Adik dia si Danial ni pun sama jugak ngences. Lebih teruk dari kakak dia dulu. Sampai basah basah baju dek kerana air liur dia tu. Orang orang tua cakap, ngences ni disebabkan oleh si ibu yang tak dapat merasa makanan yang dia mengidam masa mengandung. Tapi setahu aku, sepanjang mengandungkan Danial, aku tak pernah nak mengidam makan apa apa. Biasa je masa mengandungkan dia. Masa kakak dia dulu ye, aku mengidam mcm mcm. Aku pun tak tahu apa sebab terjadinya ngences tu.
Petua orang orang tua jugak, kalau nak hilangkan ngences tu, ambik sikit makanan yang ibu mengidam masa mengandung dan tak dapat makan tu bagi pada baby tu. Tapi masalah skrg ni, aku tak mengidam apa apa masa mengandung, jadinya mcm mana nak buat petua ni kan?
So aku pun tak pasti kenapa Danial boleh ngences begini. Penat aih nak lap air liur dia tu je. Kalau sapu tangan kecik tu, boleh basah habis ok dengan air liur dia. Aku pasang bip, dia tarik tarik jerit jerit merimas. Air liur ni bukan macam air biasa, kalau kena kat baju, boleh bertahi lalat. Tu yang tak suka tu.
Nampak tak air liur dia tu meleleh leleh? Alahai tak tahu mcm mana nak bagi stop dari meleleh.
So, korang ada petua tak atau pun tahu tak apa punca baby mengences ni? Meh share meh....
No comments:
Post a Comment