Followers

Monday, 6 December 2010

Nazam kasih ayah & ibu ~ khas buat anakku, Dhia Fitriah

Ibu mengandung sembilan bulan
Lebih dan kurang tak ditentukan
Lahirkan dikau berapa kesakitan
Berpantang pula minum dan makan

Cukuplah masa sampai ketika
 Lahirlah engkau ke dalam dunia
Barulah suka ibu dan bapa
Kepada engkau sangat kasihnya

Harap ibumu bukan sedikit
Tinggilah harap darinya bukit
Lama ibumu merasa sakit
Sembilan bulan tidak berbangkit

Setelah kamu sudahlah ada
 Siang dan malam ibumu jaga
Tidurpun tidak barang seketika
 Makan dan minum tidak berasa

 Berapalah dian dengannya tanglung
 Diangkat dituam lalu dibedung
Sudahlah jaga lalu didukung
Kasih dan sayang tidak tertanggung

Tidaklah tentu siang dan malam
Bangun memangku di dalam kelam
Terkejut jaga di tengah malam
Tidur pun tidak lekat di tilam

Rela ibumu menanggung hutang
Kain dan baju tidak dipandang
Basah di ampai kering di pinggang
Didukung galas tidak berengggang

Kenang ayahmu anak bangsawan
Barang katanya jangan dilawan
Ibu bapamu hubungan Tuhan
Baru sempurna anak budiman

Hai segala anaknya adam
Kasihnya ibu tiada sempadan
Kasihnya ayah rela berkorban
Badan dan nyawa jadi taruhan

      * semoga Dhia menjadi anak yang taat perintah ayah dan ibu *
      * sayangnya ayah dan ibu padamu tak ada tandingnya sayang *
      * semoga Dhia akan sentiasa dilindungi dan dirahmati-Nya selalu *
      * Amin! *

2 comments:

Deqna said...

baca ni macam lagu yg didendangkan oleh kumpulan marharban masa aqiqah marissa dulu. masa dengar nazam ni rasa cam nak menitik jer air mata.

dhia fitriah said...

yup, lagu ni mmg slalu didendangkan mase wat akikah.. bace lirik dia pon mendalam maksudnye kan.. =)

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers