jugak la skrg sbb dah duduk kat kampung suami kenn. Sbb kan berkawan dengan Fara ni jugak la menemukanku dengan suami aku. Aaawwww so sweet.. :p


Ye, muka aku mmg penuh dulang.. Pipi mmg mencanak canak dia naik mcm kemam telur dalam tu. Aku pun kompius dah kenapa pipi je yang semakin membulat. Eh tapi takpe, aku taknak badan bulat, cukuplah begini saje. Hehehe
Eh lupe, yang tudung pink tu Zunalis a.k.a Elis..


Anak sendiri tak bawak, kite pinjam anak orang. Geram dengan budak tecik ni. Baru 7 bulan ok tapi badan dia semangat betul. Kalah my Danial. Mak bapaknya kecik je pulak tu. Adam namenya. Say hai to baby Adam yang berambut pacak..

Ziela yang sangat meletops hari tu..


Yang solek pun kawan 1 sekolah dulu, sama baya pun. Tapi atas ni bukan mak andamnye. Ni la Fara Gogeng. Kenapa gogeng? Hehehe ade cerita di sebalik nama itu..


Sarung cincin tapi tak nampak cincin.. Haiyakk Faraaaa ko camne amek gambar? Ni semua gambar Fara sent bagi aku, aku takde pun snap gambar time tu.


Bkn main muda lagi bakal mak mertua ko Ziela. Lawa lagi bakal mak mertua dia ni. Ramah pulak tu. Untung la ko Ziela..

Selamat sudah 1 bab. Alhamdulillah. Kita tunggu pulak masa makan nasi minyak. InshaAllah tak ada aral, bulan 9 nanti naik la pelamin. Semoga dipermudahkan.

Selamat bertunang Ziela!

Wednesday 8 January 2014

Selamat Pengantin Baru Yana!

Musim cuti sekolah adalah musim orang kahwin ye.
Da la mmg musim hujan jugak skrg ni. Hehehee :p

Ini adalah majlis kahwin kawan sekolah aku ye. Kawan sekolah menengah je, sekolah rendah tak same. Tapi suke kawan dengan dia, baik orangnya, lembut dan sopan. Mase sekolah dulu kalau nak dibandingkan aku dengan dia ni, bagaikan langit dengan bumi. Aku ala ala gangster kot? Kawan pun nak dengan budak budak lelaki je. Kawan perempuan pun dapat dibilang dengan jari. Hahaha. Aku dulu sebab malas kalau kawan dengan perempuan ni nanti mesti ada istilah "tak kawan, tak kawan". Eh malas ok. Baik aku kawan dengan budak budak lelaki, nak gurau mcm mana sekalipun dorang takkan amek hati punye.

Eh? Macam dah cerita lain plak.

So Yana ni aku kenal since form 2, tapi senyum senyum gitu je la sebab tak sekelas. Dia kelas pandai, aku kelas sederhana pandai. Hahahaha nak jugakkkkk tu. Kawan pun tak la rapat cuma mmg suke berkawan dengan dia. Kalau berbual dengan dia, alahai lembut orangnya. Aku ni kalau cakap dah la mcm petir, ketawa mcm mak lampir. Yana kalau cakap penuh kelembutan, kalau ketawa pun tak nampak gigi.

Mase dia tunang, aku tak tahu sebab lepas habis sekolah kitorang dah jadi mcm jauh. Dia keje kat KL, aku masih lagi di kampung. Dapat tahu dia tunang pun dari fb. Alhamdulillah sampai jodohnya, 13 Disember 2013 dia dan pasangan selamat dinikahkan. Esoknya majlis bersanding. Kebetulan pulak Sabtu tu aku mmg halfday. Dapatlah pergi tengok dia sanding. Kalau aku kerja fullday pun aku pasti datang jugak walaupun sekejap sebab masa wedding aku, ingat lagi time tu Yana sanggup balik kampung semata mata nak datang wedding aku. Lama dia stay, dari aku sanding sampai aku da tukar baju untuk photoshoot. Da petang majlis dah habis baru dia balik. So aku mmg kena datang jugak majlis dia.

Yana, walaupun kite tak la rapat mane, tapi aku sayang kau ketat ketat. Keep in touch ok!

Aku dah malas nak bercerita, so marilah lihat pengantin baru yang comel ini...


Ni la dia Liayana atau nama pendeknya Yana.



Muka baru balik keje. Muka yang sangat pucat lesu. Mmg takde secalit bedak pun, kulit aku tengah mengalami proses pengelupasan, so aku biarkan je tanpa perlu oleskan bedak. Sapu krim je. Mase ni baru seminggu pakai produk tu, skrg ni alhamdulillah kulit aku dah more better. Dah takde pengelupasan dah, pergi keje pun dah tak payah dah nak pakai bedak, parut jerawat dah makin pudar, jerawat yang baru nak tumbuh pun cepat je kering. Aku suka betul dengan perubahan ni. :)


Siap ada tarian zapin..




Comel kan Yana?

Hari tu Yana ada wassap gambar dia masa hari nikah n waktu sanding dekat pihak lelaki. Suke betul dengan baju n solekan masa dekat pihak lelaki. Comel sangat Yana! Berseri seri muka awak taw.


Ni gambar masa hari nikah. Tema warna pink.



Cantiknya Yanaaaaa.. Eeeeee suke betul tengok..

Tahniah buat Yana dan pasangannya, Fazree. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah.

Monday 6 January 2014

Musim Demam

Memang tengah musim demam kan skrg ni. Anak anak aku tak terkecuali dari terkena demam. Aiyooo dua dua orang sekali pulak tu demam. Pening kepala jap. Umpama tangan buat kaki, kaki buat kepala, kepala buat tangan. Perumpamaan gila kan.

Danial yang terkena demam dulu sebenarnya. Sabtu 28 Dis tu aku keje halfday tapi tak terus balik rumah mak. Aku pergi rumah akak ipar aku dulu sekejap ada kenduri then pergi lari kejap rumah kawan aku tunang, 1 kampung jugak. Tak boleh amek anak anak dulu nanti jadi huru hara. Lagipun malam tu mmg nak tidur rumah mak aku sebab esok pagi pagi laki aku nak keluar konvoi motor. So ada baiknya aku tidur je rumah mak aku sampai petang Ahad laki aku dah sampai rumah baru aku balik.

So petang tu aku sampai rumah mak aku mcm biasa la peluk cium anak anak. Aku rasa Danial mcm dedar. Eh ni tak boleh jadi, terus aku bagi makan ubat demam bila dia habis minum susu. Nasib baik stok ubat demam dia mmg aku simpan siap siap dekat rumah mak. Dah mmg mak yang jaga dia time aku keje kan, so haruslah kena sediakan ubat demam ke batuk sesema untuk mereka.

Tapi malam tu masa tidur dia gelisah, resah tak selesa semua. Mengiring salah, meniarap salah, terlentang salah. Aku check suhu, 38.2 darjah. Aku just tuam tuala basah je dekat kepala dia, leher n ketiak. Sejuk menggila tidur dekat rumah mak sebab rumah papan tapi aku mmg biarkan je dia tidur tak berselimut tapi berstokin. Takut kalau selimut haba tak keluar jadi makin worse. Pukul 3.30 pagi jugak aku baru dapat lelap mata tu pun kejap kejap bangun sebab dia tidur pun kejap kejap bangun sebab tak selesa. Badan tak sedap kan. Kepala aku jangan cakap la, pening menahan ngantuk tapi what to do, laki takde pulak tu. Dia tidur kat rumah. Tapi sebelum tu dia ada datang la bawak air badak dengan cool fever. Mak aku je lah yang tolong masa Danial tak tidur tu. Tapi Danial ni time tak sihat jangan harap dia nak dekat orang lain sekalipun ayah dia ke atuk dia ke. Yang dia tuju aku le. Lepas tu tak nak diletak nak berdukung je. Lenguh lenguh tangan aku. Mahu tidak, gendut kot Danial tu?


Siang Ahad tu tengok mcm ok je. Tapi lepas dia bangun tidur eh dedar lagi badan dia. Tapi aku just pantau suhu n bagi makan ubat je la. Isnin aku keje mcm biasa. Selasa pun aku keje mcm biasa. Danial masih mcm tu, demam tapi dia demam malam. Kalau malam mmg mencanak tinggi suhu dia sampai aku pun takut nak check suhu dia. Aku cuma banyak tuam tuala basah je la bagi sejuk suhu tu.

Selasa tu balik keje mak aku kata Dhia pulak demam. Tapi dia demam mcm tak demam, aktif bukan main lagi panjat sana sini lari sana sini mak aku kata tapi badan dia dedar. Maghrib tu laki aku kata kenapa badan Danial panas sangat. Padahal petang tu dah ok sikit dah takde la panas cuma dedar je kan. Aku check suhu dia, amek kaw 39.0 darjah celcius! Terus laki aku ajak check dekat hospital. Aku pun ok sebab aku pun worry sebab dia demam lama dah 4 hari kan takut la jangkitan kuman ke denggi ke sebab musim denggi sekarang ni dekat kampung aku tu. Doktor check suhu Danial dah makin tinggi, 39.6 darjah celcius, masuk ubat bontot. Melalak tak hingat la dia mase masuk ubat bontot dengan amek darah tu. Tak sanggup aku nak dengar dia menangis. Alhamdulillah dah check darah semua bukan jangkitan kuman bukan jugak denggi. Syukur. Doktor bekalkan ubat demam je dengan ubat titis hidung untuk Danial. Untuk Dhia dapat ubat demam, batuk n selsema.


Malam tu Danial langsung tak kena. Nangis je keje dia sampai aku naik buntu. Mak mertua aku datang pukul 1 pagi sebab Danial menangis je kan, boleh dengar sampai rumah mertua aku kat depan tu. Kuat tak kuat dia melalak. Tapi Danial tetap tak nak dengan orang lain. Dengan ayah dia pun tak nak, nak dengan aku je la melekat. Lama lama dia dah penat kot dia tertidur tapi atas pangkuan aku. Dah agak agak nyenyak aku turunkan ke tilam, eh sedar ko dia! Nangis lagi bila tahu aku turunkan ke tilam. Last last aku takde pilihan, aku tidur duduk sambil memangku dia. Aku lelap mata tu pukul 4.30 pagi. Pukul 6.30 pagi dah bangun sebab Danial merengek lagi. Adoi la mata mcm kena gam tak boleh nak bukak tapi kerana anak, ku gagahkan diri jugak. Dhia ok je tidur nyenyak, dia peduli ape adik dia nangis melalak mcm mana sekalipun. Yang dia tahu dia nak tidur.

Siang 1st Jan tu aku bawak Danial n Dhia pergi berurut. Amboi sakit sakit badan Danial ok. Kat bahagian leher, bahu dengan pinggang mmg melalak kuat dia bila diurut. Anak aku kalau demam mmg aku bawak pergi berurut takut terkehel ke tersalah urat ke ape kan. Dhia siap ketawa ketawa mase kena urut. Bila tanya sakit ke tak, dia boleh cakap dengan muka eksen "tak pun, beshhh"

Malam tu Danial masih begitu la, merengek dan merengek. Khamis malam tu aku bawak pergi berubat kampung pulak. Tengok mcm dah ok sikit lepas tu, demam Danial dah kebah dah. Badan dah sejuk tapi masih merengek la, takde mood dia nak main ke apa, mmg terbaring je la nak orang pangku dukung belai dia je.

Jumaat aku keje mcm biasa. Tapi tengahari tu adik aku call pulak cakap Dhia demam panas sangat siap muntah muntah. Alahai aku kalau dah dengar anak mcm tu mmg dah takde hati lagi dah nak keje. Terus aku amek leave half. Aku balik tengok kesian Dhia. Mata bengkak nangis, badan dia panas betul. Mak aku pakaikan spender je then letak tuala basah dekat badan n dahi. Nak cakap pun dah tak larat dah dia. Danial dah kebah tapi nampak aku je terus minta dukung. Malam tu aku bawak pergi klinik pulak. Sekali bila doktor check suhu Dhia, 40 darjah celcius. Nak pitam aku dengar. Doktor pun mcm takut terus amek ubat masuk bontot. Alhamdulillah beberapa jam lepas tu suhu dia turun mendadak dan aku check dah normal semula dah. Tapi masih pantau la. Adik dia pun masih berbaki demam. Doktor chech suhu Danial 37.9 darjah celcius. Aiyooooo demam apekah ini degil sangat nak pergi.



Tengok gambar Dhia ni kesian sangat muka dia. Tak bermaya takde mood. Dah tak ceria dah. Padahal dia ni pantang hala kamera laju je buat aksi n pose pose menarik. Ni sebab tak sihat ni terus jadi masam mencuka, sedih benor rupa tu kakak.

Sabtu aku pergi keje, aku tanya adik aku keadaan anak anak aku, adik aku kata mereka ok. Dah tak demam dah, Danial pun dah mula nak main main tapi mood masih lagi belum stabil. Syukur sangat. Kalau la boleh dipindahkan sakit tu, aku rela diberi sakit tu kepada aku asalkan anak anak aku sihat. Aku mmg risau sangat kalau anak anak demam ke tak sihat ke.

Tapi smlm boleh pulak petang tu panas Dhia naik lagi, 38.9 darjah. Aku dah tak keruan dah ni. Kenapa la demam on off je. Nasib baik Johor ni kerajaan keje hari ahad, aku lak cuti ahad so terus la siap siap hantar dia pergi hospital check darah. Takut la kan jangkitan kuman ke denggi ke, sbb hari tu check darah Danial je. Alhamdulillah takde pape jugak. Demam biasa je doktor kata sebab paru paru pon ok je. Lame betul demam dia nak kebah. Pagi tadi aku nak pegi keje pon still panas badan dia, siap siap bagi ubat demam.
Batuk n sesema mmg ada, Danial pun sama tapi dah kurang sikit dah. Batuk pulak jenis batuk jahat tu. Geram aku dengar dorang batuk. Kahaknya mcm tebal sangat.

Anak anak ibu sayang, ibu ayah doakan anak anak ibu cepat sembuh ye. Nanti boleh main mcm biasa. Nanti ibu ayah bawak pergi jalan jalan. Ni awak berdua tak sihat tak dapat nak keluar rumah. Kesian kamu berdua. Mmmuuuaaaahhhhhh!!

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers