Followers

Tuesday, 14 May 2013

7 Bulan

Semalam genap usia my Danial 7 bulan.

Alhamdulillah membesar dengan sihat. Hari Sabtu lepas dia demam. Demam nak dapat akal baru atau beralih bulan barangkali. Ini orang orang tua lah yang kata. Kalau dah dekat tarikh dia nak masuk bulan baru dan baby tu demam, mungkin dia nak beralih bulan (tukar bulan) ataupun nak menambah akal baru.

Kali kedua dia demam. First time masa dia berumur 2 bulan lebih. Lama dah, bulan 12/2012. Tapi masa first time dia demam tu, dia ok je tak merengek tak apa. Demam kali kedua ni merengek je dia. Nak berdukung je tak nak letak bawah pun. Tidur pun mulut bising tak selesa ke sakit ke tak tahulah. Mcm kita kalau demam kan rasa tak sedap badan. Dah dihantar urut pun. Semua badan dia sakit. Mahu tak sakit, melasak sangat ok. Ko letak dia dekat atas tilam, nanti ko leka sekejap, dia dah ada kat atas lantai. Itu takpe lagi lah kan, cuma aku geram dia gi jilat jilat lantai tu. Pppfffttttt mungkin juga lantai rumah aku ada rasa coklat... *barangkali*

Genap usianya 7 bulan ni, dah banyak dah perkembangan dia.
Dah pandai naik walker. Aku dah start naikkan dia mase umur dia 6 bulan lebih. Alhamdulillah dia ok je. Lagipun tengok dia duduk dalam tu pun tegak tak senget ke apa. Sekarang dah pandai kayuh dah kaki tu. Baru pandai kayuh sikit sikit, dah pandai mengemas dah. Hari tu gi tarik alas meja kecik. Pergi dekat buai dia, tarik tarik buai tu.

Pandai melompat lompat bila ko pegang dia.
Ini mmg stress kalau ko seorang yang lemah anggota badan. Aku mmg tak sanggup nak pegang dia lama lama sebab dia suka melompat. Ko dukung dia mengadap muka ke muka ko mmg dia lempang lempang muke ko. Tak bujang ok gaya dukung mcm tu. Dia nak ko dukung dia muka pandang depan. Tapi kaki dan tangan dia tak diam. Asek nak berkayuh. Mak ko ni sudahlah kering, ko buat mcm tu, semakin keding kontang mak ko ni nak..

Tangan pandai nak tarik itu ini.
Yang ni sangat laju ok. Mcm aku kan pakai cermin mata, nanti aku nak cium dia, laju laju dia gi tarik cermin mata aku. Banyak kali dah mcm tu. Sekarang ibu dia dah pandai dah, nak cium dia je, aku bukak cermin mata aku. Tapi dia lagi pandai... Tak dapat tarik cermin mata, dia tarik rambut / telinga aku. Bagus nak... Pembuli mak ko sangat sangat macam bapak ko... *keturunan*

Dah tumbuh 2 batang gigi.
Cepat gigi dia tumbuh. Sebab mase akak dia dulu, umur 11 bulan baru tumbuh. Adik dia ni umur baru 6 bulan dah tumbuh gigi dah. Tapi ramai yang kata, normal je sebab ada yang umur 3, 4 bulan dah tumbuh. Setakat ni mmg nampak 2 batang je gigi bawah dia. Lain lain belum lagi.

Dah makan dah.
Dia suka sangat makan. Paling suka bubur nasilah kan. Tapi aku pelbagaikan. Kalau hari ni bubuh lobak, esok bayam, lusa brokoli, tulat labu, lepas tu sawi, lepas tu ayam... Begitu.. Barulah dia tak rasa bosan menu yang sama je kan. Puree buah dia tak suka. Dia lebih prefer bubur nasi. *tekak orang kampung mmg begini, like mader like son*
Selain tu aku bagi dia makan biskut heinz tu. Dia suka yang perisa sayuran. Dia sekarang pantang nampak orang makan, dia punya mulut tu mcm terliur. So skrg kalau aku makan something yang dia tak boleh makan, aku kena bagi dia pegang biskut heinz tu. Baru tenang aku nak makan. *dasarrrrr*

Semakin kuat menyusu.
Kalau packaging yang 1kg tu, tak sampai 2 minggu pun. Kadang kadang ngam ngam je 1 minggu. Kuat sangat menyusu. Biasalah, baby boy kan, mmg kuatlah menyusu. Dibandingkan dengan kakak dia, mmg jauh bezanya.

Tidur melasak.
Yang ni ikut perangai bapak dia. *yang buruk buruk bagi kat bapak dia jeee*
Kalau tidur, kaki tangan dia semua jalan. Kaki hinggap kat muke tu dah biase sangat dah. Takpe nak, ibu dah biasa dah, sejak kakak kamu lagi mmg begini.. Posisi tidur yang paling dia suke, mengiring ke kanan.

Suka sangat mandi.
Kalau mandi tu suka tepuk tepuk air lepas tu percik percik kat muka dia, mmg dia suka. Sampai basah baju ibu dia ni kalau mandikan dia. Lagi 1 kan, dia skrg ni tak kesah mandi air suam ke air paip ke. Ok je dia. Lagi dia suka dapat mandi air sejuk. Maklumlah cuaca skrg kan panas bahang yang amat.

Ape lagi yep?
Yang pasti, banyak dah perkembangan dia. Semakin membesar bagaikan juara. Badan jangan cakap, semakin membulat. Mane tak bulat, makan kuat, susu kuat, tidur pun kuat. Dia demam ni pun kuat makan kuat menyusu. Bagus anak ibu, takdelah badan susut bila demam.

Penutup entry disajikan dengan gambar ini budak....



No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers