Followers

Friday, 21 October 2011

Sampai Pun Dah Petang, Tak Dapat Nak Berjalan Sangat

Sampai ke Pulau Besar ni pun dah 5.10 pm, perjalanan ke chalet + check-in semua lebih kurang pukul 5.45 pm baru dapat masuk chalet.. Servis chalet sangat lambat.. Nak tulis resit pun terhegeh2.. Mujurlah aku boleh bersabar lagi.. 

Masuk chalet letak barang2 semua then salin baju baru dapat nak berjalan2..

Baru masuk chalet + salin baju. Tengok ayah Dhia dekat belakang tu, sibuk prepare pancingnya sajeee

Sebelum tu nak cakap, chalet adalah tak memuaskan sebab kecik + kotor dengan pasir + tandas yang tak berapa nak bersih.. Aku pijak lantai pun siap jinjit2 kaki ok.. Tapi tidak perlulah kau nak demand sebab kau bayar RM116.60 (siap tax) tu 1 malam dah kira untung.. :p

Hari biasa sewa chalet tu dalam RM80 ++ je kot.. Hari minggu lain harga.. Tapi yang kami pilih ni chalet biasa yang ada kipas dan bukannya aircond. Kalau ambik chalet yang beraircond, lain harga ye. Sengaja ambik chalet berkipas sahaja sebab dah mmg tempatnya sejuk, itupun pakai kipas je dah berselimut tebal siap bersweater bagai. :p

Lepas siap salin baju semua, berjalanlah kami ke tepi pantai.. Tapi hampa sebab air surut.. :(

:)

Kretip ke ibu die? :p

Happy

Tepuk amai2

Budak penggeli

Surut pun surutlah, masih lagi boleh mengambil angin laut n bermain2 pasir.. Main pasir? Aku je yg over.. Anak dara aku tu penggeli sebenarnya.. Mula2 aku bukakan kasut dia, kenapa anak dara ni dok angkat2 kaki dia then boleh nampak dia mcm bengkokkan jari2 kaki dia. Lame2 baru aku sedar, budak ni geli dengan pasir. Gelilah nak, ibu tetap ajar supaya jangan geli sangat, nanti ibu susah nak main2 pasir kat tepi pantai lagi kalau awak penggeli sangat. :p

Satu kaki dinaikkan ke atas

Bila tangan pun terkena pasir.. Mmg penggeli

Angin petang sangat nyaman. Rasa mcm nak bentangkan tikar n bantal dekat situ. Indahnya alam ciptaan Illahi. Tapi angan2 nak melihat matahari terbenam adalah tidak kesampaian kerana tak kelihatan matahari pun. 

Syafika pun nak sama2 kretip :p

Dah berjalan tepi pantai tu, weolls decide g jalan2 tengok apa ada di sekitar pulau tu. Hampa sebab tak ada yang menarik mana. Ada makam tapi kami tak pergi sebab aku ni takut sikit nak bawak Dhia ke tempat2 mcm tu. Walaupun sebenarnya tak ada ape2 kan. 

Dalam pada jalan punya jalan, perut pulak rasa lapar. Berhenti makan burger. Burger special = RM4. Tapi tak sedap n aku makan tak habis. Membazirrrrrrrrrrrrrrrr. Mase ni Anom n Sal ntah ke mana, main air laut kot. Kami anak beranak je yang makan sebab perut kami kan perut tong dram walaupun masing2 kurus :p Eh tapi Dhia tak makan pun. Anak dara aku tu kan mmg susah sikit nak kasi makan.

Ayah n Dhia. Dhia mam roti burger yang akhirnya ke lantai jua 

Anom

Sal. Tak sangka ko lagi keding dari aku. Dah lah tinggi mcm galah.

Budak Syafika yang seronok main air.

Siap makan semua dekat nak maghrib, jadi bergerak pulanglah kami ke chalet. 

:)

Entry cuti2 belum lagi habis walaupun gambar bukan banyak mana, tunggu next entry pulak k..

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers