Followers

Friday, 17 May 2013

Danial Dan Ekzema

Dah lama nak menulis tentang ekzema my Danial. Tapi asek bertangguh, Jadi marilah hari ini kita melaksanakan misi itu. *misi sangattttt*

Sebelum itu, entry ini agak panjang tanpa gambar. Harap sabar membacanya.. 

My Danial start kena ekzema masa umur dia lebih kurang 5 bulan. Mula mula tak tahu pun sebenarnya dia kena ekzema dan jujur aku katakan, sebelum ni aku zero knowledge tentang ekzema. Bermula dengan ruam ruam dekat belakang badan dia, makin lama makin membiak dengan sangat banyak. Selain ruam merah merah, kulit dia pun jadi mcm kering. Very dry... Bukan dekat semua tempat tapi dekat depan siku, pergelangan tangan, lutut dan belakang lutut. Pity my baby. T_________T


Aku yang tak tahu apa apa, just bubuh losyen untuk kurangkan masalah kulit kering dia tu dan untuk ruam tu aku just sapu krim sebamed. Sebab aku fikir itu adalah ruam peluh malam ataupun ruam yang biasa sangat dialami oleh seorang baby. Lagi sekali, pity my baby...
Tapi kekeringan kulit dia tu sama je tak berubah, manakala ruam ruam dia jadi makin tebal. Ruam ekzema ni bukan mcm ruam biasa, dia mcm bertompok tompok dekat satu satu tempat. Then dia mcm berbiji sikit.

Bila mana ruam dan kulit kering dia tu masih sama je tak beza malah makin teruk, aku pun suggest pada hubby untuk bawak my Danial pergi check dekat klinik. Mula mula pergi dekat klinik yang dekat dengan rumah je sebab just nak tengok apa kata doktor kan. So doktor kata ruam biasa, baby berpeluh sebab tu jadi ruam. Doktor just bagi ubat sapu untuk gatal dan ubat minum alahan gatal. But after 1 week aku bagi ubat pun tak baik baik jugak, aku ajak hubby jumpa pakar. Jauh sikit takpe janji puas hati. Sebab klinik yang berdekatan dengan rumah aku semuanya pun main cincai cincai je. Checknya ala kadar nak tak nak je tengok gaya tapi cajnya mahal. Sometime aku terfikir, doktor bukak klinik ni bertauliah ke tidak. Ubat ubatan dia pun tak berkesan langsung. Kalau berkesan pun, mengambil jangka masa yang lama berbanding ubatan klinik lain. Daripada buang masa buang duit pada benda yang tak memuaskan hati kita, lebih baik kita pergi ke klinik pakar yang jauh dari rumah tapi berbaloi baloi sebab makan ubat 2-3 kali terus baik. *kenyit mata sikit kat klinik tu*

Dekat klinik pakar tu, doktor suruh aku baringkan Danial n bukak semua baju Danial kecuali pempes dia.. Hikhik.. Yang ni aku suka.. Sebab mcm ni lah baru betul, ko bukak semua baju dan lihat sendiri mcm mana keadaan ruam dia tu. Klinik first yang aku pergi tu just tengok sikit2 je singkap baju Danial, takde pun suruh baringkan Danial n bukak baju dia semua. Lepas tu tanya dekat kita mana lagi ada ruam tu, bila kita cakap dekat sini dekat situ, bukan dia nak tengok pun, dia angguk angguk kepala je dan lepas tu cakap "mummy dont worry, sometime baby mmg mcm ni, kulit baby mmg sensitip, kalau dia panas n berpeluh kuat mmg akan timbul ruam ruam ni, saye bg ubat sapu n ubat minum untuk alahan gatal nanti dia akan ok". Ok pe benda jadahnya. *amarah sungguh bila kukenang kembali*

Doktor pakar kata, ni namanya ekzema. Seriously, aku tak tahu pun apa tu ekzema. Yes, pernah dengar but tak tahu mcm mana rupa ekzema tu. Gile bongok je aku boleh tanya doktor tu "ekzema? ape benda menatang ekzema tu doc?". Mesti doktor tu gelakkan aku dalam hati. Hahahaha

Lepas tu doktor pun terangkanlah dekat aku yang bingai ni apa itu ekzema. Panjang lebar ok dia jelaskan. Ohhh aku sukeeee sangat sama itu doktor.. Lebiu doktor Azlina.. Muahmuah!
Alhamdulillah Danial punya ekzema ni bukan under ekzema yang kronik. My Danial under atopic ekzema. Sebab kalau ekzema yang kronik, kulit akan jadi very very very dry, bersisik dan berair. Bila jadi mcm tu boleh menyebabkan luka dekat kulit. Sebab tu penghidap ekzema kena sapu pelembap sentiasa. Sapu tebal tebal takpe sebab mmg bagus nak bagi kelembapan pada kulit. Bila kulit kering, peratusan ekzema timbul adalah sangat tinggi. So kena sentiasa pastikan sapu pelembap pada kulit untuk mengekalkan kelembapan.

Peratusan pesakit ekzema untuk sembuh ni jugak depends pada pesakit. Ada yang mencapai umur 1 tahun akan beransur pulih. Adakalanya umur 6 tahun baru ok. Tapi ada jugak yang berkekalan hingga dewasa. But aku berdoa supaya pergilah kau ekzema dari anakku. Kesian tak sanggup tengok bila dia resah tak selesa.

Punca terjadinya ekzema ni masih lagi belum dikenalpasti. Tapi doktor kata faktor keturunan ada jugak. Sebab tu masa doktor check tu, doktor tanya ada tak ahli keluarga yang ada masalah ekzema atau asthma? Ekzema takde, tapi asthma ada. Anak saudara aku sebelah suami ada sakit asthma. Baru ku tahu asthma dengan ekzema ni ada bersangkut paut. Gile zero knowledge... T__________T
Selain tu faktor persekitaran pun sama jugak boleh jadi penyebabnya. Mcm asap rokok ke, habuk ke, debu ke, alergik sabun ke, atau cuaca yang panas melampau. Sebab tu kena sapu pelembap sentiasa kalau cuaca panas ye, takut kulit menjadi kering. Bila dah kering, tu yang senang ruam naik. 

Mase jumpa dengan doktor, aku tanya jugak apa sebab terjadinya ekzema ni. Apa puncanya. Then mcm mana cara nak merawatnya. Mula mula doktor syak Danial alergik susu lembu. Mungkin sistem tubuh dia tak sesuai dengan protein susu lembu. Doktor sarankan aku tukarkan susu dia kepada susu soya. Aku tak tangguh lama, terus aku beli susu soya isomil. Tapi dah habis 2 tin pun sama je ekzema masih ada. Bila aku dah tak tahu alternatif lain, aku tanya kawan kawan aku. Ada yang suruh aku refer pakar kulit dekat Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Tapi aku tak boleh terus ke sana tanpa apa apa surat rujukan. Ye, itu prosedur hospital. So aku jumpa dulu dengan doktor kat klinik kesihatan then barulah doktor bagi surat rujukan ke hospital. 

Bila dah dapat date rujukan ke hospital, pergi sana daftar then tak lama dipanggil masuk. Ok dekat hospital ni pun doktor tanya banyak soalan. Dia tanya Danial mandi pakai sabun apa, cuci baju dia mcm mana ada campur dengan parents punya baju ke tak. Lagi dia tanya tempat tidur ada cuci tak every week, ada sejarah penyakit ekzema / asthma ke tidak dalam keluarga. Semua aku jawab dengan pantas. Then doktor tengok dekat pelipat siku n lutut semua. Doktor ambik jari dia usap usap atas kulit my Danial. Dia cakap Danial dalam kategori atopic ekzema yang mana tak dalam kategori yang teruk lagi. Kalau ekzema yang teruk, ruam dia lebih tebal, then kulit sangat kering dan terkopek kopek + berdarah sebab terlalu kering kan. Takut aku dengar weh. 

Sekarang ni aku mmg 100% pakaikan ubatan hospital kat dia, Aku tak berani lagi nak pakaikan mandian ke bedak ke lotion yang ada kat pasaran. Doktor ada kata, ada sesetengah brand je yang boleh digunakan penghidap ekzema ni contoh physiogel, cetaphil. Sebamed pun doktor tak galakkan sangat sebab tak semua baby ekzema sesuai pakai sebamed. Baby ekzema tak boleh pakai mandian atau lotion atau bedak yang mengandungi fragrance.

Kalau baby ekzema ni, dia tak boleh panas sangat tak boleh berpeluh sangat. So kena pastikan baby pakai pakaian yang serap peluh mcm kain cotton. Lepas tu kalau cuaca panas mcm skrg ni, ko pakaikan lah dia baju singlet je atau baju yang lubang lubang tu kan. Lain lah kalau rumah ko ada aircond. Danial pun sama kalau malam malam tidur pun boleh berpeluh peluh padahal kita berselimut. Kalau tidur malam tu mmg aku rajin sapu air dekat kepala dia, bagi sejuk sikit. Tempat tidur dia pun aku mmg seminggu sekali cuci. Baju dia pun aku mmg asingkan cuci dengan baju kami ni. 

Masa mandikan dia pulak, kalau boleh, elakkan mandi menggunakan air panas. Kalau mmg anak korang tak boleh mandi air paip / air sejuk, ko letak air panas sikit je lah sebab baby ekzema ni kalau mandi guna air suam ke air panas ke lagi naik ruam merah merah dia. Sebab tu lebih elok mandikan je pakai air paip. Nasib baik Danial ok je mandi air paip. Dia lagi suka mandi air paip sebab sejuk kan. Dah lah dia kuat berpeluh, bila mandi air paip, segarlah sikit badan dia tu kan. Lepas mandi pulak jangan rub kulit dia guna towel. Just tap tap je taw. Lepas tu baru pakaikan krim n pelembap. 

Ni je yang mampu aku kongsikan untuk mereka yang anak / baby mereka punya masalah ekzema sama mcm aku jugak. Walaupun tak banyak mana mampu aku kongsikan, harap dapat membantu. Cuma perlu ingat, kena make sure kulit baby ekzema ni sentiasa lembap. So kena rajin sapu moisturizer. Alhamdulillah now ekzema Danial dah kurang dah dan aku tak putus putus sapu lotion dan pelembap dekat kulit dia. Next entry aku kongsikan ubat ubatan Danial yang dibekalkan hospital. Aku tak mampu nak menaip lagi.. T_______T

1 comment:

Deqna said...

siannya baby...

so sekarang eczema danial macam mana? dah pulih sepenuhnya tak?

Marissa pulak sekarang dah besar ni barulah nak kuar ruam kat leher.. akak syak sbb dia kuat berpeluh pastu tak diikatkan rambut.. tu yg akak kerat rambut dia tuh..

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers