Followers

Monday 31 October 2011

Petua Mendidik Anak

Artikel ni aku copy dari fb. Sbb aku rasa sangat tertarik dengan petua yang ada di dalamnya. InshaAllah boleh aku gunakan dalam mendidik anak aku. 


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas



2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control



3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak



Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...



4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).



5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)



6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)



7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).



. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.



9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).



10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.



11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)



12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.



13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.



14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).



15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.



16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.



17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.



18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.



19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,



20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.



21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.



22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.



"anak- anak ibarat kain pUtih. iBu bApa laH yanG mencoRakkanNya menjaDi yAhudI, nAsRani atAu mAjusI"


Saturday 29 October 2011

Sedang Merangsang Minda

Sejak akhir2 ni, selalu nampak Dhia buat mcm2 bentuk kelakuan yang seakan merangsang minda. 

Contohnya baru2 ni waktu malam, dia ambik bekas putik kapas untuk korek telinga tu then dia bukak n habis sepahkan semua atas lantai. Ok, waktu tu aku mmg perhatikan je. Aku tak bersuara langsung, nak tengok apa reaksi dia yang seterusnya.

Cuba masukkan kembali ke bekasnya semula

Tapi takde yang masuk pun :p

Sampai terkangkang2 anak dara aku ni

Ternyata dia duduk n terus nak masukkan satu persatu putik2 kapas tu semua yang berterabur. Mungkin uolls akan kata tu normal bagi budak2 yang sedang membesar. Tapi to me, aku anggap ianya sesuatu pembelajaran. Ye la, dia belajar untuk memasukkan putik2 kapas tu masuk ke dalam bekasnya semula. Kiranya otak dia sedang berkembang lah kan. 

Muka funny masa nak tutup bekas tu

:)

Tapi yang funny, bila dah masukkan putik kapas tu, dia tonggengkan lagi bekasnya, dah berterabur lagi. Haha.

Its ok sayang, ibu tak kisah kamu buat rumah mcm tongkang pecah sekalipun, ibu tahu otak kamu sedang berkembang n nak mencuba sesuatu yang baru. Semoga jadi anak yang bijak di masa hadapan. :)

Friday 28 October 2011

Dhia Mandi Kolam

Kejadian berlaku Ahad lepas, 23/10/2011. Tapi baru nak buat entry hari ni. :)

Pergi pun dah petang, dekat pukul 6 rasanya. Sekali masuk je, mak aiii ramainya orang. Hari minggu kan, mmg ramai. Tu yang tak suka pergi petang2 atau hari cuti ni. Kalau pergi pagi ok lagilah sebab orang masih belum ramai n air pun masih bersih.

Bukti orang ramai n air kolam yang kotor. Hijau je tapi tak kotor berdaki la.

Pergi bersama 2 orang kakak ipar aku bersama anak2 mereka. 

Bagi yang tak tahu, jarak kolam air panas ni dengan rumah aku cuma 50 meter kot lebih kurang. Atau tak sampai 50 meter? Dekattttttttttt sangat. Boleh berjalan kaki pun. Walaupun begitu, boleh dikira berapa kali je aku mandi kat sini. Bila dah dekat sangat ni, dah bosan dah kot. :p

Bila dah ramai ni n dah petang, air kolam confirm kotor. Tu yang tak berapa nak gemor mandi petang2 n hari cuti ni. Tapi kolam yang air paling panas tu tidak kotor ye sebab takde sapa berani masuk dalam tu. Boleh melecur kulit taw.

Sepupu2 Dhia

Dhia dipegang oleh kakak ipar aku. Air ni panas ok. Tu pasal Dhia angkat2 kaki.
Tapi masukkan Dhia sekejap je dalam ni sebab aku tak berkenan melihat airnya yang kehijauan itu. Apakah mereka memasukkan air tebu di dalamnya? Atau pewarna? Musykil sebentar aku dibuatnya. 

Jadi sebagai solution, meh kita masukkan Dhia ke dalam :

v

v

v

v

v

v


v

v

v

v

v

v


v

v

v

v

v

v


v

v

v

v

v

v


v

v

v

v

v

v


v

v

v

v

v

v


v

v

v

v

v

v


v

v

v

v

v

v

Masukkan dia dalam baldi!!!

Ini bukan kes penderaan ye kawan2. Masukkan dia ke dalam baldi n masukkan air paip dalam tu. Air kolam tu kotor sangat kan, takut kang kulit anak dara aku tu rashes plak kan. Maklumlah, kulit anak aku tu sensitif sikit. Kalau berpeluh sangat pun dah timbul ruam2 merah. 

Baldi pun baldilah, Dhia tetap happy. Diam je dia kat dalam tu. Cuma bangun duduk je. Takde pulak dia kuarkan kaki dia tu. :)










Dhia mmg suke je main air. Mujurlah kolam air panas ni dekat je dengan rumah, kalau ada kelapangan boleh bawak dia mandi sini.

Tapi kan, minggu ni je dah 3 kali Dhia mandi kolam air panas ni taw! Mentang2lah dekat. :p

Thursday 27 October 2011

Hujung Minggu Bersama Dhia

Ahad lepas, 23/10/2011 seharian kat rumah bersama Dhia. 

Tapi tak puas sehari je boleh 24 hours dengan dia. Tak mengapalah, berkorban sikit masa. Malam kan ada waktu bersama dia. :)

Sementara masih muda ni, cari duit banyak2. Dah tua nanti senang dah ada duit simpanan. Itu yang aku selalu pegang. Muda2 ni sementara larat kerja, kerjalah kita. Anak pun baru sorang, mak pulak sudi jaga n masih kuat jaga cucunya ni, so buat apa nak berhenti kerja kan? :p

Ok, takmo cakap banyak, cuma nak share gambar2 Dhia je. 

Baru lepas mandi, dia mintak lepaskan ke luar anjung rumah. Bosan agaknya asek kat dalam rumah je kan. 




Sambil makan keropok jagung. Dhia mmg suka jagung. Apa2 makanan berkaitan jagung mmg dia suka sangat. Jagung rebus, jagung kukus, aiskrim jagung. Tapi belom pernah try bagi dia air jagung. Kot dia suka ke tak. 

Buat yang tak tahu, aku duduk rumah sendiri tapi sebelah menyebelah dengan rumah ipar duai + mertua. Dalam 1 kawasan tu ada 5 buah rumah termasuk rumah aku. :) 

Masa kami berdua duduk dekat anjung, keluarlah sepupu dia yang duduk sebelah rumah kami. Sepupu Dhia baru 10 bulan. Nama sepupu dia Nureen Auni Qistina. Panjang namanya oi.

Yang jadi masalah, Dhia suka main gaduh2 main jerit2 dengan sepupu dia ni. Budak2 mmg begitulah kot. Cuma anak dara aku ni ha, garang benor. Org tu pegang dia pun marah.

Tengok tu, sudu pun direbutkan
Aku ada tangkap video jugak. Tapi video ni dah agak2 penghujung 'perkelahian' dua sepupu ni. Nak tengok tak? Meh aku share bagi uolls tengok. 


Dalam video tu, minit yang ke berapa ntah, anak dara aku dok goyang2 badan tanda menari. Dia mmg begitu, dengar lagu je menari. Kadang2 takde lagu pun menari. Mujur comel. Terus ibu dia ni kiss2 pipi dia sampai dia jerit2 seperti video di atas. :p

Wednesday 26 October 2011

Rindu Dia

Petang2 mcm ni, mesti rindu si kecik somel ni... 

Nk kiss pp n mulut dia tu

Nk bergurau dgn dia

Nak main2 cak baaa dengan dia

Dialah pengarang jantung saya. Penyeri rumahtangga saya :)

Bagi yang tak tahu, aku kerja waktu ini. Ye, beginilah kerja makan gaji di syarikat ca ya nun alip. Deepavali ni takde ambik public holiday. 

So thats why aku rindu dia now. Eh bukan hari ni je, mmg setiap hari bila dah petang2 ni aku rindu anak aku sorang ni. Balik rumah je mesti cari dia dulu. Kalau dia tak tidur, aku peluk cium dia. Kalau dia tidur pun aku cium jugak. 

Beginilah seronoknya dah ada anak. Balik kerja penat2 pun tak terasa bila tengok anak. Dulu aku ingat kawan2 aku yang bergelar ibu tu menipu je bila cakap penat akan hilang kalau tengok anak. Now, aku sendiri merasainya. Mmg tak terasa penat pun kan. :)

Wordless Wednesday #6 Dhia Seksiiii

:)

Tuesday 25 October 2011

Dhia Pencurik Air

Dhia curi air? Air apa? Air minuman ibu dia. Air sejuk taw! Hehe.

Ye, Dhia suka sgt curi air ibu yang berais. Air yang sejuk2 je. Dia suka air sejuk. Tapi kena pantau jugak sbb dia masih baby. Sedap je dia sedut srott srott. 

Yeye dapat curi air ibu

Lari lari ibu nak ambik balik

Bila ibu nak ambik balik, nk marah2 jerit2 bagai. Geram kadang dengan peelnya tu. Lagak mcm dah besar sgt je. 

Gambar2 ni kejadian Ahad lepas, dekat anjung rumah mertuaku. Aku beli air jambu ais tu n letak kat tepi aku, mana tahu Dhia datang dari belakang ambik air aku. Sedar2 je dia dah pegang air tu. 

Bila nak ambik, dia tak bagi. Berlari jauh dari aku. Lepas tu berhenti n sedut air lagi, lepas tu pandang aku n sengih2 n lari lagi. Sape tak geram?

Tgok tu lari dari ibu.. Gerammmm betul

Mase dia minum tu, ayah dia takde. Kalau ada, confirm membebel. Ayah dia mmg mengharamkan air batu diberi pada anak dia. Aku je yang abaikan pengharaman dia tu. :p Konon nak bagi anak jangan pantang sangat, nanti susah kalau dipantang2kan sangat. Walaupun begitu, masih lagi kontrol lah. Tidaklah aku bagi banyak2 n selalu. Takut dia selsema pulak ke batuk ke kan. Tapi alhamdulillah lah setakat ni Dhia ok2 je. :)

Ini Pooh Saya

Dia bukan sebarangan pooh. Dia pooh yang membuat aku selalu senyum sendiri melihat aksinya, membuat aku bahagia. Sesungguhnya aku bertuah memilikinya.

Di bawah ni pooh saya. 

Pooh comot :p

Comot2 pon comel 

:)

My love
Muke innocent :)


Hehe. Baju tu udah lama ayahnya beli. Since Dhia 3 bulan. Tapi baru skrg boleh sarung. Tu pun masih besar. Mmg sengaja beli besar sebab boleh pakai lama. Comel dia bila pakai baju ni. Me like sangat! 

Pooh lanyak pooh :)

Skrg ni semua jadi tunggangan dia termasuk ibu ayah dia
Ok dah semput dah pooh tu

Golek2 atas toto :)

Tepuk2 kaki :)

Malam2 hari beginilah aktiviti kami. Nanti pukul 9.30 ke 10 ke baru Dhia tidur. Bila dia dah tidur, kalau aku tak tertidur sama, bolehlah aku kemas rumah n mainan yang dia dah sepahkan. Kadang terfikir jugak nak berhenti kerja. Tapi dah biasa pegang duit sendiri pulak. :)

Yang penting, aku tetap cuba berikan perhatian buat Dhia. Janji dia tak terabai. Ada masa terluang je confirm aku akan habiskan masa bersama Dhia. :)

Tukar Speaker Kereta Pulak

Balik dari Pulau Besar tu, singgah makan dekat Muar. Waktu tu pun dah petang around 2 pm rasanya. Perut mmg lapooooo. Siap berkeroncong perut aku. Tapi kutahan jebat. :p

Mase ondaway balik tu, husband aku perasan yang speaker belakang tak bunyi. So lepas makan, gerak terus pergi kedai aksesori kereta. Ingatkan nak betulkan je speaker tu mana tahu ada wayar tercabut ke apa kan, sekali check punya check, dah rosak. Kena ganti.

Husband aku pulak pasal kereta sanggup je berhabis walaupun duit dah banyak mengalir masa pergi Pulau Besar tu. Takpelah, janji tak usik duit aku. :p

Tengah pasang speaker baru :)

Sementara tu, aku n Dhia menanti saja sambil melayan Dhia. Mujur ada kedai runcit sebelah kedai ni, belikan biskut untuk Dhia bagi dia diam. Kalau tak, sibuk nak berjalan ke sana sini. Tu pun biskut tu sekejap je dia tekun makan. Lepas tu sibuk nak berjalan tawaf 1 kedai. Pengsan ibu ni.

Jom layan gambar2 Dhia sahaja. :)

Nk tolak kerusi tu

Ehhh mcm kuat je kamu kan

Nk kiss pp tuuu
Budak comot

Sebab mamam biskut coklat

Sedap ye sayang

Skodeng biskut ada lagi ke tak 

Nyum nyum 

Makan sampai habis 1 bungkus :)

Jeling2 pulak :p

Uolls mampu pose mcm ni? :p
Total tukar speaker baru = RM245. Pembazirannnnnnnnnnnnnn sungguh. Kalau aku lah kan, takde speaker pun takpe. Husband aku tu ha, bab kereta ni mmg sanggup je dia berhabis wang ringgit. Cisss.

Siap pasang semua, moh le kita gerak balik rumah. Badan pun dah super letih. :)

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers