Followers
Tuesday, 28 February 2012
Sampai Bila?
Entah sampai bila aku harus melayan perasaan ini.. Perasaan seorang wanita mengandung melalui trimester pertamanya.. Rasa tak selesa, malas, rimas, pening, panas, baran, emo..
Waktu bekerja pulak dah tak rasa mood datang. Badan di opis, jiwa n fikiran melayang entah ke mana. Tambahan pulak tekak aku ni tengah meloya, makanan pulak tak semua aku dapat terima. 4 hari sudah hanya makan mi hun sup sebab tekak tak boleh terima nasi. Semalam tekak dah tak mahu terima mi hun sup lagi.
Malam tadi pulak langsung tak makan, melayan kepala yang pening + tekak yang loya. Bau makanan pun dah buat aku nak muntah. Dan sudah 5 hari jugak aku tak masak. Mcm mana nak masak kalau bau tumis2 pun aku tak boleh nak hidu.
Rasanya masa mengandungkan Dhia dulu tak pulak mcm ni. Kandungan dah masuk minggu ke 10 baru aku mabuk2. Tapi masa mengandungkan Dhia dulu seminggu aku tak boleh bangun, angkat kepala je berpusing2 dunia aku rasa. Kena berbaring je, makan tak boleh, minum susu je. Kali ni pulak baru usia 7 minggu kandungan aku dah start loya n pening kepala. Makan pulak nak yang pedas2 je, manis2 aku tak tertelan. Milo pun aku dah tak boleh nak minum. Geli rasanya bila lalu kat tekak ni.
Tapi skrg, makanan pedas ke manis ke aku dah tak tertelan pulak. Yang berkuah pun dah tak mampu nak telan.
Ok dah takde idea nak membebel apa. Nak melayan badan n kepala. Letih + pening.
Labels:
mengandung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
SABAR LA SAYANG :) bila la aku rsa macam kau rasa nihehe :) eh kalau kau nak beli aku bagi harga diskaun siap kos penghantaran :)
yan sabar ek...kita alami mende yg sama skang...huhuhuu..menghitung hari nk tggu bila alahan ni nk pegi...uwaaaaaaa...x tahan....
Post a Comment