Followers

Thursday, 24 November 2011

Bagi Nasi Tak Nak Makan, Yang Bukan Makanan Yang Dia Nak Makan

Agak panjang tajuk entry aku kali ni. 

Iye, untuk pengetahuan semua, anak dara aku tu sangat2 susah nak makan. Ikut peel aku masa kecik2 lah tu. Memang sama sangatlah tu. Dulu kecik2 pun mak aku kata aku paling susah nak di beri makan. Sekarang bila anak sendiri tak nak makan, barulah aku tahu rasanya mcm mana. 

Budak comot yang susah sangat makan

Siap berkejar-kejaran dengan anak semata-mata nak bagi dia makan. Kang bila dah dimasukkan ke dalam mulut, dia boleh luahkan balik apa yang disuap tu. Kadang2 tengok terus "Dhia!! What are u doing??". Hey memang kadang2 tak boleh nak tahan tengok perangai dia tu. Bukan apa, risaulah kan badan dia kecik je, tak macam budak umur 1 tahun ++.

Kalau makan biskut ke mesti tak pernah habis

Memang dia sihat, tapi badan dia kecik. Bila pergi ke mana2 orang akan tanya dah berapa bulan anak aku. Bila aku cakap dah 1 tahun ++, semua nak kaget2 pulak. Lepas tu kalau ada sedare mare ke kenalan yang mulot longkang mulalah cakap "Eh keciknya badan, ko tak bagi makan ke apa".  Bila aku cakap ikut aku, badan kecik, ada je yang menjawab "Budak2 kadang tak ikut mak bapak, ada mak bapak kecik tapi anak badan tembam jugak". Hoi buat aku rase nak lempang2 je bila ada yang berkata begitu. Bukan sekali bukan dua kali tapi dah berkali2!

Memang anak aku susah nak makan tapi bukan aku tak bagi makan. Takkanlah aku sezalim itu tak bagi anak makan. Melampau betul kalau mcm tu. 

Tapi anak dara aku ni mmg kadang ikut mood dia nak makan. Kalau kat kedai makan, laju pulak dia makan, Mungkin dia seronok kat kedai makan ada ramai orang makan sama2, jadinya dia pun sama2 makan jugak. Tapi kalau Tok Mak dia bagi makan pun dia refuse jugak. Pening saye!

Macam sedap je puzzle ni

Ngappp! Emmm lembut jugak

Bagi nasi bukan main susah nak makan, tapi barang mainan dia ke kertas ke majalah ke remote ke, laju pulak dia masukkan dalam mulut. Hai anak, anak. 

Bila aku marah dia masukkan something dalam mulut dia, lagi dia buat. Dia lagi suka tengok ibu dia jerit2 kot. Sebab dia akan ketawa2 lepas ibu dia marah2 dia. Haiyoooo

Korang ada petua nak bagi baby berselera makan selain appeton lysine? 

P / S : Appeton lysine tu mcm tipu je, Dhia sama jugak refuse makan gak. Ataupun mmg anak aku ni jenis yang tak suka makan? Confuseeeee!

2 comments:

Deqna said...

tulah tuh, akak pun pening kepala jugak bila nak kasi marissa makan... kadang2 time selera byk dia ok jer makan nasi, tapi kadang2 tu masuk jer mulut dia luah balik... tapi satu jer dia, nasi tak makan tapi dia kutip lauk2 especially sayur2 ran, sayur memang dia suka makan cam gitu jer..

bila time dia tak berapa nak makan ni, akak memang tak paksa sgt, kang paksa2 nangis pulak..so tunggu lah sampai dia mintak.. tapi masa yg sama kita kasi jer apa yg dia suka, contoh marissa suka makan buah, maka kasi jelah buah kat dia tak kira pagi ker malam ker..

Ibu Dhia said...

tu la, tengok sepupu dia yang sama baya dia makan senang je, mulut nganga dulu. kalau dhia ni susah sangat nak makan. kita pun takde lah pakse dia makan. tapi bila makanan dah masuk dalam mulut lepas tu dia keluarkan balik, pening tengok. susah sangat ke nak telan. huhu

dhia ni apa yang dia suka, semua benda dia tak suka. buah pon kadang makan kadang taknak.

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers