Salam..
hari ni 17/12/2010 genaplah umur Dhia 3 bulan.. sekejapnye mase berlalu.. x perasan pun dah 3 bulan.. rasanya mcm baru semalam aku meneran-neran nk keluarkan dia dari dalam perut ni.. hihi!!
banyak perkembangan yang ditunjukkan Dhia sekarang.. meh aku list kan..
- pandai sembang terutama dgn tok mak, tok ayah dan juga ayahnya.. sebab 3 org insan ni adalah insan yang paling sayangkan Dhia.. mmg dia manja sgt dgn ketiga-tiga mereka ni.. kalau dah sembang mmg susah nk stop sampai kita yang penat dah malas nk layan.. tapi kalau x layankan dia akan merengek..
- suka buat2 batuk.. bila kita 'hemm hemm' lagi bertambah mengada-ngada dia buat2 batuk.. tapi so cute!
- masih lagi kerap berak.. seminggu mahu 4-5 kali.. kadang2 pampers baru tukar dia dah berakkan.. sabau je la..
- berat dah 5kg di usia 3 bulan.. naik sikit jer berbanding bulan lepas iaitu 4.7kg.. xpe lah janji anak ibu ni membesar dgn sihat.. =)
- dah kenal suara ayah dan ibunya.. mesti akan tercario-cari kalau terdengar suara ayah dan ibu dia ni..
- suka menyembur-nyembur air liur.. brrurrrr brurrr sampai basah baju kadang kala..
- dah mula nk belajar mengiringkan badan.. hoyeh hoyeh!!
- suka dibawa naik kereta.. dia akan kepochi tengok pemandangan luar..
- bear kegemaran Dhia adalah POOH! sbb letak bear lain kat buaian dia tu dia x mahu lah pandang.. kalau letak POOH, dia siap ketawa2 tengok bear tu.. (ayah dia dah belikan sepasang baju POOH pun untuk Dhia)
- masih lagi berbarut, pakai mittens dan booties.. barut tu perlu untuk mengelakkan perutnya masuk angin.. mittens tu kalau siang xde lah aku pakaikan.. malam je time tido pakai.. booties tu mmg sentiasa pakai..
- x suka dibaringkan.. paling suka didukung dan diri.. kalau dah diri tu dah mula belajar nk mengangkat2 kaki.. eksen je..
- kepala dah kuat angkat.. x perlu sokong kepala dia lagi kalau dukung dia.. tapi masih berjaga-jaga juga..
- suka tengok tv.. pasangkan je tv tu dia akan tengok.. maybe terpegun dgn rancangan tv tu yang colourfull..
- kalau pagi tido berbedung, petang dan malam x bedung.. kalau malam dia suka tido terlentang..
- siang tido dalam buai.. malam tido sebelah ayah dan ibu dia.. sebelum ni tido dekat tilam sendiri tapi sejak seminggu lepas xnk tido dekat tilam sendiri, nk tido sama dgn ayah ibu dia ni.. so sekarang berkongsi tilam dgn si kecik tu.. :)
hmm ape lagi ek perkembangan dia.. rasanya tu saja kot.. karang kalau ada yang missed out, aku listkan lagi k..
untuk anakku tersayang, ibu dan ayah ucapkan 'Happy 3 Old Months Sayang'.. jadilah anak yang baik, rajin dan pintar.. semoga kamu mendapat segala kebahagiaan di dunia dan akhirat.. ibu dan ayah sayang kamu sangat2.. mmmuuuaaahhhhh!! =)
3 comments:
happy 3 months old dhia....
hepy 3 months old syang.....
makin bijak yer dhia...gud girl lah dia..
epi 3 month old bb dhia...cpt2 besar tau..
Post a Comment