Followers

Saturday 30 April 2011

Kalau Dah Jumpa Air

Anak dare aku ni kalau dah jumpa air, memang dia tak pandang lain dah.. Paling suka kalau mandi.. Sangat susah skrg nak mandikan dia.. Tapi kalau Tok Mak dia yang mandikan, dia behave je.. Acting sungguh! Sebab kalau dengan ibunya ni, kalau tak jerit mmg tak sah..

Ok, pic2 ni masa kat rumah mak aku, nampak auntie Ngah dia cuci tangan, cepat2 dia kejar naik walker g kat kaki auntie dia.. Selagi tak angkat, dia akan bebel2 ok.. Bebel! <----- Pangai ibu dia kot.. =p


Time kita nak bubuh syampu kat dia, time tu lah tangan dia dok nak gapai syampu tu.. Lepas tu siap jerit2 mintak syampu tu.. Fuhhh.. Mana lah mak dia ni tak jerit2..


Kalau nak mandikan pun sekarang kena laju2 tak boleh secara lemah lembut dan bersopan santun kerana si kecik ni sekarang sudah sangat2 aktif.. Walaupun dia berada dalam besen mandi dia..



Kalau ibu dia ni nak masak atau tengah cuci pinggan, dia cepat2 datang kat kaki kita mintak kita dukung dia sebab dia nak main air paip tu.. Boleh gitu? Kecik lagi dah pandai ni.. Esok dah besar, dah pandai jalan, camne? Jadi tarzan terus kot ibu dia ni.. =p

Mom & Daughter Again

Sebab aku takde cerita yang nk dikongsikan bersama, aku update je lah entry ibu anak lagi.. Hehe..

Ada je kalau nak bercerita tapi aku kan malas nak taip panjang2..

Jadi, nak mudah, letak je lah entry yang ada gambar banyak2.. Aci tak agak2?



Sbnrnye gambar2 ni semua pun ada dalam pendrive aku, so baik aku bubuh dalam blog ni supaya dapat kongsikan dgn korang2 semua.. (walaupun aku tahu korang bkn kisah sgt pun nak tengok =p)



Kalau korang2 perasan, bila bergambar dgn aku je, muka Dhia ketat.. Dia tak bagi aku sama2 gedik la tu.. Dia nak gedik sorang2.. Eeeee kecik2 lagi dah demand taw tak bagi ibu gedik sama2.. Nanti ibu gigit kang..

Budak Eksen

Dhia skrg kalau naik walker mesti eksen nak berdiri je.. Kaki dah kuat kot, sebab tu dia suka asek nak berdiri je..

Saye dah boleh diri lah bu!

Kalau kita pegang dia, dia asek nak bertatih, dah pandai menapak.. Silap2 esok tak merangkak, terus jalan.. Wahhh suka3..

Ok, aku sudah kekeringan ayat.. Jumpa di lain entry.. Bye..

Thursday 28 April 2011

Kenapa Ye?

Asal aku bukak blog2 korang, tiba2 je kuar notifications "operation aborted"..

Tensen aku weh dah berapa lama tak dapat blogwalking..

Nk tinggalkan komen pon dah tak boleh..

Please tell me why.. Sob sob sob..

Saturday 23 April 2011

Dhia Dapat Present Dari Mami Ngah

Minggu lepas (tarikh n hari aku dah lupa), Dhia dapat hadiah dari Mami Ngahnya.. Tapi walaupun hadiah tersebut untuk Dhia, mcm biasa, ibunya yang over excited.. I kan mmg over sentiasa.. =p


Dapat je parcell tu terus rasa ghairah nak bukak tengok apa ada dlm tu..


Dan bila ku bukak........



Seronok tak terkata.. Sampaikan tak menyempat nak sampai kat rumah, terus snap pic kat opis.. Kate over.. =p


Nakal kan Mami Ngah Dhia ni suruh Dhia buli ibu n ayah.. Babap kang.. Haipp!!

Tapi baju n kasut tu besar lagi, maklom lah kn, anak aku tu umur je dah 7 bulan tapi fizikal mmg kecik molek.. Bak kate someone tu kan, anak aku ni umur dah 7 bulan tapi berat mcm baby 3-4 bulan..

Buat mami Ngah, thanx a lot sebab bagi Dhia hadiah baju n kasut yang sungguh comel + gorjes... Ada rezeki, bagi lah lagi.. Haha!!

P / S : Untuk ibu Dhia ni tak ada ke? =p

Friday 22 April 2011

Antara Anak Aku Dan Anak Ko Mmg Lain Ok!

Walaupon Dhia dah berusia 7 bulan, tapi berat badan dia baru 5.9kg.. Mase dia admit masuk wad tu pun doc pelik kenapa berat dia mcm baby umur 3-4 bulan.. Ye Dhia mmg susah nak naik berat sejak umur 4 bulan.. Mase umur dia 1-3 bulan, berat badan naik cantik.. Tengok graf dia pun cantik je..

Tapi ramai org tak tahu Dhia selalu tak sihat.. Tak sihat yang bermaksud selalu menangis malam sampai 2-3 jam.. Sejak tu lah berat dia susah nak naik.. Tapi dia makan minum susu semua ok.. Takpelah asalkan anak aku sihat, itu dah cukup bagi aku..

Tapi tak payah lah nak banding2kan anak aku dgn anak ko.. Aku bukan tak bagi makanan berkhasiat kt dia.. Tapi setiap baby mmg berlainan.. Same jugak lah mcm anak ko minum susu ni, anak aku pulak minum susu tu.. Lain kn.. Begitulah contohnya..

Jangan main sedap je mulut nak ckp "Apa ni dah 7 bulan berat mcm baby 3 bulan.. Budak lain yang same baya 7 bulan berat dah 8-9 kg dah.."

Hello cik puan, aku tahu lah anak ko berat naik cantik setiap bulan.. Skrg baru 4 bulan pun berat anak ko dah nak masuk 5kg.. Tapi please lah jangan nak ckp mcm tu kat anak aku.. Jagelah sikit hati aku ni.. Ko pk walaupon ko ckp dlm nada bergurau tu aku tak sentap?

Next time jangan nak kepochi lah ttg hal berat anak aku.. Aku setakat ni boleh bersabar lagi..

Dah lah suka ckp pasal berat badan anak aku, skrg pulak selalu nak bangga ko berjaya menyusukan anak2 ko seramai 4 org tu sampai umur 2 tahun.. Pleaselah, ko tak bekerja, boleh menyusukan anak ko setiap masa.. Lain lah aku ni.. Dgn stress lagi, penat lagi.. Aku sungguh tak paham pemikiran org2 mcm ko ni..

Lepas ni kalau agak2 aku dah tak tahan, mmg aku 'basuhkan' aje..

Dhia 7 Bulan

Entry yang tertangguh2..

17/04/2011 yang lepas merupakan ulangbulan Dhia yang ke-7.. Sekejap je mase ebrlalu dah pun menginjak ke 7 bulan.. 5 bulan lagi dah 1 tahun.. Lepas 1 tahun dah kena fikir tambah anak ke 2.. Haha!! =p

Bila Dhia dah semakin membesar ni, macam2 telatah yang dah keluar.. Macam2 perangai dia skrg ni.. Yang paling best, semakin manjeeeeeeeeeeeeeeee.. Tak boleh kita beralih dari depan mata dia.. Nak kita perhatikan dia je..

Dah umur 7 bulan ni, perkembangan Dhia adalah :

  • Dah banyak makan.. 1 hari makan 3 kali.. Pagi, tengahari n petang.. Menu adalah bubur nasi.. Letak carrot, kentang, sayur, ikan n ayam.. Biskot pun dia makan bila nampak org makan.. Jadi, bila aku nak makan, kena bagi dia pegang biskot, baru lah dia tak sibuk2 nak mintak kita punye makanan..
  • Dah pisah dengan susu badan.. Yang ni aku sgt2 sedih yang mana hasrat aku nak BF dia sampai umur 2 tahun tak kesampaian.. Dhia pun refuse nk minum susu aku lagi.. =(
  • 1 malam 3-4 kali menyusu.. Sekali minum 4-5 oz.. Aku lah yang kena banyak bangun bancuh susu dia.. Memang beza masa dia masih menyusu badan.. Singkap je baju kita tido sekali.. Skrg ni selagi susu dlm botol tak habis, jgn harap lah boleh tido!
  • Bila masuk dlm walker dah mula menyelinap ke semua penjuru rumah.. Mana2 alas2 meja ke alas tv yang boleh dia capai, semua ditarik.. CD2 semua pun dia kemas jugak..
  • Tido yang semakin lama semakin melasak dan ibu ayah terpaksa mengecikkan lagi ruang tido kami yang sedia kecik sejak lahirnya Dhia.. Kalau tak, mahu kena sepak dgn itu budak kecik.. =p
  • Sgt kuat minum air masak.. 1 hari sampai 3-4 botol..
  • Mulut dah mula bising.. Kadang2 kalau bernasib baik, dapat lah dgr dia menyanyi2 bahasa dia..
  • Suka menggigit.. Gusi dah gatal ke nak tumbuh gigi?
  • Suka kalau di bawak naik moto..
  • Siang tido dah makin kurang.. Tapi waktu malam tido sgt nyenyak.. =)




Ok tu saje buat mase ni.. Kalau ada yang aku tertinggal, akan di update..

Thursday 21 April 2011

Kisah Dhia Admit Wad (Part II)

.::Sambungan dari Dhia admit wad (Part 1)::.

Rabu 6/4/2011, ruam mula tumbuh kat muka dan 1 badan.. Kat telapak tangan telapak kaki pon ade.. Dhia pon asek merengek je.. Semua tak kena.. Dia nk kita dukung dia je.. Selama seminggu jugak aku tak masak.. Makan kat rumah mak mertua je.. Mujur mak mertua memahami.. Demam dah kebah tapi bintik2 merah makin menjadi2 bila petang.. Masa tidur, dia merengek2 jugak tapi refuse susu.. Kita paksa2 pun tetap lah dia menolak..


Khamis 7/4/2011, Dhia langsung refuse susu n makan since malam semalam.. Hati sgt2 risau sbb setitik air pun tak masuk dalam perut dia.. Tengahari call ayah dia pesan balik n hantar ke hospital.. Ikutkan hati aku tak nak hantar hospital sbb dia cuma bintik2 je kan.. Aku pikir sbb demam campak.. Tak terpikir pun nak hantar hospital.. Tapi oleh kerana dia dah over 12 jam tak makan tak minum, maka aku nekad hantar pergi hospital.. Sekurang2nya kalau badan dia kurang air, boleh masuk air dlm badan kat hospital.. Kat hospital, doc check condition Dhia semua ok cuma doc tak pasti tu bintik demam campak atau bukan sebab bintik lain mcm, lain dari demam campak.. So doc pun ckp masuk wad dulu n tengok perkembangan dia mcm mana.. Kami mak ayah akur je sbb kami pun nk yang terbaik untuk Dhia..


Dhia di asingkan dari pesakit2 lain.. Kes2 yang mcm ni (badan berbintik2) mmg akan diasingkan ke bilik yang dikhaskan.. Aku tak tahu selame ni.. Bila doc pakar check, doc ckp dia mungkin alergic.. So doc tye ade ambik ape2 ubat tak sebelum ni.. Aku ckp ubat antibiotik dari hospital.. Doc tgok antibiotik tu n doc ckp maybe Dhia alergic dgn ubat tu sbb tu tumbuh bintik2 merah tu semua.. Aku tak tahu pun dia alergic.. Tapi mmg lepas 3 kali aku bagi makan ubat tu, bintik2 tu mula timbul..


Dalam pada tu doc ckp tak mahu cucuk tangan dia dulu untuk masuk air.. Doc pesan aku paksa je bagi dia minum.. Kalau dia masih refuse, baru masukkan air.. Jadinya sbbkan hati aku meronta2 tak nak tengok tangan dia kena cucuk, aku paksa je bagi dia air.. Nangis pun aku tetap paksa bagi susu n air masak.. Aku lebih rela tengok dia nangis kena paksa minum drpd nangis kena cucuk jarum.. Ntah2 sgn aku2 sekali ikot menangis..


Jadinya bila paksa je, dia telan la jugak kan.. Lepas tu try bagi roti cicah susu, alhamdulillah dia nak.. Then hospital bagi bubur, try suap, dia baru nak makan.. Alhamdulillah syukur sgt waktu tengok dia nk makan tu.. Baru lega sikit hati aku sebab tak payah la cucuk tangan...


Jumaat 8/4/2011, pagi2 lg doc da dtg check.. Bila doc tgok Dhia kencing ok, bibir pun tak kering, doc ckp hari ni mungkin boleh balik.. Bintik2 kat badan Dhia pun dah berkurangan.. Tapi doc ckp monitor dulu sampai pukul 12 tengahari.. Gembira sgt hati.. Dhia pun dah start boleh minum, makan.. So ptg tu kami pun boleh balik.. Syukur...


Sabtu 9/4/2011, Dhia dah bertambah baikkkkk.. Dah boleh main, dah boleh gelak2 mcm biasa.. Dah boleh makan minum mcm selalu.. Ibu ayah gembira tengok adik dah sihat..


Inilah pengalaman aku jaga anak sakit.. Sejak lahir sampailah umur Dhia 7 bulan ni, ni lah pertama kali dia demam.. Demam pulak lama n ditambah dgn alergic antibiotik.. Mencabar.. Sesungguhnya inilah pengorbanan seorang ibu.. ~Syurga itu di telapak kaki ibu~


P/S : Ade berita yang amat menyedihkan.. Semuanya tentang BF.. Sedih sgt2 aku rase..  =(

Saturday 16 April 2011

Kisah Dhia Admit Wad (Part 1)

Lama aku nak bercerita ttg Dhia yg admit wad pada 7/4/2011.. Tapi sebab aku bercuti selama seminggu iaitu dari 4/4/2011 - 9/4/2011, maka kerja2 berlambakkan.. Sebab tu lah tak dapat nk menceritakan ttg Dhia admit wad tu..

Hari Sabtu 2/4/2011, Dhia da diserang demam.. Tapi dia masih lagi aktif boleh bermain boleh gelak2 ketawa2, boleh lagi masuk walker.. Malamnye bawak pergi klinik dan doc ckp suhu dia tak tinggi cuma 37.1 darjah celcius.. Dan doc cume bagi ubat demam saja.. Malam tu pon Dhia tido dgn nyenyak langsung tak nangis tak bangun.. Bangun pon cuma nk menyusu je..


Hari Ahad 3/4/2011, demam Dhia masih lagi terkawal yang mana langsung tak selsema tak batuk, cuma demam je.. Siang masih lagi boleh main2, ketawa2 bila kita agah n usik dia.. Tapi bila masok malam je, dia dah start merengek.. Suhu dia masih lagi rendah.. Mungkin dia dah mula rasa tak selesa.. Malam tu sentiasa monitor suhu dia.. On off demam Dhia ni.. Hati risau sgt.. Tapi dia tido nyenyak.. Mase susukan dia, rasa mulut dia panas.. Cool fever tetap tampal di kepala.. Selain tu aku tuamkan tuala basah kat bawah ketiak n kepala dia..


Subuh 4/4/2011, Dhia bangun n merengek... Terus sms bos ckp nk EL.. Subuh2 sms bos.. Haha.. Dhia merengek2 tu badan dia panas sgt.. Susu tak nak, nak dukung je.. Pukul 7.30 am, dia tido lagi n masukkan dalam buai sampailah 9 am baru bangun.. Masa bangun tu demam dia dah kebah n dia pun dah tak merengek lagi.. Tapi tetap jugak bawak pergi klinik.. Doc cuma ckp monitor keadaan dia sehari dua, kalau demam masih berlarutan, bawak pergi hospital.. Tapi aku tak tunggu 1-2 hari, balik dari klinik tu terus pergi hospital..


Sampai hospital, tak tunggu lama.. Doc check suhu tapi rendah 37.4, bila rasa badan, sgt2 panas.. Doc tak puas hati, ambik darah sikit.. Hati ni meronta2 masa Dhia kena cucuk kt tangan masa nak ambik darah tu.. Selain tu, doc masukkan ubat bontot.. Lepas tu kami tunggu lagi bila keputusan ujian darah tu kuar....Rupanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

DHIA +VE JANGKITAN KUMAN KAT PARU2..

Tapi doc tak tahan dia.. Doc cuma bagi ubat antibiotik, ubat demam n ubat untuk kembangkan paru2 Dhia.. Doc suruh aku monitor dlm masa 5 hari... Kalau keadaan masih sama, baru masuk wad..

Selasa 5/4/2011, Aku ambik EL lagi... Dhia masih demam on off.. Malam mmg panas sgt badan dia.. Bila siang, suhu dia ok je.. Walaupon ok, tapi dia asek nk berdukung.. Dengan org lain tak mahu, tetaplah dengan ibunya ni.. Sampai aku rasa nak patah semua tulang aku.. Tapi demi anak, aku rela.... Petang pulak masa nk mandikan dia, aku nampak bintik2 merah kat belakang badan n kat perut dia.. Kat muka ada sikit2 tp aku fikir tu ruam biasa sbb Dhia mmg rajin ruam kalau berpeluh2 ni..  Aku kasi tunjuk kat mak mertua aku, mak ckp mcm nk demam campak.. Dgr je aku terus jadi lemah.. Ujian apa yang Tuhan nk bg ni.. Dalam pada tu sempat lagi aku berfikir mcm mana nk kerja kalau anak sakit mcm ni.. Keji sungguh masih mementingkan kerja dari anak.. Cissss!! * Dush dush kt diri sendiri *

.::Bersambung::.

Wednesday 13 April 2011

Dhia Admit Wad

Hari khamis lepas 7/4/2011, Dhia admit wad..


Later aku update story yang betul2.. Sangat tak sempat nk update.. Maaf!!

Monday 11 April 2011

Alhamdulillah

Hari ni kembali masuk opis lepas seminggu bercuti sebab anak sakit..

Later2 aku update sakit apa.. Bz sekarang ni.. =)

Saturday 2 April 2011

Tak Mahu Sedih2 Lagi

Aku dah tekadkan dalam diri, aku tak boleh sedih2 lagi sebab susu semakin kurang.. Aku kena kuat.. Kalau aku sedih, mcm mana susu nk produce lebih banyak.. Aku kena tabahkan hati.. Aku kena cekal dan banyak berdoa supaya masih ada lagi rezeki untuk aku menyusukan anakku sehingga usianya 2 tahun..

Terima kasih juga kepada suami tersayang yang banyak memberikan dorongan dan galakkan.. Dialah yang membuatkan aku kuat untuk terus berjuang menyusukan anakku, Dhia Fitriah.. Juga kepada ibuku dan ibu mertuaku yang telah banyak meberikan tunjuk ajar dan segala mcm petua untuk aku memperbanyakkan susuku.. Terima kasih kepada kawan2 yang banyak memberikan nasihat supaya bersabar dan cekalkan hati ini..

Umpama kata suami, banyakkan bersabar dan berdoa.. Mohon pada Allah supaya permudahkan segalanya.. Alhamdulillah aku masih mampu menyusukan Dhia walaupon susu mmg sgt2 kurang.. Aku skrg sedang usaha dgn makan lobak putih, sawi dan sengkuang.. Selain tu aku makan suplemen shaklee..

Untuk kawan2 yg same2 BF anak, marilah kite same2 berjuang untuk BF anak kita hingga dia berusia 2 tahun.. =)

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers