Followers

Monday 30 April 2012

Dhia Rajin Menolong Ibu Di Dapur

Biasalah kan, nama pun anak dara, mestilah rajin menolong ibu kat dapur. 


Sebelum ni sangat susah nak suruh anak aku ni duduk diam2 bila aku tengah masak. Asyiklah nak berdukung aje. Letih mak taw! Mujur lah skrg lepas ada beli tong kecik untuk isi air bersih bila mana kecemasan air paip tak keluar, so bila aku masak, aku dirikan dia dekat situ, nanti dia mainlah senduk sudu mangkuk aku semua. Janji diam sudah. Kena pandai2 bagi dia diam bila kita tengah masak. 


Kalau dah kita nak masak dia nak berdukung je, kan susah. Lagi 1 bahaya percik2 minyak panas ke apa ke kan. Not good not good. 


Gaulkan resepi
  
Lainlah kalau ayah dia ada kat rumah atau dah balik kerja, kita bagi je ayah dia layankan sekejap bila si ibu memasak. Kerja memasak pun jadi mudah n pantas. 


Tapi bila anak dara tu berdiri atas tong tu n nampak apa yang ibu dia buat, dia nak jugak. Ibu kupas bawang, dia nak jugak. Ibu potong bawang, pun nak jugak. Sudahnya, bawang yang sudah dikupas aku bagi dia, kalau tak dengarlah dia terjerit2 mintak "Nak nak nak!!". Boleh jadi pekak kalau dibiarkan dia menjerit begitu. 


Bu pisss buuuu.. Amboi sejak pandai buat peace, aseklah peace..
Oleh itu supaya telinga tak pekak + kerja memasak cepat siap, maka "Nah lah sayang, ambik bawang ni tapi jangan buang2 taw". Bila dia dah angguk, ok kita bagi.


Aku kena bagi bawang yang dikupas kerana hari tu mak aku cerita, dia nampak mak aku kupas bawang, dia nak jugak, mak aku bagi bawang yang belum dikupas, sekali dia sedap mengupas sampai habis botak bawang tu. Dari besar jadi kecik! Membazir.... Kalau bagi bawang yang dah dikupas, dia cuma main2 masuk dalam mangkuk gaul2 je takde kupas2 sampai jadi kecik bawang tu. Haha


Ok, berbalik kepada tajuk utama, ada 1 hari tu dia nak aiskrim, asyiklah berdondang kat telinga aku "Ais ais ais".. Dia panggil aiskrim tu ais. So aku bagilah dia. Mujur ada stok lagi sikit dalam peti ais tu. Dalam masa yang sama dia nak main bawang pulak. Oleh kerana aku malas nak melayan n perut dah lapar nak cepat siap masak n makan, aku bagilah jugak bawang tu. 


Leka punya leka memasak, bila aku toleh , eh anak dara aku tengah 'masak' resepi istimewa yang tak pernah lagi dibuat orang. 




Bawang bersalut aiskrim coklat. Terliur melihatnya bukan? :p


Disebabkan aiskrim tu pun tinggal sikit n bawang yang dimasukkan ke dalam mangkuk berisi aisrkim tu pun tak banyak mana, maka aku cuma ckp "Dhia masak apa ni?".. Boleh dia jawab "Dap cak" yang bermakna "sedap masak".. Oh, nak kata masakan dia sedap lettew.... 


Bila bapaknya balik..... "Ya Allah apa yang adik buat ni? Ibu ni bukan nak tengok anak buat apa".. Reaksi aku? *menjeling saje*


Sape suruh balik lambat. Walhal habis kerja dah lama, dia duduk kat kedai kopi borak dengan kawan2 dia lettew. Mencik! 


Oleh itu, ayah kena denda mengemas apa yang anak dara dia dah sepahkan. Hehe


Lauk yang aku masak hari itu.. Ikan belukang masak asam pedas. Walaupun comot sane sini, rasenye sangat ohsem!

Entry ini tiada penutup. :p

Ubatan Dhia

Seperti yang sedia maklum bagi yang membaca blog aku ni, aku ada mention yang anak dara aku tu seorang yang alergik + kulit sensitif kan.. Dia mewarisi jenis kulit aku yang alergik dan sensitif.


Mcm2 dah ubat n losyen yang aku beli untuk Dhia. But masa last dia kena alergik kulit merah2 gatal2, aku pergi klinik n doktor suggestkan aku pakaikan barangan sebamed untuk Dhia. So now aku mmg pakai gel mandian n losyen sebamed. 


Ubat minum aku bagi bila ruam merah dia muncul..


Alhamdulillah seminggu pakai dah mula nampak da perubahan. Dia dah kurang menggaru lagi pergelangan tangan dia. Ok, mmg stress sangat tengok tangan dia berbekas akibat digaru. Mungkin Dhia mcm aku, alergik pada habuk + cuaca sejuk n tak menentu. Aku takpe lagi sebab dah besar panjang, kesian kat anak dara aku tu. Mmg dia tak menangis cuma kesian sangat tengok dia tergaru2 gatal. 


Doktor pun ada bekalkan krim sapu kalau timbul gatal2 n ruam2 merah. Bila nampak dia sedap menggaru, aku akan cuci tangan dia n sapukan krim yang doktor bagi tu. Bila dah tak gatal, malam2 bila dia tidur aku sapukan bio-oil pulak. Ye, kulit anak dara aku kering bila dah gatal2. Sama mcm aku jugak tu, kulit kering. :(


Amat berharap supaya kulit Dhia kembali sihat mcm dulu dia baby. Cantik je kulit dia. Sekarang ni tengok bekas garuan dia kat tangan tu mmg aku stress tapi aku sapu bio-oil hari2. Bio-oil ni terbukti berkesan menghilangkan bekas parut kan? Mmg nampak perubahannya. Skrg dah mula nak menghilang dah bekas2 tu semua. Baru seronok hati si ibu ni tengok kulit dia dah sedikit pulih. Lepas ni mmg akan setia memakai sebamed + bio-oil. Laburkan duit sikit untuk anak, mmg aku tak kisah. Asalkan anak aku sihat2 selalu. Amin.

Saturday 21 April 2012

Bersawang

Lamanya dah tak menaip kat sini. Rindu mmg rindu tapi apakan daya, kemalasan menguasai diri lebih dari segalanya.. 


Ada bukak jugak blog ni tapi bila nak menaip je, otak kosong, takde idea nak tulis apa walaupun banyak cerita yang nak diceritakan.


Kesian, bersawang dah blog ni. Aku akan cuba untuk menaip entry selepas ini. Buat masa skrg, mmg tak tahu yang mana 1 patut aku ceritakan dulu. Blank!

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers