Followers

Tuesday 30 April 2013

Tips Untuk Ibu Yang Berkerja

Aku ni kalau dah takde kerja sangat, aku suka menggoogle tips ke petua ke atau ilmu keibubapaan. Jauh beza sangat dah kahwin dan dah ada anak ni. Dulu belum kahwin belum ada anak, sibuk google lirik lagulah, gosip artislah. Mak jemah sangat kan dulu. Sekarang dah matang. *kelip kelip mate*
Ok, kali ni nak kongsikan tips bagi ibu yang bekerjaya nak handle rumahtangga. 

Tip menyediakan sarapan
*Sediakan menu ringkas berasaskan roti  seperti roti bakar, sandwic, telur hancur, telur separuh masak, bijirin bersama susu atau nasi goreng.
Tip menyediakan makan malam
*Rancang menu masakan untuk seminggu lebih awal. Ia dapat menjimatkan masa untuk berfikir dan membuat persediaan bahan-bahan.
*Bagi memendekkan waktu memasak, pastikan semua bahan masakan disediakan lebih awal. Buat stok cili kisar, segala bawang, daging, ayam, ikan siap disiang dan dinyahbeku.
*Sediakan hanya dua menu untuk makan malam hari bekerja iaitu berasaskan daging, ayam atau ikan bersama sayur.
*Masak hidangan lauk yang mudah dimasak seperti ikan stim, isi ayam masak masam manis, daging masak kicap atau ikan goreng. Untuk sayur pula, tumis, masakk sup atau salad sayuran.
Tip menggosok pakaian
*Gosok pakaian pada hujung minggu untuk kegunaan seminggu.
*Gantung pakaian yang sudah digosok berasingan bagi mengurangkan kedutan.
Tip mengemas rumah
*Sapu dan kemas barang-barang yang bersepah setiap hari.
*Kemas rumah setelah anak-anak kecil tidur bagi mengelakkan mereka membuat sepah lagi.
*Di hujung minggu, buat jadual mengemas yang berat seperti vakum, mop lantai, cuci bilik air dan mengelap habuk almari.
*Sediakan bakul atau tempat menyimpan barang mainan anak supaya lebih teratur dan mudah disimpan.
Tip mencuci pakaian
*Cuci pakaian kotor dan setiap hari untuk mengelakkan daripada mencuci terlalu banyak pada waktu cuti dan terus sidai sebelum masuk tidur.
* Lipat pakaian kering segera dengan bantuan suami dan anak-anak untuk mengelakkan ia bertimbun lebih banyak dan berkedut.

Aku ni cuma boleh ikut tips yang menyediakan makan malam tu. Sebab aku tak sediakan sarapan, kami beli je roti disapukan dengan kaya. Atau beli je waktu nak pergi kerja. Aku pagi pagi cuma buatkan air je untuk suami. Melainkan hari minggu, kadang kadang aku rajin goreng nasi, buat cekodok atau goreng nuget ke hotdog ke. Hehe 


Yang menyediakan makan malam tu pun aku mmg dah pun pratikkan. Aku kalau hujung minggu tu dah kopek bawang banyak banyak masuk dalam peti ais. Ikan ayam pun aku mmg dah awal awal siang dan potong potongkan. Ikan bilis aku suka beli yang sedang tu dan aku dah siap kopek jugak buang taik dia. Segala galanya menjadi mudah kalau asas masakan seperti bawang dan ikan bilis dah siap dikupas dan dikopek. Kalau nak masak sambal ke asam pedas ke, aku dah awal awal blend lada kering. Ye, aku lebih suka guna lada kering berbanding lada kisar yang dah siap ada kat kedai tu. Pada aku, lagi sedap kalau pakai lada kering yang dikisar sendiri. 

Gosok baju pun aku praktikkan jugak, gosok hari Ahad untuk seminggu punya baju kerja. Esok anak dah sekolah mcm mana agaknya. Berpeluh sakanlah aku menggosok baju. Nak bibik plisssss.......

Mengemas rumah tu pun selalu aku buat pada hujung minggu. Tapi kalau menyapu, aku mmg sapu setiap 2 hari sekali. Kalau nak seminggu jugak menyapu, alamatnya berhabuklah rumah aku. 

Mencuci pakaian pun sama jugak mcm menyapu, aku mencuci setiap 2 hari sekali. Tak banyak mana pun baju kotor sebab tu 2 hari sekali. Kadang kadang 3 hari sekali. Tapi kalau baju tu basah, aku akan basuh serta merta takut bertahi lalat dan berbau hapak. Aku ni mmg pantang kalau baju berbau hapak. Teringat dulu masa sekolah aku ada sorang kawan yang bau baju sekolah dia hapak gile sampaikan rasa mcm nak pulaukan dia. Haha itu cerita lama.

So korang yang bekerja jugak, amacam dengan kerja rumahtangga korang? Sukses? Aku setakat ni dah punya 2 anak masih lagi sukses alhamdulillah terkawal lagi. Tu pun sebab mendapat kerjasama dari suami. Kalau tak, aku pun tak dapat nak imagine mcm mana, Seramnyeeee nak membayangkan handle semua sorang sorang. Oh god tak sanggup kak ton. 

Monday 29 April 2013

Masih Berbedung?

Kalau korang tanya aku sama ada aku masih lagi bedung anak aku, jawapan aku ye aku masih lagi membedung Danial. Tapi bila mana nak tidurkan dia dalam buai je. Bila kita buaikan dia kan berenjut kan (aku pakai buai elektrik), mana mungkin aku tak bedungkan dia. Pulak tu tangan dia ni jenis tak boleh nak diam. Ada je yang dia nak buat. Paling stress kalau dia garu garu muka ke tangan ke kaki dia. Bikin panas je hati ibu ko ni tengok sana sini berbekas cakaran garuan. Ini mcm punya gaya, lagu mana nak hensemnya nak oi? Tengah tidur pun boleh dia menggaru sana sini... 

So mmg aku akan bedungkan dia bila nak tidurkan dia dalam buai. Kalau tidur dekat bawah mmg takde maknanya aku nak bedungkan dia. Kang menjerit pulak my bujang tu sebab tak dapat golek golek. 

Bila waktu siang kan panas kan, ha aku mmg akan bukakkan baju dia semua dan just bedungkan dia pakai kain lampin. Sebab kain lampin kan nipis je kan, dia pun lebih selesalah nak tidur. Sebelum tu aku akan letakkan sikit air dekat kepala dia bagi sejuk sikit. Rumah aku tu panas ko tahu. Kalau waktu siang ke malam ke sama je bahangnya bukan main lagi. Tak cukup kipas siling atas, aku on lagi kipas jenis stand tu. Dua dua aku bukak speed paling laju. Tu pun masih membahang. Kalau malam takpe lagi, dalam pukul 12 malam ke atas dah mula sejuk sikitlah.. Kalau siang yang tak boleh blaaa tu. Ada kang yang aku pasang aircond kang. 



Umur Danial dah pun 6 bulan 2 minggu skrg ini tapi ye aku masih lagi bedungkan dia. Ada sesetengah orang tu, dari awal baby lahir lagi tak ajar pakai bedung kan. Ikut masing masing. Macam aku ni mak aku amat pantau ok. Kalau ikutkan hati aku pun malas aku nak berbedung bedung bagai sebab mcm panasnya la hai. Kadang kadang masa dalam hari berpantang lagi aku tak bedungkan pun anak anak aku. 

TAPI.. 

Haaa ada tapi ye.. Tapi, kalau tidur kat atas tilam je yang aku tak bedungkan. Kalau tidur dalam buai aku mmg wajibkan dia dibedung. 

Kedua dua anak aku mmg aku bedungkan. Masa Dhia dulu aku dah lupa berapa lama aku bedungkan dia. Tapi mmg lama sebab dia tidur dalam buai lama jugak. Pulak tu Dhia mase kecik kecik dulu kalau tidur suka sangat terperanjat lepas tu mulalah menangis. Bila dibedung selamat sikit. 



Ada jugak kalau aku pergi mana mana tu aku tumpang buai dan aku bedungkan anak aku, bila ada orang nampa, ada jugak yang bertanya dan bercakap kenapa masih bedungkan, dah besar, dah boleh tak payah bedung, panas dll. 

Ok itu pendapat masing masing. Tapi aku tahu mcm mana aku nak handle n manage anak anak aku. Aku tahu mereka dah biasa dan dah ok dengan keadaan itu di mana perlu dibedung bila tidur dalam buai. Boleh tanya boleh bercakap tapi jangan sampai ko mcm nak mengata aku mcm aku tak reti nak jaga anak ok. Itu aku mmg panas hati kalau dengar. 
Contoh ayat yang buat aku panas hati "Ko ni kan dah besar anak ko tu, kenapa nak bedungkan lagi? Panas budak tu ko bukan tahu" 
Derrr, meh sini aku cilikan sikit mulut ko.

Benda ni normallah kan, ikut mana yang ko rasa sesuai dan selesa. Jangan dengar sangat cakap cakap orang. Asalkan kita tahu yang anak kita mcm mana dan selesa bila mcm mana, itu lebih baik. Tak payah pulak ko nak ikut telunjuk cakap orang. Diorang bukan yang lahirkan anak ko, bukan jugak yang jaga anak ko 24 jam. So mereka yang bercakap berlagak pandai tu bukan tahu apa apa. Abaikan je mereka. 


Yang ni dia bukan tidur. Hehe

Perut Oh Perut

Lepas melahirkan my epok epok Danial, agak susah aku nak kempiskan perut aku ni. Alahai badan kurus tapi tengok tang perut, menangisi terus aku kat depan cermin. Ape ni ape ni...?? :'(

Mungkin jugak disebabkan aku yang suka meminum ais kan. Pulak tu lepas makan aku terbongkang baring depan tv. Amboi not good sungguh perangai. Dah terbiasalah uolls. Jangan follow tabiat tak senonoh ini, dikhuatiri korang akan menangis sama mcm aku bila berada di depan cermin. 

Lotion panas masihku sapu. Tapi bukan felinna yang tengah famous tu ye. Aku beli dekat kedai jamu je dekat pekan sini. Masa lepas beranak tu mmg terus kempislah kan. Tapi lama lama eh kenapa semakin membuncit perutku ini. Alaaaa tak syok betul. Dah aku jadi segan bila depan suami. Errr :p 

Kalau petua tradisional ada banyak kan untuk kempiskan perut.. Aku ni tak rajin kalau yang leceh leceh dan banyak step. Jadi aku google punya google, aku jumpalah 1 tips mudah untuk mengempiskan perut. Dan aku pun nak kongsikan dengan korang korang semua kalau ada yang mempunyai masalah mcm aku ni kan. Ke aku sorang je yang berperut buncit? 

Ok check it out!


1. Mula-mula, anda bancuhlah segelas air teh tanpa gula. Ya, teh TANPA gula tau.

2. Kemudian, perahkan sebiji limau nipis ke dalam segelas teh tadi.

3. Amalkan meminum air tersebut setiap hari sehinggalah perut anda yang buncit tu kempis.


See? See? Senang je kan? Petua yang mudah mudah mcm ni mmg aku suka. Kalau petua yang step sampai 7-8-9 tu mmg aku terus tak pandang. Haha dasarrrr. Nak perut kempis tapi pemalas. Bila perut dah membuncit, baru ko sibuk nak menggoogle petua. Tapi tu pun petua yang mudah je ko nak follow kan. Ape pon tak boleh!

Thursday 25 April 2013

Tips Tidurkan Baby

My epok epok Danial merupakan seorang baby yang agak susah nak tidurkan dia di awal waktu. Kalau nak senang, ko masukkan buai lepas tu ko dodoi selawat baru dia tidur. Tapi tu kalau ko bernasib baik. Kalau tak, mmg sampai ko tersengguk sengguk tidur mase mendodoikan dia tu belum tentu dia tidur. Dan ini adalah 1 situasi yang amat sadis. Tambah tambah lagi kalau ko seorang ibu yang bekerja. 

Oleh itu di sini meh aku nak kongsikan tips mudah nak tidurkan baby. *tips yang di copy dari fb*

===========================
TIPS : Cara Mudah Nak tidurkan Bayi Anda
===========================

1. Tukarkan lampin yang baru/bersih

2. Lap badan dengan tuala basah dan tukarkan dengan baju yang baru/bersih

3. Ambil lotion/minyak angin dan urut dengan lembut dibahagian belakang dan bahagian perut simanja anda.

4. Jika masih tak mahu tidur, cuba urutan lembut dibahagian betis serta tapak kaki dengan minyak angin/lotion.

5. Urutan pada bahagian badan,perut, betis dan tapak kaki melegakan rasa kurang selesa bayi anda. 

Anda tidak perlu mengunakan buaian dengan kerap untuk menidurkan simanja anda. Kerana tidur yang paling baik adalah dengan menidurkan bayi diatas tilam dan dengan keadaan mengereng ke kanan.

Senang je kan rupanya? Alhamdulillah mmg aku dah try dan ternyata berkesan. Danial tidur dengan nyenyak siap nganga nganga mulut dia akibat terlalu lena dibuai mimpi.

Dan cube tengok bawah sekali tu dia dah state, kalau boleh jangan kerap tidurkan baby dalam buaian. Aku mmg gunakan buai sebagai alternatif nak tidurkan dia yang susah nak lelap. Lepas dia dah tidur, aku angkat perlahan lahan letak atas tilam. Memang ternyata dia lebih selesa tidur atas tilam sebab boleh mengiring, boleh terkangkang, boleh letak kaki atas muka ibu (ini mmg serius dan tidak tipu.. Ganas aihh anak bujang aku)

Ok dah tu je nak kongsi. :)

Thursday 18 April 2013

Hanya Sementara

Header blog ini hanya untuk sementara. 

Masih belum pro dalam bidang edit mengedit. 

(-,-')

Wednesday 17 April 2013

Tok Ayah & Tok Mak

Seperti yang semua orang tahu (ye ke semua tahu), anak anak aku dijaga oleh mak aku sendiri bila aku keluar bekerja. Mak taklah muda sangat, tahun ni 54 tahun usianya. Tapi mak ok je nak jagakan anak anak aku. Masih kuat lagi setakat nak jaga superwoman n superhero tu.

Bila dah dijaga oleh atok mereka sendiri, maka dengan automatiknya anak anak aku sangat manje dengan atok mereka. Bila dekat rumah atok, walau aku ade depan mata, anak anak aku tetap nak dengan atok mereka. Amboiiii ini yang buat hati ibu sentap tak hingat ni. Sob sob sob

Seriously, memang anak anak aku manja dengan mak ayah aku. Paling manja dengan mak akulah kan. Kadang kadang bila tidur kat rumah mak, aku nak mandikan nak buaikan pun diorang tak nak. Bila atok mak dia buaikan atau nak mandikan, ok je. Kalau dekat rumah mmg tak lah kan, mana ada pilihan dekat rumah. Nak taknak, kena nak jugak sebab no choice..

Sekarang pulak pandai buat drama jerit jerit bila aku cium dia. Amboi punyalah kedekut nak kasi pipi dia tu sikit. Bukan luak pun kalau dicium. Tapi bila atok dia cium, ok je pulak siap lekatkan pipi dia tu.. Fineeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee <------------ nampak tak e ada banyak tu

Buat pertama kalinya nak paparkan wajah atok atok kesayangan cucu cucu mereka.




Dah tu je.. Ok bye.

Saturday 13 April 2013

Same Ke Tak?


Kali ni barulah aku dapat merasa vangga tahap koyak spender *tipu* bila orang kata muka my epok epok sama dengan muka aku. 

Hambik kau ye si ayah, kali ni maknye ambik alih. Ayah sila duduk tepi diam diam. Bhahahaha *gelak syaiton*

Orang orang tua kata kalau anak perempuan ikut muka ayah dan anak lelaki ikut muka emak, maknanya "sejuk". Aku pun tak tahulah apa yang domaksudkan dengan "sejuk" tu. Tapi takpelah daku tak kisah pun. 

Sebenarnya aku pun tak tahu apa yang orang orang dok cakap muka Danial sama dengan muka aku. Tang hidungkah? Matakah? Mulutkah? Tang mana? Aku tengok Danial muka sama je dengan muka kakak dia masa baby baby dulu. Tu yang musykil. Ape benarkah kata kata mereka atau sekadar ingin mengambil hatiku ini saja. 

Genap 6 Bulan Hari Ini



Kite da besar da.. Da masuk 6 bulan da esok.. 
Kite punya berat dah 7 kg da. 
Kite suke jerit jerit. 
Kalau nangis, kite suke nangis kuat kuat..
Kite punya pempes saiz M tapi mcm dah nak bertukar saiz L sbb peha kite mcm drumstick.. 
Ibu kite geram sgt kt kite sbb kite debob. Ibu kite suke panggil kite "epok epok"... 
Kakak kite suke panggil kite "apikapikapik" (afiq) laju laju. 
Kakak jugak suke buli kite, suke picit picit idong kite lepas tu cakap "haa berangan la tu".. 
Kakak tak tahu ke yang kakak tu sebenarnya yang kuat berangan. 
Kakak tunggu kite besar, nanti kite buli kakak pulak..

Monday 1 April 2013

Kuat Berangan

Manalah dia dapat gen kuat berangan ni ye. Tak mungkin dari ibu. Ibu bukan kuat berangan orangnya. *tutup mata*

Kalau depan kamera mmg manjang dia buat aksi. Aksi comellah, pis lah, lentok2 lah. Hey mcm mcm lagi gaya dia buat kalau nampak aku hala kamera ke dia. Amboi kecik lagi dah mesra kamera dia ni. Sok besar tak tahulah mcm mana. >.<



Eh kalau bukan depan kamera pun dia mmg kuat berangan ok. Nanti ambil botol ke apa ke dia buat mcm mikrofon. Lepas tu nyanyi lagu Siti n Hafiz yang demi cinta dalam hatimu. Tapi dia nyanyi lain sikit lirik "emii inta alam atimu". Fuhh kecik kecik dah nyanyi lagu cinta cinta. 

Tu baru nyanyi. Kalau menari mesti takde lain, oppa gangnam style jugak yang bertakhta di hati dia. Apa yang seronoknya pun tidaklah aku tahu. Maybe seronok untuk dia sebab melompat lompat kan menari mcm tu. Si epok epok Danial pun dah pandai nak melompat lompat menari gangnam style kalau ko pegang dia. Lenguh oi tangan aku. No wonderlah muscle muscle aku sudah keluar. *lap peluh di dahi*



Aku tak boleh tinggalkan dia sendirian tanpa melihat lihat apa yang dia lakukan. Macam minggu lepas, dia masuk bilik panjat meja solek, ambik lipstick aku dia pakai. Pandai pulak tu kegunaan lipstick dekat bibir. Nampak aku masuk bilik je terus dia muncung muncung mulut n cakap "antik (cantik) buu kan kan". Geramnyeeeeee rase tapi ku sabar jebat. Pakai pun comot comot. Dah 1 keje mak ko ni nak bersihkan. Nasib baik tak kena baju. *lap peluh lagi*



Bedak compact aku pun dah yilek dia ambik songlap ntah mana letak. Bila di tanya, memanjang dia jawab tak tahu. Semua barang mekap mmg tak boleh letak rendah rendah dah. Semua kena letak tinggi tinggi. Kalau tidak, mesti akan hilang jugak. Nasib baiklah mak ko ni pakai bedak hok murah punye. Tak rase menangis sangat. 

Belum lagi ko tengok dia berangan dengan handphone. Amboi dah lah berangan konon ada pemanggil call, lepas tu pandai pulak dia "Hello, ok ok ni ibu ada, adik dodo (tido), ayah g keje..ha ok ok ekum (dia bagi salam le tu), bye muahhh". Ewah siap bagi muahh lagi. 



Dah besar kan dia, sebab tu dah pandai nak berangan. Mungkin dalam pada umur dia tu kita tak klasifikasikan sebagai berangan, tapi maybe dia nak explore benda benda yang ada di sekeliling dia. Kita tunggu lagi 2-3 tahun, kalau masih serupa, mmg kuat berangan lah tu. Mcm siapa lah ye.. *siul sambil pandang ke awan*

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers