Followers

Tuesday 31 December 2013

Selamat Datang 2014

Hari ni hari terakhir di tahun 2013. Tengah malam ni dah masuk ke tahun baru 2014.

Kalau nak cerita tahun 2013, banyak kenangan manis berbanding pahit. Tapi hampir hampir penutup 2013 ada pulak yang buat spoil. Takpe itu pengajaran buat aku supaya jangan terlalu mudah percaya pada orang. Zaman skrg ni, kawan baik pun boleh jadi gunting dalam lipatan kan?

Ok tak nak dah cerita pasal cerita tak best ni.

Aku berharap tahun 2014 akan memberi lebih sinar dalam hidupku dan keluargaku. Dan semoga aku akan menjadi manusia yang lebih baik pekertinya dan yang lebih penting lagi, bersih hatinya. Amin.

Dhia Free Diapers

Yeahhhh!! Clap clap clap hands!


Alhamdulillah di umur 3 tahun 3 bulan, Dhia dah bebas dari 'jajahan' diapers. Aku pun tak tahu mcm mana tiba tiba boleh berlaku kejadian ini. Tapi yang aku ingat 2 minggu lepas aku mmg saje cuba tak pakaikan dia diapers. Aku dah pesan siap siap kalau nak kencing nak berak bagitahu cepat. Tapi setiap sejam aku mesti tanya dia, nak kencing tak nak berak tak?

Mula mula dia asek kata tak nak tapi terkencing jugak dalam seluar. Tu pun bila dah kencing baru dia bagitahu aku. Mungkin dia masih blur "nak kencing bagitahu" dengan ayat "dah kencing bagitahu". Dia confused nak bezakan "nak" dengan "dah". Maybe dia fikir kalau dah kencing baru bagitahu sedangkan yang kita maksudkan adalah kalau rasa nak kencing bagitahu. Eh paham tak ni apa yang aku cuba sampaikan ni? Ok, abaikan...

So takpe untuk trial aku maafkan dia yang terkencing dalam seluar dekat depan tv. Lepas tu aku pesan lagi kalau rasa nak kencing bagitahu cepat cepat pergi bilik air. Tapi dalam intonasi tegas dan mata bertemu mata. Dia just anggguk angguk je la kan. So dia main main dengan adik dia, aku tengok tv. Sejam lepas tu aku tanya nak kencing tak, jawapan still no. Ok main lagi.. Tak lama lepas tu dia datang kat aku "bu, kakak nak kencing". Cepat cepat aku bawak pergi bilik air. Suruh cangkung, tu pun tak keluar "ish tak boleh keluar lah bu" T_T

Aku suruh je dia try kencing sampai boleh. Ye la sebelum ni pakai diapers kan, suka hati dia je nak kencing. Ni kena mencangkung plak ni, untuk benda yang pertama kali dia nak buat, dia rasa janggal la kot kan? Dekat 2 minit baru la dia kencing. Siap happy ni dah kencing "ehh kakak dah boleh kencing la". Muke senyum sampai telinga. Lepas tu aku puji puji dia, "ha pandai pun, mcm ni la..lepas ni kalau nak kencing ke nak berak, dekat dalam toilet ok?". Dia jawab "ok bos"


So ha mcm tu la ceritanya dia free diapers. Tapi masa kat rumah mak aku, kadang dia terkencing jugak. Mungkin suka tahan kencing tu pasal tak sempat nak ke toilet dah kencing dulu. Tapi ni 2-3 kali je mak aku kata, skrg dah ok sangat dah, mmg dia akan lari ke mak aku kalau nak kencing ke berak. Gud job sayang!

Tapi waktu dia tidur mmg kena pakaikan diapers. Pernah sekali sebelum tidur aku dah bagi dia kencing siap siap, tapi malam tu kencing jugak atas tilam. So aku pakaikan je kalau tidur. Kalau pergi keluar jalan jalan pun aku pakaikan je sebab kalau dia nak kencing masa dekat atas jalanraya, pitam aku mana nak cari toilet. Kalau ada stesen minyak yang dekat takpe lagi. Kalau jauh lagi? Habis kang 1 kereta bau hancing.

Untuk perkembangan ini aku sebagai seorang ibu tentunya gembira dan berbangga dengan pencapaian anak aku ni kan. Mesti ada yang berkata "eleh setakat free diapers siap nak bangga". Ehhhhhhhh biarrrrrr laaaaaaaaaaaa pun kannnnnnn. Kang kalau anak ko sendiri mcm ni, ko pun akan berbangga. Bukan ke perasaan seorang ibu itu mmg begitu? Apa apa berkaitan anaknya dia akan merasa bangga. Kan?

Wednesday 25 December 2013

Wordless Wednesday 25 Disember 2013

Kegemaran. Menari nari perut bila dapat makan ni. Yummih!



Arghhhh terliur la tengok gambar ni! Gebunye ko durian crepe!

Tuesday 24 December 2013

Baru Pandai Pegang Sendiri

Budak manja kan, umur dah setahun sebulan lebih baru nak pegang botol susu sendiri. Kalau tak sebelum ni mesti kena pegangkan sampai dia habis minum. Jenuh la orang yang pegang tu kan nak tunggu dia habis teguk minum susu tu. Bukan kita tak ajar dia, dah ajar dah tapi sebab dia ni malas ke sebab manja sangat ke apa ntah la, mmg dia cepat cepat tarik tangan dia kalau kita suruh pegang botol sendiri. Nanti kita dah letak tangan dia pegang botol, terus dia tarik tangan dia, jatuh la botol kan. Terpaksa jugak pegangakan.

Tapi beberapa minggu lepas la, baru dia nak pegang botol sendiri. Tu pun hari hari ajar pegang. Dia mcm tu la, tarik tangan cepat cepat tak nak pegang botol. Tapi aku nak bagi dia pegang sendiri jugak, so bila botol tu jatuh, aku buat tak tahu je, biarkan dia ambik sendiri n pegang. Alhamdulillah taktik aku berjaya. Bila dah lama tu aku buat tak tahu, dia no choice, terpaksa jugak ambik botol tu dan pegang sampai la susu habis. Boleh pun kan cuma manja terlebih sangat.





Besar dah bujang aku sorang ni.. Muka fresh pagi pagi baru bangun tidur. :)

Skrg dah tak main la botol kecik yang 4oz tu, skrg pakai botol yang 8oz, tapi aku selalu buatkan 6-7oz je tu pun kadang kadang ada ditinggalkan sikit baki. Tapi kalau buatkan dalam botol kecik ni mmg tak cukup, habis je susu dia sedut sedut lagi. Bila dah sedar susu dah habis, merengek la dia. Budak lelaki kan, mmg kuat menyusu. Bila dah kuat menyusu, diapers dia pun larap la jugak pakai. Kalau siang 3-4 keping, malam pulak biasa 2 keping tapi kalau berak, 3 keping la. Nasib baik kakak dia dah free diapers, dah jimat kat situ.

Oh tentang Dhia free diapers tu nanti aku blogkan. Tu pun secara tiba tiba je dia boleh dah free diapers.

Monday 23 December 2013

My Sweet Double D

Belek telek hp, banyak gambar gambar Dhia & Danial. Dah hampir penuh rasanya tu memori phone tu. Nak dibuang begitu saja terasa sayang, lebih baik ku watermark kan dan bubuh dalam blog. Lepas tu baru boleh delete yang dekat dalam phone ni tanpa rasa menyesal. Hehehehe

So entry ini hanyalah penuh dengan gambar sahaja ye. Gambar bergegar tak gegar belakang kire, aku bubuh jugak. :p









Mana jumpa ntah cermin mata lama ibu dia ni, terus berangan kedua duanya pakai. Cermin mata zaman ibu ayah tengah bercinta. 

Gambar gambar dekat bawah ni pulak 2 beradik ni ketawa sebab kakak pegang cermin mata lepas tu konon konon terjatuh la cermin mata tu, adik sangat geli hati bile tengok. Tu yang terjadinya gambar gambar dorang bergelak sakan kat bawah ni.. 










Holoh so sweet 2 beradik ni.. Love u both so much!

Saturday 21 December 2013

Multi-Purpose Gel

Sumber : Google

Best gile pakai gel ni. Sangat berkesan pada mereka yang nak hapuskan lemak lemak berlebihan yang menyakitkan pandangan.

Aku sapu kat perut je la. 2 kali sehari lepas mandi aku mesti sapukan. Best lepas sapu tu, rase sejuk berangin je. Kesannya boleh dilihat dalam masa beberapa hari je. Kena rajin la sapu, lepas tu pakai korset untuk hasil yang lebih berkesan.

Alhamdulillah aku pakai ni je untuk mengurangkan perut buncit aku ni. Orang perempuan kalau dah kahwin , dah beranak mmg normal la kalau perut buncit kan. Aku lepas bersalin sampai skrg ni mmg pakai je korset, tapi yang untuk kat perut tu je, same je ea panggil korset jugak eh? Hehehe

Jadi pada korang yang punya masalah sama mcm aku ni, cuba la gel ni kot kot berkesan kan. Aku tak sure la kat semua kedai ada jual ke tak sebab aku beli pun dengan sepupu.

Sharing is caring!

Wednesday 18 December 2013

Rajin Mengemas

Danial skrg ni bukan main lagi pandai dah tolong aku mengemas rumah. Apa yang aku dah kemas semua tak kena di mata dia, dia kemaskan semula. T_T

Istilah kemas bagi dia adalah memporak perandakan semula apa yang ibu dia dah kemas. Buat keje 2 kali le aku ni kalau dia tu mmg rajin sangat "mengemas".


Tu diaaa rajin noo mengemas. Mari mari kita punggah segala isi almari baju ni. Apa yang ibu susun ni semua tak betul. Mari kita betulkan semula apa yang salah... Yeahh yeahhh!!


Alamak kantoi pulak dengan ibu kite.
Hi ibu, kite cuma nak tolong ibu kemas semula je. Salah kedudukan baju ni semua.


Ibu : Kenapa Danial punggah keluar baju baju ni? Penat laaa ibu mcm ni dik..
Danial : Tak la, kita nak tolong rombak semula je...


Ibu : Tak payah, dah betul la tu ibu kemas.
Danial : Hmmm ye la ye la kite tutop balik la pintu ni..

Kehkehkeh pandai pandai je aku bubuh dialog tu. Macam kan Danial dah pandai cakap pulak.

Dah, entry pendek je hari ni. Bye!

Saturday 14 December 2013

Sembang Kosong

Terasa nak sembang kosong hari ni.. * dah takde keje le tu kan *

Aku skrg ni rasa geram sangat dengan Dhia tu. Geram bukan sebab geram marah tu tapi geram yang rasa mcm nak gomol gomol. Dia punya becok skrg boleh tahan. Kadang kadang aku malas nak layan. Mcm semalam aku balik keje dia terus meluru ke aku. Dengan muka saspen dia tu. Ko bayangkan la mcm mana muka saspen dia tu..

"Ibu.. Ibu sini tengok tadi uncle jatuh longkang bu.. Kena hempap motor.. Habis darah, dia nangis wuuuwuuuwuuuu camtu bu.. Sini sini meh meh tengok"

Cerita siap aksi buat buat jatuh atas lantai. Mmg real kalau nak bercerita tu walaupun banyak yang tersasar dari jalan cerita sebenar. Punya lah kecoh nak cerita uncle dia jatuh motor. Tapi dia takde lah lancar mcm tu cakap.. Dia still ada pelat lagi. Kalau ada yang huruf "S" dia akan sebut dan kedengaran mcm ada huruh "H". Contoh "Habish darah, dia nangish.. Shini bu shini".
Bila aku dah tengok keadaan uncle dia tu dia dok cerita lagi..

"Tayar motor tanggal bu.. Habish uncle jatuh longkang.. Ishh ish shian uncle.. Uncle jangan nangish taw" Sambil tepuk tepuk bahu uncle dia.

Pandai je nak cakap jatuh longkang. Padahal orang tu jatuh motor je pun sebab tayar motor tetibe tanggal. Lawak pun ye jugak masa dia cerita tu. Uncle dia tak nangis pun dia cakap nangis.. Siap nak tenangkan orang tu lagi, gi tepuk tepuk bahu orang tu. Uncle dia cakap mana ada nangis, eh eh tak terima dia. Gi marah uncle dia "Ish ada la tadi nangis wuuwuuwuuu" pastu buat mimik muka nangis. Eh eh mana la aku tak rasa nak gomol..

Atok ayah dia balik keje pun sama terus tuju kat pintu nak cerita benda yang sama. Atok dia geram terus kena peluk cium. Sejak dah makin besar ni, dah tak boleh tipu apa apa lagi dah. Mcm malam hari tu ayah dia tengok tv sambil kemam gula gula, dia boleh nampak ok.

"Ayah makan apa tu?"
"Mana ada ayah makan apa apa"
"Ada.. Bukak mulut tengok aaaaa" siap nganga

Ayah dia pun nganga la kan tapi gula gula sorok bawah lidah. Dia sakit hati la kenapa pulak boleh takde, tadi nampak ayah dia mmg mengemam gula gula. Tahu dia buat apa? Dia gi korek mulot ayah pastu bau sambil bebel bebel..

"Ayah sorokkan kan.. Nak tengok.. Ha ni ada bau ni.."

T_____T

Hari tu pulak dia dengan uncle njang dia. Ntah apa yang dia debatkan ntah. Uncle njang dia malas melayan tapi anak aku tu kalau ko tak layan, dia sentap lepas tu "tak nak kawan" siap peluk tubuh n jeling lagi. Aku dah banyak kali kena tapi tak heran dah sebab lama lama dia yang datang kat aku semula. Hahahaha!! Berbalik pada cerita tadi, ntah kenapa tiba tiba dia cakap kat uncle njang dia...

"Uncle nak ikut tak?"
"Hmmm" uncle njang dia malas layan
"Cpt cakap nak ikut tak?" siap jari telunjuk tu naik tepat kat muka uncle dia
"Ikut gi mana?"
"Cakap la nak ikut tak?"
'Tak nak"
"Haaa tau takut"

Hahahaha kitorang dah tak paham dah apa motif dia tanya nak ikut ke tak lepas tu orang jawab tak nak dia nak cakap camtu lak.. Ahad lepas auntie dia rebonding rambut, dia nampak je asek la belai rambut auntie dia, cium rambut auntie dia. Siap pegang dua dua pipi auntie dia...

"Cantiknya auntie"
"Ibu, kakak nak rambut mcm ni jugak"
"Hmmm wanginyaaaa" siap pejam pejam mata masa bau rambut auntie dia

Pagi tadi dia mandi kolam dengan auntie n ucu dia. Happy bukan main lagi dia. Selasa hari tu pun mandi kolam jugak. Kang aku balik keje tu ada la tu yang dia nak ceritakan kisah dia mandi kolam tu.

"Kakak tadi mandi kolam bu"
"Kakak berenang mcm ni bu" siap buat aksi kuak lentang

Aku dah tahu sangat dah jalan ceritanya....
Oh aku mengundurkan diri, kasi upload gambar gambar gedik dia..









Love u so much my princess!

Thursday 12 December 2013

Kenduri Kesyukuran & Ke Jemputan Perkahwinan

Kejadian minggu lepas, hari Ahad 1 Disember 2013. Hehehe terperam je dalam draft. Taip je padam, taip lagi padam lagi. Apehal la kan mood tak sampai sampai lagi nak berblogging. Rindu nak menaip entry tapi selalu tu la terperam je dalam draft last last tak publish. Takpe la, kalau bubuh gambar je pun ok je kan? Malas nak menaip. Aci tak? * padahal bukan ade orang kesah pun.. ko je yang poyo.. kahkah.. kasi can laaa 1 kali.. *

Kenduri dekat rumah mak aku. Kenduri kesyukuran adik bongsu aku berkhatan. Dah mcm menjadi tradisi, kalau ada di antara adik beradik lelaki aku yang berkhatan mmg mak ayah aku akan buat kenduri kesyukuran. Kalau anak perempuan pulak mak ayah selalu buat masa kami bersalin. Kenduri kesyukuran tanda dapat cucu la mcm tu. Tapi yang ni aku dengan kakak aku je lah yang dah, adik perempuan last tu belum lagi. Baru habis SPM hari tu.

Gambar adik aku yang berkhatan tidak pulak aku ambik sebab dia punya perasaan malu mmg tinggi. Baru hala kamera dah cakap "jangan la jangan la" lepas tu tutup muka pakai tangan. Lain la kakak dia ni, ko hala je kamera laju terus aku senyum sampai telinga siap posing bagai. Tapi skrg dah slow la sikit, banyak ambik gambar anak anak je. Gambar suami lagi kesian, berapa ketul je dalam henpon aku ni. Semua gambar anak je. Wallpaper smua pun gambar anak anak je. Kesian incik suami. Tapi i still love u sampai syurga ok.. Aaaawwww

Kenduri kesyukuran biasanya mmg mak akan masak sendiri. Kalau adik beradik aku semua ada, mmg bergotong royong la masak. Kali ni abang abang n kakak aku tak dapat balik. Adik aku yang tentera tu apetah lagi. Skrg tengah jalankan latihan ke apa ntah dekat Sabah sana. Susah nak hubungi sebab dia ada kat pulau. Lupa pulak pulau apa. Al maklum la, faktor usia.

Mak masak banyak betul untuk juadah kenduri tu. Aku datang rumah mak pukul 10 pagi mcm tu sebab sempat pergi sarapan dulu. Sampai sampai rumah mak je, tengah potong potong kentang, tempe, bawang dan segala mak nenek bahan masak. Adik perempuan aku sorang tu pulak tengah goreng ayam. Aku tak nak ambik alih bab goreng menggoreng sebab takut terpercik percik minyak. Hahaha ngade kan. Tapi mmg ye pun aku takut kalau minyak panas terpercik percik kena ke kulit, sakit ok. So aku terus capai pisau dan tolong mak potong potong lobak, kentang dll.

Pagi tu mmg aktiviti kopek bawang n potong memotong bahan masak je. Masaknya around 2 pm mcm tu. Biasalah hal masak memasak ni yang leceh sekali kan nak menyediakan bahan masaknya. Nak kopek, nak potong lagi nak blend lagi. Kalau masak kan senang je capai capai bahan terus masuk dalam kuali. Sebab tu aku ni weekend dah kopek bawang awal awal masuk dalam peti. Nanti nak masak senang tinggal cuci. Aku dah la keje kan, kalau balik keje sampai rumah dah 6.30 petang, nak kopek bawang time nak masak tu mmg lambat la siapnya, sebab tu weekend aku kopek awal awal.

Tengahari tu pulak aku sempat larikan diri kejap pergi ke majlis kahwin adik kepada birasku. Makan nasi minyak sedap siap ada lauk ulam ulaman, sambal belacan semua. Aku suka kalau pergi kenduri kahwin ada lauk kampung mcm tu, boleh habis licin aku makan. Dah mcm kambing dah aku hari tu ambik ulam banyak sampai tertutup lauk yang lain, nampak mcm aku makan daun daun je. Haha. Oh gambar tidak ada ye sebab handbeg aku time tu suami aku kot yang tolong pegangkan. Henpon semua dalam tu so nan hado la gambar. Tapi sebelum dan semasa dalam perjalanan ada la amek gambar sikit. Gambar anak anak n diri sendiri je pun. Suami jual mahal so taknak la aku beli. Hehehe :p



Dimulain dengan gambar anak anak kesayangan. Danial belum pandai berjalan tapi tapak kasut dah kotor. Tu aku punya keje la tatihkan dia dekat atas tanah. Hahaha.


Kasi can la ibu dia pun sama nak tepek muka.. Blog sendiri kan.. Hehehe

Geram betul tengok gambar Dhia ni. Pandai betul dia beraksi depan kamera.

Adik masih belum mengerti. Nanti belajar dengan kakak yeh dik?

Ibu je la yang beriye iye pandang kamera. Uolls buat tak tahu je kan tengok babytv. Selalu ibu diperlakukan begini. T_T
Tetibe pulak gambar tangan berinai di jari. Ni jari jemari halus Dhia ni. Sibuk pakai inai. Ni masa tu sepupu sepapat dia pakai inai, dia mula mula tak nak siap tanya "kenapa ada darah tu?" pastu dia main la buat tak tahu. Lama kelamaan dia datang balik dekat makcik dia pastu dia mintak pakai jugak. Kejung kaku je dia masa inai tu belum kering. Hahaha. Esoknya datang rumah atuk dia, cepat cepat dia tunjuk jari dia dekat atuk dia, uncle auntie ucu dia.. Teruja la tu konon.. Tapi inai ni kejap je ilangnya. Skrg tinggal saki baki je kat jari halus dia. 


Tengok tu, my cheeky girls. Pandai je buat mimik muka tu kan.. Adik masih lagi dengan babytv nye. Dia pedulik hape ibu dengan kakak nak selfie. Dia tak heran dengan ini semua. Kalau dia pandai cakap mesti dia dah sound "ini semua phoyoooooooo!"




Holoh holoh holoh.. Ini dia capture sendiri. Aku setting kamera depan, amboih tengok tu bukan main lagi berangan senyum sengih sensorang.

Balik around 3.30 pm, sampai sampai rumah je, mak dah siap masak dah. Wah begitu hebat ye. Time tu mak tengah masak kari je. Ayam dah siap siap goreng kan, so mak masak kuah kari je tinggal masukkan ayam. Lauk lauk lain dah siap masak dah pun.

Kari.. Belum lagi dimasukkan ayam.

Acar! Paling aku suka.. Siap ratah gitu je.

Sambal goreng. 

Ayam yang dah digoreng dan akan dimasukkan ke dalam kari.

Lodeh. Mak masak kering je.

Pulut panggang.

Bingka.

Puteri salat.

Abok abok.
Kuih muih pun semua mak buat sendiri. Bila masa dia buat pun aku tak tahu. Sedar sedar dah ada kat atas meja dah masa balik kenduri kahwin tu. Ni pun ada lagi lauk yang aku tak snap sebab mak masak dah petang petang sangat dah, pastu aku pun dah busy mengemas apa apa yang patut kan. Lauk kulit lembu masak lemak cili api dengan urap daun pegaga n pucuk ulam raja aku tak snap.

Kenduri lepas magrib, jemput tak ramai tapi 8 dulang jugak la ambang. Malam habis majlis aku terus balik rumah.Tapi tolong mak dulu cuci pinggan cawan kotor semua. Penat jugak walaupun kenduri sikit je. Itu belum lagi kenduri yang jemput orang datang rewang, lagi penat ok. Fuhhh.

Oh adik aku yang berkhatan tu pun dah elok dah luka, dah pakai seluar siap dah main bola.

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers