Followers

Friday, 27 September 2013

Majlis Hari Lahir Dhia Fitriah & Afiq Danial

Aku pun tak faham kenapa perasaan malas sangat serasi dengan diriku ini. Tak mahu jugak dia berambus dari diri ini. Dah hampir 2 minggu baru hegeh hegeh nak cerita tentang ini. Bertabahlah walaupun gambar tak banyak tapi akan ku update jugak sebagai kenangan. Ini semua memori. Kot kot esok lusa anak anak aku dah besar, dapat la mereka tengok majlis hari jadi mereka masa kecik kecik dulu.

Alhamdulillah sudah 3 kali menyambut hari lahir Dhia dan pertama kali buat Danial. Kecik kecik pun takpe janji ada. Aku ni suka kalau orang datang rumah, meriah sikit rumah tu. Walaupun setakat adik beradik pun dah cukup memadai bagi aku. Majlis kali ni alhamdulillah meriah sikit dari 2 majlis sebelum ni sebab jemput kawan kawan motor suami aku. Tak la ramai mana tapi bila dikumpulkan bersama adik beradik aku n adik beradik suami n kawan aku, jadi meriah la jugak.

Oh lupe bagitahu, majlis ni dibuat pada hari Ahad 15 September.

Aku masak mee soto n soto dan jugak kari ayam. Kari tu untuk makan bersama roti. Tak tahu nak sebut roti apa sebab order dengan akak ipar aku, dia mmg meniaga roti tu. Mcm roti canai tapi bukan. Eh tak tahu la nak describe. Lepas tu mak aku bawakkan bubur putih bubur merah n ubi goreng cicah sambal tumis bilis. Kakak ipar aku pulak bawakkan jambu batu cicah asam kulit limau. Dan minta maaf ye sebab gambar makanan nan hado. Bagi yang sedia maklum, laki aku amat susah nak disuruh amekkan gambar. Harap pada aku dan kawan yang hadir je la. Aku da la kelam kabut waktu tu dah mcm buat kenduri sambut menantu pulak.

Dari pagi aku mmg dah tak duduk diam. Pagi tu dah la hujan punya laa lebat mmg rasa malas nak bangkit dari katil. Tapi ku gagahkan diri sebab kek belum beli, ayam belum beli. Mula mula sekali beli kek. Beli yang biasa je sebab suami aku malas nak drive jauh beli kek yang cantik dan sedap sikit. Ok takpe sebab cupcakes dah ada. Settle kek, singgah ngeteh dulu baru beli ayam smua. Sampai rumah je terus bersilat di dapur. Sampai laaa ke petang. Danial da la tak sihat kan time tu, sebelum tu dia demam then lepas tu mulut dia mcm sakit sebab refuse susu makan semua, mulut pun berbau. Meragam je la dia. Tidur pun sekejap je da bangun sebab perut lapar tak nak makan tak nak susu. Mujur ada kakak ipar sebelah rumah membantu aku. Kalau tak mmg tak tahu le aku mcm mana.




Danial yang tak sihat. Kasi main belon dulu, suka dia nampak banyak belon warna warni. Sekejap je mainnya lepas tu rengek rengek minta dukung. Badan tengah tak sedap mmg semua tak kena. Benda yang fun pun jadi tak fun. Pinjam walker sepupu dia sebab dia menggeram dengan tayar dekat tepi tu. Tapi sekejap je, aku berjalan dia menangis. Nak aku tunggu sebelah dia je. Holoh holoh holoh kesian anak ibu sayang mucuk mucuk ni..

Majlis start around 8.30 malam tapi belum 8.30 kawan aku n kawan motor suami aku dah sampai dah pun. Mmg kelam kabut aku bawak makanan ke depan, susun atas meja semua. Masak sup 3 ekor ayam, langsai bhaiiii. Kari kaki n leher ayam pun habis licin ok. Sukeeee sangat tengok makanan laku dimakan, tak la membazir. Kek pun licin ok. Selain tu menu lain ada otak otak jugak. Itu pun mula mula nak bakar ikan tak jadi sebab mcm banyak sangat makanan. Otak otak aku order 200pcs pun langsaiiiii. Ingatkan nanti tak habis tak termakan tapi alhamdulillah sangat semua habis.

Aku ni 3 kali buat majlis hari jadi, tiga tiga kali lupa nak potong kek dulu. Semua orang dah kenyang makan baru aku teringat nak potong kek. Hahahaha tak tahu kenapa begini...



Baju aku tu tersimbah sup panas. Sebelum potong kek ni aku amek nasi impit dengan kuah sup nak jamah sikit sebab lapar sangat perut. Sambil pegang Danial. Dah duduk tu aku sibuk berborak dengan officemate sampaikan lupa nak tolak mangkuk sup jauh sikit, Danial yang tangan super pantas tu lajuu je capai. Gelabah aku ok sebab panas kot sup tu... Cepat cepat aku tadahkan air paip sejuk n sapu ubat. Alhamdulillah tak merah tak melecur. Syukur sangat. Sudah la dia tu tak sihat, moody je 2-3 hari sebelum tu. Lepas dia dah ok, masukkan buai kasi mak buaikan n tidur. Tu yang dapat potong kek. Baju kena sup pun takpe, aku dah malas nak menyalin baju sebab dah nak habis majlis dah kot. Hahahaha dah nak habis majlis baru ingat nak potong kek kan? Melampauuuuuuuu





Kek dan cupcakes yang sedap! Order dengan sepupu suamiku. Mmg request warna warni n tulisan untuk Dhia pink, Danial pulak blue. Order cupcakes tu pun agak last minit jugak tapi alhamdulillah sempat lagi. Tak terfikir pun nak order cupcakes tapi sebab aku nak rase sebenarnya, tu yang order. Nasib jugak dapat merase cupcakes yang Dhia makan sebab semua tu yilekkk langsaiii habiss budak budak makan. Diorang suke la kan kek comel mcm tu siap ada huruf. Aku keluarkan je dari peti ais semua dah sibuk chop nak huruf ni nak huruf tu.. Funny!

Sebenarnya hari lahir Dhia adalah 17 September dan Danial pulak 13 Oktober. Tapi aku buat je sekali arung dan lebih awal sebab kebetulan 16 September kan Malaysia day, kakak aku yang duduk kat JB tu balik, alang alang meh la kite buat majlis ni.

Layan je gambar gambar ni ok..

Holoh holoh my sweet lovely daughter


Sibuk nak makan cupcake tapi amek krim dia je. Bila tiba part kek coklat bawah tu terus tak nak. Dia fikir apa agaknya siap cakap kat Auntie Anom "eee taik".. Ppppfffttttt asal hitam je taik.. 

Zila dan Wafia

Anom dan Wafia

Birthday girl pakai baju masa dia aqiqah. Time tu umur dia 4 bulan, skrg dah 3 tahun muat pakai lagi. Mmg beli besar pun mase tu sebab boleh pakai untuk jangka masa yang lama. Tu pun dikecikkan tepi baju tu. Kalau tetas balik boleh muat sampai tahun depan barangkali. Hehe




Gitu gini semua majlis habis dekat 12 malam jugak. Tu pun ada lagi 2 orang budak kampung stay sampai pukul berapa ntah. Aku mmg tak larat, semua barang letak je dekat sinki. Esok baru aku cuci. Tak larat aku nak terus cuci malam tu jugak. Bekas buffet dah la besar apetah lagi bekas air n bekas sup n kari tu. Pitam kalau aku basuh malam tu jugak. Aku cuma sapu je sebab budak budak ni makan dekat depan tv habis bersepah. Aku sapu celah bawah sofa tu boleh ada sampah otak otak banyak gile. Sedap betul budak budak ni dah makan main selit je sampah bawah tu. Kalau menyapu pun esok baru aku buat, kena serang semut la jawabnya rumah aku. 

Penat yang menyeronokkan. InshaAllah panjang umur murah rezeki akan buat majlis tahunan walaupun setakat adik beradik kedua dua belah pihak. Dah ramai dah kalau berkumpul. Seronok tengok malam tu Dhia happy. Danial kalau sihat pun maybe belum mengerti. Takpe next year mungkin dia dah mula tahu rasa apa itu keseronokkan.

SELAMAT HARI LAHIR BUAT ANAK ANAK IBU.. DHIA FITRIAH N MUHAMMAD AFIQ DANIAL. SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH N SOLEHAH, BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT, MENDENGAR KATA DAN HORMAT ORANG TUA. AMIN. LOVE U SO MUCH!


Ehhhh sebelum tu ni ada gambar tebaikkk punya nak kasi tunjuk.. Sedia?

-





-





-





-





-





-





-





-





-





-





-





-





-





-





-





-





-





-





-





-





-







Uiiiii tanjat ibu!! Miahahahaha!!

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers