Alhamdulillah, sabtu malam ahad yang lepas, ustaz yang datang ke rumah aku tu dah berjaya menangkap 'banda' yang datang mengganggu Dhia.. bukan satu dua ekor tapi ada 4 ekor kesemuanya.. rumah aku tu pun dah dipagar dah.. syukur.. harap-harap tak ada lagi gangguan..
penangkapan dilakukan selepas isyak.. aku x keluar pun.. takut.. duduk je dalam rumah dengan Dhia.. asben aku ckp masa ustaz tu baca ayat-ayat Quran, rasa angin sejuk lalu.. huisyhhhh.. ustaz tu pulak tanya asben tak nampak ke makhluk besar hitam dekat belakang dia.. errrr seram..
makhluk yang ditangkap ada 4 ekor.. semua dimasukkan ke dalam 1 botol.. ustaz tu ambik untuk dibuang jauh-jauh.. yang selalu mengganggu Dhia adalah 1 makhluk yang berbentuk mcm budak..
rumah tu pun dah dipagar dengan garam dan kacang hijau..
syukurlah.. harap-harap lepas ni tak ada lagi gangguan.. usah kata Dhia, aku pun takut bila dengar ustaz tu cakap.. fuhhhh...
1 comment:
harap2 dhia xdiganggu lagi...sian dhia...akak pun seram bila bc n3 nie...
Post a Comment