Followers

Saturday, 11 December 2010

Petua dan pantang org2 lama :)

aku ada ckp yang arwah nenek aku banyak turunkan pantang dan petua2 kan.. aku nk kongsikan di sini.. terpulang pada korang nk percaya atau tidak.. tapi pada aku, tidaklah percaya sepenuhnya.. kena berjaga-jaga saja..

  1. Jangan pergi kenduri kahwin tanpa melihat pengantinnya - dikhuatiri baby akan kena 'sawan pengantin'. kalau nak pergi juga, haruslah melihat pengantin dan bagi pengantin cium baby. kalau x dapat juga, minta sikit bedak pengantin dan sapukan pada baby.
  2. Jangan melawat orang meninggal even saudara kita. - dikhuatiri baby akan kena 'sawan mayat'. kalau pergi juga, haruslah mandi dan terus mencuci baju yang dipakai ketika melawat serta-merta. kalau si ayah pergi ke kubur atau menggali kubur, kena cuci kaki dulu bersih2 di luar rumah sebelum masuk dalam rumah. (ini pernah terjadi pada Dhia bilamana ayahnya balik menggali kubur terus masuk ke dalam rumah untuk mandi. malamnya, Dhia menangis x henti2. esoknya bawa pergi berubat, ternyata dia kena sawan mayat sebab kemenyan yang dibakar tu berbentuk mayat)
  3. Jangan bawa baby keluar berjalan malam. - dikhuatiri ada 'benda' yang mengganggu. kalau terpaksa keluar waktu malam juga, sebelum keluar rumah tu kita raupkan tangan di tumit kaki dan baca selawat 3 kali seterusnya halakan ke kepala baby terus ke kaki. insyaAllah baby akan kuat.
  4. Jangan memancing ikan. - ditakuti apa yang dipancing tu bukannya ikan tetapi 'makhluk lain'.
  5. Kalau baby menangis malam2 then matanya melilau mcm ada yang x kena, maybe ada benda yang kita x nampak tapi dia nampak. bagi kaum ibu, tanggalkan seluar (telanjang) selawat 3 kali dan raupkan di kemaluan kemudian halakan ke kepala baby hingga ke kaki.. insyaAllah 'benda' yang dtg tu x akan nampak baby tapi akan nampak 'kita punya' sahaja.
  6. Kalau xnak buat mcm di atas, ambik seulas bawang merah (pastikan bawang jantan - bawang yang tak bercantum), lenyekkan sikit di lantai, baca selawat 3 kali dan sapukan pada ibu jari kaki baby & belakang telinga baby.
  7. Waktu maghrib sentiasa berada di sisi baby (kalau aku, mmg aku akan pangku Dhia waktu azan maghrib).
  8. Letakkan surah yassin di bawah bantal baby waktu tidur malam. (mmg aku amalkan)
  9. Kalau baby tidur dalam buaian waktu maghrib, letakkan sebatang penyapu lidi di bawah buaian. kalau waktu hujan pun sama dan lilitkan besi spring buai tu dgn kain.
  10. Paling penting, rumah kita kena sentiasa diserikan dengan bacaan ayat2 suci al-Quran dan solat jangan tinggal. insyaAllah terhindar dari perkatra yang tidak diingini.
Sebenarnya banyak lagi petua yang arwah nenek aku perturunkan. tapi banyak jugak yang aku lupa.. hehe.. kalau aku ingat, akan aku buat di lain entry.. terpulang pada korang nak ikut atau tidak.. aku hanya berkongsi apa yang aku tahu.. sharing is caring =)

4 comments:

Unknown said...

Erkk..yang no 5 tu, tak pernah saya tahu mcm tu caranya supaya benda yg datang tu tak nampak baby..serius, mcm pelik pulak..huhu

Ibu Dhia Danial said...

kite ni pon x tahu.. org2 tua dulu kan mcm2.. hehe

NeenaAnuar said...

Hi dear..

Thanks for visiting & following my blog.. I've linked yours too! :)

Deqna said...

haah yg no. 5 tu, baru first time dengar nie..
tapi tulah petua2 org lama ni ada yg boleh kita ikut, kita ikut kan..

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers