Followers

Tuesday, 21 May 2013

Pantang Larang Bagi Bayi Dan Kanak-Kanak

Terdapat beberapa pantang larang bagi bayi dan kanak-kanak yang diamalkan oleh masyarakat Melayu yang masih berpegang pada adat. Di antara pantang larang yang berkaitan dengan bayi dan kanak-kanak adalah seperti berikut:

1. Bayi tidak boleh dicium sewaktu tidur, terutama pada ubun-ubun juga pada pusatnya. Ini dikatakan akan memendekkan umurnya.

2. Tapak tangan bayi juga tidak boleh dicium. Ini dikatakan akan menyebabkannya apabila besar nanti suka meminta-minta pada orang lain.

3. Bayi tidak boleh didukung atas bahu kerana dikatakan apabila besar akan melawan cakap ibu bapa.

4. Sisa makanan bayi tidak boleh dimakan oleh ibu atau bapa kerana dipercayai anak itu akan melawan cakap tua/ibu bapanya.

5. Rambut bayi tidak boleh disikat, nanti giginya tumbuh jarang.

6. Dilarang memicit mulut bayi, nanti bayi tidak mahu makan.

7. Kain lampin bayi juga tidak boleh direndam, nanti perut bayi menjadi kembung.

8. Kain lampin bayi juga tidak boleh diperah selepas dibasuh, nanti bayi kerap menggeliat.

9. Bayi tidak boleh diletak atas lutut, nanti bayi mendapat sakit perut.

10. Kepala bayi tidak boleh dilangkah kerana dipercayai malaikat sedang mengawasinya.

Wallahualam ...


* Copy dari facebook *

Selalu dengar pantang larang mcm ni tapi tak tahu kesahihannya. Kebanyakkannya dari orang orang tua zaman dulu.. 

Yang selalu aku dengar yang nombor 2,4,5,7 & 8.. Yang lain lain tak pernah pulak aku dengar.. 

Orang melayu kan mmg banyak pantang larangnya.. :)

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers