Followers

Wednesday 28 December 2011

Melayan Anak Di Hujung Minggu


Ini gambar ahad lepas. Hari minggu, duduk rumah dengan anak sambil menyaksikan dia bermain di depan mata adalah sangat seronok. 

Ditambah pulak si anak adalah super manja. Pantang ko angkat bontot nak buat keje, kompem dia akan menangis di kaki ko. Maka oleh itu, aku hanya menyaksikan dia bermain. Kalau aku duduk diam2 tengok dia bermain, dia tak akan nangis n mampu bermain siap nyanyi2. 

Eh ada klip di atas rambutnya. :p



Merangsang minda :)


Tongkat sakti Dhia.

Jom naik kereta. Vroom vrooomm

Eh sebelum tu tengok minyak dulu. 

Ok minyak ada. 

Percubaan membuat peace

Sekali lagi. Tapi tak jadi. 


Paksu yang ajar naik kereta begini, kaki ke atas. 

Mulut nganga sebab nyanyi lagu Katak Lompat.
Alangkah bestnya kalau hari2 aku terisi mcm ni. Tapi itu tidak mungkin. Nak berhenti, sangat sayang. Lagi pula masih muda, masih mampu n kuat nak bekerja. Karang kalau aku berhenti, sape nak bayarkan insurans aku tu semua? Ye lah, nak harap duit suami, tak akan dapat sebanyak yang aku dapat bila bekerja. 

Lagipun mak aku masih kuat nak jaga Dhia, apa masalahnya kan. Kalau nak diserahkan ke orang lain untuk jaga, itu aku sedikit tidak percaya. Iye, aku mmg lebih percayakan keluarga sendiri berbanding orang luar. Macam2 kes kan skrg ni. Bukan semualah aku maksudkan, tapi aku mmg kurang percaya. :)

Pejam celik, dah hampir meninggalkan 2011. Lebih kurang 4 hari lagi 2012 akan muncul. Maknanya makin besar anak aku. Mesti bila dia dah besar, aku rindukan dia yang skrg ni. Alaaaa skrg ni pun aku rindukan dia mase dia baby2 dulu. 

P / S : Entry yang ntahapehape. :p

Monday 26 December 2011

Bergaya Dengan Kasut Ibu

Biasalah, anak perempuan kan. Memang kuat berangan jugaklah. Tapi ikut gen sape lah pulak kan. Takkan aku kot? Aku rase aku bukanlah seorang perempuan yang kuat berangan. Sesekali itu mungkin. Hehehe

Semalam aku tengah sibuk nak kemas rumah, budak kecik ni ambik kasut aku n berangan pakai dalam rumah. Berbunyi bising keletak keletuk keletak keletuk sebab kasut bertumit. Mujur jugak tapak kasut tu bersih ok dah cuci. Kalau tak, dah jadi kerja aku nak kena mop bagai. Eh, nampak sangat aku jarang2 mop lantai rumah. :p

Disebabkan dia leka dengan kasut tu, maka aku senang hati jugak nak mengemas rumah. Mengemas saje ok bukan memasak bukan membasuh bukan mentidur. Sebab kalau aku angkat kaki ke dapur ke ke bilik air ke, kompem melalak itu feremfuan cilik. Dia nak aku duduk depan dia tengok dia bermain2. Bagus jugak anak, ada alasan ibu ko ni bagi kat ayah ko kalau ibu tak masak. Hahaha

Ok kita check dulu kasut ni ok tak

Ok dah check, try pakai

Ewah begitu teruja memakai kasut dan diiringi bunyi keletak keletuk 

Ni gaya memakai kasut sambil hentak2 kaki namanya
Beginilah anak daraku. Pantang nampak kasut, pasti nak mencuba pakai. Kasut ucu dia ke, ayah dia ke, mmg dia suka je pakai. Ini anak dara selalu buat ibu tersenyum sendiri melihat aksi n gelagatnya. 

Makin hari makin sayang pada kamu wahai Dhia Fitriah!

* Pppsssttt nampak tak Dhia pakai sepit rambut? *

Saturday 24 December 2011

PSP Ayahnya Yang Dia Paling Admire

Dalam banyak2 mainan, psp ayahnya yang selalu jadi mangsa. Dhia tu pantang namapk psp ayahnya ni. Tak tahulah apa yang best sangat dengan psp ayahnya tu. Ibu pun tak pernah nak godek2 psp ayah tu. 

Ayahnya kalau nak main game dekat psp ni pun kena sorok2 kalau Dhia masih belum tidur. Kalau dia nampak je, kompem dia akan mintak psp tu. Bila tak bagi mulalah nak berdrama jerit2 nangis2 bagai. Anak zaman it, fuhhhhh.





Macam2 gaya dia bila dapat pegang psp. Mmg begitulah dia kalau dia dapat pegang psp ayahnya tu. Sekejap baring sekejap duduk sekejap meniarap, sekejap berdiri. Tapi kena perhatikan selalu sebab dia ni agak2 bosan memegang, dia main baling je barang yang ada dekat tangan dia tu. 

Sebenarnya dia sangat kusyuk sebab dalam tu aku ada simpan gambar2 dia masa baby2 dlu. Sebab tu dia leka kalau dapat tengok gambar2 dia. Lepas tu bukakkan lagu yang ada dalam tu, suka la dia. Tu yang sampai terbaring2 semua. 

Friday 23 December 2011

Sibuk Nak Makan Sendiri

Bila kita suap dia sangat susah nak bukak mulut. Dia nak makan sendiri. Bila kita bagi makan sendiri, lebih banyak ke lantai berbanding ke mulut.

Beginilah yang terjadi setiap kali dia makan sendiri. 

Comot sane sini

Lantai pon same comot

Budak kidal
Ini budak mmg kidal kot. Pegang something mesti kidal. Ambik something yang kita hulur pun ambik pakai kidal. Tapi takpe, orang kate budak kidal ni inshaAllah pandai. Amin mudah-mudahan. 

Thursday 22 December 2011

Main Layang-Layang

Hujung minggu lepas tak ke aman pun, musim hujan, nak berjalan pun tak ada mood. Duduk kat rumah je tengok tv n menggemukkan badan yang tak gemuk2 walau makan banyak! :p

Satu hari matahari tak muncul, maka tidur adalah best! Lepas tidur, perut berbunyi minta diisi. Selesai isi perut, maka melayan anak yang super manja. Petang tu cuaca adalah sejuk n mendung, tapi belum hujan atau gerimis, moh ler kita ajak anak main layang2. 

Dhia n abg sepupunya. Dhia nak pegang tali layang2 jugak. 

Layang2 itu dibeli masa pergi tanjung tu. Aku pegang layang2, ayahnya tarik tali n naikkan tinggi ke atas awan. Cubaan menaikkan layang2 dilakukan sebanyak 3 kali. Kali ke-3 baru berjaya layang2 dinaikkan tinggi. 

Budak ni kalau dilepaskan ke halaman rumah mmg very the happy

Reaksi Dhia? Tentulah happy n teruja tengok layang2 dia tu. Eh baby girl pun ada layang2 kan? Ayahnya lah tu, sibuk belikan layang2 untuk anaknya. Dialah yang kata untuk anak, entah2 untuk diri sendiri. :p

Mendongak ke langit melihat layang2nya

Ibu panggil, dia menoleh. Gud girl. 
Baru main sekejapan, gerimis rintik2 mula turun, ape lagi, marilah kita turunkan layang2 n duduk di anjung rumah saja. Nanti kena hujan demam pulak. 

Entry ini tiada penutup. Bye.

Jelingan Yang Tajam

Dhia tu, sejak pandai menjeling, asek nak menjeling je kat orang. Tajam ok jelingan yang dia bagi. Nak tengok?? 

Tajam tak?
Dhia menjeling dengan gaya yang lain ok, jeling dia dengan pandangan ke atas bukan ke sisi. 

Hai lah anak, mujur comel! 

* Errrr pendeknya entry :p * 

Wednesday 21 December 2011

Konon Nak Ambik Gambar

Pagi tadi aku ada post entry wordless wednesday ni kan? Sebenarnya itulah gaya Dhia nak mengambil gambar. Walaupun tak pernah sekali dia berjaya capture gambar, tapi gayanya tu selalu buat aku senyum sendiri. 

Ni 1 lagi gambar dia nak ambik gambar, nak follow ibu ambik gambar sbnrnya :)

Dah selalu nampak ibu dia ambik gambar, mungkin dia belajar dari situ. Biarpun begitu, kamu sungguh cute ok bila mana kamu nak ambik gambar kononnya. Walaupun tak pernah sekali kamu berjaya mengambil gambar, tapi dengan gaya kamu tu dah membuatkan ibu ayah senyum sesama sendiri n kadang kala mentertawakan kamu. 

Dhia pulak, bila ibu ayah dia ketawakan dia buat something yang funny, lagi dia galak nak buat kelakar. 

Sekarang ni, ada je aksi n telatah dia yang mencuit hati. Seronok sangat tengok dia dah besar pandai bermain n buat orang gelak. Bahagia sangat. 

Moga Dhia membesar jadi anak yang berguna. Amin. 

Wordless Wednesday #11

Monday 19 December 2011

Jalan-Jalan Tanjung Lagi

Ni cerita super basi ni, tapi aku nak taram jugak kat sini sebab minggu lepas langsung tak dapat nak update sangat. Kalau tak, cerita ni sudah terpapar minggu sudah. 

Hari minggu 2 minggu lepas, bosan dekat rumah, ajaklah suami n anak pergi jalan2 Tanjung Emas kat Muar tu. Cuaca pun ok tak hujan, panas pun tidak, sedang2 je, best sangat cuaca petang tu. Sebelum tu, tunggu Dhia bangun dari tidur dulu. Kalau dikejutkan, dia boleh mengamuk kekurangan tido. Dia bangun pukul 3.30 pm, siap2kan dia semua n siapkan diri, pukul 4.30 pm jugak baru gerak dari rumah. 

Nak pergi Tanjung tu, kena pergi petang2 baru seronok. Sebab petang2 baru ada mcm2 aktiviti kat sana kan. Sebelum ni pun aku ada buat entry jalan2 tanjung ni. Carilah sendiri kat mane ye, malas pulak aku nak bagi link. :p

Malas cakap banyak, aku bagi tengok gambar2 je lah ye. :)

Ibu n anak. Ibu comot, anak comel :)

Ayah ajak main layang2

Dhia pun cuba nak pegang jugak tali layang2 tu :)

Ayahnya yang over excited sebenarnya
Sekejap je pun dia main layang2 ni uolls. Sebab dia ternampak something yang buat dia terus je meluru ke arahnya. Ha Dhia nampak ape?? 

v



v



v



v



v



v



v



v



v



v



v



v



v



Dhia nampak kereta mainan ni terus meluru sendiri pilih kereta

Ibu pilih blue colour sama mcm dulu kamu naik

Happy je dia naik kereta ni

Jom follow Dhia!

Buat mulot muncung 

Eeeee geram!

2 org kesayangan saya

:)
 Lepas dah puas Dhia main kereta, moh lah kita pulang. Sampai rumah jam 6.45 pm. Minggu ni kalau tak hujan, meh lah kita bercanda di tepian pantai pula. :)

Saturday 17 December 2011

15 Bulan = 1 Tahun 3 Bulan

17/12/2011, genap sudah 15 bulan usia Dhia. 

Alhamdulillah, semakin lama semakin bijak, semakin banyak peelnya. Walaupun penat melayan kerenahnya tapi seronok. Kadang2 bermonolog sendiri "Besar dah anak aku, kejap je masa berlalu". 

Tapi biasalah bila anak dah besar bi, soalan yang selalu akan diajukan ialah "Bila nak tambah anak?" atau "Bila nak bagi adik dekat Dhia?" ataupun "Dhia dah pandai mintak adik ke belum?". Kebanyakkan soalan itu aku abaikan saje n aku hanya jawab "InshaAllah dia mmg akan jadi kakak cuma tak tahu bila". Jenuh dah kot nak jawab soalan mcm tu, bukan tak nak bagi dia adik, tapi aku nak bagi dia kasih sayang sepenuhnya dulu. Lagipun aku muda lagi, inshaAllah masih mampu kalau nak mengandung lagi.

Skrg ni, dah pandai menjeling org dah anak dara aku tu. Bila kita marahkan dia ke atau kita ambik barang dia ke, terus dia nak jeling kita. Tu dia tengok paksu dia menjeling lah tu terus dia follow sama. Pantang kalau diajar sekali, dia akan ingat je n akan pratikkan. 

Makan, dah ok dah cuma dia m,asih tak sukakan nasi. Dia lebih suka bubur. Tapi kuantiti dia makan sangat sikit, walaupun sikit tak apa lah janji nak jugak dia makan. Kalau mood dia tak baik, jangan ko nak mengharapkan dia makan.

Garang. Bila kita cuba untuk mengambil barang atau makanan yang dia pegang, sila rasakan tamparan yang bisa buat telinga berdengung. Ish sapa ajar garang2 ni??????

Gosok gigi belum pandai, tapi dah mula belajar cara2 nak memberus gigi. Aku je yang beruskan gigi dia, nanti dia akan nganga mulut. Bila aku siap beruskan gigi dia, dia akan ambik Ha, gigi dia dah ada 9 batang, 4 gigi atas, 3 gigi bawah, 2 gigi gerahan belah atas. Aku rasa masa dia demam tu sebab pecah gusi nak tumbuh gigi geraham kot. Aku baru je perasan 2 hari lepas. Eksen bukan main sekarang kalau makan something bunyi2 krukkk krukkk. 

Pantang dipuji comel atau cantik, dia akan letak 1 tangan di pipi lepas tu sengetkan kepala n badan konon2 ayu. Sampai 1 ketika tu, dia boleh tergolek sebab over sengetkan kepala n badan. Huhuuuu

Tangan dia sangat2 tak reti diam. Nak garu tangan lah, korek telinga sampai luka lah. Geram aku tengok. Dah telinga luka sana sini, tangan belah kiri dia pulak berbekas hasil garuan dia. Tangan belah kanan cantik, sebab dia menggaru pakai tangan kanan, tak reti menggaru pakai tangan kiri, sebab tu tangan kanan dia cantik Tapi aku dah belikan Bio-Oil untuk dia, biar parut hasil garuan dia tu hilang. Pelik aku, tak makan apa2 pun boleh berbekas tangan dia tu. Bikin pening tengok tangan dia berbekas n berparut. 

Kalau kat rumah berdua ke bertiga dengan ibu ayah dia, dia bosan. Dia nak berkawan. Bila dengar suara sepupu dia atau paksu dia, dia akan menjerit happy n cepat2 nk bukak pintu. Dia tak boleh main sorang2, bosan, kesian pun kadang2 tengok, tapi nak bagi dia adik, aku belum bersedia lagi. Hehe

Panjat turun sofa di luar sudah terer. Panjat katil belum terer tapi turun katil sangat terer. Skrg cuba2 memanjat grill pintu rumah, aku jadi tarzan terjerit2 kalau nampak dia panjat2 grill tu. 

Rambut belum melebat, tapi sudah memanjang. Pernah ikat n toncitkan secoet tapi dia tarik pulak ikatan tu. Kalau pakaikan topi n headband pun cepat merimas. Mcm mana nak bagi kamu cantik begini sayangku....

Semakin kuat minum susu. 1 bulan kadang belikan 2 pek 1 kg di rumah aku, 2 pek 1 kg di rumah tok mak. Mujur susu tak mahal. Hehehe

Berat masih di tahap tak normal. 1 tahun 3 bulan beratnya cuma 7.5 kg. Tapi tinggi semakin tinggi, sebab tu makin nampak kurus. Janji sihat sudah, bukan tak bagi dia makan makanan berkhasiat. Appeton, scotts, nutrigen, madu, sayur, kismis, semua aku bagi. Tapi dah mmg badan dia kecik kan, nak buat mcm mana lagi. Asalkan sihat n aktif. Tak kisah dah aku kalau org nak cakap anak aku kecik sangat, aku tulikan je telinga skrg ni. 

Pantang jumpa baby, semua dia nak kiss. Bila dah kiss siap bunyi "muuuahhhh". Kalau tengok majalah ke suratkhabar yang ada gambar baby pun dia nak kiss jugak. 

Skrg ni semua binatang atau cartoon yang dia tengok, dia akan panggil gajah. Sebab kat botol syampu dia n bedak dia ada gambar gajah (Dhia use brand carrie junior), jadinya sekarang semua cartoon yang dia nampak dia panggil gajah. Funnylah Dhia. Kalau kita pakai baju yang ada gambar cartoon pun dia akan panggil gajah then dia akan kiss baju kita. 

Pandai sebut beberapa perkataan dah skrg. Gajah, cicak, nak, nah, kokok (ayam), acuk (atok), abu atau bu (ibu), iyah (ayah), kakak, bo (bola). Ada beberapa perkataan lain yang aku lupa. Bola tu dia sebut bo sebab dia tak reti sebut ball. Aku selalu ajar dia ball, mungkin dia sebut ball tak reti, sebut aje bo. So kalau dia sebut bo tu dah paham lah, dia nak main ball! 

Ape lagi ye? Banyak sebenarnya perkembangan dia, cuma aku je yang lupa. Kalo ku ingat, aku tambah lagi atau akan aku letakkan di entry lain. 

Sebelum menamatkan entry ini, nah lihat budak yang makin lama makin memeningkan ibunya nak melayan kerenahnya. :)

Buah hati kesayangan saye :)

Thursday 15 December 2011

Testing 1 2 3


Haaaa boleh pun.

Hehe. Saje testing upload gambar.

Setelah diformat kembali, cpu ku sudah kembali segarrrrrr. Hehe

Monday 12 December 2011

Ini Dia Paling Suka


Ralit minum air kotak

Ye, anak dara aku kalau minum air kotak, mmg paling dia suka. Tapi tidaklah aku bagi selalu. Sekali sekala bolehlah. Vitagen pun aku bagi dia, vitagen tu bagus kan untuk usus. Dhia pun suka je minum vitagen, rasa masam2 dia lagi suka.

Entry pendek2 je sekarang ni sebab nak upload gambar banyak2 tak boleh. Gerammmmm!

Rindu Sangat


Rindu si motak molat ni

Rindunya aku kat Dhia masa dia baby2 dulu bila aku bukak folder2 gambar2 dia masa baby2. Serius, rasa mcm nak aku gomol2 je budak bolat dalam gambar atas ni! Geram!

Dalam hati, nak jugak tambah anak, tapi memandangkan aku bekerja n Dhia pulak budak yang manja, maka kami suami isteri sepakat untuk menunda menambah anak. Mungkin lepas Dhia 2 tahun baru fikirkan tentang nak menambah anak. :)

P / S : Guna google chrome tak boleh upload gambar, aku update ni gunakan internet explore saje. Tak sukeeeeeeee sbb loading lambat!

Saturday 10 December 2011

Nak Update Tapi Tak Boleh Upload Gambar

Dari semalam aku nak update entry bergambar tapi bila choose gambar je, terus pc jadi hang. 

Aku tak putus asa, try lagi hari ni, tapi masih sama. 

Sakit hati betul bila beribu kali try upload tak boleh jugak. Semalam lagi sadis, kat fb pun tak boleh nak upload gambar, hari ni dah ok, dah boleh upload gambar dekat fb dengan riangnya. 

Masalah di sini, masih tak dapat nak upload di blog!! 

Bikin tensionnnnnnnnnnnn jeeeeeeee!!

Makanya tiasa entry buat masa ini selagi gambar tidak boleh di upload. Sekian, pesanan dari Dhia n ibu Dhia. :)

Thursday 8 December 2011

Anak Daraku Tak Sihat

Semalam ada aku up 1 entry wordless wednesday kan? Ok hari ni aku akan ceritakan kenapa boleh jadi begitu ye.

Sebenarnya sejak hari ahad malam anak dara aku demam. Aku terjaga lebih kurang pukul 2 pagi, aku buatkan susu dia mcm biasa n masa tu lah aku rasa badan dia panas. Petang tu lepas mandikan dia aku rasa mcm dedar2, tapi aku fikir tu biasa je sebab dia sihat je main dengan aktif. Mana tahu malam tu boleh panas pulak.

Aku pulak terus nak gabra2 pulak bila anak demam. Ye lah, dah lama pun masa last dia demam . Masa last dia demam tu umur dia dalam 7 bulan ++ tak silap aku. Jadinya bila umur dia dah 1 tahun 2 bulan ni demam lagi, aku jadi gabra lah sebab takut demam dia melarat.

Walaupun demam, tidurnya sangat nyenyak 

Cepat2 aku ambik ubat demam n terus bagi dia walaupun mata dia pejam. Mujur dia tak bangun, cuma marah je aku menganggu dia tengah tidur. Bukak almari cari stok cool fever, nasib baik ada lagi 1 peket, terus lekatkan di dahi Dhia. Ambik tuala basahkan n lap di celah ketiak, kepala, leher, tangan, kaki semua. Stokin aku terus bukak. Ye lah, budak2 demam ni better jangan selimutkan, jangan pakaikan stokin. Jadi, malam tu aku tak selimutkan dia, tak pakaikan stokin dia.

Alhamdulillah, esok paginya (Isnin) badan dia sejuk dah. Cuma dia manja lah, mungkin badan dia masih tak sedap. Agaknya dia baru nak demam, tapi sebab aku bagi ubat, demam tu terbantut kot? Kot je lah, andaian aku saje.

Tidurnya mcm biasa 

Tapi malamnya tu aku buatkan susu dia, aku rasa badan dia dedar lagi. Demam dia tu datang waktu malam je. So aku bagi ubat n tampal cool fever. Esok pagi sejuk semula mcm biasa. 

Hari selasa pulak, mak aku kate tengahari tu badan dia panas, mak aku mandikan n terus bagi ubat n tidurkan. Petang tu aku balik keje dia baru bangun, alhamdulillah ok je. Cumanya merengek je la nak berdukung je. 

Tu yang masa ondaway dalam kereta nak balik ke rumah dia mengamuk sampai jadi bersepah dalam kereta tu. Aku tengah drive, dia lagi menangis n nak keluar dari seat belt tu. Segala benda aku bagi kat dia. CD, Beg duit, botol ubat, semua yang aku boleh capai, aku bagi. Tapi takde makna dia nak stop menangis. Selagi aku tak dukung mmg dia takkan diam. 

Budak yang super duper manja 

Sampailah rumah dia menangis. Dah sampai rumah je cepat2 aku dukung n pujuk, pakaikan kasut, eh terus boleh ye ko nak berjalan2 kat halaman rumah tu. Super duper manja betul. 

Macam ni punya manja, mcm mana aku nak bagi dia adik? Cer citer.. 

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers