Followers

Tuesday, 11 June 2013

Rupa Keadaan Kulit Baby Ekzema

Boleh ke guna perkataan "rupa keadaan"? Atau perlu letak perkataan "dan" dekat tengah tengah? Haha lantakkk laaa janji paham.

Lame dah nak kongsikan gambar keadaan kulit tangan dan kaki my Danial yang menghidap ekzema ni. Macam yang korang tahu, ekzema ni menyebabkan kulit menjadi kering, tak cantik dan akan muncul ruam ruam merah. Ruam pulak mcm berbiji biji jugaklah. Boleh refer entry Danial demam ni, ada gambar gambar Danial punya ruam ekzema.

Bila pergi kenduri kahwin ke mana mana keramaian ke, dah lali dah bila ada orang cakap kulit Danial tak cantik, kasar, kering, berkudis. Ye cakaplah selagi anda boleh bercakap. Diorang tak pernah nampak lagi betapa teruknya kalau ruam ekzema dia naik menggila. Bila aku kata ekzema, suka suki je nak cakap sebab masa pregnant aku tak jaga makan, sebab tu anak anak kulit sensitif. Aku macam what the????? Helloooooooooooooooo (sambil flips tudung + muka bengang) ini semua kerja Allah ok. Kalau dah Allah kata jadi, makan jadilah (kun fayakun). Gggrrr suke hati je nak cakap mcm tu kan. Secara terangan pulak tu. Tak pandai nak jaga hati kite ni taw. Sentap ni tahu takkkkkkkkkkk?

Dan diorang semua tak tahu ke aku mmg berkulit sensitif juga. Dan kerana tu anak anak aku pun ikut kulit mcm aku, sensitif. Dulu aku siap ambik injection sebab gatal menggila. Lepas tu kalau cuaca sejuk je, kompem gatal 1 badan. Pernah dulu pakai krim muka habis muka ni bengkak + merah merah. Kaki aku dulu dah mcm apa dah sana sini bekas gatal gatal. Lepas 2 kali aku ambik injection baru ok. Tak percaya sila tanya mak, ayah, abang, kakak aku (aku tahu ko ada baca blog aku ni kan).
Sekarang anak anak aku pulak yang berkulit sensitif. Aku harus tabah. Ini bahagian aku menjaga anak anak yang berkulit sensitif. Tapi aku bersyukur sebab aku tahu di luar sana ada lagi ibu bapa yang lagi hebat diuji.

Jadi, kepada mulut mulut yang suka sangat bercakap benda yang buat i sentap, sila berhenti berkata yang bukan bukan kalau tak tahu apa apa. I dah explain pun uolls masih nak salahkan i jugak. Kenapa cepat sangat menghukum? Oh melayu melayu (aku pun same melayu).. ~sigh!~

Eh panjangnya mukadimah dia kan..

Kulit kering Danial sangat sangat ketara terutama dekat bahagian pergelangan tangan, lutut, belakang lutut, siku, dahi, belakang badan. Lepas mandi atau sebelum tidur mmg aku akan sapu pelembap (aqueous krim) dekat kawasan kawasan yang kering tu. Yang dekat belakang badan aku tak snap pulak sebab malas nak bukak baju dia nak singkap singkap semua. Belakang badan paling ketara dan paling dahsyat dia punya kering. Sampai mengelupas kulit dia kat kawasan tu. Mmg kat situ aku bubuh aqueous krim lebih sikit.

Bila kita rasa dekat permukaan kulit tu pun rasa kasar sangat. Danial lagi laaaa suka sangat menggaru garu dekat kawasan yang kering tu. Kadang kadang sampai luka luka. Hoii lagi aku halang lagi dia suka ok menggaru. Bila dah tak bagi garu, nanti aku leka sekejap, dia akan garu semula siap mata tengok aku. Nanti aku marah "haaippp!", dia ketawa pulak. Eh gigit kang!

Bila tidur malam lagi lah kan. Kita sejuk siap berselimut bagai, dia dengan kakak dia rilex je ok siap berpeluh peluh. Kadang kadang aku tertanya tanya kenapa budak budak kalau tidur malam mmg rajin berpeluh? Musykil betul aku rasa.
Ok tu takpe, ada solution dia kan kalau nak bagi udara sejuk.

Kalau siang hari lagi bahang kan, aku kadang kadang pakaikan singlet kadang kadang bogelkan aje dia cume pakaikan pempes. Daripada dia berpeluh sakan lepas tu naik ruam ruam then gatal gatal menggaru sana sini, lebih baik aku buat something yang akan buat dia selesa. Tapi jaranglah aku bogelkan dia sebab takut dada dia sejuk (orang orang tua kate). Lagipun dia baby lagi kan..


Nampak tak kering kering kat pergelangan tangan Danial tu? Ye mmg mcm berkudis sikit sebab kulit tu kering, lepas tu tangan dia ni tak reti diam, menggaru sana sini, tu yang jadi mcm tu. Dah tak cantik dah kulit. Ni pun bila dah sapu dengan pelembap (aqueous krim) taw. Kalau tak rajin sapu, mmg akan lebih teruk dari yang korang nampak ni.


Ini gambar close-up. Nampak? Teruk kan kekeringan kulit dia? Kekeringan ni boleh menyebabkan kulit jadi makin gatal. Sebab tu dia rajin menggaru kat kawasan yang kering. Tapi mcm kawasan kaki, lutut tu semua dia tak reti kot nak garu. Mmg dia akan garu dekat kawasan pergelangan tangan ni dengan kat dahi. Dahi dia pun kering kan. Pipi tak kering, alhamdulillah. Tapi dahi dia sekarang dah ok dah tak nampak kering lagi. Kawasan tangan ni je mmg sampai sekarang nampak jelas kering.


Lihat dahinya. Dah cantik dah licin dah kulit dekat kawasan dahi dia ni. Sebelum ni mmg kering sangat then mcm mengelupas. Lagi suka dia garu time tu. * bibirnya yang selalu ku cium cium.. geramnye dikkkkk dengan mulut awak yang mungil tu *


Spot the rashes dekat pipi dia tu. Kawasan pipi alhamdulillah mmg tak kering, ok je kulit pipi dia. But kalau ruam ekzema dia tu naik, kawasan pipi adalah kawasan yang paling teruk sekali.  Berbintik bintik penuh dekat pipi tu. Tu truam yang secoet tu boleh pulak muncul dekat pipi tu sedangkan tempat lain takde. Pipi tak kering sangat tapi mmg senang naik ruam. Dulu mase menyusu badan pun sama. Kalau pipi kena susu sikit je lambat lap mmg naik terus jadi ruam susu.


Ni kekeringan dekat bahagian lutut. Nampak tak mcm membulat n lebih pekat warna kulitnya. Ye itulah kekeringan yang ada dekat kawasan lutut dia. Kawasan ni pun sama kalau dah kering, dia akan terkopek kopek sikit. Sini pun aku rajin sapukan pelembap.


Yang ni pulak kawasan betis n belakang lutut. Spot the dry skin. Nampak? Yes, kekeringan dekat kulit Danial mmg mcm tu rupanya. Warna kulit lebih gelap berbanding kulit yang normal. Lepas tu nampak mcm berbintik bintik.

Nampak tak bagaimana keadaan kulit kering Danial? Inilah dia keadaan kulit baby yang ada ekzema. Dry skin. Sebab tu kena rajin apply pelembap. Lepas mandi, nak tidur mmg aku rajin sapu. Biar kering dia tak jadi makin teruk. Kalau kulit semakin kering, ruam ekzema akan jadi dan akan buatkan kegatalan tu jadi makin worse.

So untuk mereka yang ada anak sakit ekzema mcm aku, korang kena rajin apply pelembap ok dekat kulit dia. Ni pun anak aku punya kulit kering tak teruk sangat. Ada lagi yang lebih kering dari ni. Sampai mengelupas then mcm merekah kulitnya. Itu lagi kena rajin sapu pelembap ok. Tempat tidur pun kena rajin cuci rajin tukar. Kalau tempat tidur pun tak bercuci, ruam ekzema akan senang je nak jadi balik. So, kebersihan adalah sangat penting. Jangan biar rumah berhabuk sangat.

Apa apa pun semua ni adalah kerja Allah. Kita hanya mampu berdoa. Dan aku berdoa memohon kepada-Nya supaya satu hari nanti my Danial akan pulih sepenuhnya dari sakit ekzema ni. Pergi jauh jauh dari dia. Kesian dia. Hopefully.

3 comments:

Anonymous said...

Kesian baby kecik2 dh nk hadapi pelbagai dugaan, itu ibu bapa bersabarlah hadapi ujian tersebut. Sedih betul tengok baby2 yg mengalami sakit tu, tp kalau fikir balik ada lg teruk sakit mcm jantung berlubang dan lain2.

Anonymous said...

salam kak.. anak saya pon sama cm bby akk. tang lutut dia sgt teruk sbb dia suka garu2.. T_T.. da la bby gegel, cian sy tgk dia.. leh sy tau akk pakai produk ape ye utk mandian, bedak, lotion, cream... hopefully akk leh share ngn sy..

terima kasih =)

Ibu Dhia Danial said...

anon : akak skrg 100% pakai ubat hospital.. tp boleh jugak beli di farmasi.. akak refer hospital kerajaan dik.. pergi ke KK untuk mintak surat refer dermatology hospital.. tp skrg akak dah start bg anak akak minum mealshakes shaklee.. alhamdulillah nmpk la perubahan sikit.. tp tu la die mmg suke menggaru sbb tu jd luka luka..

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers