Followers

Friday 10 August 2018

SYAWAL 2018 : RAYA JB

 Hehehehe syawal habis lama dah kan? Takpeeee.. Sbb blog ni aku je yang baca pun d masa masa akan dtg.. Raya JB ni pun rutin tahunan famili aku sbb adik beradik mak aku ramai dok JB. Mak aku dulu pun asal sana la.. Dok kat Masai sana. Dah kawen dengan ayah aku kena ikut ayah aku duduk kampung la. Bersyukur gak aku jadi org kampung. Serabut kalau duduk dekat bandar JB tu. Jem sana sini 1 hal, kos sara hidup pun boleh tahan tinggi..

Syawal ke 8 iaitu hari Jumaat baru pergi ke JB. Sebab 1 sampai 7 Syawal kan bz dengan aktiviti raya kat kampung dulu. Lagipun memang selalunya pergi JB masa hujung minggu sebab yang mana dah keje tu tengah cuti dan yang sekolah pun masih cuti. Mcm kat Johor ni Jumaat & Sabtu sekolah tutup, Ahad sekolah mcm biasa. So ok sgt masa ni pergi Jumaat, Sabtu balik. Ahad Dhia sekolah mcm biasa. Nasib baik takde dia mengadu penat ke apa.

Bertolak dah nak tengahari around 11am jugak. Sebab terus nak tuju ke rumah akak aku kan tidur sana. Sabtu baru nak berjalan raya. So rileks rileks je takyah gesa gesa sangat. Sebelum ke JB singgah kat rumah pakcik aku adik beradik mak dekat Parit Raja BP. Rumah dia besar tapi duduk 3 orang je dengan anak bongsu dia umur 3 tahun. Lagi 3 orang tak duduk situ. Yang sulung dah kerja MA dekat utara. Yang kedua belajar dekat KL, yang no 3 belajar dekat JB. Jadi tinggal lah bertiga je kat rumah besar 2 tingkat tu. Pakcik aku tu pegawai JPJ, dah berpangkat jugak. Isteri dia pulak pensyarah. Mahu rumah tak besar mcm tu kan..

Aku seram je dia main tricycle ni sebab rumah pakcik aku ni d kelilingi hiasan kaca sana sini.. Ngeri kalau Danial terlanggar ke apa.. 

Ni mentel suruh ambik gambar dia tengah peluk ibu katanya

Anak dara aku ni mmg super duper manja.. Dia suka peluk2 org cium2 org.. Rimas aku kdg.. Tapi tu lah nak buat mcm mana sebab dulu pregnantkan dia mmg aku suka peluk cium bapak dia je nak melekat je 24jam hahahaha.. Rupanya dah keluar mmg budaknya jadi manja mcm ni nak melekat dekat org je

Danial je steady kan dik?



Wow nampak bulat perut aku




Maafkan bantal busuk danial itu.. Terpaksa melayan kakak Dhia nak ambik gambar ibu hihi

InshaAllah tahun depan kita raya berlima ok? Alhamdulillah semakin membesar famili kecik kita ni..
Kat rumah pakcik aku tu makan western food dia buat sendiri dengan mihun sup. Lepas Zohor dalam pukul 3 lebih jugak baru gerak ke JB. Cuaca masa tu pulak hujan lebat jadinya bawak kereta pun slow je tak berani nak laju sangat. Akak aku kerja, dia suruh singgah rumah mertua dia dulu dekat Kampung Melayu Majidee.. Kebetulan ada buat makan makan untuk sedara mara dia sempena raya tu dia suruh ke sana terus. Sampai sana dalam pukul 5 lebih.

Lepas dah kenyang, dah magrib baru gerak ke rumah akak aku pulak kat Taman Scientex. Sampai je terus cepat cepat mandi. Kesiankan budak budak ni je dah melekit badan. Masa kat rumah mertua akak aku Danial dapat tidur kejap. So mood dia pun ok. Ajak mandi pun tak nangis.

Esoknya bangun lewat jugak masing masing. Konon je kata nak gerak pukul 10pagi. Last last dekat tengahari gak baru gerak hihi. Rumah pertama semestinya rumah Makwok. Rumah adik mak aku. Dekat Kota Masai sana. Dekat je dengan rumah akak aku.

Danial dah penat turun naik tangga kat rumah Nekwok dia, aku bagi dia tengok kartun bagi duduk diam jap. Letih lah tengok dia turun naik tangga.. Budak autisme kan mmg mcm tu. Tapi dia bukan jenis hyper tu. Aktif dia aktif biasa. Boleh d bawak berbincang lagi hahaha

Ko nampak tak budak kecik baju oren kat belakang tu dah get ready nak naik tangga

Yeay dah pandai nak ambik gambar terus pis pis

Aku geram dengan budak sepet ni tau.. Eksen taknak dekat. Aku nak ambik gambar baru sibuk nak dekat. Tu motif tunjuk patung tu kenapa? Wafiy wafiy..


Lama dah tak pregnant, 6 tahun dah diam tak diam. Bila pregnant kali ni rasa letih lain mcm. Senang penat. Lagi pulak masa raya ni dah 6 bulan, mmg berasa penat sentiasa tak larat sangat nak berjalan. 

Tapi bab bergambar mmg sentiasa bertenaga je hahahahahaha












Kalau tengok dia gelak beso mcm ni maknanya ada part yang dia kelakar sangat pastu abes d ulang ulang
Dapat 3 buah rumah je tapi sebab gerak pun dah tengahari dengan cuaca hujan sepanjang hari so lambat la kan pergerakan. Lagipun masa ni la nak sembang lama sikit dengan makcik pakcik yang dah lama tak jumpa tu. Kalau 1 rumah je dah habiskan masa 1 jam, mmg lah lambat kan. Sampai kampung lebih kurang pukul 10.30 malam. Mmg lepak habis. Nasib budak budak ni tidur dalam kereta so takde lah mengaruk sangat sampai rumah dah malam pun. Aku paksa Dhia terus tidur gak malam tu sebab esopknya dah sekolah.

Ok habis pun cerita raya 2018 aku hihi.. Rasa ralat sebab yang tahun lepas punya kisah raya langsung tak story dekat sini.. Rugi sbb dah lupa moment moment tu sobsobsob.. Lepas ni kalau tak aktif buat entry pun aku akan pastikan entry raya setiap tahun kena ada hihi

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers