Anak anak aku ni sekejap je masing masing dah membesar. Tak percaya. Tak sangka. Teruja. Kakak tu lagi la kan bila dah besar ni dah banyak peel dia yang buatkan ibu dia ni jadi singa betina. Dah boleh disuruh jugak amekkan ape ape. Tapi kena cakap lebih kurang 10 kali baru dia gerak. *urut dada*
Adik dia pulak dah nak menginjak umur 1 tahun dah. Alahai sekejapnya rase. Mcm baru je aku menahan sakit beranakkan dia. Walaupun baru nak menginjak umur 1 tahun, dah pandai dah nak bergaduh dengan kakak dia. Kakak dia tu kalau dah dibuli adiknya ape je yang dia reti buat? Menangis.. Lepas tu menangis dan menangis. Dia takkan melawan pun takkan balas cuma tu la nangis jeeee. Dengan adik pun kalah ke kakak??
Biasanya adik yang suka dengki si kakak. Kakak tengah minum susu sambil layan kartun, nanti adik dia merangkak datang terus cepuk muka kakak. Dah menangis la member. Lagi 1 kalau kakak dia tengah hisap puting, nanti dia tarik puting dekat mulut kakak lepas tu dia campak tepi. Kecik kecik dah nampak dah sifat pembuli dia. Ppppffftttt biasa laa anak lelaki kan. Ternyata anak lelaki lebih cergas lebih aktif lebih lasak. *lap peluh di dahi*
Tapi bila dah time baik, sayang menyayang bukan main siap peluk memeluk. Sweet sangat.
Tengok gambar gambar ni nampak adik lebih besar dari kakak kan? Ye mmg pun, adik lagi besar dari kakak. Kakak dia halus je kecik kurus mcm maknye. Adik dia ni tak tahu le ikut sape. Ikut adik aku yang tentera tu agaknya, mak aku cakap dulu dia dengan aku pun besar dia, skrg dah besar panjang pun dia lebih besar dari aku. Kecik kecik dulu orang fikir kami kembar. Ni Danial ni tengok tu dengan kakak dia pun debab lagi dia. Nak dukung dia pun tak boleh lama lama, lenguh ok.
Yang aku nampak skrg ni si adik lebih pandai berdikari berbanding si kakak. Tak tahu lah sok lusa bertukar pulak melebihkan dari kakak dia punya manja. Kalau dulu kakak dia mana boleh tinggal depan tv ke ape ke, mesti nak ada sama dengan kita. Kalau aku masak, letak kat walker dok la kat dapur sama aku. Adik dia pulak tak kisah, bukak je kartun feveret dia terutama boboiboy, mmg dia tak heran ko ade ke takde. Sangat senang. Kakak dulu nak berdiri ke apa ke semua nak bantuan kita. Tapi adik dia tidak bebeh. Tahu tahu je nanti dah menjerit happy sebab dapat berdiri dekat palang besi katil. Nak ambik something yang dia nak pun sungguh sungguh ambik sendiri. Kalau tak dapat pun dia ok je dan akan main benda lain. Kakak dia dulu tak dapat ambik sendiri something yang dia nak, terus nangis.
Walaupun begitu, kakak dulu cepat sangat jalan. Umur 10 bulan dah pandai jalan jatuh. Ni adik dah 11 bulan nak dekat setahun baru tahu merangkak dan berdiri sendiri. Skrg ni mmg aku galak ajar dia berjalan tatih tatih. Tapi Danial ni mcm takut takut sikit. Nampak muka gayat dia nak menapak tu. Tapi kalau kita lepaskan tangan, dia dah boleh imbang badan dia la. Lama jugak dia imbang cuma bila kita suruh menapak dia mmg agak ragu ragu. Takpe sayang, take ur time ok.
Tak sangka dah punya anak dua. Alhamdulillah rezeki untuk kami suami isteri. InshaAllah ada rezeki akan menambah ahli keluarga baru tapi tidak la dalam waktu terdekat. :)
1 comment:
awww..comelnyeee budak 2 org ni.hehe bestnya dah ade 2 anak:)
nnt free singgahlah blog noly ye
www.nolyanna.blogspot.com
Post a Comment