Followers

Friday 26 August 2011

Dhia Cirit Birit

Sejak selasa Dhia cirit birit.. Berak air je.. Dia berak sikit2 tapi kerap.. Sampai bontot die merah n melecet.. Jadinye sbb bontot dia melecet, tiap kali kencing atau berak mesti menangis.. Mungkin sebab pedih kot.. Kesian sgt..

Hari Rabu pukul 9 malam aku pergi melawat abah mertua aku sebenanrnya masuk hospital sbb gout.. Lepas tu dalam masa tak sampai 2 jam, Dhia berak 2 kali.. Berak air jugak.. Dah alang2 kat hospital, maka ajaklah asben check Dhia.. 

Kesian tangan berbalut.. Boleh dia dok ketuk2 tangan tu kat besi katil.. Lepas tu nak pergi cabut wayar yang menyambungkan air tu.. 

Lepas doc check n soal aku mcm2 soalan, maka doc amek keputusan untuk tahan Dhia dalam wad.. Sebab tok mak Dhia ckp ptg rabu tu najis Dhia ada mcm bercampur sikit darah.. 

Maka tanpa membawa sebarang keperluan, redha lah kena tahan dalam wad.. Admit wad 11.25 pm.. Yang aku tak tahan, Dhia kena cucuk ambik darah n masuk air.. Menangis sampai biru bibir.. Dgn aku2 sekali nangis.. Nurse tu boleh ckp "Eh ibu pun ikut sama nangis".. Uii sedih lah aku tengok anak aku kena cucuk mcm tu.. Sedangkan nyamuk gigit pun kadang aku terkilan.. Tapi takpelah sebab untuk kebaikan Dhia, relakan aje lah tangan dia yang kecik tu dicucuk.. 

Baby Pinky tetap di sisi.. Tido dia peluk baby Pinky.. Dia tengah bosan ibu tak bagi jalan2 tawaf 1 wad.. Ibu dah lah puasa, lagi nak ikut ke mana dia berjalan, nak pitam tahu tak nak.. 

Asben terpaksa balik ke rumah ambik keperluan Dhia n aku.. Susu n termos mmg aku bawak.. Asben dtg semula jam 2 am mase tu.. Lepas tu dia bermalam kat dalam kereta.. 5 am dia balik rumah.. 

Malam tu kat hospital, alhamdulillah Dhia tido nyenyak.. Sebab kalau kat rumah pun mmg dia tido nyenyak tak hingat.. Cume 1 am tu doc dtg check dia bangun n menangis.. Mujur dalam 10 minit je dia menangis.. Lepas tu tido nyenyak sampai ke pagi pukul 7.30 am.. Aku je lah tido2 ayam.. Mana nak selesa tido kat hospital berbanding rumah sendiri walaupun kat hospital tu beraircond bagai.. 

Pagi khamis tu doc pakar datang check n mcm biasa soal aku mcm2.. Ada bg makanan luar tak, ada tukar susu tak, ada didihkan botol sebelum buat susu tak, ada sape2 kat rumah kena cirit birit jugak ke.. Mcm2 lah yang ditanyakan.. So doc tanya ada berak lagi tak.. Sekali aje lah dia berak pagi tu.. Doc kata kalau adh tak berak n dia dah aktif semula, mungkin petang dah boleh keluar wad lah.. 

Bila ibu cak baa dgn dia, baru nak ketawa2.. Tak lama lepas tu datang lah nurse pelatih melayan dia, dapatlah ibu dia mandi n rehat kejap.. =)

So alhamdulillah lah sampai ke petang dia tak berak lagi.. Dia pun dah aktif sampaikan terlalu rajin melawat 1 katil ke 1 katil.. Mana yang baby dalam 4-5 bulan tu, dia sibuk nak usik.. Tak sedar yang dia pun baby.. 

Lagi dia suka sebab nurse2 pelatih dok melayan dia.. Ada lah dalam 7 org nurse2 pelatih dok melayan dia.. Lagilah dia suka sampai tak hirau kat ibu dia dah.. Jalan2 dalam wad tu nampak org lalu je sengih, nampak org lalu je bye2.. Eeee ramah lebih2 pulak budak kecik tu.. 

Sebabkan dia dah aktif mcm biasa, doc pun benarkan balik petang tu.. Alhamdulillah.. Keluar wad pukul 5.30 pm sbb tunggu asben ambik.. Lepas tu lawat mak saudara asben aku yang mana eksiden dari isnin lepas sampai skrg tak sedar lagi.. Masih koma.. Dalam wad ICU.. Sgt sedih tengok keadaannya.. Semoga cepat sedar n sembuh.. Dah lah nak raya.. Kesian kat anak2, suami n cucu2nya.. 

Lepas tu melawat abah mertua aku pulak n duduk borak sampai 7 pm.. Terus balik n berbuka di kfc.. Tapi mencabar kan kena beratur panjang kat kfc tu.. 

Dalam pada tu dapatlah rembat 1 set baju untuk Dhia n sepasang kasut.. Bertambah lagi koleksi baju n kasut raya dia.. =)

P/S : Kenapa penulisan aku mcm terabur + pelik je? Sebab puasa kot.. =p

Tuesday 23 August 2011

Jangan Gedik Nanti Ibu Babap

 Ha skodeng ape tu sayang? 

Oooo skodeng abg kt belakang ye.. Amboi siap sengih2 lagi kan.. Gedik ni.. 

Jangan gedik2, nanti ibu babap montot tu.. Sila jangan contohi teladan yang tak baik ye sayang.. Jadi mcm ibu, yang tak gedik.. Gedik pun dgn ayah je.. *malu*

Thursday 18 August 2011

Budak Kerinting


Dhia yang berambut kerinting.. Alooo somel pulak rambut dia kerinting mcm tu.. Mmg mewarisi rambut belah keluarga aku.. Mak, ayah, adik beradik aku semua kerinting.. Aku je yang tak kerinting.. Eh ikal gak sebenarnya, lurus ni pun hasil rebonding.. Hehe


Dhia pulak jenis tangan tak diam, sibuk nak tarik2 rambut dia tu.. Aku syak dia rimas kot.. Sbb kalau malam2 kita berselimut, dia siap berpeluh2.. Bila pasangkan selimut, dia terus gelisah ek3.. Tanggalkan selimut tu, terus nyenyak.. Uisshhh kuat berpeluh mcm ibu.. 


Ni kalau rambut dia panjang ni, mesti lagi cantik sebab kerinting.. Tapi entah bila nak tunggu panjangnya.. Dah 11 bulan pun masih mcm tu, menipis n botak.. 

11 Bulan Usianya

Alhamdulillah semalam 17/08/2011 genap umur anakku 11 bulan.. Bulan depan dah pun menginjak 1 tahun.. Sekejap je masa berlalu sampaikan tak sedar anak aku dah besar.. 

Sepanjang dia sudah 11 bulan ini, banyak yang dia dah belajar.. 



  • Dah pandai jalan.. Clap clap clap!! Dah tu pulak tak mo sesiapa pimpin dia masa berjalan, dia akan tarik tangan dia kalau kita pimpin tangan dia.. Bila pakaikan kasut lagi dia suka sbb dia tahu nak jalan2 kat luar rumah.. Tapi aku kena perhatikan dia sbb luar berbatu kan, kalau jatuh dah luka pulak.. 
  • Kalau kita ckp "Bye2 Dhia", dia akan lambaikan tangan.. Tapi makin lama lambainan dia dah serupa mcm nak mengkarate org je.. 
  • Sedang belajar flying kiss.. Tapi dia akan ambil tangan kita n letakkan di mulot dia.. Bkn dia letak tangan dia sendiri.. 
  • Pandai mengamuk n marah2.. Kalau dia nak sesuatu mcm nk senduk atau pinggan n kita tak bagi, dia akan duduk n hentak2 tangan atas lantai.. *Pitam*
  • Susah sgt nak makan.. Kena paksa n tipu2 sikit baru nak makan.. Kdg2 dah elok2 makanan masuk mulot, dia boleh ludahkan balik.. Adoii anak2..
  • Kalau kita tengah makan berbuka puasa, dia dah no 1 duduk depan pinggan nasi.. Lepas tu dia mula lah nak main nasi tu.. Kalau masuk mulot takpe jugak, ni dia dok buang2 atas lantai.. Bila tak bagi mulalah berdrama mengamuk bagai.. 
  • Kalau tengah jalan, ada mainan ke kucing ke bantal ke depan mata dia, dia akan pijak atau sepak.. Pernah sekalikat rumah tok mak die, kucing depan mata tengah tido, tanpa rasa bersalah dia gi pijak kucing tu.. *Pitam lagi*
  • Pantang nmpk ayah dia naik motor, akan mula jadi cacing kepanasan sambil terliuk lentok badan sbb nak naik motor jugak..
  • Takut pada cicak.. Kalau kita ckp "Cicak gigit dia ni", dia akan nangis n mencebik muka.. Tapi bila nmpk cicak kat dinding, dia teruja dulu sambil jerit2.. *Aku pon konpius dia takut ke tidak*
  • Gigi baru nak tumbuh sebatang sebelah atas, sebatang lagi belah bawah.. Lambat giginya tumbuh..
  • Masih makan appeton.. Tapi amat susah nk bagi dia makan appeton skrg sbb appeton tu akan berubah warna kehitaman n rasa pun dah lain sikit, tu yang dia susah nak telan..
  • Amat payah bagi makan ubat.. Dia nampak je aku pegang ubat, dah tutup mulut dulu.. 
Dhia dgn gaya gediknya

Tu sahaja yang aku ingat.. Berat dia aku tak tahu sebab belum timbang.. Ntah naik ke tidak sbb dia sgt susah nak makan.. Lagipun dia sama aku kot, kecik susah nak besar..

Eh rasanya mmg ye sbb mak aku pun ckp dulu kecik2 aku mcm Dhia la keciknya badan tak naik2 membawak ke besar tetap lah mcm ni.. Dah kahwin dah beranak pun berat cuma 40kg.. Cmne tu? Cer cita.. 

Tuesday 16 August 2011

Ramadhan : Iftar Hari Ketiga Belas

Ketam masak lemak cili padi menjadi santapan berbuka aku pada hari ke-13 berpuasa.. 

Untuk pengetahuan uolls smua, aku dah lame gile tak makan ketam.. Ade lah dalam 10 tahun.. Gile lama kan? Kesian aku kan.. 

Beli ketam dlm 10 ekor, tapi aku tinggalkan 5 ekor, lagi 5 ekor bagi mak mertua.. Aku kan duduk sebelah rumah mertua, dia bagi aku lauk, aku balas la jugak.. Baru tak rasa segan.. =)

Pertama kali masak ketam.. Sedapnyeeeeee.. Asben pun suke sgt n ckp dia suke ketam cuma ketam yang aku beli ni agak kecik, jadi tak puas sgt nak makan isi dia.. Hehe.. Takpe syg, nanti kita beli yang besar punya ea..

Ketam2ku

Mase masak ni kan puasa, jadinya aku tak dapat nak merasa balance ke tak dia punya pedas semua, tapi alhamdulillah sedap.. Cuma pedas sikit je.. Hehe

Dah masuk pertengahan puasa ni aku jadi malas nak masak.. Kalau masak pun cuma masak lauk yang ulang tayang je la.. =)

Saturday 13 August 2011

Ramadhan : Iftar Hari Kesebelas

Hari ke-11 puasa, aku masak simple je.. Tapi yang simple itu lah yang sedappp..

Sgt simple

Ada sambal tumis ikan bilis, ada ikan layur goreng, ada kentang + bawang + cili + kicap.. Yg ayam masak lemak tu lauk semalam, panaskan je.. 

Yang kentang tu mmg feveret aku.. Suke sgt2.. Kalo tak ada lauk lain, makan lauk tu pun dah cukup puas n sedap bagi aku.. Kalau tambah suhun n tempe dah boleh jadi sambal goreng jawa.. 

Semalam puasa ke-12 aku tak masak sbb dah lewat keluar opis, maka berbuka di luar sahaja.. =)

Friday 12 August 2011

Dhia Pun Alergik

Kesian anak aku.. Dah sama mcm aku pulak, alergik.. 

Mase berbuka hari tu, bagi dia makan telur goreng, sbb masa aku makan tu dia sibuk nak jugak.. Suap lah dia.. Bila suap je dia suka pulak.. Siap angguk2 kepala tanda suka n sedap.. 

Nampak tak merah2 kat mulut dia tu?

Aku pun bagi lah lagi sampai hampir suku jugak telur dadar tu bagi dia makan.. Ada campur dgn nasi tapi dia tak nak.. 

Dlm 5 minit lepas tu, merah2 timbul keliling mulut dia.. Mmg nampak jelas lah.. Tapi dia tak pulak bising.. 

Aku pun takde letak ubat ke apa.. Monitor je samada makin teruk atau sebaliknya.. 

Alhamdulillah lepas setengah jam, merah2 tu makin berkurangan.. 1 jam lepas tu, hilang dah merah2 tu.. Syukur.. 

Serik dah nak bagi dia makan telur lagi.. Kesian dia.. =(

Ramadhan : Iftar Hari Kesepuluh

Hari ke-10 puasa, aku masak ............

Ayam masak lemak cili padi yang tak ada rupa masak lemak =p

Sayur sawi tumis

Ayam masak lemak aku tak berapa nak menjadi sebab masa blend santan terlalu halus n aku tapis pakai tapis yang tak berapa nak mcm tapis sbb dgn kelapa2nya sekali masuk.. 

So padahnya, masak lemak aku dah jadi mcm masak rendang dah.. Haha.. Mujur rasa masih sedap n masih lagi rasa masak lemak.. 

Asben tegur jugak "Ni masak lemak ke masak apa ni?"

Malu sgt.. Tak disengajakan lah sayang.. Hihi!! Lepas ni harus tapis santan tu 2 kali menggunakan tapis yang lubangnya betul2 halus.. =)

*Jangan ditanya kenapa sayur tu ciput sgt*

Thursday 11 August 2011

Ramadhan : Iftar Hari Kesembilan

Hari ni dah hari yang ke-11 dah kita dlm bulan Ramadhan 1431H.. Pejam celik pejam celik, sekejap je kan dah menghampiri pertengahan puasa.. Rumah belum siap cat habis lagi ni..

Puasa yang ke-9 hari aku masak sweet sour.. Ikan pulak pakai ikan kerisi.. Sedap je.. Janji asben aku ckp sedap.. Siap request masak lagi lain kali.. Suke sgt tgok dia makan bertambah nasi.. =)


Tak nampak pun ikannya kan? Mmg sengaja masak sosnya lebih2 mcm tu.. Aku lagi sukeeeee.. 

Ok, ni pertama kali aku masak sweet sour.. Eh2 bukan, kali kedua.. Sebelum ni pernah try tapi tak sesedap yang kali ni.. =p

Bila asben suka makan, aku lagi semangat nak masak untuk dia.. Puas sgt tengok dia makan tak pandang kiri kanan.. 

Wednesday 10 August 2011

Ramadhan : Iftar Hari Kelapan

Puasa hari ke-8, aku masak sambal sardin je.. Tgok dlm peti ais takde laok, belom beli lagi, jadinya sardin saje juadah berbuka puasa.. 

Sardin pun sodap ape.. Masak pedas2 lepas tu makan dgn nasi panas.. Ya Allah mmg tak toleh kiri kanan lah.. *tipu*

Sambal sardinku

Sap2 soi je masak sardin ni.. Aku masak siap tutup mata lagi.. *tipu lagi*

Sardin ni tidaklah aku masak selalu.. 1 bulan asben beli 1 tin aje.. Paling maksimum pun masak 2 atau 3 kali sebulan.. Tak elok sgt kot amalkan.. =)

p/s : Malas betul nak publish entry2 dlm draft =(

Ramadhan : Iftar Hari Ketujuh

Puasa ke-7 aku masak tomyam.. Seafood tomyam.. Sebelum tu, puasa ke-6 aku masak kari ayam tp kelupaan nk amek gambar.. Maka tak dapat lah kongsikan dalam blog.. 

Eh2 ni bukan ke blog untuk anak tersayang aku tu si Dhia.. Nape pulak dah masuk menu masak2 ni kan.. Hehe.. Blog ni je aku ada, jadinya aku nk letak la masakan aku kat sini untuk tatapan aku di masa akan dtg.. Selain tu menambahkan semangat aku nak masak.. Alhamdulillah setakat ni belum lagi jejakkan kaki ke bazar ramadhan.. 

Ok jom skodeng tomyam aku tu...

Seafood tomyam

Letak udang n sotong je.. Pastu ade carrot je.. Dah tu je bahan yang ada dalam peti ais.. Belasah aje.. Janji sedap.. 

Aku kalau makan tomyam ni, yang penting ialah kuahnya.. Cukup tak kepedasan n kemasamannye.. Tang tu mmg aku amek kire sgt2 dlm bab penyediaan tomyam ini.. 

Asben aku suke aje masakan tomyam.. Yang pedas2 berasap telinga lagi dia suka.. Lidah jawa la katakan.. Mmg tak dapat dipisahkan dgn masakan pedas2 ni.. Kami suami isteri mmg anak jawa jati.. =)

p/s : Lame dah terperap dlm draft, baru hari ni nak publish.. Ade lagi belum di publish.. Coming soon.. =)

Wordless Wednesday #3


Bulatnye mateee

Saturday 6 August 2011

Alergik

Apekah? Ye, aku alergik.. Tapi bukan alergik seafood.. *syukur.. wink wink!!*

Aku alergik pada habuk + serangga yang boleh buat kita gatal2.. Nyamuk salah 1 nya.. Kalau nyamuk gigit je, dia punya kesan gigitan tu punye lah besar lepas tu aku boleh siap keruk sampai nak tertanggal kulit.. Gatalnya bukan main lagi.. 

Mahu tak nye, dah aku ni kan alergik.. Tu la, dah tahu alergik tu ngengada g mop lantai n lap tingkap kotor tak cuci tangan laju2.. Ni dah setengah jam tangan tu pegang benda kotor baru nak cuci.. Ape lagi, alergik tu kembali lah menyerang.. 

Ha ambik.. Tu la cari penyakit.. Dah tahu alah pada habuk n benda2 kotor tu ngada2 lagi ko kan.. Merase lah 1 malam ko kegatalan (bukan gatal ehem ehem) sampai tak boleh tido kan.. 

Aku mmg sejak kecik lagi alah.. Dulu lagi dahsyat (sebut mcm nazmi raja lawak) aku punya alah.. Asal cuaca mendung n hujan je aku mesti gatal2 1 badan.. Penuh 1 badan dgn bintik2 merah.. Gatal jenis yang susah nak hapus.. Ntah aku tak tahu nak ckp gatalnya tu cmne.. 

Mase ni baru naik bintik2 tu

Gatal yang amat gatal!

Akhirnya lepas aku dah tak menahan tergaru2 mcm kera dah, pesan encik suami tersayang hantar ke klinik.. Sampaikan suami terpaksa ponteng terawih.. 

Doc tanya before ni mmg alergik ke.. Yes! Aku jawab tanpa sempat doc tu habiskan pertanyaan.. Hehe.. So doc ckp kalau mcm tu mmg kulit aku jenis tak tahan habuk n benda2 kotor.. Thats why jadi mcm ni bila kena benda2 kotor..

Yang sadisnya, aku kena inject!! Inject kat montot ok.. Sakit jugak tp sebab nak baik n tak nak jadi kera lagi, maka inject pun inject laaaaaa doc... 

Selain tu dapat ubat sapu n 2 jenis pil iaitu untuk alahan n untuk gatal2.. Yg alahan tu takpe lagi, yang ubat gatal tu yang aku tak tahan.. Aku makan je terus ngantuk.. Mmg mcm amek marijuana lah.. Aku rase ubat tu same jenis je mcm ubat sesema sbb ubat sesema kalau aku makan pun dan2 tu jugak lah aku ngantuk.. 

Skrg ni alah tu dah kurang, bintik2 dah terhapus terus.. Cuma masih lagi gatal2 kat bahagian tapak tangan.. Bayangkan gatal kat tapak tangan mcm mana.. Rase mcm nk amek cangkul je sbb aku rasa garu pakai tangan pun dah tak rase.. 

Mujur lah aku tak alah pada seafood.. Dah lah aku suka sgt2 pada makanan laut terutama sotong n udang.. 

Amat berharap lepas ni no more gatal2.. Penat lah nak garu2.. =p

Ramadhan : Iftar Hari Kelima

Baru masuk hari ke-5 berpuasa tapi otak aku dah jammed nak fikir masak apa yang sedap.. Ye lah, aku ni walau tak boleh berpuasa, tapi aku tak sentuh makanan pun di siang hari.. Hanya meneguk air masak.. Tu pun 3-4 teguk je.. 

No wonder lah bibir aku skrg ni kering sgt dan lagi hebat, dalam mulut aku ada ulser.. Fuhhh!! Agak terbeliak mata aku bila nak makan.. Mahu tak terbeliak.. Ko pk ulser tu tak sakit? Pedih ok.. Ah kalau tak puase pun dah mmg aku ni rajin sgt kena ulser.. Apa nak heran.. 

Semalam untuk juadah berbuka hari ke-5 Ramadhan, paling simple lah.. Eh bukan ke hari2 aku mmg masak simple2 je.. *dush dush*

Ikan kapak masak kicap 

Ikan goreng

2 lauk sahaja

Eleh setakat masak kicap n goreng ikan pun nak publish ke? Yeeeeee mmg aku nk publish gak.. Untuk aku jadi lagi bersemangat nak memasak.. Tak kira lah walau aku masak sardin sekalipun.. Ni blog aku pon kan.. Ape de hal? =p *tibe2 nak sentap2*

Ok, aku akui menu aku ni mmg tak sihat.. Sayur tak ade.. Sbnrnya nak masak sayur tapi sebab sayur dah out of stock kat dalam peti ais aku tu, makanya takde lah sayur.. Hehe

Oh ye ikan goreng tu adalah ikan hasil tangkapan suamiku memancing.. Ada faedah jugak dia memancing.. Dapat gak lauk ikan.. Sedap ok ikan ni.. Sayangnya aku tak tahu apa nama ikan ni.. Gelama ke ape? Eh ye ke? Haha

Hari ni dah hari ke-6 Ramadhan.. Mcm nak masak kari ayam je hari ni.. =)

Friday 5 August 2011

Ramadhan : Iftar Hari Keempat

Alhamdulillah dah masuk hari ke-5 kita semua berpuasa.. Walaupun aku masih belum dapat berpuasa.. Hehe

Saje nk tayang menu aku yang aku masak.. Untuk tatapan aku jugak di kemudian hari.. Kalau letak kt blog, insyAllah roh rajin untuk memasak tu akan bertambah2.. =)

Pade yg tak tahu, aku balik kerja keluar opis 5 pm, sampai rumah 5.30 pm.. Terus je ke dapor ok.. Siapkan bahan2 nak masak dan mula memasak.. Kalo masakan tak berat sgt, pukul 6.30 atau 6.45 da siap masak.. Ye la sbb aku nk rushing g amek anak aku pulak kat rumah tok mak die.. Kalo lmbt amek, alamatnye sampai magrib lah baru sampai rumah..

Ok, ni menu smlm.. 


Ade asam pedas, sayur n telur dadar

Asam pedas ikan bawal 

Sayur lemak labu pemberian mak =)

Oh jgn d tanya kenapa sayur tu sikit sgt.. Ate, aku sorang je yg makan sayur.. Laki aku tu susah sgt nk makan sayur.. Eeee senang ckp dia mmg x makan sayur.. Tapi beli sayur sbb nk bagi bini dia makan.. Tak aci sungguh.. 

Hari ni tak tahu nk masak apa.. Sardin n ikan goreng? 

Thursday 4 August 2011

Karipap

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-4 kita semua berada di bulan Ramadhan.. Tp aku masih lagi belum menikmati berpuasa.. Hehe.. Bulan mengambang sejak Ahad lepas.. Tak dapat sambut puase tahun ni.. Nanti mesti aku dah raya dulu.. Dah jd banyak hari aku kena ganti.. 

Ok nk share dgn uolls pic anak dara aku ni.. Pic Sabtu lepas, lama dah terperam.. Malas betul aku nak menaip skrg ni.. Mood puasakah?

Mase tu aku tak masak just beli karipap untuk mengalas perut.. Tapi Dhia pun sibuk nak mam karipap jugak.. Kite tak bagi mulalah dia berdrama nk hentak2 kaki semua jerit2.. *Pitam*

Kite bagi je karipap tu amboi bukan 1 tapi 2 biji terus dia amek.. Kiri kanan ok dia pegang.. Haloba sungguh.. Sape ajar tamak2 ni? Tak baik taw sayang..

Di tangan caye ade 2 karipap

Caye nk mamam yg ni dulu.. Aaaammm

Ibu tengok je ok.. Karipap ni adik punye =p

Pastu caye mam yg ni pulak.. Nyum2

Ko tgok anak dara aku.. Sungguh betul lah kan.. Ehhh ko jangan main2, dia makan betul karipap tu dgn inti karipap yg pedas lite2 tu pun dia makan.. Mak aiii boleh je dia slumber mcm dia tengah mam nestum gamaknye takde rase pedas ke ape.. 

Tapi bagi kuih apam tak pulak dia makan.. Lagi dia dok picit2 apam tu sampai jadi mcm lempeng dah.. Agaknya dia tak suke kuih lembik n lembut mcm apam kot.. Ehh kecik2 dah demand ko ye nak.. 

Bila ibu suap makanan betul2 tak pulak dia nak nganga mulut.. Haizz.. 

Bawah ni video Dhia mam karipap.. Siap paling badan n muke bila ibu mintak.. Huh!

Monday 1 August 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Alhamdulillah ramadhan muncul kembali.. Syukur dipanjatkan ke hadrat Yang Maha Esa memberi kita peluang untuk berpuasa lagi di bulan yang mulia ini.. 

Dgn ini saya mewakili keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dgn harapan sama2lah kita menyucikan hati kita.. =)

Oh Dhia tak puasa, tapi tadi bangun sahur susu jugak.. Hihi!! 

Camat Berpoce auntie2 n uncle2 cemua 

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers