Followers

Wednesday, May 8, 2013

Resepi Untuk Baby 6 Bulan Ke Atas

Selain dari bubur dan puree, kita boleh mempelbagaikan lagi pilihan makanan untuk baby kita. Aku sekarang mmg bagi bubur sayur (lobak, bayam, sawi) untuk Danial. Puree aku belum bagi lagi sebab aku pun tak tahu. Hahahah ngek! Tapi mmg nak bagi. Mesti dia suka. Eh Danial tu ko bagi apa pun dia suka ok. Nampak orang lain makan pun mulut dia yang dok kemam kemam geram. Kadang kadang kalau aku makan keropok ke jajan ke, aku kunyahkan sikit bagi dia rasa. 

Dulu Dhia kurang suka makan. Alaa sampai skrg pun dia susah makan. Kadang kadang (tapi selalunya laaa) mmg aku akan paksa dia makan. Lepas tu aku ugut dia, kalau tak nak makan tak boleh makan aiskrim / jajan / gula gula / pergi jalan. Nanti dia takut, dia makanlah. Tapi sikit jeeeeee. Jadi laaaa masuk perut, jadi daging.

Disebabkan Danial suka makan, aku pun rajin menggoogle resepi makanan untuk dia. InshaAllah bila hujung minggu / tak kerja, boleh ibu buat untuk awak..

Resepi 1 : Sayur Kukus

Bahan-bahan:
60g (1/2 cawan) lobak merah
Air yang secukupnya untuk mengukus

Cara memasak:
1. Masukkan lobak merah ke dalam pengukus atau set penapis dan letakkan di atas air mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga lembut.
2. Masukkan lobak merah dikukus tadi ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang secukupnya. Lenyek lobak merah sehingga menjadi puri.

Cadangan
1. Hidangkan dengan bubur nasi atau susu ibu sebelum hidang.
2. Lobak merah juga boleh digantikan dengan bayam, labu atau daun sawi.
3. Puri sayur-sayuran boleh dimasukkan ke dalam sup sayur-sayuran.


Resepi 2 : Stew Buah-buahan

Bahan-bahan:
100g (1 biji) epal merah, dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz sederhana
250 ml (1 cawan) air.

Cara memasak:
1. Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
2. Masukkan buah epal ke dalam periuk.Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut.
3. Lenyek epal dengan menggunakan garfu sehingga menjadi puri.

Cadangan
1. Hidangkan bersama susu ibu.
2. Buah epal boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti tembikai susu ataupun buah pir.


Resepi 3 : Ikan Dengan Sayuran

Bahan-bahan:
60g (1/4 cawan) kepingan ikan, dikukus
12g (1 sudu makan) kacang pis, dibuang kulit dan dimasak
10g (1 sudu makan) lobak merah, dipotong kecil dan dimasak
15g (1 sudu makan) ubi keledek, dipotong kecil dan dimasak
60ml (4 sudu makan) susu ibu

Cara memasak

1. Masukkan semua bahan (kecuali susu ibu) ke dalam mesin pengisar dan lenyek sehingga menjadi puri.
2. Masukkan susu ibu atau stok buatan sendiri dan kacau sebelum menghidang bersama bubur nasi.


Senang je kan? Bahan bahan pun mudah didapati dekat kedai. Aku perlu cuba resepi resepi ni. Makin bulatlah my Danial. :)

1 comment:

Deqna said...

nice.. nak buat tuk inara lah.. tq for sharing

Dhia Fitriah

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers