Followers

Saturday 1 October 2011

Ucu Admit Wad

Minggu lepas punya cerita.. Tp mcm biasa lah, baru minggu ini mahu update story last week punya cerita.. Eleh mcm tak biasa.. I kan suka update cerita yang dah basi.. =p

Ucu Dhia kena admit wad sebab mengalami keretakkan tulang kaki kiri.. Dekat belah antara peha n betis.. Dekat2 lutut lah kot.. Tak berapa nak sure tempat sebenar.. 

Kejadian berlaku dekat sekolah.. Masa hari Khamis 22/9/2011, balik dari sekolah dia mmg dah dengkut2 dah jalan.. Bila ditanya dia cakap tak tahu kenapa boleh sakit.. Alaaa dia takut kena marah lah kot.. Malamnya, dia tak boleh tido.. Gile ko nak tido, retak tulang, berdenyut2 lah tu.. Esok pagi terus tak boleh jalan.. Eh jangan kate jalan, nak pegang pun sakit katanya.. 

Hari pertama admit

Mata merah baru lepas nangis =)

Bila mak aku soal punya soal secara paksa n marah, barulah dia nak mengaku apa sebenarnya yang telah terjadi.. Begini ceritanya, budak2 kan, kat sekolah main2 ejek2 antara mereka, so 1 girl ni tak puas hati asek kena ejek je, terus dia datang sepak kaki adik aku.. Rasekan di situ.. Budak perempuan ko yang sepak.. Aku syak budak tu ada tali pinggang hitam kot.. 

Me with mak.. Mak kepenatan.. 

So bawak pergi klinik dulu, terus klinik refer ke hospital.. Berdesuplah mak aku + kakak aku ke hospital.. Ayah aku terpaksa stay di rumah sebab uruskan hal berkaitan dekat sekolah.. So lepas di x-ray, ternyata tulang adik aku retak.. Kena admitlah jawabnya.. Yang adik aku kejenya asek nak sedih je.. Ye lah, salah dia kan.. Cari pasal dengan budak tu pehal.. 

Hari kedua dah boleh tersenyum 

=)

Dhia pun follow mak aku n kakak aku pergi hospital.. Ye lah, aku keje, mmg mak aku yang jaga Dhia kan, angkutlah sekali.. Mujur anak dara tu tak buat hal.. Cuma penatlah kakak aku nak melayan dia berjalan ke sana sini dalam hospital tu.. 

Dhia with Auntie Ngah

Uncle Anjang, Uncle Zaha n Ucu

Auntie Ira

Aku melawat ptgnya.. Dalam pukul 6.30 pm aku sampai bersama suami.. Datang aku pulak suka menyakat, aku cakap lah dekat adik aku tu nanti kaki kena potong dah tak boleh main bola lagi, terus bergenang airmata dia.. Haha

Dhia yang tak duduk diam

Penat ibu dok follow dia ke sana sini

Kena simen jugaklah 1 malam.. Esoknya dah boleh jalan sikit2 dah.. Budak2 ni kalau retak tulang ke patah tulang ke, sekejap aje baiknya.. Kalau org tua yang kena mmg lama sikit nak sihatnya.. Doktor pun ckp mcm tu ok.. Merasalah adik aku duduk dalam wad 3 hari 2 malam.. Sepanjang duduk dekat hospital tu, mak aku lah yang temankan dia.. 

Muka sedih sebab kami balik tapi dia kena stay lagi dekat hospital

So, ini adalah lesson dia supaya next time takmo ejek2 kawan lagi.. Aku pun ckp dekat dia kalau lepas ni ejek2 kawan lagi n jadi lagi mcm ni mmg potong terus kakinya.. Takut dia.. Hehe.. Gini je cara nak takut2kan dia.. Harap2 lepas ni tak jadi perkara tak diingini mcm ni lagi.. 

1 comment:

Deqna said...

wah ganasnya itu budak pompuan..sampai retak tulang kaki org dibuatnya...

apapun get wells soon ye ucunya..

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers