Anak sedara aku (anak abang aku), umur 2 tahun dah pandai cakap, sikit pun tak pelat. Kalau ko dengar dia bercakap, ko pun tak percaya umur dia baru 2 tahun mase tu. Sekarang dah besar sikit, bulan ni masuk tahun ke-3 umur dia. Lagilah petah sekarang ni. Mcm mak jemah mulut dia tu, ngomel aje. Kalau dia datang rumah mak aku, aku mcm nk cubit cubit je sebab dah lah comel, suara halus, cakap pun tak pelat.
Mcm anak aku si Dhia ni, dia jenis malas sikit. Kalau aku ajar dia something like ABC, alifbata or simple word, dia malas nak follow sama apa yang aku ajarkan. Tapi kalau menyanyi ke menari ke, laju pulak dia nak follow sama kan. *perangai sape laaa ni* T______T
Aku dah pun google tips untuk kita ajar anak bercakap. Boleh aku terapkan nanti untuk my puteri putera.
*********************************************************************
Bercakaplah Dengannya
Bayi anda amat sensitif dengan segala deria yang dipunyainya termasuklah pendengaran. Apa sahaja yang didengar akan dirakan dan ditafsir kemudian. Mereka perlu merakam sebanyak mungkin ungkapan perkataan untuk disebut mungkin 2-3 bulan akan datang. *sebab tu seorang ibu dah mcm org gila berbual dengan baby.. haha*
Bertanya Soalan Mudah
"Adik nak pakai baju merah atau biru?"
Situasi ini bagi yang tidak biasa memang nampak janggal terutama apabila anda bercakap dengan bayi. Tapi percayalah yang dia sedang belajar apa itu baj, apa itu merah dan apa itu biru, Soalan ini tidak tertakluk hanya pada warna tetapi juga pemilihan lain seperti panjang-pendek, zirafah-gajah, dan sebagainya.
Gunakan Bahasa Bukan Perkataan
Bahasa bukan perkataan yang dimaksudkan adalah memek muka dan gerak tubuh. Bahasa ini boleh dianggap universal kerana semua bayi tanpa mengira benua atau bangsa boleh memahaminya. Zahirkan bahasa tersebut untuk menunjukkan rasa marah, terkejut, gembira, lega, marah atau teruja.
Membalas Percakapan
Sekiranya bayi anda bercakap dengan bahasanya, jangan lupa untuk membalas. Gunakan imaginasi anda untuk "buat buat faham" pertuturan bayi tersebut. Lebih elok jika anda dapat membalas dengan sesuatu yang akan merangsangnya untuk lebih bercakap.
Sebagai contoh :
- "Oh iye ke, habis tu adik nangis tak?"
- "Kat sana tu panaslah. Kita duduk sini je lah, ok tak?"
- Ini nama dia Boboiboy. Boboiboy nak pinjam baju adik boleh tak?"
Jangan Menggunakan Bahasa Pelat
Kita merasakan ianya sesuatu yang lucu apabila mendengar "goo goo gaa gaa....: dari pertuturan bayi lalu membalasnya juga dengan bahasa yang sama. Ketahuilaj bahawa bayi anda telah belajar sesuatu yang tidak dapat membantunya langsung di masa hadapan. Perkataan seperti "mamam","nenen" dan "babam" juga hanya menambah beban pembelajarannya apabila perlu memproses apakah itu "makan","susu", dan "tidur".
Tambahan : Penggunaan perkataan yang betul akan meningkatkan kualiti perbendaharaan kata bayi dan juga pemahamannya terhadap sesuatu perkara.
Senaman Mulut
Tunjukkan pada bayi anda pergerakkan yang boleh dilakukan dengan mulut seperti menyengetkan bibir, mengeluarkan lidah dan apa sahaja yang boleh dilakukan dengan mulut asalkan ianya senonoh dan galakkan ianya ditiru. Amalan ini akan membantu bayi memahami bagaimana menggerakkan bahagian bahagian mulutnya sendiri untuk susulan. *jangan pulak ko ajar anak ko gaya duck face mulut muncung muncung tu*
Menyanyi
Nyanyian yang menggembirakan akan merangsang bayi untuk bercakap dengan betul walaupun masih tidak memahami maksud perkataan yang disebut. Pernahkah anda bangun tidur dan secara tiba tiba terdapat lagu yang terngiang ngiang dan anda pun akan menyanyi secara kuat? Begitu juag dengan bayi anda.
********************************************************************
Nampak tak yang jangan mengajar anak guna bahasa pelat? Oh my! Itu aku lah tu! No wonderlah anak aku pun lambat nak petah bercakap. Sebab konon rase comel bila cakap pelat dengan anak.
"Holoh holoh omey omey ie niii... Ace nak mamam mamam jewww pp ie tuuu" *kan comel kan kan?? dushhh!!*
Baiklahhh.. Skrg no bahasa bahasa pelat lagi. Adios!
No comments:
Post a Comment