Followers

Monday, 27 May 2013

Demam Dan Ekzema Lagi

Last 2 weeks, my Danial demam. Kali kedua dia demam. Kali pertama masa umur dia 2 bulan lebih. Aku fikir dia demam nak dapat akal baru atau demam nak berganti bulan barangkali. Start dedar hari Jumaat malam. Aku bagi ubat dia sejuk balik. But esok paginya aku nak pergi kerja tu tengok dia tak mcm selalu. Merengek je semua tak kena. Then aku gi kerja mcm biasa. Around 11 am, mak aku call bagitahu Danial demam n badan dia panas suhu tinggi.

Lama dia demam. Tapi anak aku jenis demam malam. Kalau malam je mmg menggila panasnya. Kalau siang tak berapa nak panas sangat dan boleh lagi main main. Isnin pagi tu aku pergi kerja jugak mcm biasa. Dekat office pun aku tak senang duduk mengenangkan Danial. Call mak but mak kata Danial ok dah nak main main nak ketawa bila di agah. Lega hati ni dengar.

Tapi mcm yang aku cakap, anak anak aku suka demam malam kan... Malam tu menggila lagi panasnya. Check suhu, 39.8 darjah celcius. Gile ko. Risau nak mati aku rase. Terus kelam kelibut pergi dapur bukak peti ais tengok ada tak ubat untuk masuk bontot tu. Ubat bontot tu guna hanya bila demam terlalu panas. Kesan lebih cepat. Kalau mcm kita org dewasa ni, kesannya mcm kena injection tu. *matik laaa kalau orang search keyword bontot masuk blog aku...ini bukan lucah ok*
Jap google gambar...

Ha ni la ubat bontot tu. Aku tak tahu kenapa dipanggil ubat bontot. Maybe sebab dimasukkan melalui bontot kot, tu pasal dipanggil ubat bontot kot. Nama ubat ni Vapor Supp.

Lepas masukkan ubat bontot tu aku jeram air dekat kepala dia, ketiak, tapak kaki semua. Aku mmg gelabah kalau suhu terlalu tinggi sebab baby kalau demam terlalu tinggi, boleh kena sawan ok. Mahu aku tak risau nak mati. Tidur pun tidur tidur ayam je. Aku monitor je suhu dia dan jeram air. Alhamdulillah pagi tu badan dia dah sejuk dah tak panas lagi dah. Baru lega hati aku ni.

Selasa tu pun aku pergi kerja mcm biasa. But aku dah perasan masa pagi tu ada naik sikit ruam ruam dekat keliling mata dia. Aku sapu ubat yang hospital bagi tu je lah kan. Tapi petang aku balik keje, ruam makin menggila ok. Ini tak boleh jadi. Esoknya Rabu aku terus call hospital tanya dan make appointment. Sepatutnya bulan 7 baru pergi lagi check but sebab ekzema menggila lagi, aku terus call. Ok, hospital suruh datang esoknya (Khamis). Terus laju laju isi form cuti. But half day leave je, petang masuk keje.

Jumpa doktor, then doktor tanya mcm mana boleh jadi makin worse? Ada pakaikan apa apa syampu, losyen @ bedak ke? Jawapan aku mudah je, dia baru baik demam then terus naik ruam ni semua. Aku katakan pada doktor tu, aku fikir maybe sebab ubat antibiotik demam tu. Sebab mase kakak Dhia dia dulu, masa umur 6-7 bulan, masuk wad sebab alergik antibiotik. Ade aku buat entry pasal Dhia masuk wad sebab alergik antibiotik. Klik SINI untuk bace.
Tapi doktor kata yang dia nampak, ruam ruam tu ruam ekzema dan bukan sebab alergik. Kalau ruam alergik lain sikit tak sama mcm ruam ekzema. Oh yeh? Kenapa aku tak tahu ni.. Aku sendiri tak dapat beza antara ruam ekzema dengan ruam alergik or else. Doktor kata mmg beza antara ruam ekzema, alergik dan ruam demam campak / chicken pox. Gosh, serius? I is selenga tak tahu pun ada perbezaan. T______T

But then doktor kata, budak ekzema ni kalau demam mmg boleh menjadi lah ruam dia tu. Oh begitu.. Doktor kata suhu badan panas, sebab tu ekzema naik semula jadi menggila. Ada kes mcm tu. Bukan sebab antibiotik katanya. Tapi andai kata dia ada ambik ubat dan ruam ekzema menjadi makin worse, cepat cepat datang ke hospital. Doktor kata lagi. datang cepat cepat TANPA perlu call terlebih dulu. Sebab Danial pun mmg dah ada rekod dekat sana kan, so its ok. Datang je dekat kaunter then just bagitahu ruam ekzema makin teruk, boleh je jumpa doktor. Bukan kalau ko pergi sane tak make appointment, dia halau ko balik. No no no, masih boleh jumpa doktor ok. :)
So doktor bagi next appointment on 11/7/2013. Pulang dengan membawa bekalan ubat ubatan lagi dari pihak hospital. Banyak dah stok ubat ekzema Danial dekat rumah tu, letak dalam almari susun cantik cantik. Hahahaaa

Lepas balik dari hospital tu, doktor ada bagi 1 jenis krim yang tak pernah Danial pakai. Nama krim tu u-closone. Krim tu untuk menggantikan hydrocortisone. Doktor bagi 1 tiub je pakai sampai habis. Lepas habis pakai, sambung balik pakai hydrocortisone. Oh ye, hydrocortisone tu aku gune kalau ruam ruam ada je. Kalau tak ada ruam, aku just apply aqueous krim je dekat Danial. Well aku dah sebut kan, hydrocortisone tu boleh menipiskan kulit kalau pakai dalam jangka masa panjang kan.
So, pakai krim tu, wahh mmg berkesan sangat! Pakai 1 hari dah nampak kesan dah, ruam semakin surut. Sukeee sangat mcm nk lelompat kegembiraan. Happy mcm dapat rantai emas. Gile ko tak happy tengok anak dah mula nak ketawa nak main main, tidur pun dah nyenyak takde nak garu garu lagi.

Ni krim tu.. Mmg best krim ni, cepat kesannya bila Danial pakai. 

Lepas 3 hari pakai krim ni, alhamdulillah ruam ekzema Danial 100% hilang dah. Tak habis pun pakai krim ni, masih berbaki lagi setengah tiub. Aku simpan elok elok mana tahu kalau ruam ekzema dia naik lagi, boleh sapu je terus dengan krim ni. :)

Mase dia demam tu mmg dugaan buat aku lah kan. Tidur tak cukup, asek merengek je. Dah baik demam, jadi pulak ekzema dia tu. Mmg tak selesalah dia. Rumah aku dah lah berbahang, mmg mase ekzema dia naik tu, aku bogelkan je dia bagi selesa. Ekzema ni rasa merenyam n gatal ok. Lebih lebih lagi bila kena peluh. Mmg dah pasang niat nak pasang aircond pun. At least, bagi ruang udara dalam rumah tu sejuk sikit. Kalau tak, malam malam aku tidur, bangun nak kencing pukul 2-3 pagi, kompem basah bantal basah baju aku dengan peluh. Rumah batu mmg bahang. Paling suka kalau balik tidur rumah mak, rumah depan mak rumah papan, mmg syok habis malam malam tidur tak payah pasang kipas. Tapi kalau siang, laju laju lari duduk dapur tidur atas mozek. Haha






Gambar gambar ni masa dia baru je baik demam dan ekzema tengah worse. Kesian kan tengok? Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pity my baby. :'(
Muka dia mcm berminyak tu sebab aku sapukan aqueous krim.

But now dia dah ok, kulit dah cantik dah. Mmg aku tak putus putus apply aqueous krim dekat kulit dia lepas mandi. Kesian dia kalau ruam ekzema naik menggila. Aku tak kisah kalau aku tak cukup tidur ke ape ke masa jaga dia, cuma aku tak sanggup tengok my Danial epok epok rase terseksa sebab gatal gatal dan tak selesa.

So skrg ni aku mmg monitor dia. Kalau nampak ruam ruam sikit je cepat cepat aku sapu u-closone tu. Takut ok... (-__-')

3 comments:

aanie said...

anak sy dulu pun kena ekzema teruk....kesian je tgk....skrg dah ok...x naik ruam-ruam dah tp still duk gatal2 lagi bila berpeluh...

Lynda Che Lah said...

Ala..kesiannya tgk..semoga cepat sembuh..budak mmg cepat berpeluh even tidur malam kan..

Cadangan said...

U closone tu adlh steroid yg agak kuat.....harap next time tlg bermula dgn yg mild sket mcm betnovate.....sbb lama kelamaan kulitnya xkn bole tolerate lg dgn u closone dan eczema akan jd lebih teruk n mybe pasni awk akan gunakan cloderm..then up lg daivonex n last daivobet...as u can see tinggal berapa peringkat shaja lg dia tinggal.......dia masih baby...so harap puan pertimbangkan

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers