Followers

Monday 27 May 2013

Demam Dan Ekzema Lagi

Last 2 weeks, my Danial demam. Kali kedua dia demam. Kali pertama masa umur dia 2 bulan lebih. Aku fikir dia demam nak dapat akal baru atau demam nak berganti bulan barangkali. Start dedar hari Jumaat malam. Aku bagi ubat dia sejuk balik. But esok paginya aku nak pergi kerja tu tengok dia tak mcm selalu. Merengek je semua tak kena. Then aku gi kerja mcm biasa. Around 11 am, mak aku call bagitahu Danial demam n badan dia panas suhu tinggi.

Lama dia demam. Tapi anak aku jenis demam malam. Kalau malam je mmg menggila panasnya. Kalau siang tak berapa nak panas sangat dan boleh lagi main main. Isnin pagi tu aku pergi kerja jugak mcm biasa. Dekat office pun aku tak senang duduk mengenangkan Danial. Call mak but mak kata Danial ok dah nak main main nak ketawa bila di agah. Lega hati ni dengar.

Tapi mcm yang aku cakap, anak anak aku suka demam malam kan... Malam tu menggila lagi panasnya. Check suhu, 39.8 darjah celcius. Gile ko. Risau nak mati aku rase. Terus kelam kelibut pergi dapur bukak peti ais tengok ada tak ubat untuk masuk bontot tu. Ubat bontot tu guna hanya bila demam terlalu panas. Kesan lebih cepat. Kalau mcm kita org dewasa ni, kesannya mcm kena injection tu. *matik laaa kalau orang search keyword bontot masuk blog aku...ini bukan lucah ok*
Jap google gambar...

Ha ni la ubat bontot tu. Aku tak tahu kenapa dipanggil ubat bontot. Maybe sebab dimasukkan melalui bontot kot, tu pasal dipanggil ubat bontot kot. Nama ubat ni Vapor Supp.

Lepas masukkan ubat bontot tu aku jeram air dekat kepala dia, ketiak, tapak kaki semua. Aku mmg gelabah kalau suhu terlalu tinggi sebab baby kalau demam terlalu tinggi, boleh kena sawan ok. Mahu aku tak risau nak mati. Tidur pun tidur tidur ayam je. Aku monitor je suhu dia dan jeram air. Alhamdulillah pagi tu badan dia dah sejuk dah tak panas lagi dah. Baru lega hati aku ni.

Selasa tu pun aku pergi kerja mcm biasa. But aku dah perasan masa pagi tu ada naik sikit ruam ruam dekat keliling mata dia. Aku sapu ubat yang hospital bagi tu je lah kan. Tapi petang aku balik keje, ruam makin menggila ok. Ini tak boleh jadi. Esoknya Rabu aku terus call hospital tanya dan make appointment. Sepatutnya bulan 7 baru pergi lagi check but sebab ekzema menggila lagi, aku terus call. Ok, hospital suruh datang esoknya (Khamis). Terus laju laju isi form cuti. But half day leave je, petang masuk keje.

Jumpa doktor, then doktor tanya mcm mana boleh jadi makin worse? Ada pakaikan apa apa syampu, losyen @ bedak ke? Jawapan aku mudah je, dia baru baik demam then terus naik ruam ni semua. Aku katakan pada doktor tu, aku fikir maybe sebab ubat antibiotik demam tu. Sebab mase kakak Dhia dia dulu, masa umur 6-7 bulan, masuk wad sebab alergik antibiotik. Ade aku buat entry pasal Dhia masuk wad sebab alergik antibiotik. Klik SINI untuk bace.
Tapi doktor kata yang dia nampak, ruam ruam tu ruam ekzema dan bukan sebab alergik. Kalau ruam alergik lain sikit tak sama mcm ruam ekzema. Oh yeh? Kenapa aku tak tahu ni.. Aku sendiri tak dapat beza antara ruam ekzema dengan ruam alergik or else. Doktor kata mmg beza antara ruam ekzema, alergik dan ruam demam campak / chicken pox. Gosh, serius? I is selenga tak tahu pun ada perbezaan. T______T

But then doktor kata, budak ekzema ni kalau demam mmg boleh menjadi lah ruam dia tu. Oh begitu.. Doktor kata suhu badan panas, sebab tu ekzema naik semula jadi menggila. Ada kes mcm tu. Bukan sebab antibiotik katanya. Tapi andai kata dia ada ambik ubat dan ruam ekzema menjadi makin worse, cepat cepat datang ke hospital. Doktor kata lagi. datang cepat cepat TANPA perlu call terlebih dulu. Sebab Danial pun mmg dah ada rekod dekat sana kan, so its ok. Datang je dekat kaunter then just bagitahu ruam ekzema makin teruk, boleh je jumpa doktor. Bukan kalau ko pergi sane tak make appointment, dia halau ko balik. No no no, masih boleh jumpa doktor ok. :)
So doktor bagi next appointment on 11/7/2013. Pulang dengan membawa bekalan ubat ubatan lagi dari pihak hospital. Banyak dah stok ubat ekzema Danial dekat rumah tu, letak dalam almari susun cantik cantik. Hahahaaa

Lepas balik dari hospital tu, doktor ada bagi 1 jenis krim yang tak pernah Danial pakai. Nama krim tu u-closone. Krim tu untuk menggantikan hydrocortisone. Doktor bagi 1 tiub je pakai sampai habis. Lepas habis pakai, sambung balik pakai hydrocortisone. Oh ye, hydrocortisone tu aku gune kalau ruam ruam ada je. Kalau tak ada ruam, aku just apply aqueous krim je dekat Danial. Well aku dah sebut kan, hydrocortisone tu boleh menipiskan kulit kalau pakai dalam jangka masa panjang kan.
So, pakai krim tu, wahh mmg berkesan sangat! Pakai 1 hari dah nampak kesan dah, ruam semakin surut. Sukeee sangat mcm nk lelompat kegembiraan. Happy mcm dapat rantai emas. Gile ko tak happy tengok anak dah mula nak ketawa nak main main, tidur pun dah nyenyak takde nak garu garu lagi.

Ni krim tu.. Mmg best krim ni, cepat kesannya bila Danial pakai. 

Lepas 3 hari pakai krim ni, alhamdulillah ruam ekzema Danial 100% hilang dah. Tak habis pun pakai krim ni, masih berbaki lagi setengah tiub. Aku simpan elok elok mana tahu kalau ruam ekzema dia naik lagi, boleh sapu je terus dengan krim ni. :)

Mase dia demam tu mmg dugaan buat aku lah kan. Tidur tak cukup, asek merengek je. Dah baik demam, jadi pulak ekzema dia tu. Mmg tak selesalah dia. Rumah aku dah lah berbahang, mmg mase ekzema dia naik tu, aku bogelkan je dia bagi selesa. Ekzema ni rasa merenyam n gatal ok. Lebih lebih lagi bila kena peluh. Mmg dah pasang niat nak pasang aircond pun. At least, bagi ruang udara dalam rumah tu sejuk sikit. Kalau tak, malam malam aku tidur, bangun nak kencing pukul 2-3 pagi, kompem basah bantal basah baju aku dengan peluh. Rumah batu mmg bahang. Paling suka kalau balik tidur rumah mak, rumah depan mak rumah papan, mmg syok habis malam malam tidur tak payah pasang kipas. Tapi kalau siang, laju laju lari duduk dapur tidur atas mozek. Haha






Gambar gambar ni masa dia baru je baik demam dan ekzema tengah worse. Kesian kan tengok? Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pity my baby. :'(
Muka dia mcm berminyak tu sebab aku sapukan aqueous krim.

But now dia dah ok, kulit dah cantik dah. Mmg aku tak putus putus apply aqueous krim dekat kulit dia lepas mandi. Kesian dia kalau ruam ekzema naik menggila. Aku tak kisah kalau aku tak cukup tidur ke ape ke masa jaga dia, cuma aku tak sanggup tengok my Danial epok epok rase terseksa sebab gatal gatal dan tak selesa.

So skrg ni aku mmg monitor dia. Kalau nampak ruam ruam sikit je cepat cepat aku sapu u-closone tu. Takut ok... (-__-')

Thursday 23 May 2013

Tips Mengajar Anak Bercakap

Sejujurnya, anak sulung aku Dhia masih belum petah bercakap. Masih lagi pelat. 

Anak sedara aku (anak abang aku), umur 2 tahun dah pandai cakap, sikit pun tak pelat. Kalau ko dengar dia bercakap, ko pun tak percaya umur dia baru 2 tahun mase tu. Sekarang dah besar sikit, bulan ni masuk tahun ke-3 umur dia. Lagilah petah sekarang ni. Mcm mak jemah mulut dia tu, ngomel aje. Kalau dia datang rumah mak aku, aku mcm nk cubit cubit je sebab dah lah comel, suara halus, cakap pun tak pelat. 

Mcm anak aku si Dhia ni, dia jenis malas sikit. Kalau aku ajar dia something like ABC, alifbata or simple word, dia malas nak follow sama apa yang aku ajarkan. Tapi kalau menyanyi ke menari ke, laju pulak dia nak follow sama kan. *perangai sape laaa ni*  T______T

Aku dah pun google tips untuk kita ajar anak bercakap. Boleh aku terapkan nanti untuk my puteri putera.

*********************************************************************

Bercakaplah Dengannya
Bayi anda amat sensitif dengan segala deria yang dipunyainya termasuklah pendengaran. Apa sahaja yang didengar akan dirakan dan ditafsir kemudian. Mereka perlu merakam sebanyak mungkin ungkapan perkataan untuk disebut mungkin 2-3 bulan akan datang. *sebab tu seorang ibu dah mcm org gila berbual dengan baby.. haha*

Bertanya Soalan Mudah
"Adik nak pakai baju merah atau biru?"
Situasi ini bagi yang tidak biasa memang nampak janggal terutama apabila anda bercakap dengan bayi. Tapi percayalah yang dia sedang belajar apa itu baj, apa itu merah dan apa itu biru, Soalan ini tidak tertakluk hanya pada warna tetapi juga pemilihan lain seperti panjang-pendek, zirafah-gajah, dan sebagainya.

Gunakan Bahasa Bukan Perkataan
Bahasa bukan perkataan yang dimaksudkan adalah memek muka dan gerak tubuh. Bahasa ini boleh dianggap universal kerana semua bayi tanpa mengira benua atau bangsa boleh memahaminya. Zahirkan bahasa tersebut untuk menunjukkan rasa marah, terkejut, gembira, lega, marah atau teruja.

Membalas Percakapan
Sekiranya bayi anda bercakap dengan bahasanya, jangan lupa untuk membalas. Gunakan imaginasi anda untuk "buat buat faham" pertuturan bayi tersebut. Lebih elok jika anda dapat membalas dengan sesuatu yang akan merangsangnya untuk lebih bercakap. 
Sebagai contoh : 

  • "Oh iye ke, habis tu adik nangis tak?"
  • "Kat sana tu panaslah. Kita duduk sini je lah, ok tak?"
  • Ini nama dia Boboiboy. Boboiboy nak pinjam baju adik boleh tak?"

Jangan Menggunakan Bahasa Pelat
Kita merasakan ianya sesuatu yang lucu apabila mendengar "goo goo gaa gaa....: dari pertuturan bayi lalu membalasnya juga dengan bahasa yang sama. Ketahuilaj bahawa bayi anda telah belajar sesuatu yang tidak dapat membantunya langsung di masa hadapan. Perkataan seperti "mamam","nenen" dan "babam" juga hanya menambah beban pembelajarannya apabila perlu memproses apakah itu "makan","susu", dan "tidur".
Tambahan : Penggunaan perkataan yang betul akan meningkatkan kualiti perbendaharaan kata bayi dan juga pemahamannya terhadap sesuatu perkara.

Senaman Mulut
Tunjukkan pada bayi anda pergerakkan yang boleh dilakukan dengan mulut seperti menyengetkan bibir, mengeluarkan lidah dan apa sahaja yang boleh dilakukan dengan mulut asalkan ianya senonoh dan galakkan ianya ditiru. Amalan ini akan membantu bayi memahami bagaimana menggerakkan bahagian bahagian mulutnya sendiri untuk susulan. *jangan pulak ko ajar anak ko gaya duck face mulut muncung muncung tu*

Menyanyi
Nyanyian yang menggembirakan akan merangsang bayi untuk bercakap dengan betul walaupun masih tidak memahami maksud perkataan yang disebut. Pernahkah anda bangun tidur dan secara tiba tiba terdapat lagu yang terngiang ngiang dan anda pun akan menyanyi secara kuat? Begitu juag dengan bayi anda.

********************************************************************
Nampak tak yang jangan mengajar anak guna bahasa pelat? Oh my! Itu aku lah tu! No wonderlah anak aku pun lambat nak petah bercakap. Sebab konon rase comel bila cakap pelat dengan anak. 
"Holoh holoh omey omey ie niii... Ace nak mamam mamam jewww pp ie tuuu" *kan comel kan kan?? dushhh!!*

Baiklahhh.. Skrg no bahasa bahasa pelat lagi. Adios!

Wednesday 22 May 2013

Ubat Ubatan Ekzema Danial

Hari tu aku dah panjang lebar cerita tentang ekzema Danial kan. Sekarang aku nak kongsikan pulak ubat ubatan yang dia dapat dari hospital. Yang dari klinik pakar (sebelum refer hospital) aku tak masukkan sekali sebab aku dah tak guna ubat ubat tu.

Sekarang ni aku mmg 100% guna ubatan hospital untuk Danial. Dari mandian sampailah ke krim / losyen dia. Sebab awal awal lagi doktor dari klinik dan hospital cakap, sesetengah baby tak sesuai pakai produk mandian / bedak / losyen yang ada di pasaran. Terutamanya yang mengandungi fragrance. Sebab tu lah losyen / syampu untuk baby alergik ni tak berbau sebab mmg 100% free fragrance.


CETRIMIDE
Ini untuk buat mcm syampu kat bahagian kepala. Letak sikit kat tapak tangan lepas tu gosok gosok atas kepala Danial nanti dia akan berbuih sikit tapi bukan buih mcm sabun tu.
POTTASIUM PERMANGANATE
Ini untuk mandian badan. Bubuh 3 penutup penuh dalam air mandian Danial. Air akan jadi warna pepel. Lepas tu mandikan mcm biasa gosok gosok sikit dekat skin dia. 

HYDROCORTISONE
Ni krim untuk gatal gatal. Lepas mandi aku sapukan Danial dengan krim ni. Krim ni sapu nipis nipis dekat atas kulit jangan tebal tebal dan tak boleh disapu terlalu kerap. 1 hari sapu 2 kali sahaja lepas mandi. Krim ni kena sapu nipis dan tak boleh kerap sapu dekat kulit sebab mengandungi steroid. Bahayanya steroid sebab boleh menipiskan kulit.
AQUEOUS CREAM
Ini aku sapukan lepas sapu hydrocortisone. Tapi sapu lebih kerap aqueous ni sebab krim ni untuk melembapkan kulit. Yang ni mmg 1 hari aku sapu dekat 5-6 kali jugak. Sebab nak bagi kelembapan dekat kulit Danial kan. Kalau kulit dibiarkan kering, ekzema akan jadi lebih worse ye. So sebab tu kena pastikan kulit sentiasa lembap. 
Ni stok ubat yang aku dapat last month tapi last week pergi, dapat lagi stok. Banyak dah ubat dia dalam almari tu..
Ini mandian physiogel yang doktor sarankan aku pakai untuk Danial but Danial tak sesuai pakai sebab ekzema dia sama je tak berubah so sebab tu now stop dan 100% pakai ubat yang dibekalkan pihak hospital. 

Ezerra ni pun sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif atau punya ekzema. 

Cetaphil ni pun sama doktor bagi pilihan untuk cuba pakai tapi aku tak beli pun sebab stok ubat hospital masih ada lagi dan lagipun dah cantik kulit Danial bila pakai ubatan hospital tu, so aku teruskan je sampai dah takde lagi ekzema tu. 

Bila konsisten pakai ubat hospital, mmg kulit Danial cantik. Now pun kulit dia dah cantik cuma kering kering tu masih ada lah. Once kulit kering, sapu pelembap banyak banyak dan berulang kali ok. Kalau rumah beraircond, kena lebih banyak sapu pelembap tu sebab aircond kan mengeringkan kulit kan. 

Kalau ekzema jenis kulit kering dan berkuping, biasanya doktor akan bagi paraffin untuk cuci. Itu untuk ekzema yang kering. Macam Danial ni kulit dia tak kering sangat, so doktor tak bekalkan paraffin pun. Tapi dalam krim aqueous tadi dah terkandung dah paraffin. 


Lagi satu perlu ingat je, ekzema tak boleh pakai bahan yang mengandungi fragrance.

Ok dah tu je nak kongsi. :)

Tuesday 21 May 2013

Pantang Larang Bagi Bayi Dan Kanak-Kanak

Terdapat beberapa pantang larang bagi bayi dan kanak-kanak yang diamalkan oleh masyarakat Melayu yang masih berpegang pada adat. Di antara pantang larang yang berkaitan dengan bayi dan kanak-kanak adalah seperti berikut:

1. Bayi tidak boleh dicium sewaktu tidur, terutama pada ubun-ubun juga pada pusatnya. Ini dikatakan akan memendekkan umurnya.

2. Tapak tangan bayi juga tidak boleh dicium. Ini dikatakan akan menyebabkannya apabila besar nanti suka meminta-minta pada orang lain.

3. Bayi tidak boleh didukung atas bahu kerana dikatakan apabila besar akan melawan cakap ibu bapa.

4. Sisa makanan bayi tidak boleh dimakan oleh ibu atau bapa kerana dipercayai anak itu akan melawan cakap tua/ibu bapanya.

5. Rambut bayi tidak boleh disikat, nanti giginya tumbuh jarang.

6. Dilarang memicit mulut bayi, nanti bayi tidak mahu makan.

7. Kain lampin bayi juga tidak boleh direndam, nanti perut bayi menjadi kembung.

8. Kain lampin bayi juga tidak boleh diperah selepas dibasuh, nanti bayi kerap menggeliat.

9. Bayi tidak boleh diletak atas lutut, nanti bayi mendapat sakit perut.

10. Kepala bayi tidak boleh dilangkah kerana dipercayai malaikat sedang mengawasinya.

Wallahualam ...


* Copy dari facebook *

Selalu dengar pantang larang mcm ni tapi tak tahu kesahihannya. Kebanyakkannya dari orang orang tua zaman dulu.. 

Yang selalu aku dengar yang nombor 2,4,5,7 & 8.. Yang lain lain tak pernah pulak aku dengar.. 

Orang melayu kan mmg banyak pantang larangnya.. :)

Friday 17 May 2013

Danial Dan Ekzema

Dah lama nak menulis tentang ekzema my Danial. Tapi asek bertangguh, Jadi marilah hari ini kita melaksanakan misi itu. *misi sangattttt*

Sebelum itu, entry ini agak panjang tanpa gambar. Harap sabar membacanya.. 

My Danial start kena ekzema masa umur dia lebih kurang 5 bulan. Mula mula tak tahu pun sebenarnya dia kena ekzema dan jujur aku katakan, sebelum ni aku zero knowledge tentang ekzema. Bermula dengan ruam ruam dekat belakang badan dia, makin lama makin membiak dengan sangat banyak. Selain ruam merah merah, kulit dia pun jadi mcm kering. Very dry... Bukan dekat semua tempat tapi dekat depan siku, pergelangan tangan, lutut dan belakang lutut. Pity my baby. T_________T


Aku yang tak tahu apa apa, just bubuh losyen untuk kurangkan masalah kulit kering dia tu dan untuk ruam tu aku just sapu krim sebamed. Sebab aku fikir itu adalah ruam peluh malam ataupun ruam yang biasa sangat dialami oleh seorang baby. Lagi sekali, pity my baby...
Tapi kekeringan kulit dia tu sama je tak berubah, manakala ruam ruam dia jadi makin tebal. Ruam ekzema ni bukan mcm ruam biasa, dia mcm bertompok tompok dekat satu satu tempat. Then dia mcm berbiji sikit.

Bila mana ruam dan kulit kering dia tu masih sama je tak beza malah makin teruk, aku pun suggest pada hubby untuk bawak my Danial pergi check dekat klinik. Mula mula pergi dekat klinik yang dekat dengan rumah je sebab just nak tengok apa kata doktor kan. So doktor kata ruam biasa, baby berpeluh sebab tu jadi ruam. Doktor just bagi ubat sapu untuk gatal dan ubat minum alahan gatal. But after 1 week aku bagi ubat pun tak baik baik jugak, aku ajak hubby jumpa pakar. Jauh sikit takpe janji puas hati. Sebab klinik yang berdekatan dengan rumah aku semuanya pun main cincai cincai je. Checknya ala kadar nak tak nak je tengok gaya tapi cajnya mahal. Sometime aku terfikir, doktor bukak klinik ni bertauliah ke tidak. Ubat ubatan dia pun tak berkesan langsung. Kalau berkesan pun, mengambil jangka masa yang lama berbanding ubatan klinik lain. Daripada buang masa buang duit pada benda yang tak memuaskan hati kita, lebih baik kita pergi ke klinik pakar yang jauh dari rumah tapi berbaloi baloi sebab makan ubat 2-3 kali terus baik. *kenyit mata sikit kat klinik tu*

Dekat klinik pakar tu, doktor suruh aku baringkan Danial n bukak semua baju Danial kecuali pempes dia.. Hikhik.. Yang ni aku suka.. Sebab mcm ni lah baru betul, ko bukak semua baju dan lihat sendiri mcm mana keadaan ruam dia tu. Klinik first yang aku pergi tu just tengok sikit2 je singkap baju Danial, takde pun suruh baringkan Danial n bukak baju dia semua. Lepas tu tanya dekat kita mana lagi ada ruam tu, bila kita cakap dekat sini dekat situ, bukan dia nak tengok pun, dia angguk angguk kepala je dan lepas tu cakap "mummy dont worry, sometime baby mmg mcm ni, kulit baby mmg sensitip, kalau dia panas n berpeluh kuat mmg akan timbul ruam ruam ni, saye bg ubat sapu n ubat minum untuk alahan gatal nanti dia akan ok". Ok pe benda jadahnya. *amarah sungguh bila kukenang kembali*

Doktor pakar kata, ni namanya ekzema. Seriously, aku tak tahu pun apa tu ekzema. Yes, pernah dengar but tak tahu mcm mana rupa ekzema tu. Gile bongok je aku boleh tanya doktor tu "ekzema? ape benda menatang ekzema tu doc?". Mesti doktor tu gelakkan aku dalam hati. Hahahaha

Lepas tu doktor pun terangkanlah dekat aku yang bingai ni apa itu ekzema. Panjang lebar ok dia jelaskan. Ohhh aku sukeeee sangat sama itu doktor.. Lebiu doktor Azlina.. Muahmuah!
Alhamdulillah Danial punya ekzema ni bukan under ekzema yang kronik. My Danial under atopic ekzema. Sebab kalau ekzema yang kronik, kulit akan jadi very very very dry, bersisik dan berair. Bila jadi mcm tu boleh menyebabkan luka dekat kulit. Sebab tu penghidap ekzema kena sapu pelembap sentiasa. Sapu tebal tebal takpe sebab mmg bagus nak bagi kelembapan pada kulit. Bila kulit kering, peratusan ekzema timbul adalah sangat tinggi. So kena sentiasa pastikan sapu pelembap pada kulit untuk mengekalkan kelembapan.

Peratusan pesakit ekzema untuk sembuh ni jugak depends pada pesakit. Ada yang mencapai umur 1 tahun akan beransur pulih. Adakalanya umur 6 tahun baru ok. Tapi ada jugak yang berkekalan hingga dewasa. But aku berdoa supaya pergilah kau ekzema dari anakku. Kesian tak sanggup tengok bila dia resah tak selesa.

Punca terjadinya ekzema ni masih lagi belum dikenalpasti. Tapi doktor kata faktor keturunan ada jugak. Sebab tu masa doktor check tu, doktor tanya ada tak ahli keluarga yang ada masalah ekzema atau asthma? Ekzema takde, tapi asthma ada. Anak saudara aku sebelah suami ada sakit asthma. Baru ku tahu asthma dengan ekzema ni ada bersangkut paut. Gile zero knowledge... T__________T
Selain tu faktor persekitaran pun sama jugak boleh jadi penyebabnya. Mcm asap rokok ke, habuk ke, debu ke, alergik sabun ke, atau cuaca yang panas melampau. Sebab tu kena sapu pelembap sentiasa kalau cuaca panas ye, takut kulit menjadi kering. Bila dah kering, tu yang senang ruam naik. 

Mase jumpa dengan doktor, aku tanya jugak apa sebab terjadinya ekzema ni. Apa puncanya. Then mcm mana cara nak merawatnya. Mula mula doktor syak Danial alergik susu lembu. Mungkin sistem tubuh dia tak sesuai dengan protein susu lembu. Doktor sarankan aku tukarkan susu dia kepada susu soya. Aku tak tangguh lama, terus aku beli susu soya isomil. Tapi dah habis 2 tin pun sama je ekzema masih ada. Bila aku dah tak tahu alternatif lain, aku tanya kawan kawan aku. Ada yang suruh aku refer pakar kulit dekat Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Tapi aku tak boleh terus ke sana tanpa apa apa surat rujukan. Ye, itu prosedur hospital. So aku jumpa dulu dengan doktor kat klinik kesihatan then barulah doktor bagi surat rujukan ke hospital. 

Bila dah dapat date rujukan ke hospital, pergi sana daftar then tak lama dipanggil masuk. Ok dekat hospital ni pun doktor tanya banyak soalan. Dia tanya Danial mandi pakai sabun apa, cuci baju dia mcm mana ada campur dengan parents punya baju ke tak. Lagi dia tanya tempat tidur ada cuci tak every week, ada sejarah penyakit ekzema / asthma ke tidak dalam keluarga. Semua aku jawab dengan pantas. Then doktor tengok dekat pelipat siku n lutut semua. Doktor ambik jari dia usap usap atas kulit my Danial. Dia cakap Danial dalam kategori atopic ekzema yang mana tak dalam kategori yang teruk lagi. Kalau ekzema yang teruk, ruam dia lebih tebal, then kulit sangat kering dan terkopek kopek + berdarah sebab terlalu kering kan. Takut aku dengar weh. 

Sekarang ni aku mmg 100% pakaikan ubatan hospital kat dia, Aku tak berani lagi nak pakaikan mandian ke bedak ke lotion yang ada kat pasaran. Doktor ada kata, ada sesetengah brand je yang boleh digunakan penghidap ekzema ni contoh physiogel, cetaphil. Sebamed pun doktor tak galakkan sangat sebab tak semua baby ekzema sesuai pakai sebamed. Baby ekzema tak boleh pakai mandian atau lotion atau bedak yang mengandungi fragrance.

Kalau baby ekzema ni, dia tak boleh panas sangat tak boleh berpeluh sangat. So kena pastikan baby pakai pakaian yang serap peluh mcm kain cotton. Lepas tu kalau cuaca panas mcm skrg ni, ko pakaikan lah dia baju singlet je atau baju yang lubang lubang tu kan. Lain lah kalau rumah ko ada aircond. Danial pun sama kalau malam malam tidur pun boleh berpeluh peluh padahal kita berselimut. Kalau tidur malam tu mmg aku rajin sapu air dekat kepala dia, bagi sejuk sikit. Tempat tidur dia pun aku mmg seminggu sekali cuci. Baju dia pun aku mmg asingkan cuci dengan baju kami ni. 

Masa mandikan dia pulak, kalau boleh, elakkan mandi menggunakan air panas. Kalau mmg anak korang tak boleh mandi air paip / air sejuk, ko letak air panas sikit je lah sebab baby ekzema ni kalau mandi guna air suam ke air panas ke lagi naik ruam merah merah dia. Sebab tu lebih elok mandikan je pakai air paip. Nasib baik Danial ok je mandi air paip. Dia lagi suka mandi air paip sebab sejuk kan. Dah lah dia kuat berpeluh, bila mandi air paip, segarlah sikit badan dia tu kan. Lepas mandi pulak jangan rub kulit dia guna towel. Just tap tap je taw. Lepas tu baru pakaikan krim n pelembap. 

Ni je yang mampu aku kongsikan untuk mereka yang anak / baby mereka punya masalah ekzema sama mcm aku jugak. Walaupun tak banyak mana mampu aku kongsikan, harap dapat membantu. Cuma perlu ingat, kena make sure kulit baby ekzema ni sentiasa lembap. So kena rajin sapu moisturizer. Alhamdulillah now ekzema Danial dah kurang dah dan aku tak putus putus sapu lotion dan pelembap dekat kulit dia. Next entry aku kongsikan ubat ubatan Danial yang dibekalkan hospital. Aku tak mampu nak menaip lagi.. T_______T

Baju Raya 2013

Puasa pun belum, dah sibuk nak bercakap dan berfikir tentang baju raya. Normal bagi perempuan... Hehe

Mcm mcm pattern design baju sekarang kan. Skrg ni tengah popular dengan fesyen peplum. Tak pun corak tribal kan?
Aku ni bukan mengikuti sangat tentang fesyen, tapi aku masih tahu apa yang tengah "in".

Yang sebenarnya aku masih samar samar dalam memilih tema ini tahun. First time raya sebagai suami isteri, aku takde tema tema sebab dah menunggu hari nak bersalinkan Dhia. Sarungkan je baju yang ada. Tahun kedua raya (2011), tema pepel.. 2012 pulak tema coklat. Tahun ni kengkonon nak buat gabungan 2 warna. Lawa kan? Cuma masih tak pasti lagi nak warna apa...

Bila google je baju raya 2013, mak aiii berderet fesyen lawa lawa..


















Sampai juling bijik mate aku tengok. Semuanya pun lawa lawa sangat. Lagi lawa kalau si pemakai tu tinggi menggalah.

Uolls dah ada tema baju raya?

Wednesday 15 May 2013

Wordless Wednesday 15 Mei 2013


Ada harapan rambut seperti kakaknya, lambat tumbuh dan nipis.. 

Motivasi

ANAKMU MENGENALKAN SIAPA DIRIMU

1.Jika anakmu BERBOHONG,itu karena engkau MENGHUKUMNYA terlalu BERAT.

2.Jika anakmu TIDAK PERCAYA DIRI,itu karena engkau TIDAK MEMBERI dia SEMANGAT

3.Jika anakmu KURANG BERBICARA,itu karena engkau TIDAK MENGAJAKNYA BERBICARA

4.Jika anakmu MENCURI,itu karena engkau TIDAK MENGAJARINYA MEMBERI.

5.Jika anakmu PENGECUT,itu karena engkau selalu MEMBELANYA.

6.Jika anakmu TIDAK MENGHARGAI ORANG LAIN,itu karena engkau BERBICARA TERLALU KERAS KEPADANYA.

7.Jika anakmu MARAH,itu karena engkau KURANG MEMUJINYA.

8.Jika anakmu SUKA BERBICARA PEDAS, itu karena engkau TIDAK BERBAGI DENGANNYA.

9.Jika anakmu MENGASARI ORANG LAIN,itu karena engkau SUKA MELAKUKAN KEKERASAN TERHADAPNYA.

10.Jika anakmu LEMAH,itu karena engkau SUKA MENGANCAMNYA.

11.Jika anakmu CEMBURU,itu karena engkau MENELANTARKANNYA.

12.Jika anakmu MENGANGGUMU,itu karena engkau KURANG MENCIUM & MEMELUKNYA

13.Jika anakmu TIDAK MEMATUHIMU,itu karena engkau MENUNTUT TERLALU BANYAK padanya.

14.Jika anakmu TERTUTUP,itu karena engkau TERLALU SIBUK.


Copy dari facebook.. 

Tuesday 14 May 2013

7 Bulan

Semalam genap usia my Danial 7 bulan.

Alhamdulillah membesar dengan sihat. Hari Sabtu lepas dia demam. Demam nak dapat akal baru atau beralih bulan barangkali. Ini orang orang tua lah yang kata. Kalau dah dekat tarikh dia nak masuk bulan baru dan baby tu demam, mungkin dia nak beralih bulan (tukar bulan) ataupun nak menambah akal baru.

Kali kedua dia demam. First time masa dia berumur 2 bulan lebih. Lama dah, bulan 12/2012. Tapi masa first time dia demam tu, dia ok je tak merengek tak apa. Demam kali kedua ni merengek je dia. Nak berdukung je tak nak letak bawah pun. Tidur pun mulut bising tak selesa ke sakit ke tak tahulah. Mcm kita kalau demam kan rasa tak sedap badan. Dah dihantar urut pun. Semua badan dia sakit. Mahu tak sakit, melasak sangat ok. Ko letak dia dekat atas tilam, nanti ko leka sekejap, dia dah ada kat atas lantai. Itu takpe lagi lah kan, cuma aku geram dia gi jilat jilat lantai tu. Pppfffttttt mungkin juga lantai rumah aku ada rasa coklat... *barangkali*

Genap usianya 7 bulan ni, dah banyak dah perkembangan dia.
Dah pandai naik walker. Aku dah start naikkan dia mase umur dia 6 bulan lebih. Alhamdulillah dia ok je. Lagipun tengok dia duduk dalam tu pun tegak tak senget ke apa. Sekarang dah pandai kayuh dah kaki tu. Baru pandai kayuh sikit sikit, dah pandai mengemas dah. Hari tu gi tarik alas meja kecik. Pergi dekat buai dia, tarik tarik buai tu.

Pandai melompat lompat bila ko pegang dia.
Ini mmg stress kalau ko seorang yang lemah anggota badan. Aku mmg tak sanggup nak pegang dia lama lama sebab dia suka melompat. Ko dukung dia mengadap muka ke muka ko mmg dia lempang lempang muke ko. Tak bujang ok gaya dukung mcm tu. Dia nak ko dukung dia muka pandang depan. Tapi kaki dan tangan dia tak diam. Asek nak berkayuh. Mak ko ni sudahlah kering, ko buat mcm tu, semakin keding kontang mak ko ni nak..

Tangan pandai nak tarik itu ini.
Yang ni sangat laju ok. Mcm aku kan pakai cermin mata, nanti aku nak cium dia, laju laju dia gi tarik cermin mata aku. Banyak kali dah mcm tu. Sekarang ibu dia dah pandai dah, nak cium dia je, aku bukak cermin mata aku. Tapi dia lagi pandai... Tak dapat tarik cermin mata, dia tarik rambut / telinga aku. Bagus nak... Pembuli mak ko sangat sangat macam bapak ko... *keturunan*

Dah tumbuh 2 batang gigi.
Cepat gigi dia tumbuh. Sebab mase akak dia dulu, umur 11 bulan baru tumbuh. Adik dia ni umur baru 6 bulan dah tumbuh gigi dah. Tapi ramai yang kata, normal je sebab ada yang umur 3, 4 bulan dah tumbuh. Setakat ni mmg nampak 2 batang je gigi bawah dia. Lain lain belum lagi.

Dah makan dah.
Dia suka sangat makan. Paling suka bubur nasilah kan. Tapi aku pelbagaikan. Kalau hari ni bubuh lobak, esok bayam, lusa brokoli, tulat labu, lepas tu sawi, lepas tu ayam... Begitu.. Barulah dia tak rasa bosan menu yang sama je kan. Puree buah dia tak suka. Dia lebih prefer bubur nasi. *tekak orang kampung mmg begini, like mader like son*
Selain tu aku bagi dia makan biskut heinz tu. Dia suka yang perisa sayuran. Dia sekarang pantang nampak orang makan, dia punya mulut tu mcm terliur. So skrg kalau aku makan something yang dia tak boleh makan, aku kena bagi dia pegang biskut heinz tu. Baru tenang aku nak makan. *dasarrrrr*

Semakin kuat menyusu.
Kalau packaging yang 1kg tu, tak sampai 2 minggu pun. Kadang kadang ngam ngam je 1 minggu. Kuat sangat menyusu. Biasalah, baby boy kan, mmg kuatlah menyusu. Dibandingkan dengan kakak dia, mmg jauh bezanya.

Tidur melasak.
Yang ni ikut perangai bapak dia. *yang buruk buruk bagi kat bapak dia jeee*
Kalau tidur, kaki tangan dia semua jalan. Kaki hinggap kat muke tu dah biase sangat dah. Takpe nak, ibu dah biasa dah, sejak kakak kamu lagi mmg begini.. Posisi tidur yang paling dia suke, mengiring ke kanan.

Suka sangat mandi.
Kalau mandi tu suka tepuk tepuk air lepas tu percik percik kat muka dia, mmg dia suka. Sampai basah baju ibu dia ni kalau mandikan dia. Lagi 1 kan, dia skrg ni tak kesah mandi air suam ke air paip ke. Ok je dia. Lagi dia suka dapat mandi air sejuk. Maklumlah cuaca skrg kan panas bahang yang amat.

Ape lagi yep?
Yang pasti, banyak dah perkembangan dia. Semakin membesar bagaikan juara. Badan jangan cakap, semakin membulat. Mane tak bulat, makan kuat, susu kuat, tidur pun kuat. Dia demam ni pun kuat makan kuat menyusu. Bagus anak ibu, takdelah badan susut bila demam.

Penutup entry disajikan dengan gambar ini budak....



Monday 13 May 2013

Suka Makan Gula Gula

Anak dara aku si Dhia tu, suka sangat makan gula gula, Tak kisahlah lollipop ke, gula gula yang bungkus satu satu tu ke, asalkan gula gula dan manis, dia memang suka. T____________T

Minggu lepas kot, punyalah meradang mengamuk marahkan ibu dia sebab dia nak gula gula tapi ibu tak bagi. Dah bagi gula gula vitamin C tu pun masih nak lagi gula gula manis tu. Aku dah letak dekat tempat tinggi tapi ntah mcm mana dia boleh nampak pulak.

Apa lagi, menjerit jerit lah dia bila nampak bekas gula gula tu.

Dah malam mase tu, around 10.30 pm dah. Aku mmg tak suka dia makan gula gula ke jajan ke bila dah malam sangat sebab nak tidur. Aku takut nanti dia dah makan semua tu n terus tidur, rosaklah gigi dia. Kalau dah malam ko ajak dia gosok gigi, dia tak nak. Dia tak suka terkena air tu, sejuk katanya.

Bila dah dapat gula gula, bkn main happy lagi. Suruh aku bukakkan. Ok bagi sebijik je bukak. Sambil makan gula gula, sambil baring tengok cerita kartun bola kampung. Tak sampai setengah jam, aku tengok dia dah tertidur dah. Mengantuk sangat. Mana tak nya, 1 hari suntuk tak tidur. Geram betul sekarang susah nak suruh tidur siang.

Bila dah mengantuk sangat, makan ini yang terjadi.......

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-











Tidur dengan gula gula depan muka. Kakak kakak... *sambil gegeleng kepala*

Eh puting dia mmg banyak, ada 6 pcs. 1 kat mulut, 1 dia gesel gesel dekat pipi, 1 lagi dia pegang.
Macam mana nak pisahkan ek?

Friday 10 May 2013

Orang Pakai, Dia Pun Nak Pakai

Anak dara aku sekarang ni, apa aku pakai semua dia nak pakai jugak. 

Hari tu aku pakai tudung, sibuk nak pakai jugak. Bagi pakai tudung biasa taknak. Nak sama yang mcm mak dia pakai. Baiklahhhhhh sayang intan payung mucuk manje puteri ibu....

Aku pakaikan tudung, tersenyum lebarrrrrr lepas tu asek puji diri sendiri "hmmm antikk antikkk". Ye nak, mmg cantik mcm mak ko jugak. :p

Lepas tu ayah dia pergi kedai, sibuk nak follow, suruh bukak tudung tu takmo.. Nak pakai jugak gi kedai. Ok ok pergilah nak. Solehah anak ibu.. :)

Tapi................










Baliknye tu....










Sobsobsob










Nak marah ke nak senyum ke tak tahulah.. 















Ko tengok yang comot comot tu...

Boleh bapak ko bagi makan aiskrim?? Abes tudung mak... Kena aiskrim sana sini.. 
Dah lah baru je cuci. Sedap sedap je bapak ko bagi aiskrim comot comot kat situ.

Aku yang tak banyak bunyi, gi cuci sekali lagi. Phewww takde keje buat keje. T_________T

Thursday 9 May 2013

Dhia Dan Danial ~ Double D

Gambar gambar ni aku dah publish dekat fb. Aku takde twitter. Eh ada tapi dah lama tak jenguk masuk. Instagram pun aku ada tapi kan, sadis gile, aku boleh lupe password. Bangang + bengang je aku rase.

Bagus pulak dua beradik ni masa aku nak tangkap gambar diorang berdua sama sama. Memberi kerjasama. Bagus anak anak ibu sayang.

Mule mule nak ambik gambar ayah mereka sekali. Tapi menjual mahal mengalahkan artis. Huh! Bukan main susah nak ambik gambar sama sama atau ambik gambar dia. Kalau ambik gambar pun muka dia ketat bkn main lagi tak senyum tak apa. Kadang kadang tak pandang kamera. Eh bukan kadang kadang, tapi selaluuuuuuuuu. Dulu mase bercinta mase bertunang ok je senyum manjang siap offer nak ambik gambar lagi siap dia yang tekan button capture tu kan. Now?? Fuhhh bersilat nak mujuk dia ambik gambar sama sama. Hetchuuu but i lebiu *buwekkkkkkkkkk*

Taknak ambik gambar takpelah ayahnya, ambiklah gambar ibu ni ha..

Nak buat apa?
Saje je dah lama tak bergambar..
Tak payah, takde sapa nak tengok pun.
Sentap abes aku dengar *bergenang airmata*

Takmo bergambar takmo tangkap gambar kite sudah.. Kite ambik je gambar anak anak kite 2 orang ni. Yelah takpe biar mak bapak dia tak glemer takpe, kasi can anak anak. *mcm la blog ko glemer sgt*


Ready? Jom tengok gambar aksi 2 beradik ni yang buat hati ibu cair melihat kemesraan mereka...




Holoh holoh suweet sangat. Nampak sifat penyanyang pada kakak Dhia kan? Ye dia mmg penyayang. Sayang sangat dekat adik dia. Kalau adik dia nangis, dia tengah tengok tv ke tengah makan ke, cepat cepat lari gi dekat adik dia lepas tu pujuk. Ayat memujuk dia aku dah hafal dah "Sssyyhhh diam diam akak ade ni"
Tapi kelako ko tahu.. Lepas dia dah tepuk tepuk adik dia suruh diam, terus lari semula sambung balik pergi tengok tv / makan. Lepas tu datang lagi pujuk lagi, pastu blah lagi. Ade le dalam 4-5 kali dia buat. Funny!

Tapi, Dhia ni walaupun penyayang tapi malas jaga adik dia. Geram je aku ni. Nanti kita suruh main dengan adik kejap kita nak gi dapur kejap, sedar sedar dia dah ada kat tepi kaki kita jugak kat dapur. Dah dengar adik dia menjerit jerit sebab tak nampak kelibat orang kat sekeliling dia. Haiii kakak kakak...


Sudah besar anak anak ibu. Sorang nak masuk 3 years September nanti, sorang lagi 1 year Oktober nanti. Ayahnya menginjak 26 tahun November nanti.. Bagus bersusun anak beranak bulan 9,10,11. Ibu ko je yang tercampak jauh sikit, Febuari. Tapi fedulik haperrr ibu, celebrate je together gether.



Eh tibe tibe je bapak dia ada interprem sekali dekat tepi tu. :p

Danial skrg dah pandai dah bila masukkan dalam walker ni. Pandailah dia ke depan ke belakang. Tapi dia lebih suka melompat. Dalam walker bukan boleh lompat pun, menjerit jerit lah dia kalau tak dapat lompat. Jumperoo? Ayah dia say NO NO NO.
Mase Dhia dulu takde melompat lompat ni. Tibe adik dia, amek kaw. Rasain loooooooo
Keluar dah segala muscle muscle dekat tangan aku. Baru stylo *haktuih*



Kenapa kakak over sampai begitu sekali? 

Walker kakak tapi diturunkan pakai kepada adik. Dan mungkin untuk adik adik seterusnya. Barulah jimat bajet. Muahaha!
Walker ni Dhia pakai tak lama pun sebab lepas dia dapat kaki, dah tak pandang dah walker. Eksen kan main lagi. Lepas tu aku simpan elok elok dalam bilik. Cume kecewa tak dapat nak bukak kat kerusi dia tu nak cuci. Kotor dah situ. Warna kuning hijau mmg nampak sangat kalau kotor. T___________T

Dah aku tak tahu nak taip apa lagi. Bye!

Tips Mengajar Anak

Tips ni aku copy dari sini.

Tips ni untuk baby ye.
Bolehlah aku terapkan dan amalkan dekat Danial nanti.
Ok meh kita tengok apakah tips untuk mengajar anak tu? Ada 10 tips ye.. 

Check it out!

1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. Bacalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.
10. Teruskan! 
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.
Ok sekarang boleh kita amalkan dekat anak anak kita. Semoga mereka membesar menjadi anak yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Juga tak lupa menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin!


Wednesday 8 May 2013

Resepi Untuk Baby 6 Bulan Ke Atas

Selain dari bubur dan puree, kita boleh mempelbagaikan lagi pilihan makanan untuk baby kita. Aku sekarang mmg bagi bubur sayur (lobak, bayam, sawi) untuk Danial. Puree aku belum bagi lagi sebab aku pun tak tahu. Hahahah ngek! Tapi mmg nak bagi. Mesti dia suka. Eh Danial tu ko bagi apa pun dia suka ok. Nampak orang lain makan pun mulut dia yang dok kemam kemam geram. Kadang kadang kalau aku makan keropok ke jajan ke, aku kunyahkan sikit bagi dia rasa. 

Dulu Dhia kurang suka makan. Alaa sampai skrg pun dia susah makan. Kadang kadang (tapi selalunya laaa) mmg aku akan paksa dia makan. Lepas tu aku ugut dia, kalau tak nak makan tak boleh makan aiskrim / jajan / gula gula / pergi jalan. Nanti dia takut, dia makanlah. Tapi sikit jeeeeee. Jadi laaaa masuk perut, jadi daging.

Disebabkan Danial suka makan, aku pun rajin menggoogle resepi makanan untuk dia. InshaAllah bila hujung minggu / tak kerja, boleh ibu buat untuk awak..

Resepi 1 : Sayur Kukus

Bahan-bahan:
60g (1/2 cawan) lobak merah
Air yang secukupnya untuk mengukus

Cara memasak:
1. Masukkan lobak merah ke dalam pengukus atau set penapis dan letakkan di atas air mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga lembut.
2. Masukkan lobak merah dikukus tadi ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang secukupnya. Lenyek lobak merah sehingga menjadi puri.

Cadangan
1. Hidangkan dengan bubur nasi atau susu ibu sebelum hidang.
2. Lobak merah juga boleh digantikan dengan bayam, labu atau daun sawi.
3. Puri sayur-sayuran boleh dimasukkan ke dalam sup sayur-sayuran.


Resepi 2 : Stew Buah-buahan

Bahan-bahan:
100g (1 biji) epal merah, dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz sederhana
250 ml (1 cawan) air.

Cara memasak:
1. Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
2. Masukkan buah epal ke dalam periuk.Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut.
3. Lenyek epal dengan menggunakan garfu sehingga menjadi puri.

Cadangan
1. Hidangkan bersama susu ibu.
2. Buah epal boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti tembikai susu ataupun buah pir.


Resepi 3 : Ikan Dengan Sayuran

Bahan-bahan:
60g (1/4 cawan) kepingan ikan, dikukus
12g (1 sudu makan) kacang pis, dibuang kulit dan dimasak
10g (1 sudu makan) lobak merah, dipotong kecil dan dimasak
15g (1 sudu makan) ubi keledek, dipotong kecil dan dimasak
60ml (4 sudu makan) susu ibu

Cara memasak

1. Masukkan semua bahan (kecuali susu ibu) ke dalam mesin pengisar dan lenyek sehingga menjadi puri.
2. Masukkan susu ibu atau stok buatan sendiri dan kacau sebelum menghidang bersama bubur nasi.


Senang je kan? Bahan bahan pun mudah didapati dekat kedai. Aku perlu cuba resepi resepi ni. Makin bulatlah my Danial. :)

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers