Followers

Saturday 30 August 2014

Raya KeEmpat, KeLima & KeEnam #Syawal2014

Raya dah habis dah oi baru sekarang nak habiskan cerita raya? Hahaha takpe biar lambat asalkan ada.

Entry ni kasi taram 3 cerita raya terus. Malas nak cerita panjang lebar, mana yang ingat je lah aku cerita.

Raye keempat mmg rutin tahunan akan pergi beraya rumah sedara mara yang jauh sikit. Hari tu dapat pergi 6 buah rumah. Sekali arung beraya kat rumah besan mak ayah aku. Rumah mak bapak mertua abang sulung aku n rumah mak bapak mertua aku sekali. Hehe

Lepas tu terus ke rumah sepupu mak aku & atuk sedara 3 orang. Bertolak dari rumah pukul 9.30 pagi. Payah jugak nak beraya keluar pagi pagi ni sebab anak anak aku selalunya tidur bangun pukul 9-10 pagi tapi hari tu kena kejut awal. Dhia aku kejut pukul 8.30 pagi tapi dia senang je bangun excited nak raya. Kan dia dah faham seronoknya berhari raya. Tapi cabaran nak kejut Danial bangun tidur. Adik adik aku kejut, cium cium dia semua tetap tak bangun. Cuma pusing pusingkan badan lepas tu pejam mata semula sambung tidur. Aku biarkan je n siapkan diri n Dhia dulu.

Bila semua orang dah siap dah cantik, Danial masih lagi mentidur. Mak aku suruh angkat je nanti kat rumah sape sape boleh tumpangkan mandi tapi aku tak nak sebab nanti susah pulak kena baju aku basah ke apa ke. Danial boleh tahan melasak bila mandi suka siram air kat ibu dia. T_T

Lepas dipaksa akhirnya bangun jugak tapi menangis. Hahaha kesian anak ibu..

Ok aku dah tak tahu nak taip apa. Tengok gambar je la...

Kat rumah atuk sedara yang setiap tahun semakin cantik rumahnya

Uncle Zaha & Ucu.. 

Adik aku bukan abang aku. Badan besar tak tahu laa pasaipaaa
Anak buah yang takut dengan mak buah dia ni. Dengan pak dia a.k.a abang sulungku. Budak ni sikit pun tak mahu pakai gown ke dress ke.. Mak dia kata suka sangat pakai jeans dengan t shirt mcm ni. Memilih sendiri baju yang dia nak pakai ok. Hoi kalau aku anak aku mcm ni boleh gugur jantung hari hari bergaduh nak pakaikan baju perempuan. Hahaha 
   

3 beradik perempuan dalam keluarga. Eh Dhia bukan adik beradik kami. :p

Tak kasi chan mak dia nak posing sensorang 

Comel je pakai baju same same :)

My ucuk genduk yang langsung tak suka kita nak ambik gambar dia. Privacy sangat taw awak ni. Huh!

Nur Farisya Maisarah dengan mak dia a.k.a akak ipar aku a.k.a bini abang sulung aku.. Mihmih

Ni lagi sorang susah diajak bergambar bersama. Takpe lah asalkan ibu n bonda nampak comel dalam gambar ni :p

Arghhh cantik sangat!! Cannot tahan tengok. Tahun depan datang lagi mesti dah ubah lagi dah. 

Ni pun atuk sedara buat sendiri. Dia mmg ada pokok jati sendiri, tukang pun buat sendiri.

Tangkap dia n cepat cepat snap gambar

Nasib baik rumah atuk sedare korang ni besar, suke hati je menyepahkan diri di sana sini ye :p

Ucuk gendutttttt sedap landing situ ye

Aku rasa gambar mcm dah tunggang terbalik ni. Malas aku nak susun lagi. Hehehe

Sedap je dia duduk tepi tepi lepas tu goyang goyangkan kaki.. Eeeeee
Ni kat rumah sepupu mak, baju masih hensem belum salin lagi. Nak ke rumah atuk sedare tu boleh tembus dia kencing.


Makcik dan anak buah

Buwekkk!!

Adam Putra. Tapi kalau kita tanya dia sape name dia, nanti dia jawab "Atam Puta" kahkahkah

Si mentel saya

Eh dia ni lagi? Hekhekhek

Nak jugakkkk tu
Bawah ni kat rumah atuk sedare lagi. Mmg dah tunggang langgang dah tak bersusun. 

Mak ayah dengan atuk n nenek sedara. Nenek tu adik beradik dengan arwah nenek aku a.k.a mak kepada my mom. (Sebokkk je Dhia nak menyelit jugak kat belakang tu)

We are big family! Family abang no 3 aku (Adam Putra) dah balik KL dah dapat join 4 buah rumah je

Cuba cari perbezaan gambar atas dan gambar ni :p

Ok jom gerak ke rumah last. Tapi jauhhhhh jarak perjalanan. Sebelum balik bergambar lagi walaupun matahari memancar mancar atas kepala

Ok habis dah raye keempat.

Raye kelima n keenam aku ikut marhaban kampung. Mmg tiap tahun buat 2 hari sebab banyakkk rumah 1 kampung tu. Kalau nak habiskan 1 hari boleh jugak tapi kena mula marhaban pukul 7.30 pagi n sampai maghrib belum tentu habis. Haha

Takde apa nak cerita sangat pasal marhaban. Jom tengok gambar je walaupun gambar cuma sekeping dua. Kehkehkeh

Bawah ni gambar marhaban hari pertama (raye kelima)

Nak ambik gambar dengan makcik sekampung ni tapi tahap malu dia sangat tinggi, tengok tu aku sorang sorang senyum rupanya makcik dah mengelak elak. Takpelah makcik, asalkan muka saya tak gegar. Hahahaha

Geng kampung dusun. Eh?

Geng marhaban kampung sg gersik

Dan bawah ni pulak gambar marhaban hari kedua (raya keenam)



Dah 2 keping je. Yang lain belum transfer dari hp. Malas la nak cucuk usb. So tengok je la yang ade ni je. Hahaha pemalas!

Malam raya keenam jugak aku buat makan makan sikit nak jamu kawan kawan suami sebenarnya so aku jemput sekali famili aku n kawan kawan aku, Tak ramai pun tapi tetap meriah. Suke la aku buat makan makan macam ni sebab suka orang datang ke rumah. Sebab tu every year tak pernah missed buat birthday celebration anak anak. Boleh jugak jamu kawan kawan.

Buat mee bandung homemade ok. Aku dengan kakak aku masak sendiri. Nasib baik menjadi. 




Abaikan gambar yang gelap. Tak ambik banyak gambar pun. Ini je yang sempat di snap.

Yeayyyy habis dah cerita #Syawal2014

Friday 15 August 2014

Raya KeDua & KeTiga #Syawal2014

Raye kedua n ketiga aku tak ke mana pun dua hari tu sebab duduk kat kampung ada marhaban kampung ye.. Raye kedua tu marhaban kampung untuk kaum lelaki dan kanak kanak lelaki dan perempuan. Maknanya 3 trip lah marhaban masuk rumah kau dalam masa 1 hari.

Tahun ni rumah aku kena pada hari pertama marhaban (raye kedua).. Mmg suami aku suruh masak mee goreng je. So last puasa (Ahad) tu siap siap dah beli bahan sebab hari raya nanti mana ada kedai barang basah bukak lagi. So beli mee 5kilo, sayur sawi, fishball dan segala mak nenek bahan untuk mee goreng nanti.

Pagi pagi dah bangun dah.. Tak la pagi sangat, 6.45 pagi tu kira pagi pagi lah jugak kan? Haha penat ok sebab raye pertama tu dah la pagi membawak ke petang beraya 1 hari suntuk sampai kepam dah ketiak. Lepas magrib berjalan raye lagi rumah adik beradik abah mertua. 6 buah rumah malam tu kasi serbu. Balik rumah dah dekat 12 am. Sampai rumah membanting tulang lagi basuh baju siang tadi pakai. Sebab dah peluh peluh takkan nak tunggu 2-3 hari baru nak cuci? Bertaik lalat la jawabnya nanti. Tidur malam tu around 1.30 am jugak.

Sekali bangun bangun je hujan derrr. Tapi takkan kau nak sambung membuta? Itu sangat tidak manis namanya. Kalau masih anak dara inshaAllah tarik selimut semula. Haha
So kejut suami sekali suruh bangun mandi sebab dia yang nak pegi marhabannya pun bukannya aku. Tugas aku hanya memasak n menunggu rombongan marhaban sampai.
Around 12.30 pm aku dah siap masak mee goreng dah. 5 kilo sekali aku masuk dalam kuali. Gagah perkasa jugak aku menterbalik balikkan mee dalam kuali tu. Buat 3 hidang. 1 kat dapur, 2 lagi dekat depan. Yang dapur mmg special edition punya tempat makan untuk yang baya baya laki aku tu duduk makan. Yang bujang yang da kawen yang bapak orang tapi yang umur baya baya laki aku la. Gitu.

Rombongan duduk dalam 15 minit mcm tu baru pergi ke rumah sebelah. Aku tak keluar lah masa rombongan ada. Rombongan keluar je aku cepat cepat kutip cawan n pinggan kotor. Pakai polistrin je sebab aku kan pemalas nak basuh. Lg senang pakai yang pakai buang tak payah aku nak keje basuh je. Ye la, 3 trip rombongan ok. Takkan keje aku nak marathon cuci pinggan n cawan je. Mmg dah 4 tahun beraya rumah sendiri, 4 tahun jugak marhaban aku pakai polistrin je baik cawan mahupun pinggan. Eh ramai je yang buat camnie. So takde rase bersalah sangat. Hihi

Lepas dah kutip cawan n pinggan yang dah diguna, tunggu pulak second trip rombongan marhaban iaitu rombongan budak budak lelaki. Lama jugak jarak antara marhaban dewasa dengan budak lelaki ni. Ada laaa aku tunggu dekat setengah jam. Sampai laki aku dah balik marhaban pun rombongan budak lelaki belum sampai lagi. Lepas rombongan budak lelaki, tunggu pulak budak perempuan punya rombongan. Pun jauh gak jarak masa dorang ni. Naik mengantuk aku tunggu. Angan angan nak membuta lepas rombongan marhaban siap tak kesampaian. Mahu tidak, sampai Asar baru nampak bayang budak budak perempuan. Sedangkan marhaban lelaki dewasa masuk rumah aku pukul 2.30 pm. Berapa lama die punya jarak. Habis je rombongan marhaban, kawan office pulak call nak datang. 2 orang officemate cina. Elok 2 orang tu balik, datang lagi sorang officemate cina dengan anak dia sampai 7 malam lepak kat rumah aku. Letih gileeeeeeeee...

Lepas magrib berjalan raye lagi rumah pakcik suamiku, Pokde.



Panggil sorang anak buah suami ni naik sekali dengan kami. Dhia mmg suka la abang Ajib dia naik sama sama. Nak ambik gambar je cepat cepat dia rangkul leher orang tu. Ajib dah malu malu dah. Hahaha pemalu sangat budak Ajib ni. Kang kalau aku tanya "cikyan cantik tak?", jawapan dia cantik aje sambil sengih sengih malu. Haha suke le aku tanya soalan soalan yang mintak dipuji camtu.. Hahahaha dasarrrrrr :p


Ni dalam usaha memujuk my ucuk gendut yang merajuk. Bukak upin ipin kat hp. Kepala dia terhantuk meja, sibuk sangat nak masuk bawah meja, kan dah terhantuk. Dia punya menangis mmg kejung keras kaku. Sebut pasal nangis tak bersuara sampai muka pucat ni, 24 Ogos nanti akan refer doktor pakar kanak kanak kat hospital.


Dah puas merajuk, tertidur atas pangku. Letakkan atas bantal langsung tak sedar. Penat sangat la tu.


Amek kau bergelimpangan semua pun ketiduran jugak. Dhia tu belum sampai rumah pokde lagi dia dah tertidur. Siang tak tidur langsung sebab tu dah tertidur. Lagipun kalau kat dalam kereta dia mmg senang tertidur.


Anak anak tidur ape lagi, meh sini ambik gambar sama sama. Tapi dah kenapa time orang nak snap gambar awak minum air pulak?? Lagi sekali!


Ok baru lah cantik mcm ni.. Hihi


Mak mertuaku..


Kakak iparku..


Biras kesayangan.. Hihi


Anak buah, Puteri..


Last sekali marilah kita selfish selfie.. Peras santan = perasan. Ade aku kesah?
Sendiri soal sendiri jawab. Muahahaha :p

Ok dah nanti cerita raye keempat punya cerita. Cerita raya masih banyak ye. Harap sudi lagi baca. :*

Saturday 9 August 2014

Raya Pertama #Syawal2014

Orang lain dah habis dah kot cerita pasal raya, aku baru nak start cerita raya aku. Berdasarkan tajuk, mmg nak cerita kisah hari raya pertama je dulu. Banyak kot gambar n cerita nak dicoretkan, tak boleh taram 1 entry, jenuh korang nak scroll down. :p

Raya tahun ni malam raya bermalam di rumah sendiri je. Walaupun rumah parents dekat, tetap buat sistem giliran ye. Tapi pagi raya setiap tahun mmg kat rumah mak aku. Kalau bermalam kat rumah sendiri, lepas solat aidilfitri tu salam dengan mak abah mertua terus ke rumah mak aku. Sebab mmg famili mertua beraya petang lepas zohor mcm tu. Famili aku plak beraya pagi. Tengahari biasanya dah kat rumah n petang mmg kat rumah tunggu tetamu datang pulak. Sebab tu aku boleh join dua dua famili beraya. Cuma penat la pagi sampai petang ko beraya. Penat takpe yang penting seronok. :)

Malam raya tu sempat lagi keluar cari baju melayu suami. Dia mmg mcm tu suka beli last minit. Dah tak dapat warna yang sama dengan kitorang. Ada sehelai sama tapi saiz kecik pulak. So beli je la yang ala ala sama warna, janji ada. Lepas tu terus pergi kedai makan, ngeteh la ape lagi. Balik sampai rumah pukul 11 lebih mcm tu. Tidokan anak anak then aku bersilat masukkan kuih raya dalam bekas, bentang tikar, isi duit raya, iron baju. Tengok tengok jam dah 2 pagi. Tapi pelik bin ajaib mata tak rasa mengantuk pun. Tapi paksakan la tido. Kang esok pagi liat pulak nak bangun.

Pagi raya tu sementara suami pergi solat aidilfitri, aku laju laju mandi n bersiap dulu. Then kejutkan anak anak baru mandikan dorang. Kalau kejut awal awal alamatnya tak dapat aku nak bersiap dengan aman. Yang Dhia sibuk nak mekap sama, yang adik peluk kaki aku je. So sementara tengah tidur tu yang aku bersiap cepat cepat. Pukul 9 baru kejutkan dorang. Senang sangat kejut Dhia. Sebab malam tu dia nampak baju raya dia, dia dah teruja sangat. Dia dah faham dah maksud hari raya. Kejut dia cakap jom mandi nak raya ni pakai baju baru baju cantik, terus bingkas bangun ok "wah seronoknya..Dhia suka raye"
Holoh rasa tak percaya anak dah membesar dah faham dah yang raya tu menyeronokkan buat dirinya. :')

Sementara tunggu ayah mereka balik dari masjid, aku ajak anak anak bergambar syok sendiri je la. Tapi bila belek balik, gambar omak eh je yang over. Hahaha jangan salah faham, anak anak dah teruja nak beraya mmg takde makna nak bergambar sangat. Danial lagi la tak layan gambar gambar ni. Mcm kan artis popular kalau nak ambik gambar dia. Bkn main elak sana sini, tak reti diam. Ppppffftttt.
Tengah bergambar sakan, ayah dorang pun balik. Tak tunggu lama, terus salam cium minta maaf. Dhia salam ibu ayah dia "camat hari raye..dhia syg ayah ibu".. Melting sangat dia cakap mcm tu. Tahun depan inshaAllah dah proper sikit kot ucapan hari raye die? Gambar bersalaman nan hado la ye..







Shawl yang aku pakai ni bukan beli, buat sendiri ye. Beli kain chiffon sendiri. Tapi kakak aku yang jahitkan. Aku mmg tak reti lah nak jahit menjahit ni. Best pulak buat shawl sendiri. Boleh la lepas ni buat lagi.

Lepas dah salam dengan mak abah mertua, terus laju laju ke rumah mak aku pulak. Tahun ni kakak aku n abang no 3 tak dapat bersama di pagi raya. Turn kakak aku dengan family bmertua dia tahun ni. Abang aku tu pulak tak dapat cuti katanya tapi petang tu balik jugak dia. Mana boleh tahan beraya di KL. Haha

So ini ada beberapa few gambar masa kat rumah mak. Danial ni mmg menggeramkan dah lawa lawa hensem hensem tapi dituju kat basikal buruk ucu tu jugak. Dia suka benar main pedal n tayar basikal tu. Ggrrr





Sepatutnya kan baju aku sama dengan Dhia ni tapi sebab tailor tak sempat nak jahit, so aku beli baju siap je. Mmg rezeki kot dapat baju kuning ada corak warna hijau. Sebab shawl mmg dah buat awal awal kan.



Shawl adik aku pakai ni pun buat sendiri jugak. Kebetulan ngam pulak warna dengan baju dia. Kuning pink.



Cousinsss!!


Gambar beraya ke rumah sedara mara tak ambik banyak sebab bz mengawal Danial. Dia tu lincah betul tak reti diam asek berjalan ke sana sini, lagi lagi la kalau rumah yang ada tangga, asek menuju ke tangga je lah. Berpeluh peluh kejar dia ni.
Around 1 tengahari dah siap beraya belah famili aku, tapi aku teruskan perjalanan follow famili mertua pulak. Phewwww!






Sedikit gambar masa kat rumah Atok. Hahahadoiii prop kat belakang gambar sangat cantik. Bilik air Atok ye bukan jamban! Sebab situ je redup, nak bergambar di bawah panas terik mmg tak sanggup.

Comel je Abah buat gwiyomi. Hihihi



Ok tu je dulu. Entry lain akan menyusul kemudian...

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers