Followers

Thursday, 21 April 2011

Kisah Dhia Admit Wad (Part II)

.::Sambungan dari Dhia admit wad (Part 1)::.

Rabu 6/4/2011, ruam mula tumbuh kat muka dan 1 badan.. Kat telapak tangan telapak kaki pon ade.. Dhia pon asek merengek je.. Semua tak kena.. Dia nk kita dukung dia je.. Selama seminggu jugak aku tak masak.. Makan kat rumah mak mertua je.. Mujur mak mertua memahami.. Demam dah kebah tapi bintik2 merah makin menjadi2 bila petang.. Masa tidur, dia merengek2 jugak tapi refuse susu.. Kita paksa2 pun tetap lah dia menolak..


Khamis 7/4/2011, Dhia langsung refuse susu n makan since malam semalam.. Hati sgt2 risau sbb setitik air pun tak masuk dalam perut dia.. Tengahari call ayah dia pesan balik n hantar ke hospital.. Ikutkan hati aku tak nak hantar hospital sbb dia cuma bintik2 je kan.. Aku pikir sbb demam campak.. Tak terpikir pun nak hantar hospital.. Tapi oleh kerana dia dah over 12 jam tak makan tak minum, maka aku nekad hantar pergi hospital.. Sekurang2nya kalau badan dia kurang air, boleh masuk air dlm badan kat hospital.. Kat hospital, doc check condition Dhia semua ok cuma doc tak pasti tu bintik demam campak atau bukan sebab bintik lain mcm, lain dari demam campak.. So doc pun ckp masuk wad dulu n tengok perkembangan dia mcm mana.. Kami mak ayah akur je sbb kami pun nk yang terbaik untuk Dhia..


Dhia di asingkan dari pesakit2 lain.. Kes2 yang mcm ni (badan berbintik2) mmg akan diasingkan ke bilik yang dikhaskan.. Aku tak tahu selame ni.. Bila doc pakar check, doc ckp dia mungkin alergic.. So doc tye ade ambik ape2 ubat tak sebelum ni.. Aku ckp ubat antibiotik dari hospital.. Doc tgok antibiotik tu n doc ckp maybe Dhia alergic dgn ubat tu sbb tu tumbuh bintik2 merah tu semua.. Aku tak tahu pun dia alergic.. Tapi mmg lepas 3 kali aku bagi makan ubat tu, bintik2 tu mula timbul..


Dalam pada tu doc ckp tak mahu cucuk tangan dia dulu untuk masuk air.. Doc pesan aku paksa je bagi dia minum.. Kalau dia masih refuse, baru masukkan air.. Jadinya sbbkan hati aku meronta2 tak nak tengok tangan dia kena cucuk, aku paksa je bagi dia air.. Nangis pun aku tetap paksa bagi susu n air masak.. Aku lebih rela tengok dia nangis kena paksa minum drpd nangis kena cucuk jarum.. Ntah2 sgn aku2 sekali ikot menangis..


Jadinya bila paksa je, dia telan la jugak kan.. Lepas tu try bagi roti cicah susu, alhamdulillah dia nak.. Then hospital bagi bubur, try suap, dia baru nak makan.. Alhamdulillah syukur sgt waktu tengok dia nk makan tu.. Baru lega sikit hati aku sebab tak payah la cucuk tangan...


Jumaat 8/4/2011, pagi2 lg doc da dtg check.. Bila doc tgok Dhia kencing ok, bibir pun tak kering, doc ckp hari ni mungkin boleh balik.. Bintik2 kat badan Dhia pun dah berkurangan.. Tapi doc ckp monitor dulu sampai pukul 12 tengahari.. Gembira sgt hati.. Dhia pun dah start boleh minum, makan.. So ptg tu kami pun boleh balik.. Syukur...


Sabtu 9/4/2011, Dhia dah bertambah baikkkkk.. Dah boleh main, dah boleh gelak2 mcm biasa.. Dah boleh makan minum mcm selalu.. Ibu ayah gembira tengok adik dah sihat..


Inilah pengalaman aku jaga anak sakit.. Sejak lahir sampailah umur Dhia 7 bulan ni, ni lah pertama kali dia demam.. Demam pulak lama n ditambah dgn alergic antibiotik.. Mencabar.. Sesungguhnya inilah pengorbanan seorang ibu.. ~Syurga itu di telapak kaki ibu~


P/S : Ade berita yang amat menyedihkan.. Semuanya tentang BF.. Sedih sgt2 aku rase..  =(

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers