Followers

Thursday, 27 October 2011

Hujung Minggu Bersama Dhia

Ahad lepas, 23/10/2011 seharian kat rumah bersama Dhia. 

Tapi tak puas sehari je boleh 24 hours dengan dia. Tak mengapalah, berkorban sikit masa. Malam kan ada waktu bersama dia. :)

Sementara masih muda ni, cari duit banyak2. Dah tua nanti senang dah ada duit simpanan. Itu yang aku selalu pegang. Muda2 ni sementara larat kerja, kerjalah kita. Anak pun baru sorang, mak pulak sudi jaga n masih kuat jaga cucunya ni, so buat apa nak berhenti kerja kan? :p

Ok, takmo cakap banyak, cuma nak share gambar2 Dhia je. 

Baru lepas mandi, dia mintak lepaskan ke luar anjung rumah. Bosan agaknya asek kat dalam rumah je kan. 




Sambil makan keropok jagung. Dhia mmg suka jagung. Apa2 makanan berkaitan jagung mmg dia suka sangat. Jagung rebus, jagung kukus, aiskrim jagung. Tapi belom pernah try bagi dia air jagung. Kot dia suka ke tak. 

Buat yang tak tahu, aku duduk rumah sendiri tapi sebelah menyebelah dengan rumah ipar duai + mertua. Dalam 1 kawasan tu ada 5 buah rumah termasuk rumah aku. :) 

Masa kami berdua duduk dekat anjung, keluarlah sepupu dia yang duduk sebelah rumah kami. Sepupu Dhia baru 10 bulan. Nama sepupu dia Nureen Auni Qistina. Panjang namanya oi.

Yang jadi masalah, Dhia suka main gaduh2 main jerit2 dengan sepupu dia ni. Budak2 mmg begitulah kot. Cuma anak dara aku ni ha, garang benor. Org tu pegang dia pun marah.

Tengok tu, sudu pun direbutkan
Aku ada tangkap video jugak. Tapi video ni dah agak2 penghujung 'perkelahian' dua sepupu ni. Nak tengok tak? Meh aku share bagi uolls tengok. 


Dalam video tu, minit yang ke berapa ntah, anak dara aku dok goyang2 badan tanda menari. Dia mmg begitu, dengar lagu je menari. Kadang2 takde lagu pun menari. Mujur comel. Terus ibu dia ni kiss2 pipi dia sampai dia jerit2 seperti video di atas. :p

4 comments:

ADILA MOHKTAR II said...

Weeeeeeeeeeeeeeeee , comel nye Dhiaaaaaa :D Alolo , nak cubit sket pipi Dhia . Kiut :D

eira eixora said...

salam singgah, nama anak saya dhiya jugak..

Ibu Dhia said...

hai adila mokhtar.

tq. cubit x boleh, kiss boleh. hehe :)

Ibu Dhia said...

hai eira eixora.

name anak kite same la ye. hehe.

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers