Oleh kerana gigi anak dara aku tu dah ada 7 batang, maka aku sudah pun mengajarnya memberus gigi. Mula2 mmg susah nak ajar dia bukak mulut. Bila dia dah bukak mulut n aku masukkan berus gigi tu, dia pulak nak katup2kan mulut.
Tapi lama kelamaan pandai jugak dia bukak mulut n bagi ibu dia berus gigi dia. Dhia masih belum pandai berus gigi sendiri. Dah pernah cuba dah tapi gagal sahaja. Boleh dia berus gusi n bibir dia pulak. Itu pasallah aku yang memberus gigi dia. Kalau aku kerja, adik perempuan akulah yang tolong beruskan gigi si kecik tu.
Aku belikan berus gigi jenama jordan je sebab bentuknya yang kecik n comel. Kombinasi warnanya pun menarik. Kanak2 pun suka je dengan kombinasi warnanya tu.
*Sumber google* Same mcm Dhia punya, kaler pink2 pepel + hijau. |
Ubat gigi pulak aku beli jenama Mu'min. Mula2 nak ambik kodomo lion tapi aku baca punya baca telek depan belakang takde pulak dia tulis "selamat jika ditelan", maka aku pilih ubat gigi mu'min ni sebab dia dengan jelas n terang bertulis "selamat jika ditelan". Aku ambik perisa oren.
*Sumber google* Ubat gigi mu'min yang selamat jika tertelan |
Berharap dengan ajaran awal aku ni dapatlah dia praktikkan sampai ke besar. Biar gigi dia cantik je. Mcm ucu dia, sampai umur 8 tahun gigi susu dia semua masih cantik sebab dia rajin gosok gigi.
Semoga Dhia pun akan rajin memberus gigi ye sayang, biar gigi cantik. Tak kisahlah gigi kamu tu gigi rabbit n jarang2, tetap comel di mata ibu ayah. :)
No comments:
Post a Comment