Sekarang ni aku mmg 100% guna ubatan hospital untuk Danial. Dari mandian sampailah ke krim / losyen dia. Sebab awal awal lagi doktor dari klinik dan hospital cakap, sesetengah baby tak sesuai pakai produk mandian / bedak / losyen yang ada di pasaran. Terutamanya yang mengandungi fragrance. Sebab tu lah losyen / syampu untuk baby alergik ni tak berbau sebab mmg 100% free fragrance.
CETRIMIDE Ini untuk buat mcm syampu kat bahagian kepala. Letak sikit kat tapak tangan lepas tu gosok gosok atas kepala Danial nanti dia akan berbuih sikit tapi bukan buih mcm sabun tu. |
POTTASIUM PERMANGANATE Ini untuk mandian badan. Bubuh 3 penutup penuh dalam air mandian Danial. Air akan jadi warna pepel. Lepas tu mandikan mcm biasa gosok gosok sikit dekat skin dia. |
HYDROCORTISONE Ni krim untuk gatal gatal. Lepas mandi aku sapukan Danial dengan krim ni. Krim ni sapu nipis nipis dekat atas kulit jangan tebal tebal dan tak boleh disapu terlalu kerap. 1 hari sapu 2 kali sahaja lepas mandi. Krim ni kena sapu nipis dan tak boleh kerap sapu dekat kulit sebab mengandungi steroid. Bahayanya steroid sebab boleh menipiskan kulit. |
Ni stok ubat yang aku dapat last month tapi last week pergi, dapat lagi stok. Banyak dah ubat dia dalam almari tu.. |
Ezerra ni pun sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif atau punya ekzema. |
Bila konsisten pakai ubat hospital, mmg kulit Danial cantik. Now pun kulit dia dah cantik cuma kering kering tu masih ada lah. Once kulit kering, sapu pelembap banyak banyak dan berulang kali ok. Kalau rumah beraircond, kena lebih banyak sapu pelembap tu sebab aircond kan mengeringkan kulit kan.
Kalau ekzema jenis kulit kering dan berkuping, biasanya doktor akan bagi paraffin untuk cuci. Itu untuk ekzema yang kering. Macam Danial ni kulit dia tak kering sangat, so doktor tak bekalkan paraffin pun. Tapi dalam krim aqueous tadi dah terkandung dah paraffin.
Lagi satu perlu ingat je, ekzema tak boleh pakai bahan yang mengandungi fragrance.
Ok dah tu je nak kongsi. :)
No comments:
Post a Comment