Followers

Wednesday, 30 November 2011

Cara-Cara Melayan Suami

Mase aku tengah google n layan blogwalking, terjumpa 1 tips ni tentang cara2 melayan suami. Aku sangat tertarik dengan isinya. Jadinya aku nak share di sini. Selain share, ini untuk aku jugak senang kalau nak baca pada masa akan datang. :)

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Wordless Wednesday #9

Tuesday, 29 November 2011

Lempoyang Untuk Anak Yang Susah Makan

Aku dapat petua ni dari mak mertua aku n kakak ipar aku. Kakak ipar aku tu kata dulu anak dia susah makan jugak, tapi lepas dia bagi minum air rebusan lempoyang, terus berselera nak makan. 

Mak mertua aku pun sama cakap lempoyang ni boleh buat selera makan bertambah. Dia kata lempoyang ni pahit tapi bagi sikit je, seteguk pun jadilah. 

Tapi aku tak cuba lagi bagi kat Dhia sebab mana nak cari lempoyang ni? Walaupun duduk kat kampung, susah nak cari pokok ni. Kakak ipar aku cakap rumah mak mertua dia ada tapi dia asek lupa nak ambikkan bagi aku. 
Minggu ni kalau dia balik, aku akan ingatkan dia untuk ambikkan lempoyang tu.

Aku ni ikhtiar je mana yang mampu. Kalau appeton tak jalan, mari kita cuba tradisional pula. Kalau tak jalan juga, maknanya mmg anak aku jenis susah makan. Hehe

Walaupun begitu, 2-3 hari ni aku tengok ada jugaklah perubahan pada dia. Nak makan bila kita suap. Yang kelakar, bila dia nampak kita ambikkan nasi atau bubur masuk dalam pinggan atau mangkuk dia, terus dia duduk n angkat tangan baca doa. Belum siap aku baca doa, dia dah amin dulu dah. Hahaha

Kita tengok dalam seminggu dua ni macam mana gelagat dia. Kalau nak makan, aku tak bagilah lempoyang tu sebab pahit katanya, tak sampai pulak hati aku nak bagi anak aku. Kalau dia susah nak makan atau tak nak makan langsung, terpaksalah cuba bagi.

Nak tengok rupa pokok lempoyang tu? 

*Sumber goole*
Ni lah rupa lempoyang 
Lawa pulak tengok pokok dia kan? Kalau tanam buat hiasan tepi rumah pun cantik ni. 

Monday, 28 November 2011

Berus Gigi Dhia

Oleh kerana gigi anak dara aku tu dah ada 7 batang, maka aku sudah pun mengajarnya memberus gigi. Mula2 mmg susah nak ajar dia bukak mulut. Bila dia dah bukak mulut n aku masukkan berus gigi tu, dia pulak nak katup2kan mulut. 

Tapi lama kelamaan pandai jugak dia bukak mulut n bagi ibu dia berus gigi dia. Dhia masih belum pandai berus gigi sendiri. Dah pernah cuba dah tapi gagal sahaja. Boleh dia berus gusi n bibir dia pulak. Itu pasallah aku yang memberus gigi dia. Kalau aku kerja, adik perempuan akulah yang tolong beruskan gigi si kecik tu.

Aku belikan berus gigi jenama jordan je sebab bentuknya yang kecik n comel. Kombinasi warnanya pun menarik. Kanak2 pun suka je dengan kombinasi warnanya tu. 

*Sumber google*
Same mcm Dhia punya, kaler pink2 pepel + hijau.

Ubat gigi pulak aku beli jenama Mu'min. Mula2 nak ambik kodomo lion tapi aku baca punya baca telek depan belakang takde pulak dia tulis "selamat jika ditelan", maka aku pilih ubat gigi mu'min ni sebab dia dengan jelas n terang bertulis "selamat jika ditelan". Aku ambik perisa oren.

*Sumber google*
Ubat gigi mu'min yang selamat jika tertelan

Berharap dengan ajaran awal aku ni dapatlah dia praktikkan sampai ke besar. Biar gigi dia cantik je. Mcm ucu dia, sampai umur 8 tahun gigi susu dia semua masih cantik sebab dia rajin gosok gigi. 

Semoga Dhia pun akan rajin memberus gigi ye sayang, biar gigi cantik. Tak kisahlah gigi kamu tu gigi rabbit n jarang2, tetap comel di mata ibu ayah. :)

Saturday, 26 November 2011

Tak Puas Hati?

Peliklah dengan sikap manusia sorang ni. Dia tak puas hati dengan aku tapi kenapa dia tak bersemuka sendiri dengan aku? 

Kenapa perlu nak luahkan rasa tak puas hati dia dengan update status dekat skype? Bila dia tahu aku hentam dia balik dekat status aku pulak, baru dia nak ubah status dia tu. Yang buat aku nak ketawa, terus update status keagamaan bagai. 

Entahlah, bukan dengki atau apa, rasanya semua orang kat tempat kerja aku dah tahu dia macam mana orangnya. Bukan aku sorang je yang tak gemar dengan sikap dia tu. 

Kalau dia rasa dia tak puas hati dengan aku, dia mesti akan update dekat status skype dia. Kan dah tahu aku salah seorang list friend kau dekat skype, kau buat status macam tu semua tentulah aku boleh baca. Memang sengaja nak bagi aku baca ke apa? Tapi kenapa bila aku dah hentam kau balik, kau nak ubah status tu? Berani kerana benar lah kawan. 

Sebelum ni dia banyak update status dekat skype. Status yang kalau kita baca, semua tentang rasa tak puas hati dia. Aku abaikan saje sebab aku rasa dia tak tujukan kat aku. Tapi status dia semalam betul2 aku rasa dia tujukan kat aku. Aku rasa tak perlulah aku terangkan dengan lebih lanjut, cukup saje aku katakan yang status dia tu betul2 buat aku berasap telinga, mendidih darah.

Emo sangat aku dibuatnya. Dah lama rasanya aku bersabar, entah sampai bila mampu aku nak mengadap muka dia. Selagi aku cari rezeki di syarikat ni, selagi itu aku kena sabar mengadap muka dia. 

Tapi aku tak kisah mana pun, sebab aku kerja di syarikat ni tak ada kaitan kerja dengan dia n tak perlu berurusan dengan dia. Dia je lah kalau nak ambik leave ke, kena berurusan dengan aku sebab nak kena isi form bagai. So, untuk kamu, pandai2lah nak bermanis muka bila nak apply cuti dengan aku ye. :)

Salam Maal Hijrah

Alhamdulillah kita sudah hampir memasuki awal Muharram. 

Sempena nak masuk tahun baru, aku nak share doa awal & akhir tahun yang amat digalakkan dibaca bila mengakhiri tahun n menyambut tahun baru Islam ini. 

Doa akhir tahun :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa akhir tahun ini dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

" Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat juga. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun. "

Doa awal tahun :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa awal tahun ini dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : 

" Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan. "


Begitu mudah sebenarnya jika kita ikhlas dalam mencari jalan n hidayah Allah. Semoga kehadiran tahun baru ini akan memberi kita 1001 harapan n sinar bahagia dalam hidup kita. Semoga Allah mengampunkan dosa2 silam kita. Amin. 

Friday, 25 November 2011

Manisnya Dia Bila Bertudung

Sebelum ni aku ada pernah cakap yang anak dara aku tu susah nak dipakaikan sesuatu kat atas kepala. Topi ke headband ke mmg susah nak lekat lama atas kepala dia. Kalau pakaikan tudung lagi mengamuk dia.

Budak manis bertudung :)


Eh, bukan aku nak menudungkan anak aku. Saje je lah kan kalau pergi kenduri rumah saudara ke kan, pakaikan tudung kan comel je. Tapi sebab dia merimas, maka tak pernahlah pakaikan.

Akan tetapi semalam aku berjaya memakaikan dia tudung n berjaya mengambil gambarnya yang sedang manis bertudung. Ecehhh manis kata ko. :p

Anak sapelah ni kan

Mulut yang dimuncung2kan

Nampak comel saje dia bila bertudung, macam ibu dia. Tetttt! Tapi mmg betul comel je aku tengok. Nampak pipi dia melayut, nampak tembam.

Mengomel :)

Nampak tembam pipi dia 

Eh eh ngantuk pulak dia :p

Akhirnya berjaya jugak aku capture gambar dia sedang bertudung. Bila tunjuk kat dia gambar dia tu, pandai pulak dia kiss2 skrin henpon tu taw! Lepas tu tak tahu ngomel apa. Mengomel dalam bahasa baby dia tu. Comel je bila mulut dia bising2 mcm tu. Walaupun sepatah haram aku tak paham.

Tapi sekejap je pun tudung tu lekat atas kepala. Tak sampai 10 minit, dah merimas. 

Tu diaaa dah start merimas dah


Sekarang ni aku nak try2 jugak nak ikat rambut dia tapi mmg tak kesampaianlah. Asal nak ikat je dia lari, baru pegang rambut je dia dah lari. Hey mcm manalah ibu nak bagi awak cantik sikit ni sayang.

Rambut Dhia dah panjanglah jugak, tapi sebab rambut dia tu nipis, maka tak nampak sangat panjangnya. Kalau nak diikat dah boleh sangat cuma nanti sejemput je lah kalau diikat. Haha

Entah bila pulak rambut dia nak memanjang. Tapi bila tengok gambar2 dia masa baby2 dulu, nampak comel pulak takde rambut, botak. Tapi budak perempuan mana boleh nak botak2 ni kan. Nanti tak cun pulak. Hehe. Aada orang kata kalau nak rambut lebat n cepat panjang, pakaikan minyak rambut. Aku pakaikan Dhia minyak baby johnsons n johnsons je yang warna pink. Try pakaikan yang jenama lain, tak sedap pulak bau dia. Sebabnya, aku pun pakai minyak rambut johnsons tu. 

Rambut anak korang pulak mcm mana? *eh macam yang baca blog aku ni golongan ibu2 je pulak*

Thursday, 24 November 2011

Bagi Nasi Tak Nak Makan, Yang Bukan Makanan Yang Dia Nak Makan

Agak panjang tajuk entry aku kali ni. 

Iye, untuk pengetahuan semua, anak dara aku tu sangat2 susah nak makan. Ikut peel aku masa kecik2 lah tu. Memang sama sangatlah tu. Dulu kecik2 pun mak aku kata aku paling susah nak di beri makan. Sekarang bila anak sendiri tak nak makan, barulah aku tahu rasanya mcm mana. 

Budak comot yang susah sangat makan

Siap berkejar-kejaran dengan anak semata-mata nak bagi dia makan. Kang bila dah dimasukkan ke dalam mulut, dia boleh luahkan balik apa yang disuap tu. Kadang2 tengok terus "Dhia!! What are u doing??". Hey memang kadang2 tak boleh nak tahan tengok perangai dia tu. Bukan apa, risaulah kan badan dia kecik je, tak macam budak umur 1 tahun ++.

Kalau makan biskut ke mesti tak pernah habis

Memang dia sihat, tapi badan dia kecik. Bila pergi ke mana2 orang akan tanya dah berapa bulan anak aku. Bila aku cakap dah 1 tahun ++, semua nak kaget2 pulak. Lepas tu kalau ada sedare mare ke kenalan yang mulot longkang mulalah cakap "Eh keciknya badan, ko tak bagi makan ke apa".  Bila aku cakap ikut aku, badan kecik, ada je yang menjawab "Budak2 kadang tak ikut mak bapak, ada mak bapak kecik tapi anak badan tembam jugak". Hoi buat aku rase nak lempang2 je bila ada yang berkata begitu. Bukan sekali bukan dua kali tapi dah berkali2!

Memang anak aku susah nak makan tapi bukan aku tak bagi makan. Takkanlah aku sezalim itu tak bagi anak makan. Melampau betul kalau mcm tu. 

Tapi anak dara aku ni mmg kadang ikut mood dia nak makan. Kalau kat kedai makan, laju pulak dia makan, Mungkin dia seronok kat kedai makan ada ramai orang makan sama2, jadinya dia pun sama2 makan jugak. Tapi kalau Tok Mak dia bagi makan pun dia refuse jugak. Pening saye!

Macam sedap je puzzle ni

Ngappp! Emmm lembut jugak

Bagi nasi bukan main susah nak makan, tapi barang mainan dia ke kertas ke majalah ke remote ke, laju pulak dia masukkan dalam mulut. Hai anak, anak. 

Bila aku marah dia masukkan something dalam mulut dia, lagi dia buat. Dia lagi suka tengok ibu dia jerit2 kot. Sebab dia akan ketawa2 lepas ibu dia marah2 dia. Haiyoooo

Korang ada petua nak bagi baby berselera makan selain appeton lysine? 

P / S : Appeton lysine tu mcm tipu je, Dhia sama jugak refuse makan gak. Ataupun mmg anak aku ni jenis yang tak suka makan? Confuseeeee!

Monday, 21 November 2011

Mari Menabung

Ecehh konon menabung sangat. Tapi mmg kuajarkan anak aku tu menabung. Cuma, dia tak reti nak masukkan syiling tu dalam lubang tabung tu. 

Tabung comel ade di depannya :)

Nasib baiklah dia punya ibu yang kretif. :p

Si ibu pun ambik bekas minyak yuyi untuk dijadikan tabung buat Dhia. Sebenarnya Dhia sudah punya tabung sendiri, tapi sebab nak ajar dia masukkan syiling dalam tabung n dia tak pandai, maka aku bagilah bekas minyak yuyi tu untuk dia masukkan syiling2 tu semua.

Tekun dia masukkan satu persatu syiling tu 

Sampai terkangkang anak dara aku ni

Bila dah bagi bekas minyak yuyi tu barulah dia pandai nak masukkan 1 by 1. 

Walaupun dia masih tak mengerti n tak memahami nilai matawang ringgit, aku nak ajar dia dari sekarang betapa pentingnya menabung. Harap2 esok besar Dhia akan menjadi seorang anak yang berjimat-cermat. Amin.

P / S : Inilah yang terjadi bila idea mengarang entry sudah tiada.... :p

Friday, 18 November 2011

Tentang Dhia

Tajuknya yang buat aku teruja sebab sama nama dengan my sweet doter :p

Sape yang tengok cerita ni kat TV3 setiap Isnin - Khamis pukul 7 malam? Sangat sedih sebab aku tak tengok cerita ni. Tengok masa episod 1 je hari tu, tu pun tengok kejap2. 

Aku tak berkesempatan nak tengok cerita ni sebab aku sibuk nak mandi, solat, masak. Kerja2 aku siap pada jam 8.30 atau 9 malam. Tu pun kalau dah siap buat kerja semua aku terus saje tidurkan Dhia kalau dia nak tidur sama. Kalau tak, aku layankan dia main2 dlu. Mase untuk aku nak tengok tv ke baca suratkhabar ke mmg kadang tak sempat. 

Adakah anda berasa kasihan dengan saya?

Alaaa aku tahu ada yang cakap gak, korang pun sama jugak bekerja kan. Tapi kan uolls, aku ni mmg super duper penat sangat kalau balik kerja. Ditambah pulak dengan Dhia yang manja + tak boleh nak berenggang dengan ibu dia ni.

Makin besar ni dia mmg makin manja. Aku nak buat kerja pun susah. Kadang2 kalau ayah dia tak balik kerja lagi, aku buat kerja sambil dukung dia. Agak bengkok jugaklah bahu aku ni. Ni baru sorang anak, kalau dah 2-3 orang mcm mana ntah rupa. 

Melalut sudah. 

Cerita Tentang Dhia ni ada pelakon feveret aku si Ady Putra tu. Tapi takde mase, tak dapatlah aku tengok. Nak tengok online pun mana ada masa. Ehhh mmg aku ni susah nak mencuri mase untuk diri sendiri. Sob3. 

Wednesday, 16 November 2011

Budak Selsema Bersama Ikannya


Waktu ni pagi2 lagi nak ke rumah tok mak dia. Baru bangun tidur, ibu dah ambik gambar dia. Takpe sayang, awak baru bangun tidur pun somel. :)

Dhia di serang selsema n batuk waktu ni. Tapi sekarang dah beransur baik dah, cuma batuk je ada sikit2 lagi. Musim kan sekarang selsema n batuk sebab aku, suami n sepupu Dhia yang baby tu pun diserang selsema n batuk. Kami yang dah dewasa ni takpe lagi, kesian kat si budak2 kecik tu je. 

Mase hari pertama Dhia kena selsema, meragam waktu nak tidur sebab hidung dia tersumbat. Mujur waktu tu sepupu dia selsema sama n mamanya ada beli breath right, mintaklah sekeping. Dan2 pasangkan je tak sampai 10 minit terus dah tak meragam n boleh tidur dah anak aku. Berkesan jugak breath right tu ek. On the spot jugak husband g beli 1 kotak buat stock kat rumah. 

Ini ikan emas saye. Ada 2 ekor. :)

Ikan emas tu ayah Dhia yang belikan. Dia beli 3 ekor, 1 letak kat rumah, 2 ekor lagi dia suruh letak kat rumah mak aku buat Dhia tengok ikan tu. Dhia suka tengok ikan taw. 

Tapi yang sadisnya, ikan emas ni mmg teramat susah nak bela. Tak sampai seminggu dah mati dah ketiga2 ekor. Mujur ada beli ikan laga seekor, yang tu tahan sampai sekarang. Cantik pulak tu warna biru. 

Habis pening ikan tu digoncang2

Takpe sayang, nanti kita beli ikan kaloi k. Nanti bela sampai besar mcm kat luar rumah tu. Dulu beli kecik je masih anak, sekarang ni 1 akuarium besar tu dia yang conquer. Besar gile. Takut kadang aku tengok. Dah lah kuat makan. 

Perasan tak yang Dhia dah tak duduk dekat carseat baby lagi? Dia dah refuse uolls. Terpaksalah aku letak bantal, tilam kat seat tu. Tapi aku pasangkan seatbelt jugak. Dia dah lah melasak tak reti diam. 

Ini entry tanpa penutup. Sekian. 

Tuesday, 15 November 2011

Sambut Hari Lahir Suami Lagi

Kali ni sambut bertiga je. Kami 3 beranak sambut ala kadar je. Takdelah sambut, aku cuma belanja suami makan je. Dia request pizza n secret recipe, layankan saje. Hari istimewa dia katenya kan, haruslah si isteri melaburkan sedikit wang. :p

Ondaway nak ke bp mall, Dhia bosannn ibu asek ambik gambar

Sebelum tu singgah secret recipe beli 2 potong kek. Aku ambik cheese kek, suami aku pulak ambik chocolate kek. Dia punya lidah tu tak reti sangat nak makan cheese2 kek ni. Rugi betul. Cheese yang sedap tu dia kata tak sedap. 

Aku punye. Sedap gilo

Kek yang akhirnya ditapau bawak balik juga :p

Lepas beli kek, terus ke BP Mall je pun. Makan pizza kat situ je. Dah lama dah tak masuk summit. Sekarang ni kami laki bini asek layan BP Mall je. Ye lah, BP Mall tu lagi besar dari summit, kedai dia pun banyak yang menarik. Cuma yang tak bestnya, barang2 kat BP Mall semua harga mahal2. Kat summit murah2 je barang2 dia. 

Husband yang bosan menunggu order
*Husband aku mmg bergambar konon muka serius, bila aku dah siap ambik gambo, terus dia gelak n senyum2. cisss*

Aku kengkonon nak tiru gaya husband bosan tp dalam mood senyum

Eh Dhia pun same2 bosan

Kalau makan kat pizza ni kena order mushroum soup sekali untuk Dhia. Eh aku pun suka jugak muhsroum soup. Suami aku je yang bolayan. Alaa dia tu yang pelik2 sikit kat tekak dia tu dia mmg tak makan. Punyalah sedap mcm tu dia tak makan pulak kan. Rugi2. Nasib baik bini dia tak mcm tu. Kalau tak dah rugi sekali. Hehe

Mane lah mushroum soup Dhia ni :p

Dhia suke je mushroum soup + garlic bread. Feveret dia tu kalau makan kat pizza. Tu je lah pun yang aku bagi dia makan tiap kali masuk pizza. Sebab pada aku yang lain belum lagi sesuai untuk dimakan oleh seorang baby yang seusia dengannya. Lepas ni aku nak belajar masak mushroum souplah. Tengok resepi kat internet mcm sonang je.

Sedapnye garlic bread ni

Kegemarannya

Sampai tersandar2

Celebrate kali ni takde meriah mana pun. Kalau tahun lepas siap buat majlis kat rumah buat bbq n makan2. Tahun ni buat kat luar je lah ye. Lagipun malam sebelumnya dah celebrate sama2 family aku kan. Kire bertuah jugaklah suami aku, besday dia sambut 2 kali. Time aku dulu pun sama sambut 2 kali jugak. Dengan family mertua n sambut 3 beranak makan kat kfc. :)

Kek yang kami beli tu tak habis makan pun, separuh pun tak habis sebab dah muak dah makan pizza sorang 3 slice. So kek tadi bungkus lagi bawak balik. 

Sebelum balik, suami pergi beli cd game ps2. Sementara dia memilih cd, aku bawak Dhia ke tempat permainan budak2. Uiii suke je Dhia bila dibawa masuk ke situ. Teruja dia nak naik semua permainan. Tapi sorry ye nak, ibu tak konfiden nak bagi kamu naik mainan yang tak sesuai untuk baby 1 year.

Dhia naik aeroplane!

Sekarang dah tak takut dah naik menatang ni

Siap bertepuk tangan tanda happy

Lain kali kita main lagi ye sayang

Agak2 dia dah puas main, moh le kita berangkat pulang.

Yang best, bukan pulang ke rumah kami tapi pulang ke rumah mak aku. Bermalam di sana. Dhia paling happy sebab ada uncle ada ucu ada auntie nak melayan dia. Walaupun mata dah mengantuk sebab bangun pukul 4 pm, dia boleh tahan lagi sampai pukul 11 pm. Tu pun kena pakse tidur dengan aku. Kalau tak, nak main je kejenye. 

Ok tu saje cerita tentang besday suami saye. Takde meriah mane pun, janji ada moment yang boleh dikenang. Simple tak kisah, yang penting dapat meraikannya bersama2 anak tersayang. 

Pssstttt, nanti bulan 2 besday aku, nak buat bbq lah. Lame dah rasenya tak buat bbq. :)

Sekali Harung Sambut Besday

Ni cerita dah basi. Tapi nak taram jugak kat sini. Basi pun basilah kan. Jumaat n Sabtu lepas aku on leave, sebab tu blog tak berupdate. Semalam pulak rase malas sangat nak update. Taip je delete, taip je delete sebab mcm kosong je dalam kepala aku ni nak bina ayat. 

Tapi sekarang dah tak kosong kot, dah boleh mengaranglah jugak. Ni baru 3-4 hari tinggalkan blog, cuba kalau 3-4 bulan? Terus tak aktif kot blog aku ni. Agagaga :p

Kami ondaway nak pergi

Ibu je yg overrrr

Buat yang selalu follow up blog ni, mungkin dah tahu 1/11/11 yang lepas merupakan ulangtahun kelahiran suamiku yang ke 24 tahun. Kebetulan masa hari Sabtu 5/11/11 ulangtahun kelahiran adik bongsu aku yang ke 8 tahun, abang aku yang ketiga  n adik aku yang kelima (dua2 keje tentera) tu pun balik sebab nak raya haji kat kampung. Mmg agak susah nak berjumpa kedua2 mereka terutama adik aku tu sebab dia keje kat Lumut, Perak nun. Kalau jumpa pun setahun berapa kali je. Jadinya bincang punya bincang, setuju nak keluar malam tu celebrate sama2. Tapi abang aku yang ketiga tu yang belanja. Oh ye, kebetulan jugak 25/11/11 nanti besday dia, buat je sekali harung besday 3 orang sekaligus.

Mase menanti ketibaan ahli keluarga yg lain, meh bergambar

Pakai henpon je, kualiti mmg nan hado

Dhia paling rimas bila aku cium dia mcm ni. Tengok tu dia dah jeling

Macam biasa, yang menjadi pilihan tentunya di Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Malangnya gerai yang selalu kami makan tu tutup pulak, mungkin malam raya haji kot? Waktu tu aku n suami saja yang sampai dulu sebab kami pergi dulu nak cari kek + basuh kereta yang dah serupa kereta masuk kebun je dah. Kami pun pilih gerai bersebelahan dengan gerai yang selalu kami makan tu. 

Kek yang disponsor kami suami isteri

Aku pilih ikan siakap 2 ekor masak stim, 2 ekor ikan merah masak sweet sour, kangkung goreng belacan, sotong goreng tepung, kerang rebus. Air pulak aku order sirap limai 2 jag. 

Dhia nk minum sirap limau jugak

Yang menyedihkan, servis punyalah lembapppppppppp. Dari aku order sampai famili aku dah sampai 30 minit kemudian, cuma air je yang dah sampai. Nasi pun tak sampai2 lagi. Mmg gile lembap betul lah. Bila dah sampai semua, ikan siakap yang aku order 2 ekor dah jadi sekor, sekor lagi ntah ke mana. Nasi aku mintak 12 pinggan, dia bagi 9 pinggan. Yang buat kami hangin, dah 4-5 kali kami  mintak 3 pinggan nasi lagi tapi nan hadoooo. Sampai aku dah siap makan baru dapat pun nasi tu. So mereka yang belum makan tu lambatlah makan. Ada 1 meja depan kami marah betul dekat budak yang ambik order kat situ. Diorang dah siap makan baru sotong sampai, mana tak marah kan orang tu. Siap menengking budak tu n cakap "Dah bungkus je, dah siap makan baru datang, lambat betul!". Nak kata pelanggan ramai sangat, takde mana pun. Mungkin mereka ambik budak2 sebagai pekerja, tu yang jadi kelam kabut. 

Dhia menggeram dengan kipas abang Adam

Mak saye! Gambar golapppp pakai henpon cikai je
Cukup semua 9 orang adik beradik aku berkumpul malam tu, happening!

Bila servis dah lembap, malas nak ambik gambar makanan. Hilang terus mood. 

Makanan ok lah kena dengan tekak aku, tapi masih tak dapat tandingi gerai yang kami selalu makan tu, situ mmg terbaik dari ladang. Servis pun mantoppp. Takpelah, dah takde rezeki kami nak makan kat gerai tu, dapat pulak gerai yang servisnya menyakitkan hati. Sabau je lah.

Potong kek! Yang tak celebrate besday pun same2 sibuk :p

Ucu terus tenggelam kat tengah2

Ha baru nampak muke ucu 

Bila dah siap makan baru potong kek. Adik aku tu dah sibuk nak potong kek, dia pun dah ngantuk nak tidur. Lepas potong kek terus berangkat pulang. Sampai rumah pukul 11 malam. Dhia dah tidur dalam kereta dah. Lepas mandi n bersihkan muka, aku pun terbongkang sama dengan Dhia. 

Eh tak habis lagi celebrate besday suami aku taw. Esoknya kami 3 beranak celebrate lagi. Itu next entry yo. :)

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers