Hujung minggu waktu yang semua org nanti2kan termasuklah aku. Aku suka kalau hujung minggu ni. Salah satu sebabnya adalah kerana pagi hari Ahad tu boleh keluar sarapan. Jaranglah aku buat sarapan sendiri hari Ahad ni. Eh bukan jarang, tapi mmg tak pernah buat!
Ibu comot, Dhia dah ngantuk :) |
Bukan malas ye, tapi kalau aku buat, makannya tak seberapa, dah membazir di situ. Sebelah menyebelah mmg ipar duai ada tapi mereka pun selalu beli sarapan. Sebab tu aku lebih gemar sarapan di luar saja. Seminggu sekali je pun kan.
Pergi denagn cinta hati. Psssttt, selalu mmg dia yang ajak aku sarapan kat luar, bukan aku ajak. |
Tapi minggu ni tak dapatlah nak sarapan di luar. Kan Hari Raya. Hehe.
Sebelum menamatkan entry yang tak berapa nak aci ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Makan ketupat tu ingat aku ye.
P / S : Tak sabar nak balik rumah mak esok nak makan ketupat. Sedapnye!
No comments:
Post a Comment