Followers

Thursday 30 December 2010

Ya Habibi!!

Ewah tajuk entry dah mcm berada di padang pasir pulak..

Ok semalam Dhia telah dibuli lagi oleh ibunya.. =)
kali ni pakaikan dia selendang pulak.. elok pulak tak ditanggalkan bila disarungkan tu..

 mule-mule sarungkan dia ok

 lepas tu mcm pelik

 ok dah selesa

booooolaaaaaaattttttttttttt =)

mule-mule sarungkan je dia mcm tak suke.. tapi lepas tu, ok je.. diam je.. sekarang bolehlah nak buli dia mcm ni.. cer try esok lusa bila dia dah pandai menarik-narik, konpem ditanggalkan sendiri..

Tuesday 28 December 2010

Mula belajar fungsi-fungsi tangan

Oh suka sgt! Dhia dah mula belajar untuk menggunakan sepasang tangannya.. yeayyy!

sekarang ni kalau bagi dia pegang apa-apa mesti dia dok belek-belek tapi masih belum mahir sepenuhnya lah.. alhamdulillah pandai jugak dia menggenggam dan memegang.. sekarang kalau nenen, mesti tangan dia dok pegang rantai aku.. mmg sekarang aku ajarkan dia memegang benda-benda.. contoh kertas dan tisu.. memang cepat je lah hancus tisu tu.. kertas pulak mmg cepat je renyuknye..

tak lama lagi mesti Dhia pandai pegang botol sendiri.. tak sabarnyaaaaaaa.. sekarang ni tengok dia belajar nk mengiring pun dah rase teruja gile.. exicted betul ibunya ni.. bilalah waktu dia pandai berjalan semua kan.. tak sabar!

ok meh tengok pic Dhia bermain-main dengan jemarinya tu!









sekarang ni mmg takdenya lah nak pakaikan mittens.. sebab nanti dia akan buat bising.. ekkk ekkkk ekkk.. mungkin dia nak ckp "ibu, saya nak main-main jari ni kenapa pakaikan sarung".. muahaha

Monday 27 December 2010

Harap-harap tak berulang lagi

Alhamdulillah, sabtu malam ahad yang lepas, ustaz yang datang ke rumah aku tu dah berjaya menangkap 'banda' yang datang mengganggu Dhia.. bukan satu dua ekor tapi ada 4 ekor kesemuanya.. rumah aku tu pun dah dipagar dah.. syukur.. harap-harap tak ada lagi gangguan..

penangkapan dilakukan selepas isyak.. aku x keluar pun.. takut.. duduk je dalam rumah dengan Dhia.. asben aku ckp masa ustaz tu baca ayat-ayat Quran, rasa angin sejuk lalu.. huisyhhhh.. ustaz tu pulak tanya asben tak nampak ke makhluk besar hitam dekat belakang dia.. errrr seram..

makhluk yang ditangkap ada 4 ekor.. semua dimasukkan ke dalam 1 botol.. ustaz tu ambik untuk dibuang jauh-jauh.. yang selalu mengganggu Dhia adalah 1 makhluk yang berbentuk mcm budak..

rumah tu pun dah dipagar dengan garam dan kacang hijau..

syukurlah.. harap-harap lepas ni tak ada lagi gangguan.. usah kata Dhia, aku pun takut bila dengar ustaz tu cakap.. fuhhhh...

Dhia masa ada rambut lagi

Nak tengok pic Dhia mase baby lagi ada rambut lagi tak? eh sekarang pun baby jugak ape.. hihi.. mase dia baru melihat dunia.. baru berusia kurang seminggu masa tu..
jom tengok pic dia yok!





 



lain kan muka dia dulu dan sekarang.. hehe.. rambut Dhia tak lebat, memang mcm tu.. =)

Dhia bersame topi yang dibuat oleh tok maknye

Dhia kena buli lagi.. kali ni aku pakaikan topi yang dibuat oleh tok maknye.. gigih mengait topi tu u ollz..

ok x mo bebel byk, meh layan pic Dhia..

 eh

 muke boring kena buli :p

 sayangggg

 alololo sexynye molot tu

 =)

 muahhhhh

 ehem ehem

malas pandang kamera dah

* pic ni di snap pada hari khamis lepas *

Friday 24 December 2010

Di pagi hari

Dhia kalau pagi-pagi mesti gaya yang sama..

ah bahagianya

pukul berapa nak bangun ni

beginilah Dhia pagi-pagi kalau tak dibedung.. tangan dia mesti terangkat mcm tu.. best kot.. cer try.. ah penat aku bila tangan mcm tu.. budak kecik kan mana rasa kan.. kalau aku turunkan tangan dia tu konpem dia akan angkat lagi.. hihi!!

Manja sangat mengalahkan si ibu

Haha tajuk x boleh blah.. kisah malam tadi.. Dhia terbangun dari tido sebab berak.. tengah tido boleh berak kan.. baby ni best hidup dia.. nak tido pun di dodoikan, nak mandi pun dimandikan, nak susu pun disusukan, berak dengan kencing pun dicebokkan.. huisyyhh seronok kan..

ok berbalik pada cerita malam tadi, bangun-bangun je si kecik tu terus mengada-ngada buat suara mentel merengek minta simpati untuk didukung.. pandai taw si kecik tu acting.. lagi lah kalau ada ayahnya..

ayahnya pulak mana boleh kalau anak dara dia tu merengek-rengek sikit.. terus dipangkunya..

 dah dapat pangku, senyap terus

 si ayah yang prihatin terhadap anaknya

 muka baru bangun tido

 baaaaa!

 suka lah tu kan

 mucuk ibu!!

 jeling-jeling plak dah

 alololo

haha Dhia buat muke kelakar

betul-betul dah manja sangat.. dah besar sikit nanti mesti lagi manja.. tapi takpe, ibu lagi suka kalau anak ibu ni manja walaupun terlebih manja dengan ayahnya.. =)

Thursday 23 December 2010

Takut

Sekarang dekat rumah sendiri pun rasa takut.. lebih-lebih lagi kalau duduk dekat rumah seorang diri bersama Dhia..

ok seperti sebelum ni aku ada ckp Dhia ada diganggu.. aku tak sure dan tak tahu apa yang mengganggu tapi aku tahu Dhia memang diganggu makhluk Allah yang kita tak nampak dengan mata kasar.. wallahuallam..

semalam, abg ipar (abg asben) sms asben tanya ada tak asben masuk rumah dia dan naik siling rumah dia.. dia ckp sebelum ni siling rumah dia mmg ada lubang angin (laluan angin) tapi semalam wife dia ckp lubang tu dah tertutup.. lantas si abg ipar menanya kepada semua org siapa yang ada naik atas siling rumah dia dan tutup lubang angin tu..

jawapan semua org = tak ada sesiapa yang naik atas siling rumah dia.. terus menjadi tanda tanya.. wife dia terus jadi meremang bulu roma.. mahu tak meremang kalau lubang angin tu boleh tertutup sendiri..

malam tadi pulak asben sebelum tidur baca ayat kursi sebanyak 7 kali (diajar oleh ustaz yang dtg ke rumah kami sebelum ni).. habis je bacaan yang ke-7, tiba-tiba je tong sampah dekat dapur tu terjatuh.. walhal kucing pun tak ada.. kalau tikus, kenapa tak ada tanda-tanda tikus tu meratah sisa makanan dalam tong sampah tu?

ok kami abaikan saja dan anggap cicak melanggar tong sampah tersebut (walaupon hakikat tong sampah tu mustahil dijatuhkan oleh seekor cicak) =)

tak lama lepas tu akuarium sebelah tv tu pulak semacam diketuk-ketuk.. terus meremang bulu roma.. aku pandang asben, asben pandang aku.. asben pun meneruskan bacaan ayat kursi lagi..

aku pulak terus berada di sisi Dhia.. perhatikan dia.. sejak peristiwa menangis selama 3 jam tu, tidur malam Dhia adalah berbedung.. sebab dia kerap terperanjat-terperanjat sejak tu.. malam tadi pun dia tidur banyak ngigau.. ngigau menangis lepas tu senyap balik.. kesian sgt..

aku harap keluargaku sentiasa dilindungi-Nya.. amin..

Wednesday 22 December 2010

Kenapa datang ganggu lagi

Malam tadi Dhia menangis lagi starting 11 pm sampai 1 am.. :'(

mula2 dia dah tido lepas magrib sampai pukul 8.30 dia bangun.. lepas tu terus xnk tido ko... perut dah cek kembung x tp x.. nak kate badan sakit, dah d urut dah tok mak dia urut.. baju semua dah bukak cek mane tahu ade semut ke tapi xde.. pampers dah tukar jugak.. ape yang x kena..

pukul 12 tengah malam dah x sampai hati tengok dia menangis mcm tu, asben pergi jemput org yang pandai urut.. tapi dia x sakit pon.. lepas org tu balik dia sambung nangis lagi sampai lah nangis yang keras badan tu.. bayangkan mcm mana.. perasaan aku?? jangan ckp lah, sedey gile + risau + buntu + susah hati + mcm2 lagi lah perasaan..

x tahan tengok anak menangis mcm tu..

sampaikan mak mertua, abah mertua, abg ipar & kakak ipar dtg rumah sebab terdengar tangisan Dhia yang kuat nyaring tu.. (rumah kami sebelah menyebelah)

mak mertua pujuk pun x jalan.. abg ipar terus call ustaz yang pernah dtg rumah aku tu.. ustaz tu tengok2kan dari rumah dia saja & dia call semula ckp 'benda' tu dtg lagi.. =(

ustaz tu halau dia keluar dari rumah tu.. x lama lepas ustaz tu call, Dhia pun berhenti nangis.. sampai tertido.. dah ngantuk sgt + dah penat menangis..

sebelum tu mmg rasenye dah suspek 'benda' tu dtg lagi sebab Dhia asek mendongak ke atas + badan menggigil + xnk d letak..

rumah tu belum lagi di'pagar'.. ustaz tu pon dah suruh cpt2 pagar.. insyaAllah kalau xde halangan, ustaz tu dtg nk buang 'benda' tu.. sebelum ni ustaz tu dah pernah tangkap makhluk ghaib ni kat kedai abang ipar aku..

kesian anak ibu

kesian anak ibu.. bila kat rumah tok mak dia langsung pulak x menangis.. mmg something sgt kan.. :'(

Nak tido mcm ni.. bahagia je rasa

Sedapnya dia tido..

Haha matik lah 1 hari banyak2 entry.. ada sesiapa kisah ke? :p

budak yang kepenatan tido x sedar

=)

alololo..

suka tengok Dhia tido nyenyak mcm ni.. bila dia tido, tenung muka dia lama2 rasa bahagia sgt.. dah jadi ibu dah aku ni.. hehe.. hello! kadang2 aku pon masih x percaya dah bergelar ibu di usia muda ok.. org lain umur 22 tahun masih lagi enjoy dgn kawan2..

tp xpe aku seronok bergelar ibu muda.. bangga pon ade.. bukan semua org dapat rase.. kau ade? =)

Budak penat kena buli

Sudahlah Dhia penat, nyenyak tido, aku pulak pergi buli dia.. haha

tengah dia tidolah senang nak buli.. cer kalau time dia celik mata, payah lah..

apa yang aku buat?

jeng jeng jeng......

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

taraaaaaa.. ala2 pakai tudung.. comel x comel x?

suka sgt tgok.. so cute lah u sayang.. =)

Budak penat

Haha somel lah anak ibu ni tido.. penat sgt ye sayang..

ahad lepas pergi kenduri kahwin rumah biras (suami kakak iparku), dari tengahari sampai ke ptg.. penat lah si kecik tu..

lepas magrib je terus tidokan dia.. nyenyak sampai ke pagi.. =)

budak penat pergi tengok pengantin

nyenyak betul :)

itu saja.. tq =)

Friday 17 December 2010

Sudah 3 Bulan

Salam..
hari ni 17/12/2010 genaplah umur Dhia 3 bulan.. sekejapnye mase berlalu.. x perasan pun dah 3 bulan.. rasanya mcm baru semalam aku meneran-neran nk keluarkan dia dari dalam perut ni.. hihi!!

banyak perkembangan yang ditunjukkan Dhia sekarang.. meh aku list kan..

  • pandai sembang terutama dgn tok mak, tok ayah dan juga ayahnya.. sebab 3 org insan ni adalah insan yang paling sayangkan Dhia.. mmg dia manja sgt dgn ketiga-tiga mereka ni.. kalau dah sembang mmg susah nk stop sampai kita yang penat dah malas nk layan.. tapi kalau x layankan dia akan merengek..
  • suka buat2 batuk.. bila kita 'hemm hemm' lagi bertambah mengada-ngada dia buat2 batuk.. tapi so cute!
  • masih lagi kerap berak.. seminggu mahu 4-5 kali.. kadang2 pampers baru tukar dia dah berakkan.. sabau je la..
  • berat dah 5kg di usia 3 bulan.. naik sikit jer berbanding bulan lepas iaitu 4.7kg.. xpe lah janji anak ibu ni membesar dgn sihat.. =)
  • dah kenal suara ayah dan ibunya.. mesti akan tercario-cari kalau terdengar suara ayah dan ibu dia ni..
  • suka menyembur-nyembur air liur.. brrurrrr brurrr sampai basah baju kadang kala..
  • dah mula nk belajar mengiringkan badan.. hoyeh hoyeh!!
  • suka dibawa naik kereta.. dia akan kepochi tengok pemandangan luar..
  • bear kegemaran Dhia adalah POOH! sbb letak bear lain kat buaian dia tu dia x mahu lah pandang.. kalau letak POOH, dia siap ketawa2 tengok bear tu.. (ayah dia dah belikan sepasang baju POOH pun untuk Dhia)
  • masih lagi berbarut, pakai mittens dan booties.. barut tu perlu untuk mengelakkan perutnya masuk angin.. mittens tu kalau siang xde lah aku pakaikan.. malam je time tido pakai.. booties tu mmg sentiasa pakai..
  • x suka dibaringkan.. paling suka didukung dan diri.. kalau dah diri tu dah mula belajar nk mengangkat2 kaki.. eksen je..
  • kepala dah kuat angkat.. x perlu sokong kepala dia lagi kalau dukung dia.. tapi masih berjaga-jaga juga..
  • suka tengok tv.. pasangkan je tv tu dia akan tengok.. maybe terpegun dgn rancangan tv tu yang colourfull..
  • kalau pagi tido berbedung, petang dan malam x bedung.. kalau malam dia suka tido terlentang..
  • siang tido dalam buai.. malam tido sebelah ayah dan ibu dia.. sebelum ni tido dekat tilam sendiri tapi sejak seminggu lepas xnk tido dekat tilam sendiri, nk tido sama dgn ayah ibu dia ni.. so sekarang berkongsi tilam dgn si kecik tu.. :)
hmm ape lagi ek perkembangan dia.. rasanya tu saja kot.. karang kalau ada yang missed out, aku listkan lagi k..


untuk anakku tersayang, ibu dan ayah ucapkan 'Happy 3 Old Months Sayang'.. jadilah anak yang baik, rajin dan pintar.. semoga kamu mendapat segala kebahagiaan di dunia dan akhirat.. ibu dan ayah sayang kamu sangat2.. mmmuuuaaahhhhh!! =)

Thursday 16 December 2010

Contest Si Manjaku Comel

Wahhhh aku telah di tag oleh mama Marissa untuk join contest ni.. first time di tag.. ok nak join gak.. mmg dah stim nak join.. walaupon blom tentu menang..


syarat-syarat sangat mudah...


1- jadi follower blog
Masyimalo Heart nie.. DONE

2- anda mempunyai blog sendiri... (tak mau orang lain punya blog taw) DONE

3- buat satu entry berkenaan contest si manjaku comel ni dan sertakan gamba Si comel anda yang paling comelll skalik (yang ni wajib) DONE

4- tampalkan banner kat atas tue kat side bar dan entry korang... (ni pun wajib gak) DONE

5- last sekali tinggalkan link entry korang kat comment entry ni... DONE

6. Yang buleh join baby dari baru lahir hingga 6 tahun DONE

7. tag rakan2 anda 5 org... DONE

8. Juri adalah hubby dan ibu Julie okeh...

hadiah :
Jeng jeng.. serprise..tapi yang pasti hadiah die best

tarikh tutup:
25 December 2010 230pm (tarikh dan masa Jue dinikahkan nie)


untuk contest ni, aku nak pertaruhkan pic Dhia yang ini..


main pilih je ni.. sebab x tahu nak pilih yang mana 1..

x menang x kisah pun sebab untuk suka2..

dgn ini aku nak mereka2 ni masuk contest ni jugak..

ok sila buat tag ni ye kepada kaum2 ibu yang telah ditag.. jom kita sama2 memeriahkan contest ni..

Wednesday 15 December 2010

Ada yang ganggu

Salam..
ngantuk.. ngantuk.. tulun........
adeh 2 malam x tido dgn nyenyak.. tido pon ala2 je.. pejam mate tp x nyenyak.. Dhia 2 malam x tido menangis je.. menangis sambil mata tengok atas je dan menggigil2..

letak je kat tilam, nangis x mo diam pastu badan gigil2 semacam..
masa isnin malam dia nangis, aku dah x tahu nk pujuk mcm mana.. nangis dan nangis sampai suara serak.. sape yang tahan tengok anak nangis mcm tu? x sampai hati ok.. dgn aku2 skali ikut nangis.. sedey woo tengok anak nangis.. tambahan pulak tengok airmata dia.. =(

mak mertua ckp Dhia nangis sangat lain.. dah cek perut kembung ke x, pampers da tukar, dah letak minyak angin, dah bagi susu semua bukan jugak.. nangis mcm kena pukul tu ko tahu.. aku dah x tahu nk buat apa dah mase tu terus call mak mertua soh dtg umah.. mak mertua dtg pujuk pon x jalan.. last2 bila dia dah penat menangis, dia tertido.. minum susu pun sikit je.. kesian anak ibu.. :(

malam tadi pulak panggil ustaz dtg rumah tengok2kan apa yang x kena rumah tu.. dan ustaz tu ckp ada benda yang datang mengganggu.. benda tu x selalu datang tapi kadang2.. kalau ayahnya keluar malam tu benda tu sebenarnya ikut masuk rumah jugak.. takut aku dgr.. so skrg sebelum nk masuk rumah kena baca doa dulu semua baru masuk.. then jangan terus dekat pada baby..

pukul 1 pagi tadi Dhia tengah tido x semena-mena menangis kuat2.. nasib baik ustaz tu ada bekalkan air.. so aku selawat 3 kali dan raupkan ke muke Dhia, barulah dia diam.. harap2 Dhia x diganggu lagi.. kesian sgt tengok dia menangis..

mungkin malam ni atau esok ustaz tu dtg lagi untuk 'pagar' rumah kami.. kesian Dhia.. tido pon dah sama x nyenyak.. asek terjaga je..

mmg dah suspek ada yang ganggu sebab kalau siang Dhia langsung x nangis.. kalau malam je nangis.. dah tu pulak ada waktunya.. mesti pukul 11 ke atas dia nangis.. biasalah kan, baby mmg akan nampak benda2 yang kita x nampak.. so dia hanya mampu nangis.. kesian sangat kan tengok baby nangis x diam sampai suara serak.. x sampai hati aku nak dengar..

so lepas ni aku dan suami haruslah berjaga-jaga.. setiap langkah kena jaga jugak..  =)

Monday 13 December 2010

Mari mandi

Pic Dhia masa mandi semalam petang.. dulu masa kecik2 x suka mandi.. skrg bukan main lagi pantang dok dlm air, suka bukan main lagi siap angkat2 kaki.. eh dulu dia kecik2? skrg kan kecik jugak.. alaaa dulu means masa dia baru2 lahir tu.. heee

 hai pembaca blog saye =)

 seksikah saye?

ok dah siap

dia suka sangat mandi dalam air hangat.. cer kalau air tu sejuk sikit, menangis lah dia.. so skrg kena mandikan cepat2 sbb kalayu air tu menyejuk mmg x mo lah dia..

* sekejap je rasenye Dhia dah nak masuk bulan ketiga *

Dhia Fitriah

Malam sabtu ri tu kat umah berdua je dgn Dhia, ayahnya pergi kenduri.. so dalam boring2 tu snap je pic Dhia sbb si kecik tu x mo tido lagi, masih nk main2.. meh layankan..









sekian terima kasih =)

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers