Followers

Friday 30 September 2011

Dhia Dan Quyun

Lepas balik dari jemputan perkahwinan kawan sekolah aku tu, kami singgah ke rumah kawan sekolah kami jugak yang mana rumah dia sebelah rumah aku je.. Haha!! Temankan Sal yang belum beraye rumah kawan kami tu lagi.. Farah namanya.. Minggu depan pun nak melangkah ke gerbang perkahwinan dah.. 

Kat rumah Farah ada baby 10 bulan bernama Quyun.. Tapi tidaklah aku ingat nama penuhnya.. Budak Dhia ni menyombong pulak dgn si Quyun.. Hoh

Quyun je yg dekat2 kt Dhia, Dhia wt tak tahu je

Jeling2 bagai.. Padahal main pun mainan org tu

Buat tak layan jugak
Sampai ke sudah dia tak layan pun Quyun.. Eksen ye kamu nak.. Dhia ni ikut mood jugak.. Kalau mood nak berkawan dia datang, dia yang terpa kat orang tu dulu.. 

P / S : Bila tengok gambar2 ni, Quyun nampak lagi besar dari Dhia.. =)

Dhia Sudah Ada Gigi

Sejak umur Dhia berapa bulan ntah dia dah tumbuh gigi.. Mula2 sebatang je, lepas tu skrg dah ada 6 batang yang mana 2 di bawah, 4 lagi di atas.. 

Bila dia ketawa atau sengih je nampak gigi bawah dia je yang 2 batang itu.. 

Gigi bawah ada 2 batang yang belum tumbuh sepenuhnya
Tapi sangat susah nk tengok gigi atas dia 4 batang tu taw.. Kalau kita nak tengok pun dia tak bagi.. Gigi atas dia jarang2.. Dah mcm pagar dah ibu tengok sayang.. Hehe.. 

Tengok tu tangan dia tak bagi ibu tengok gigi dia
Kan? Jarang2 gigi atas dia.. Tapi masih lagi somel.. Hehe.. Rindu pulak masa Dhia takde gigi lagi.. :)

Walaupun dah ada gigi, dia takdelah nak gigit2 ni.. Mmg kalau boleh taknak lah dia gigit2 ni.. Kang jumpa kawan pun dia gigit.. Tapi setakat gigit2 mainan dia tu adalah jugak.. 

Yang best bila dia dah ada gigi ni, dah boleh bagi dia pegang buah sendiri.. Dia akan makan dengan tekun.. Tp buah tu sudahku buang kulitnya.. Ye la, selama ni ibu yang tolong potong kecik2 atau blender.. Skrg dah boleh gigit sendiri, bangga di situ.. =)

Mcm mana agaknya rupa Dhia bila semua gigi dia dah keluar ye.. 

Wednesday 28 September 2011

Memenuhi Jemputan Teman Persekolahan

Masa 17/9/2011 (besday Dhia) hari tu, aku sempat pergi menghadiri jemputan perkahwinan kawan masa sekolah dulu, Saadah.. Pergi bersama kawan baikku, Sal n juga pastinya Dhia.. Asben aku keje hari tu.. Angannya mmg nak pergi sama dengan dia.. 

Sebelum naik ke atas rumah pengantin =)
Kami sampai dalam pukul 2pm.. Tapi pengantin belum lagi siap pakai baju masa tu.. Sandingnya pukul 3 pm.. Ada banyak masa lagi.. Kami makan dulu sementara nak tunggu pengantin bersiap.. Aku makan sikit je sebab sebelum tu mmg dah pergi jemputan kahwin dekat kampung aku.. Dhia pulak sibuk nak berjalan aje.. 

Kami atas pelamin yang superb cantik!

Sekali lagi.. Sengih lebar ibu

Siap makan je terus naik atas semula.. Pengantin dah pun siap.. Ape lagi, bergambar lah kami sebelum pihak pengantin lelaki sampai.. 

Aku, Dhia n pengantin.. Gojes pengantin ni.. Dia amek andam yang sama masa aku kahwin.. Andam tu mmg tangan seni.. 

Ramai2 di atas pelamin.. Duduk sebelah pengantin tu andamnya.. Tengah preggy anak ke 3.. 
Bersama kawan2.. Lama tak jumpa mereka.. Makin ayu semuanya.. 

Sekali lagi

My best firend, Sal.. Sejak sekolah sampai skrg ni.. Keje pun 1 opis.. 

Lepas tu pengantin siap sanding semua, dalam pukul 4 kami berangkat pulang.. Lagipun tengok cuaca pun mendung je mcm nk hujan.. Parking kereta pulak agak jauh, jadi, moh ler kita pulang sebelum hari hujan.. =)

Tapi kami tak terus balik, kami singgah beraye umah kawan kami, Farah.. Farah pun nak kahwin 8/10/2011 nanti.. Minggu ni pun 1/10/2011 sorang lagi kawan sekolah nak kahwin.. Bulan 11 nanti pun ada sorang lagi nak kahwin.. Mmg betul2 musim mengawan kan.. Tettt!

Cerite beraya rumah Farah tu nanti next entry.. Till then, bye!

Dhia 1 Tahun (17 September)

Dah seminggu ++ berlalu, aku baru nak update perkembangan Dhia sempena usianya 1 tahun.. Tak patut, tak patut.. 

Tapi sebab mmg aku nak tengok perkembangan Dhia terisi dalam blog ni, aku update jugaklah walaupun sudah agak lama tarikh lahir Dhia tu.. Janji ade dari nan hado.. =)

1 tahun usianya, banyak dah yang dia dah belajar.. Ibu ayah gembira sangat tengok anak tersayang semakin bijak semakin sihat membesar.. Walaupun kadang2 tak terlayan kerenah dia yang semakin lama semakin manja.. Mesti nak melekat je dengan ibu.. Banyak akal dia sekarang ni.. Syukur sangat dikurniakan anak yang bijak mcm Dhia.. Alhamdulillah.. 

Kalau kita baru balik kerja atau baru bangun tidur n kiss Dhia, mesti dia akan muncungkan mulut sambil buat bunyi hembus nafas menandakan kita busuk.. Kalau dia berak pun sama muncung2kan mulut.. Kalau kita ckp "Eeee busuknyee", automatik mulut dia akan muncung jugak.. Aksi dia ni buat ibu ayah, nenek2 n atok2 dia gembira.. Uncle2 n auntie2 dia pun sama suka tengok aksi dia.. Takde sape ajar pun.. Tak tahu mana datang idea dia nak buat mcm tu.. Kalau aku dapat tangkap video bila dia buat mcm tu, akanku jaja di sini ok..

My sayang yang sentiasa buat saya bangga

Bila kita sebut "Horeyy" atau "Champion", dia akan happy angkat tangan then tepuk2 tangan.. Ajar sekali je, esok bangun tidur terus dia buat mcm tu.. Happy sangat dia cepat tangkap apa yang org ajar.. 

Kalau kita sebut "Syhhh", jari tangan dia akan letak kat mulut.. Somel sgt.. Tapi kadang2 tersasar jugak dia letak kat hidung.. Yang tu funny.. Bila kita ketawakan dia, dia ikut sama ketawa sampai nampak gigi..


Masa raya hari tu ada budak2 main mercun, tangan dia akan tepuk2 dada tanda terperanjat.. Kalau skrg ni ckp dgn dia "Terperanjat2", tangan dia akan tepuk2 dada.. Kalau dengar guruh ke atau apa2 yang jatuh ke, dia akan tepuk2 dada jugak.. MasyaAllah, bijak sungguh,, Takde sape ajar pun yang ni.. Serius tak tahu mana dia belajar.. Pergi rumah org beraye pun bila ada budak main mercun, akan tepuk2 dada, org yang tengok pun hairan, pandai pulak budak ni menggayakan terperanjat.. 

Bila dia terjatuhkan sesuatu atau kita saja sakat dia ckp "Haiyoo tak tahu sape buat", tangan dia akan goyang2 sambil tunjuk ke kita.. Lepas tu sengih2 nampak gigi.. Konon2 dia tak bersalah lah tu.. Kecik2 pandai acting ye kamu.. Nasib baik comel.. Boleh ibu gigit2.. Hehe


Kalau nampak ayah dia ke, atuk dia ke, ibu dia ke atau auntie dia naik motor, cepat2 dia keluar nak ikut.. Jadinya lebih baik kalau dia tak nampak kita kalau bnaik motor.. Lagi satu, dia tak boleh nampak ayah dia ke ibu dia ke tok mak dia ke tok ayah dia pakai baju lawa atau pakai tudung, kompom dia tahu kita nak g berjalan, cepat2 dia akan meluru ke kaki kita mintak dukung.. 

Skrg ni kalau dia minum dah ada style.. Lepas minum je mesti sebut "Ahhhh".. Tapi minum air masak atau air lain lah, kalau minum susu, tak pulak dia sebut ahhh tu.. Waktu malam dalam tidur pun lepas minum susu mesti nak air masak suam.. Dalam pada mata dia pejam tu, mesti sebut ahhh jugak lepas minum air masak.. Funny kan? 



Kalau bab makan ikut mood dia.. Kadang2 naik geram ibu dia ni nak bagi makan.. Punyalah susah.. Tapi masih makanlah setiap hari.. Walaupun sikit memadailah daripada tak makan langsung.. Susu pun dia minum kurang kalau siang.. Ingat nak main aje.. Tapi kalau malam boleh minum 2-3 kali dalam masa dari jam 10 pm - 7 am.. Setakat ni aku yang sentiasa bangun n bancuh susu Dhia.. Tak pernah lagi ayahnya yang bangun n bancuh.. Aku dah biasa berdikari kot.. Kalau nak pergi pasar ke pergi kedai ke bila asben tak ada, aku pergi berdua je dengan Dhia.. Dah terbiasa mungkin.. =)

Pantang nampak kita makan jajan atau aiskrim atau apa2 makanan yang dia tengok lain daripada biasa.. Kalau kita makan nasi, mmg dia tak heran pun.. Kalau kita makan jajan, laju2 datang kat kita sambil hulur tangan mintak.. Kalau nampak kita minum air pun sama.. Nak jugak.. Bagilah dia rasa seteguk, lepas tu pun buat ahhhhh.. 

Love u sayang
Lampin masih lagi pakai saiz M.. Belum bertukar sejak dia 5 bulan.. Badan dia kecik je.. Berat dia 1 tahun cuma 7.2kg.. Appeton dah bagi, scotts dah bagi, nutrigen pun aku beli bagi dia minum.. Tapi mmg tak naik berat dia.. Ikut baka aku mungkin.. Kalau ikut baka aku, mmg payahhh lah nak naik berat badan.. Aku pulak check-up dekat klinik kerajaan, bising ajelah nurse2 tu.. Aku bagi anak aku makan khasiatlah, bukan tak bagi.. Nurse suruh datang lagi next month n kalau berat masih naik tak banyak, kena refer doktor.. Boleh tak kalau aku taknak jumpa doktor tu? Sebab kak ipar aku pun anak dia mcm Dhia, skrg umur anak dia 3 tahun tapi berat badan 13kg.. Akak ipar aku ckp jumpa doktor cuma dengar nasihat bagi makanan seimbang n khasiat.. Tu yang malas jumpa doktor sebab aku bagi anak aku makanan khasiat cuma mmg berat dia taknak naik.. Naik tu naik lah tapi tak banyak.. Jumpe doktor pun dengar dia bebel je, bukan boleh bagi berat badan anak aku naik mencanak.. Buntu3.. 


Tinggi dah 74cm.. Ni pun ikut baka ibu kot, tinggiiii.. Hehe..

Tidur dah makin lewat skrg ni.. Paling lambat dia tidur pukul 11 malam.. Paling cepat pun 9 atau 9.30 malam.. Sebelum dia dapat kaki, pukul 8 atau 8.30 malam dah tidur dah.. Sejak dapat kaki ni, susah benar nak suruh tidur.. Tapi lepas tu, esok pagi bangun pun lewat.. Kalau hari ibu bekerja mmg susah nak bangun lewat sebab kadang2 angkat masuk kereta dia tersedar.. Tapi kalau tak sedar, mmg sampai ke rumah tok mak dia lah dia tak sedar.. Kalau hari minggu mmg dia akan bangun pukul 9.30 atau 10 pagi.. Tapi lepas tu siang tidur sekali je.. Lebih baik dia bangun awal, dapat tidur 2 kali siangnya.. 

Bila masuk dalam kereta dah tak boleh duduk diam.. Kejap diri kejap duduk kejap nak duduk bawah kejap tengok belakang kejap main radio kejap nak main wiper lah sterenglah.. Fening haku.. Ni kalau bawak jalan jauh kompom ibu dah pengsan dulu.. Hehe

Hmm apa lagi ye.. Banyak lagi kot tapi aku kelupaan sudah.. Hehe.. Cukuplah ni dulu.. Kalau ingat, akanku tambah.. 

Semoga anak ibu membesar jadi insan yang berguna yang boleh berjasa kepada bangsa, agama n negara.. Yang mampu membuat ibu ayah tersenyum bangga.. Amin.. 

Majlis Hari Raya KRT Kolam Air Panas Sg Gersik

Kejadian dalam 2 minggu yang lepas.. Lama dah terperap gambar2 ni.. Tak tahu kenapa sangat malas nak update skrg.. Kekangan masa mungkin..

Majlis ni simple je.. Tak ramai yang hadir.. Buat dekat pondok kawalan kampung je berhadapan dengan Kolam Air Panas..

Tapi walaupun simple, menu tetap best! Sedap sgt3.. Menu terhasil daripada sesi gotong-royong orang2 kampung.. Ni yang seronok kalau duduk kampung, semangat kerjasama dan gotong-royong masih lagi dikekalkan dan diutamakan.. Alhamdulillah..

Menu malam tu ada ketupat + lodeh, ayam masak sambal, ikan siakap goreng, sambal kacang.. Tapi nan hado lah gambar makanan.. Hehe

Jom ushar gambar kami..

Ada pertunjukkan bunga api.. Dhia suke sgt sambil jerit2 tunjuk bunga api tu.. =)

Kami =)
Anak saudaraku, adik ipar n anak sepupu


Kami lagi..

Tak banyak gambar yang diambil sebab kamera pada suami.. Kalau pada dia, jawabnya mmg terletak je dalam poket.. Bila aku suruh baru dia nak ambik gambar.. 

Tuesday 27 September 2011

Perubahan Dhia Dari Newborn, 1 Bulan - 1 Tahun

Alhamdulillah sudah 1 tahun aku menjadi ibu kepada puteri yang comel n bijak, Dhia.. Terasa sungguh sekejap masa berlalu.. Sedar2 dah 1 tahun.. Besar sudah anakku.. 

Hari ni nak buat entry Dhia sempena 1 tahun tapi aku agak kemalasan nak taip panjang2.. Makanya aku gantikan dulu denagn entry ini.. Gambar sesaje.. Aci tak? Aci tak? =p

Nak show off pic Dhia dari lahir sampai usianya menginjak 1 tahun ni.. Jom usha... 

Dhia beberapa jam selepas dilahirkan.. Tengok je muka dia time ni otomatik ayat yang keluar dari mulut aku "Muka potostat ayah".. Sama aku tengok muka dgn ayahnya.. 
Dhia 1 bulan.. Muka dah berubah.. Time ni, bila dia bukak mata je, mata hitam je yang nampak.. Mata putih dia mmg kurang nampak.. Besar sgt mata hitam dia ni.. 
Dhia 2 bulan.. Mase ni sedap pegang dia.. Bam2.. 
Dhia 3 bulan.. Dah pandai main2 sikit n dah pandai respon bila org panggil2 nama dia.. 
Dhia 4 bulan.. Geram dgn pipinya ituuu
Dhia 5 bulan.. Masih lagi kupakaikan sarung tangan :)
Dhia 6 bulan.. Dah agak besar dah masa ni, dah pandai meniarap dah..
Dhia 7 bulan.. 
Dhia 8 bulan.. 
Dhia 9 bulan..
Dhia 10 bulan.. 
Dhia 11 bulan..
Dhia 1 tahun..

Bila tgok gambar2 ni, nampak perbezaan muka Dhia dari lahir sampai sekarang dah 1 tahun.. Makin lama makin nampak muka ayah dia.. Tak nampak rupa aku pun kan..

Tak kisah lah tu, janji anak ibu membesar dengan bijak, sihat dan aktif.. 

Thursday 22 September 2011

Jalan-Jalan Dengan Auntie Ngah + Ucu

Ok, entry ni sepatutnya aku post minggu lepas.. Tapi disebabkan beberapa sebab yang tak dapat dielakkan, aku perapkan aje dalam draft.. Skrg ni baru ade rase kerajinan nak postkan entry ini.. 

Jalan-jalan di BP Mall aje.. Ayah Dhia sibuk nak pergi memancing, dia ajak aku n Dhia sekali.. Tapi tak kuasa aku nak menunggu dia memancing kat kolam ikan tu 3 jam.. Jadinya, aku bawak sekali akak n adik aku.. Hantar suami sampai kedai makan je sbb kawan dia dah tunggu kat situ.. 

My sayang yang sangat happy dapat berjalan ke mall buat pertama kali sejak dapat kaki.. Maknyanya ini kali pertama dia berjalan sendiri di shopping complex.. Sebelum ni naik stroller je.. :)
Terus kami ke BP Mall.. Dhia punya reaksi? Of course teruja.. Didukung tak mahu, dipimpin tak mahu, nak jalan sendiri.. Kita kena follow dia, bukan dia follow kita.. Yang lagi fengsan, dia suka jalan ke depan lepas tu patah balik.. Bila kita tarik dia jalan ke depan jangan patah balik, dia ngamuk2 duduk atas lantai.. Ayoyooo sayang, pitam ibu mcm ni.. 

Aku n kakak a.k.a Auntie Ngah.. Dia masih bujang tapi udah berpunya ye..
Dhia mmg suka pergi ke tempat yang ramai org.. Aku pun pelik sebab biasanya budak2 ni mana suka pergi tempat yang ramai org ni, rimas kan.. Tapi anak dara aku lagi suka.. Kalau ada org tegur dia lagi dia suka lepas tu tersipu2.. Aku pun tak tahu dia ikut perangai gedik sapa.. Auntie Ngah dia mungkin.. Errr =p

Dhia dan belon
Jalan punya jalan, jumpa ada 1 kedai jual belon yang selalu badut main tu.. Belikan untuk Dhia n Ucunye sekali.. Dapatlah dukung dia sekejap sebab dia leka dengan belon tu.. Kalau tak asyik nak berjalan sendiri.. Penat kita mengejar dia.. Biar penat dukung dia daripada penat kejar dia.. :)

Saye ade belon.. Tapi pegang terbalik.. Jenuh ibu pusingkan bagi pegang yang betul, dia  tetap pusingkan balik.. 

Ucu pun kena belikan 1.. Kalau tak merajuk.. Budak lelaki pun nak merajuk.. Huh
Tapi sekejap je lah nak didukung.. Tak sampai 10 minit dah mintak turun.. Follow aje lah daripada dia mengamuk 1 mall tu kan.. Happy je dia kan dapat jalan sendiri.. Tak hirau dah ibu dia.. Yang buat aku tak menahan bila dia jalan sendiri, setiap 1 kedai dia masuk.. Penat taw kami follow dia.. Bila masuk kedai pulak apa barang yang boleh dicapai, dia capai.. Tak ke pengsan mcm tu? Aku tengok anak orang lain ok je jalan berpimpin tangan dengan mak ayah dia.. Anak aku ni je tak nak dipimpin.. Takpe, mentanglah baru dapat kaki kan.. 

Mamam sekerim pulak.. Pantang nampak ibu makan ape, mesti dia nak.. Bila suap betul2, tak nak pulak dia makan.. Dia nak makan apa yang dia tak boleh makan.. Tapi sekerim tu aku dah bagi habis dah, bagi keropok + coklatnya sahaja.. 

Sgt tekun dia mamam sekerim tu.. Diam je bila letak atas troli ni.. Kalau tak, kompem dia dah meronta-ronta nak turun berjalan sendiri..

Dhia dan ibu.. Ibu comot.. Bulatnya mata kamu sayang!

Naik ketapi pun rilex je tak meronta-ronta.. Elok je dia abeskan mamam keropok sekerim tu.. Mmg leka betul dia mamam.. Senang sikit ibu dia ni..

Dah tukar baju sebab comot mam sekerim tado.. Sekerim dah abes, dia nak jalan sendiri lah.. Dah tak nak masuk troli lagi.. Nampak cermin je terus birah.. Yang kami ni dok tunggu dia berangan-angan depan cermin dulu.. Bila dia dah bosan, baru boleh berjalan lagi.. Kecik2 lagi kita dah jadi bodyguard dia.. Over taw..

Ibu kena interframe banyak kali.. Hihi!! Dhia tengah pelik tengok dalam handphone ada dia, dalam cermin pun ada dia.. 
Layan punya layan si kecik tu berjalan, rupanya tak sedar masa berjalan pantas.. Dah dekat 2 jam lebih dah kat dalam tu.. Seronok jugak melayan si kecik tu sebab alih2 dah pukul 5 petang dah.. 

Sebelum tu pergi tengok ayah Dhia memancing dekat kolam ikan kejap.. Tapi disebabkan ngantuk, Dhia boleh mengamuk pulak kat situ.. Terus kami pulang dulu.. Ayahnya nanti balik naik kawan dia je.. Masuk kereta je, bagi susu terus tido si kecik tu.. Kepenatan sangat lah tu berjalan je.. 

Kami di kolam memancing.. Nmpk tak kat belakang tu ramai pemancing2 yang gila memancing.. Termasuk suami saye.. Tapi tak snap pulak pic suami.. Ada pun kabur.. Tgok tu Dhia tunjuk apa.. Somel ok bila jari dia menunjuk sesuatu.. 

Muka Dhia yang dah kepenatan + ngantok.. Tu yang dia meragam kat sini.. Terus ayah dia suruh balik dlu..
Hujung minggu ni ingat nak bawak Dhia jalan2 dekat Tanjung Emas.. Mesti dia seronok tengok budak2 lain naik basikal, main layang2, main gelongsor, buaian.. 

Ok, tu saje.. Bye!

Wednesday 21 September 2011

Budak Merajuk

Semalam, 20/09/2011 ada temujanji dengan klinik kesihatan untuk inject Dhia 1 tahun + timbang.. Yang tu later2 aku story k.. 

Yang aku nak cerita kat sini, lepas inject n ondaway nak pergi rumah mak aku untuk hantar si kecik tu, boleh dia merajuk dengan aku.. Tak tahu kenapa.. Aku syak dia merajuk sbb aku tak halang nurse itu dari meng'inject' lengan dia.. Hehe

Pandang luar je tak nak layan ibu pun
Lepas inject je terus tak nak kawan dengan ibu.. Dalam kereta pun pandang ke luar je.. Ibu panggil2 pun booolayan.. Sampai rumah Tok Mak dia je, terus ikut Tok Mak.. 

Serius punya merajuk ni, bukan aku reka2 cerita.. Pandai acting ini budak kecik..
Tapi bila ibu nak pergi kerja dah, sibuk nak ibu dukung pulak.. Mcm2 lah anak ibu sayang ni.. 

Dah pandai nak merajuk2 kan dia.. Belajar dari ayah ea? Ehhh.. Haha!! =p

P / S : Belum update entry untuk ulangtahun Dhia 1 tahun

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers