Followers

Wednesday, 5 June 2013

Tips Menghilangkan Jerawat

Lately ni, jerawat aku bukan main lagi suka suka hati nak naik menggila dekat atas dahi ni. Yee aku tahu sebab utamanya adalah masalah kulit muka aku yang sangat berminyak terutama dekat kawasan zon T (dahi dan hidung)

Mmg stress setiap kali tengok cermin. Jerawat bersepah sepah. Lagi ngeri, stok jerawat besar besar punya. Dah lah besar, sakit pulak tu. Dekat dekat dengan anak rambut pun sama banyakkkk sangat jerawat. Bila nak sikat rambut, jerawat berlaga dengan gigi sikat, mmg menangislah aku. Pedih, sakit, ngilu, berdenyut. Sigh T_______T

Bila mcm mcm produk aku pakai pun sama jugak tak jalan, aku terfikir why not tak try petua tradisional? Rasenye tok nenek moyang kite orang melayu ni mmg banyak petua kan. So, google lah bagi senang kerja. Bila tengok segala mcm petua petua itu, oh my english! sangat senang ok dan bahan bahan sangatlah senang nak dapatkan.

1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato.
Buah tomato mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato. *oh best gile yg ni.. best sbb senang sangat.. hahaha dasarrr nak yang senang senang je*

2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis.
Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Jika tidak ada madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan ketika mencuba untuk kali pertama, letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis sedikit “panas” dan boleh menimbulkan rasa kurang selesa. *yang ni tak rajin aku nak buat.. haha*

3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya.
Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Paling penting, usaha ini hendaklah dilakukan secara berterusan. *susah betul aku nak cari pokok lidah buaya skrg ni.. dulu kat rumah mak ada pokok lidah buaya ni tapi dah lama dah mati*

4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi.
Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru dibilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. *boleh yeh? aku baru je tahu ni..*

5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur.
Mula-mula pisahkan kuning telur dengan putih telur. Ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. *eeeuuuwww tak berapa berkenan yang ni sebab nanti habislah bau hanyir telur*

6. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu.
Ambil segenggam pucuk jambu dan keronyokkan/lumatkan sehingga menjadi seperti “pes”. Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka. Kemudian basuhlah dengan air suam. *pun sama dah susah nak jumpa pokok jambu batu kat tempat aku skrg*

7. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras.
Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dikeringkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam. *hoyehhh ini pun dabel best ni sebab senang sangat*

8. Hilangkan Jerawat Dengan Asam Jawa Dan Kunyit Hidup.
Tumbuk kunyit dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu rata ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus. *nanti dah sapu kunyit tu, kulit muka tak kuning ke? kompius betul ni*

9. Hilangkan Jerawat Dengan Limau Nipis Dan Minyak Masak.
Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esoknya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokkan anda pada tempat-tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa. *r u serious? minyak masak tuuu*

10. Hilangkan Jerawat Dengan Campuran Bedak Sejuk, Garam Dan Air Asam Jawa.
Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Sapukan di muka dan di tempat yang ditumbuhi jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang. *bedak sejuk ye? tak pernah pakai pun*

11. Hilangkan Jerawat Dengan Daun Teh.
Didihkan daun teh tersebut. Setelah daun teh itu menjadi lembut, tekapkan ke muka atau bahagian yang ditumbuhi jerawat. *ni kena gi cameron sana ambik daun teh kat sane.. haha ok tak kelakar*

12. Hilangkan Jerawat Dengan Air Kelapa.
Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu. *3 kali seminggu ke? i free weekend je acaner nak buat 3 kali? buat 2 kali je aci tak? hewhew*

13. Hilangkan Jerawat Dengan Kanji Nasi.
Sejukkan sedikit nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan. *camne nak sapu nasi ke muke ni? kena lenyek lenyek dulu ke ape ni? kak ton kompiussss*

14. Hilangkan Jerawat Dengan Campuran Putih Telur, Tepung Jagung Dan Minyak Zaitun.
Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu. *telur putih ayam kampung ok*

15. Hilangkan Jerawat Dengan Larutan Tepung Kanji.
Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut. *errr maafkan saye, sebab saye tak tahu pun apakah itu tepung kanji.. anyone?*

Ok balik ni nak try yang tomato n air basuhan beras tu dulu sebab dekat dalam peti ais ada stok tomato dan mmg hari hari masak nasi @ bubur untuk Danial.

Ok itu petua yang menggunakan bahan bahan sebagai asas utama. Walau bagaimanapun, uolls kena buat jugak list bawah ni ok...

1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan bersih.

2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang tebal di wajah.

3. Bersihkan wajah dengan sempurna setiap kali selepas mengunakan mekap.

4. Cuci wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.

5. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi.

6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! Memicit jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut. *mmg tak pernah picit jerawat.. sakit ok*

7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang kotor. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah. *tu la kan.. tapi tangan i ni mmg gatal sangat suka pegang pegang muka dengan kotor kotor tak cuci*

8. Hentikan menggunakan mekap ketika wajah masih berjerawat. *oooo patut laaa (sambil angguk anggukkan kepala)*

9. Sering berganti tuala pengelap wajah pastikan tuala tersebut lembut dan bersih.

10. Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

11. Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang badan, pakailah pakaian yang longgar, ringan dan dapat menyerap peluh.

12. Kurangkan memakai skarf dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu. 

13. Dapatkan nasihat doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan.

14. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori. *alaaa yang ni susah ni sebab i kan pencinta makanan pedas*

Dah tu je nak kongsi. Semoga sama sama beri manfaat. :)

10 comments:

Anonymous said...

Tepung kanji tu tepung jagung kalau xsilap saya . Hehe

Anonymous said...

yang tomatotu berkesan tak?? bila masa best buat.. sebelum tidur bleh tak??
tepung kanji u bole dapt kat mana2x kedai. just ckap je nak tepung kanji .. :)

Ibu Dhia Danial said...

tomato tu saye buat waktu siang n cuci bersih sebelom pakai toner..

Anonymous said...

Tomato blend or apa?

Anonymous said...

blend tomato ngan yogurt kmudian sapu kat muka biarkan hingga kering kmudian bilas guna air suam,memang mndpt hasil yg superbb bg yg kulit berjerawat

Anonymous said...

Mana satu admin pernah cuba?Leh kongsi pengalamam?

Anonymous said...

saya da cuba aloe vera ok lah jugak rasa mcm smooth jew kulit kita ..jerawat pun makin kecut ..hewhew...

Unknown said...

yang cara putih telur, tepung jagung ,dan minyak zaitun tu ... boleh ke guna putih telur bukan telur kampung

Unknown said...

Adoi.terkekek2 ketawa tgk komen akak.btw its very helpful.tq

Ibu Dhia Danial said...

uolls yg komen tye mana 1 petua yg i dah cuba tu, jerawat i hilang bersama sama dengan bekas jerawatnya hanya dengan menyapu n mengamalkan minuman chlorophyll.. ala yg kaler hijau tu ha.. uolls google taip "K Liquid Chlorophyll" sbb i guna yg tu.. i minum n sapu kt muka setiap mlm before tdo.. skrg jerawat timbul time i nk bendera jepun je..

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers