Followers

Friday 29 July 2011

Kerintingkah?

Semenjak dua menjak ni, aku perhatikan rambut anak dara aku semakin menggulung, semakin ke arah kekerintingan.. Apekah mewarisi rambut2 adik beradikku + emak + ayahku yang kerinting itu? Eh aku pun same, rambut ikal2, tp x masuk kategori kerinting.. Dhia ni aku tengok ade potensi untuk kerinting.. 

Kan nmpk tak tu nak menghampiri kekerintingan

Ni rambot dia nipis lagi n botak lagi dah nampak kerinting sikit2.. Cer kalau rambut dia panjang.. Apekah benar2 kerinting?

Menjadi persoalan betul..

Tapi aku ape kisah kerinting ke lurus ke.. Janji comel sudah.. Eh2 perasan anak comel.. Hehe

Eleh tok mak dia merangkap mak aku lagi suka cucu dia kerinting.. Siap dia bagi gulung suruh kerinting.. Haha

Kerinting2 pun tetap comel di mata ibu =)

Anak buah aku si Sarah Demok tu pon kerinting.. Itu lagi hebat.. Dah lah rambut lebat, kerinting pulak.. Lepas tu jenis tak suka ikat2 rambut.. Mak aiii rimas aku tengok.. Siap rambut sentuh mata dia rilex je.. Mcm nak cantas2 je rambut depan dia tu.. 

Rambut Dhia yang pastinya nipis, mcm aku n lambat panjang, pun mcm aku.. 

Entah bila ibu ko ni dapat beli getah rambut n klip rambut yang comel2 nak letak kat kepala kamu tu sayang.. Ish3

Aksinya + Dialogku

Anak dara kesayangan aku ni pantang nampak handphone.. 

Kalau dah nampak handphone, mmg dia akan main2 ketuk handphone tu tanpa rasa bersalah.. Migrain aku tgok aksi2 ganasnya itu.. =D

Ni kalau bagi pegang handphone canggih sikit, habis berderai lah jahanam.. Mujur ada handphone kedua yang buat baling ayam pon boleh mati.. Haha!! So, suka hatilah Dhia nak hempas2 ke hentak2 ke ketuk2 ke dinding ke baling2 ke.. Ibu tak kisah sgtttt.. =p

Nak tgok aksi Dhia yang dah mcm sms someone dah aku tgok.. Konon2 nak sms ayahlah ek sbb ayah dia mase ni tak balik keje lagi.. Hehe

Manelah ayah ni tak balik2 lagi.. Lama dah tunggu ni.. Nak main lanyak2 dengan ayah ni. =p

SMS ayahlah nak tanya pukul berapa nak balik.

Alamak no network coverage pulak

Haha!! Aku suke je cipta dialog sendiri.. AAK? =p

Oh Dhia, makin lama kamu makin buat suara ibu hampir hilang sebab jerit2 mcm tarzan bila tengok kamu suka nak jilat2 lantai, suka nak panjat2 sofa untuk berdiri, suka kutip ape2 benda nak masuk mulot.. Ibu dah jadi sama mcm bini tarzan dah kot? 

Tapi takpe, bini tarzan pun ibu tak kisah sbb kamu nak mengexplore ye.. Teruskan usahamu sayang untuk berdiri sendiri tanpa bantuan.. Ibu tak sabar nak tengok kamu berjalan tanpa bantuan!

P / S : AAK = Ade Aku Kisah 

Thursday 28 July 2011

Budak Ini Milik Saya

Malam tadi punya pic.. Fresh lagi pic2 ni ok.. Mase ni ayah Dhia merangkap asben aku belum balik keje lagi.. Aku kan suke aje tangkap pic anak.. Layankan aje la ye.. 

Alolo muke manje 

Ko tgok anak dara aku bab main toys mmg sgt ganas. Abes di ketuk2 giraffe n itik tu. Naik semput aku tengok. Ish sopan sikit lah sayang. Awak tu gigirl.

Aksi apekah? Cumil jugak.

Biskut ni adik boleh mam tak bu? "No!"

Tepuk amai2 belalang kupu2.

Tepuk adik pandai malam upah susu. =)

Bila agaknya ibu dapat luang masa 24/7 bersama kamu sayang.. Mungkin 1 hari nanti bila ibu dah bosan pegang duit sendiri.. Hehe

Wednesday 27 July 2011

Tuesday 26 July 2011

Budak Manja

Anak aku mmg sgt2 manje lately.. Apekah penyebab die menjadi sgt manje? Mungkin ayah dia menjadi punca.. Haha!! Salahkan suami pulak.. Eh tp aku rase mmg ye kot.. Sbb ape? Kalau aku tinggal Dhia kejap kat ruang tamu untuk cuci tangan aku atau bancuh susu dia kat dapo, dan time tu kebetulan dia balik keje, kompom akan terus dukung anak dara dia tu n bebel2 kat aku ckp aku suke sgt main tinggal2 anak sorang2..

Aduhai encik suami, saye cume tinggal sekejap je, tak sampai 5 minit pon.. Eh2 ntah2 tak sampai 2 minit pon.. 

Ayahnya mmg sgt2 cerewet bab jaga anak.. Anak kena gigit nyamuk n berbekas pun aku yang kena marah.. Adilkah? =(

Ye, aku sayang anak aku jugak.. Tapi ni dah jadi manja sgt3 ni, sape yang susah? Aku jugak kan.. Ayahnya kadang2 je susah sbb kadang2 dia balik keje, anak dah tidur.. 

Skrg ni, anak aku dah terlebih manja.. Aku nak masak pun letak dia dekat bawah atau dalam walker, dia boleh nangis2 kat kaki aku yang tengah masak.. Kan bahaya tu.. Kalau tengah goreng ikan ke ayam ke.. Minyak panas tu.. Letak kat bawah pun dah tabur mainan banyak2 pun tetap kejar kaki ibu dia.. Bila ibu dia duduk bersila sebelah dia, baru senyap n boleh main2.. Aduhai..

Bukan setakat tu saje, skrg ni pegang botol susu pon dah malas.. Ape cer ni? Bile kite bg die pegang, die boleh main2 pulak.. Bile kite pegangkan, eh boleh pulak kan ko minum sampai habis.. Saje je nak menduga kesabaran ibu ko tahap mana.. 

Mujurlah ibu ko ni penyabar jugak dgn anak..

Jom tengok aksi budak manje kesayangan saye.. 

Mule2 bg die pegang

Lepas tu, ko tengok ape jadi? Dia main2 je dgn botol tu..

Bila ibu pegangkan, ehhhh senyum terus ko kan.. Drama betul.. 

Tengok? Terbukti kan anak dara aku ni mmg manje.. Ggggrrr

Tapi boleh pulak ayah dia nak tuding jari kat aku "Follow perangai ibu dia la mengade2".. Eh2 saje je kan nak tido atas sofa kan.. 

Dah Berseri Telinga Dia

Hari ahad lepas, 24/07/2011, aku pergi tindikkan telinga anak dara kesayangan aku ni.. 

Kalau ikutkan hati aku, mmg takkan lah aku tindikkan sebab aku takut sakit.. Tapi ayah dia merangkap asben aku dok psiko2 aku suruh tindik, aku pun antara pasrah tak pasrah aje.. Ayahnya kata, nanti kalau dah besar lagi dia dah rasa takut nak tindik, dah tahu rasa sakit.. Sebabkan ayah dia berani, ibu dia pun buat2 berani.. 

Muke comot sedang mamam =p

Mase nak kena tindik tu, aku dok baca2 doa.. Takut kate ko.. Haha!! Mcm aku pulak yang nak kena tindik kan.. Aku tak pandang pun masa org tu nak tembak telinga anak aku.. Sekali 'tappp', anak aku cume 'ekk' je, lepas 5 saat baru la dia meraung menangis.. Huhu ibunye terus rasa alaa kesiannya anak ibu!! 

Tindik 1 persatu bukan 2 belah telinga sekaligus.. Tindik sebelah lagi, kepala Dhia dipegang oleh ayahnya, sebab dia dok nak pusing2 kepala dia nak geleng2 tanda protes tak nak kena tindik.. 

Lepas siap tindik je, ayah dia cepat2 dukung then pujuk2 lepas tu dia ckp "Kesian anak ayah, sakit ye".. Hihi.. Mestilah sakit.. Ape la.. Lepas tu dia pulak yang nak rasa menyesal.. 

Tp mujur juga Dhia nangis sekejap je.. Balik rumah je terus dia tido lepas bagi susu.. Bangun tido pun happy je takde tunjuk rasa sakit.. 

Cuma agak mencabar sikit lah bila dia baru bertindik ni.. Tangan dia asek lah nak tarik2 anting2 tu.. Gerammm.. Kite yang jerit2 sebab kite takut tengok.. Ye la, da baru tindik, mahu tak sakit bekas tindikkan itu.. Tapi anak aku boleh selambe je kan dok main tarik2 anting2 dia tu.. Seriau aku menengoknya.. 

Akhirnya berseri jugak telinga anak aku.. Lepas ni kalau keluar jalan, harap takde lagi yang bertanya anak aku tu boy ke girl.. 

Monday 18 July 2011

Dhia Dah 10 Bulan

Syukur alhamdulillah anakku sudah berusia 10 bulan.. 17/07/2011 genaplah usianya yang ke-10 bulan.. 2bulan je lagi dah 1 tahun.. Sekejapnye! 

Ok aku nak list kan apa perkembangan dia bila dah 10 bulan ni.. 

  • Dah pandai tatih 2-3 langkah.. Suke sgt!!
  • Dah stabil bile berdiri tp jaga2 sbb kdg2 nak tersembam jugak.
  • Nak start merangkak jugak. Dapat 2-3 langkah lepas tu terus tak kuat dah. 
  • Kalau nangis mesti sebut "Eeeeemaaakkkk"
  • Kalau naik kereta tak nak duduk tak nak baring.. Nak berdiri sambil ibu pegang dia.. Kalau duduk dalam carseat, mesti bagi dia leka dgn permainan atau makanan.. Fuh!
  • Dah pandai salam.. Kita hulur tangan, dia akan sambut n cium tangan kita.. 
  • Masih kuat minum air masak. Sgt suke air masak.
  • Dah tak berapa suka masuk dalam walker. Konon mcm dah pandai jalan sgt. Asyik nak bertatih. Ibu yg penat kot.
  • Garang pon ye jugak. Kalo dia pegang something atau makanan, jgn lah kita amek. Kompom mengamuk. Kalo dia tengah menggeram, dia akan lempang muka kita laju2 sambil mulot membebel. Ganas woo.
  • Malas pegang botol sendiri. Tapi aku pakse je. Boleh aje pegang cuma MALAS. 
  • Kalo kita nyanyi "Tepok2 Dhia comel", dia akan tepuk2 tangan dia sambil gelak riang.
  • Kalau kita ckp "Syg ibu" atau "Syg ayah" atau syg sape2 lah, dia akan kiss pipi kita.
  • Kalau kita dekatkan muka kat dia n ckp "Duk" (laga kepala slow2), dia akan buat. Bile kita ckp "Aduh!", dia akan gelak2 ketawa. 
  • Sgt suke pada permainan baby boy.. Aduh! Gara2 uncle dia semua boy la ni.. Lebih suka patung otomen dari bear.. Cmne?
  • Pantang dgr bunyi kereta atau motor. Dia akan "Huhh? Huhh?". Mungkin nak tye "Sape tu bu?" =p
  • Kalau ayah dia balik keje, kita nyanyi "Yeye ayah balik", dia akan tepuk2 tangan n terus nak menuju ke pintu.
  • Pergi jalan2 dah tak nak duduk dalam stroller. Duduk sekejap terus menggelupur nak keluar. Pitam.
  • Paling suke nampak baby kecik. Nanti dia nak dekat2 tarik tangan n kaki baby tu. Kena selalu jaga2 kalau dia nak usik sepupu2 dia yang baby. Tak sedar yang dia pun masih baby.
  • Tido melasak sgt3. Ibu n ayah dah makin tak ada ruang taw. 

Buat mase ni, tu je yang aku ingat. 

Sekejap je kan? Cpt je mase berjalan. Pejam celik dah 10 bulan. Syukur alhamdulillah.

Sebelum aku undur diri, nak tunjuk pic latest Dhia. Sabtu punye pic. 

Nak bulat2kan mata. Dah cukup bulat dah tu syg.. =p

Friday 15 July 2011

Jom Pergi Pasar Malam


Pic selase lepas.. Mood dia happy tapi muka tak menunjukkan dia happy.. Camne tu? 

Suke sgt dibawa ke pasar malam.. Jakun kot tengok lampu2 n ramai orang.. Topi tu tak lekat lama pun kat atas kepala dia.. Sekejap aje dah tanggal.. Merimas katanye.. Meme (mmg) tak boleh nak melawa sikit lah anak dara aku ni.. 

Itu saje untuk hari ni.. =)

Tuesday 12 July 2011

3 Kali Dah Bertukar

Sejak Dhia pisah susu badan, dah 3 kali dia bertukar susu tepung.. Sampaikan aku pening nak pilih mana 1 yang sesuai.. 


Mule2 bagi dia Dumex Dulac.. Tapi baru dua bulan lebih minum, dia dah refuse tak nak minum susu tu.. Kalau bagi pun akan nangis2.. Jadi aku berfikir dia tak nak lagi susu Dumex tu.. 


Ok, aku gantikan dengan Lactogen pulak.. Dia suka.. Tapi tu pon tak lama.. Tak sampai 3 bulan pun dia minum.. Lagipun dia minum susu Lactogen ni, najis dia warna gelap.. Sebab tu jugak aku tukar susu lagi.. 


Tu pun aku dok pk nak bagi susu apa pulak.. Then ada kawan aku ckp anak dia minum Dutch Lady badan bam2, terus aku try beli.. Dhia suke! Baru je beberapa hari tukar Dutch Lady.. Harap2 dia suka lah.. Tak payah tukar lagi.. 

Banyak suggestion suruh aku bagi Dhia susu itu lah susu ini lah.. Mak pening nyah nak pk.. Hihi!!










Mcm2 jenama susu kat pasaran skrg kan.. Tapi, aku cuma mahukan yang sesuai dgn anak aku.. Mahal2 pun kalau tak serasi, tak guna gak.. 

Tapi betul lah, susu ibu jugak yang terbaik.. Rindu moment2 semasa menyusukan Dhia dulu.. =(

Saturday 9 July 2011

Gambar Edit


 Gambar2 yang di edit oleh Umie Noyy untuk Dhia.. Pandai eh umie Noyy ni edit2 gambar.. Ibu Dhia ni kurenggggggggg.. Hehe


Terima kasih umie Noyy.. Dhia suke sgt.. Eh2 ibu Dhia suke sgttttttttttt.. 


Nanti tlg editkan lagi ek.. FOC je pon kan.. Hehe.. Muahh3!!

Masa Untuk Appeton


Aku dah pun start bagi makan appeton pada Dhia.. Sepatutnya awal2 lagi aku dah ada inisiatif untuk bagi vitamin ni untuk dia.. Sebagai makanan tambahan dia.. Ye lah, aku bagi dia appeton ni sejak badan dia susah sgt nak naik walaupon makan berselera.. 

 Dah tak susah nak bagi makan appeton

Mak aku kata ikut baka aku, mmg susah naik berat badan.. Tengok je la, lepas bersalin pun badan aku keding mcm ni jugak... Last timbang hujung bulan lepas, cuma 41 kg je.. Makin kurus pulak aku rasa.. Haizz..

Nganga syg

Tapi masalahnya skrg, Dhia tu baby lagi n baby kalau berat susah naik + kurus sgt, mcm bermasalah lah org tengok walaupon tak lah ada masalah kan.. Sihat je kan.. 

Muke lepas makan appeton =)

Untuk buat badan dia naik dan buat dia ada zat atau vitamin untuk badan dia, aku belilah appeton ni.. 30ml je yang ada.. Takde yang besar lagi.. Tapi rasanya tahan lama sebab 1 hari 1 kali makan sebanyak 1 ml sahaja.. Aku bagi biasa malam sebelum tidur.. 

1ml sahaja 

Masa mula2 bagi dia makan appeton ni agak susah lah.. Tapi lama kelamaan dia makin menggemari rasa buah2an yang ada dalam appeton tu.. Jadinya skrg aku dah tak susah nak bagi dia makan appeton ni.. 


Aku harap berat dia kembali stabil lepas ni dan amat berharap badan dia kembali bam2 mcm dulu2 dia baby2... Amin.. 

Friday 8 July 2011

Dia Dah Pandai

Anak dara aku.. Dah pandai.. Pandai nk bergaya bila hala kamera kat dia.. Dah pandai duduk jugak.. Selain tu, dia pun dah pandai berdiri dengan sendiri.. Bangga seorang ibu melihat perkembangan anaknya di depan mata.. Walaupun aku tidaklah menjaga Dhia 24 jam 1 hari, tapi aku masih dapat melihat moment2 indah ini.. 

Alhamdulillah.. Syukur padaMu ya Allah.. 

Gaya duduk mcm org dewasa

Anak dara kecik aku ni jugak dah tahu beberapa words.. Suke sgt.. Kalau kita nyanyi tepuk amai2, dia akan tepuk2.. Kalau kita ckp "Hello Dhia buat ape?", dia akan letak tangan kat telinga konon2 mcm ckp kat phone then dia akan bersuara "Haaa... Ahhh".. Somel ok.. Kalau kita ckp "Bye2 Dhia", dia akan laju2 nak follow kita sbb tahu kalau ibu say bye2 tu maknanya nak g jalan2.. 

Sgt pantang nampak ayah dia pakai baju cantik sikit.. Dia tahu lah tu ayah nak keluar, dia nak ikut.. Baik2 ada kat pangkuan aku, terus laju2 nk follow ayah pulak.. Ngade ko kan.. Time ayah nk berjalan baru nk ikot ayah.. 

Pandai gayakan tangan =)

Manja sgt dgn aku skrg ni.. Sikit2 nak berdukung.. Penangan tidur kat bawah ketiak ibu la ni ye.. =p

Ape2 pon, ibu ayah syg adik sgt3.. Tak sabar nak tengok langakh pertama adik.. Love u so much syg!! 

P/S : We alls panggil Dhia dgn nama 'Adik'.. =)

Macam Artis


No photo pleaseeeeeeeeeeeee!

*Entry yang membuat pembaca nk lempang si penulis laju2* =p

Berdikari

Anak saye sudah pandai berdikari.. Berdiri di atas kaki sendiri! Yeahhh!! 


Satu perkembangan yang telah membuatkan ibu ayah, nenek atuk, auntie2 uncle2 semua teruja!! 

Syabas syg!! Take time ok.. Dah pandai stabilkan diri bila lepaskan tangan dah kira alhamdulillah.. Rajin2 tatih ye.. 

Tak sabar nak belikan dia kasut ada bunyi2 tu!! *over exicted* 

Wednesday 6 July 2011

Wordless Wednesday

Dah Pandai SMS?

Sape yg dah pandai sms tu?

 Ko tgok aksi mcm tengah sms someone kan

Ye, dialah anak dara aku si Dhia tu.. Eh2 tak lah, dia tak pandai taip sms pun.. Tu dia berlakon lebih tu.. Acting tahu tak.. Lagi 1 dia pandai acting konon2 call someone.. Tak caya, ko try la ckp "Hello, Dhia kt mane tu tengah buat ape?".. Otomatik tangan dia letak kt telinga and say "Aaaarrr.. Aaaarrr".. Aduhhh bijak sungguh budak zaman skrg.. 

Ape pandang2? Org tengah nk gigit ni tak boleh2.. =p

Nasib baik jugak bagi pegang handphone biasa.. Kalo bagi handphone yang ada kamera ke, mahu berderai handphone tu.. Silap2 dgn airmata aku sekali berderai jatuh.. Haha!!

Ape pon, makin besar anak ibu, makin banyak akalnya.. Ibu suka walaupun penat sgt nak melayan kerenah manja die tu.. =)

Tuesday 5 July 2011

Bantal Baru Dhia!


Ini bantal baru Dhia.. Tak beli, tapi pemberian auntie Ngah dia.. Akak aku la tu.. Ok, mmg dia kreatif + rajin.. Aku je yang pemalas lipas.. Haha!! Ntah, aku takde nafsu lah nak buat benda2 alah ni semua.. =p

Cantik tak bantal Dhia? Yang buat bantal ni ada nilai sentimental sebab ada nama Dhia! 

Akak aku baru nak berjinak2 nak buat perniagaan barang2 felt ni.. Lepas ni boleh order dgn dia lagi.. Haruslah menyokong kan.. Takkan nak free manjang.. Kan3? 

Dah dirasmikan pun malam tadi masa tido.. Dhia asek lah dok menggentel butang yang ada kat nama dia atas bantal tu.. Dok sedap gentel, akhirnya tido.. Tapi lepas tu, ibu dia yang sedap pelok bantal tu.. Maklom saja, anak dara aku tu tido melasak.. Bukan tetap 1 tmpt.. *alasannnnnn* =p

Senyum Tak Perlu Kata Apa2


Entry sekadar ingin melepaskan batuk di tangga.. Haha!!

Panjang Tapi Tak Lentik


Ye, anak dara aku mempunyai bulu mata yang panjang yang mana telah membuat aku menjeles dgn anak sendiri.. 

Tak tahu mana dia dapat bulu mata panjang cenggitu.. Aku takde pun bulu mata panjang.. Ayah dia pun tak panjang cuma lentik sikit je.. Anak dara aku ni je ha panjang betul bulu mata dia.. Walaupun tak lentik, tetap buat ibunya cemburu.. Ibu kena pakai mascara kalau nak bagi effect panjang + lentik.. Huh!

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers