Followers

Friday 17 August 2012

Salam Aidilfitri

Lamanya blog tak berupdate, tapi selalu jugak jenguk. Cuma tak ada kerajinan nak menaip entry. Lagipun tak ada cerita sangat nak diceritakan di sini. 

Jumaat sudah hari ni.. Lusa inshaAllah kita akan berhari raya. Hari ni aku masih lagi bekerja. Last day hari ni sebelum bercuti seminggu. 

Tak sabar rasa hati nak menunggu waktu balik pukul 5 petang nanti. Masih ada lagi keperluan yang belum dibeli. Kerepek n asam dah done, tinggal nak tambahkan biskut raya je.. 1 jenis biskut raya pun tak beli lagi. Buat sendiri? Tak ada masa + tak cukup barang keperluan nak membaking bagai. Kita beli yang tunjuk2 je sudah. 

Baju raya Dhia pun dah 100% done. 2 pasang baju kurung + 8 pasang baju persalinan. Banyak? Aku rasa pun tu tak cukup sebab budak ni kan kerap tukar2 baju. Makan2 kotor dah kena berganti. Untuk aku pulak cukuplah 4 pasang baju. Tu pun jubah n dress labuh je. Tak ada nak berfesyen2 ni. Perut pun dah membesar. Hujung bulan ni masuk 8 bulan dah. Sekejap je kan. 

Ok tak nak melalut banyak. Sempena raya yang bakal menjelma, ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin buat semua. Maaf andai ada salah silap terkasar bahasa sepanjang aku berblogging ni. Ewahh blogging kata ko.. Ada kad raya untuk uolls taw. 


Salam aidilfitri dari kami sekeluarga : Lan, Yan, Dhia n baby dalam tummy :p

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers