Followers

Friday, 21 October 2011

Malam Hari Takde Aktiviti Pun

Malam hari kami takde aktiviti selain makan n berjalan2 di sekitar. Ingatnya nak berjalan tepi pantai tapi gelap gelita, lampu pun takde. Kalau ada lampu di tepi2 pantai tu, aku yakin ramai je yang nak berjalan2. 

Suami aku pulak dah awal2 lepas maghrib tu pergi memancing. Maka kami perg tengok dia sekejap kan. Tapi dia hampa sebab ikan tak dapat2. So biarkan dia memancing sendiri sementara aku n kawan2 + Dhia berjalan2 tengok ada kedai jual cenderahati tak. 

Yang menyedihkan, cenderahati semua keychain keychain keychain. Pergi sana keychain, pergi sini keychain, pergi situ pun keychain. Hey, tak ada benda lain ke nak jual selain keychain? Ada kipas tangan pun, kat tempat aku pun ada. Buku2 semua kat tempat aku pun ada. Tuala? Topi? Alaa tu semua kat kedai biasa pun ada. Penghabisannya, aku tak beli apa2 selain khalimah Allah & Muhammad untuk gantung kat dalam kereta.

Seronok jugak berjalan2 sambil terkena tiupan angin. Kalau kat tempat kita, mesti kita akan ckp "angin kuat nak hujan ni", macam tu jugak kami. Tapi terlupa ke ko bahawa ko kat atas pulau yang dikelilingi laut? Mmg lah angin je pun. :p

Jalan dari pukul 9 malam sampai 10.30 malam. Penat aku. Semput sebab dukung Dhia. Nak biarkan dia berjalan sendiri, sampai bila pulak nak sampai tempat dituju kan? Ada baiknya aku dukung je. 

Bila Dhia dah mengantuk, maka pulanglah kami ke chalet masing2. Eh2 tak, aku ke chalet Sal n Anom sebab suamiku kan pergi memancing. Takkan aku nak bersama Dhia je dalam chalet, takuitttt.. :p

Gambar2 berjalan waktu malam takde pulak. Masing2 pun malas nak bergambar kot sbb hampa pantai gelap gelita, ingat nak main sepak2 air kn. 

Tapi ada 1 gambar minah posing. 

Syafika minah posingggggggg :p
Petang hari ni kemalasan nak menaip panjang2, maka entry cuti2 terpaksa disambung di lain entry.. :p

No comments:

Dhia Fitriah

Lilypie Kids Birthday tickers

Muhammad Afiq Danial

Lilypie Kids Birthday tickers

Kami Hidup Sebumbung

Daisypath Anniversary tickers