Followers

Thursday, 9 May 2013

Dhia Dan Danial ~ Double D

Gambar gambar ni aku dah publish dekat fb. Aku takde twitter. Eh ada tapi dah lama tak jenguk masuk. Instagram pun aku ada tapi kan, sadis gile, aku boleh lupe password. Bangang + bengang je aku rase.

Bagus pulak dua beradik ni masa aku nak tangkap gambar diorang berdua sama sama. Memberi kerjasama. Bagus anak anak ibu sayang.

Mule mule nak ambik gambar ayah mereka sekali. Tapi menjual mahal mengalahkan artis. Huh! Bukan main susah nak ambik gambar sama sama atau ambik gambar dia. Kalau ambik gambar pun muka dia ketat bkn main lagi tak senyum tak apa. Kadang kadang tak pandang kamera. Eh bukan kadang kadang, tapi selaluuuuuuuuu. Dulu mase bercinta mase bertunang ok je senyum manjang siap offer nak ambik gambar lagi siap dia yang tekan button capture tu kan. Now?? Fuhhh bersilat nak mujuk dia ambik gambar sama sama. Hetchuuu but i lebiu *buwekkkkkkkkkk*

Taknak ambik gambar takpelah ayahnya, ambiklah gambar ibu ni ha..

Nak buat apa?
Saje je dah lama tak bergambar..
Tak payah, takde sapa nak tengok pun.
Sentap abes aku dengar *bergenang airmata*

Takmo bergambar takmo tangkap gambar kite sudah.. Kite ambik je gambar anak anak kite 2 orang ni. Yelah takpe biar mak bapak dia tak glemer takpe, kasi can anak anak. *mcm la blog ko glemer sgt*


Ready? Jom tengok gambar aksi 2 beradik ni yang buat hati ibu cair melihat kemesraan mereka...




Holoh holoh suweet sangat. Nampak sifat penyanyang pada kakak Dhia kan? Ye dia mmg penyayang. Sayang sangat dekat adik dia. Kalau adik dia nangis, dia tengah tengok tv ke tengah makan ke, cepat cepat lari gi dekat adik dia lepas tu pujuk. Ayat memujuk dia aku dah hafal dah "Sssyyhhh diam diam akak ade ni"
Tapi kelako ko tahu.. Lepas dia dah tepuk tepuk adik dia suruh diam, terus lari semula sambung balik pergi tengok tv / makan. Lepas tu datang lagi pujuk lagi, pastu blah lagi. Ade le dalam 4-5 kali dia buat. Funny!

Tapi, Dhia ni walaupun penyayang tapi malas jaga adik dia. Geram je aku ni. Nanti kita suruh main dengan adik kejap kita nak gi dapur kejap, sedar sedar dia dah ada kat tepi kaki kita jugak kat dapur. Dah dengar adik dia menjerit jerit sebab tak nampak kelibat orang kat sekeliling dia. Haiii kakak kakak...


Sudah besar anak anak ibu. Sorang nak masuk 3 years September nanti, sorang lagi 1 year Oktober nanti. Ayahnya menginjak 26 tahun November nanti.. Bagus bersusun anak beranak bulan 9,10,11. Ibu ko je yang tercampak jauh sikit, Febuari. Tapi fedulik haperrr ibu, celebrate je together gether.



Eh tibe tibe je bapak dia ada interprem sekali dekat tepi tu. :p

Danial skrg dah pandai dah bila masukkan dalam walker ni. Pandailah dia ke depan ke belakang. Tapi dia lebih suka melompat. Dalam walker bukan boleh lompat pun, menjerit jerit lah dia kalau tak dapat lompat. Jumperoo? Ayah dia say NO NO NO.
Mase Dhia dulu takde melompat lompat ni. Tibe adik dia, amek kaw. Rasain loooooooo
Keluar dah segala muscle muscle dekat tangan aku. Baru stylo *haktuih*



Kenapa kakak over sampai begitu sekali? 

Walker kakak tapi diturunkan pakai kepada adik. Dan mungkin untuk adik adik seterusnya. Barulah jimat bajet. Muahaha!
Walker ni Dhia pakai tak lama pun sebab lepas dia dapat kaki, dah tak pandang dah walker. Eksen kan main lagi. Lepas tu aku simpan elok elok dalam bilik. Cume kecewa tak dapat nak bukak kat kerusi dia tu nak cuci. Kotor dah situ. Warna kuning hijau mmg nampak sangat kalau kotor. T___________T

Dah aku tak tahu nak taip apa lagi. Bye!

1 comment:

mama ila said...

comel sungguh Dhia dan danial..

salam kenal yer..ila follow sini =)

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers